-DiuJi DaN TeRuji = Tasawwuf -


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..




!!!!هاري ني مود دي تك براف نك ستبيل



pagi sedih,tengah hari berkecamuk,petang gembira,malam tension...
pelik ker??sesetengahnya mungkin berfikiran begitu..tapi inilah yang mungkin berlaku sekiranya kita sering diuji dan teruji dalam satu2 masa..si "dia" pun tidak terlepas dalam mengalami situasi sebegini..walaupun mood kadang2 sukar untuk dijangka..macam hati jugak..sukar untuk difahami..tapi dia hanya insan biasa..hamba ALLAH yang sangat lemah..tidak mampu berbuat apa2 tanpa pergantungan sepenuhnya pada PENCIPTAnya...hanya ALLAH la tempat dia mengadu..Hati kecil meyakini, apa yang berlaku mungkin
"TEGURAN DARI ALLAH"..

mungkin ALLAH mahu memberi teguran kerana dosa yang kian bertambah setiap hari dengan kesalahan demi kesalahan yang dia lakukan..setiap kali usai solat,si "dia" tidak pernah terlupa untuk berdoa agar ALLAH swt selalu memberi teguran sekiranya dia melakukan dosa dan kesilapan sama ada sedar atau tidak, sama ada sengaja ataupun tidak..kerana dia tau,hanya teguran itu la yang paling layak untuk dirinya..bukan dari orang lain..dan satu hal yang pasti "dia" bahagia dengan teguran ini..kenapa??kerana hadith ini:_

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ujian kepada orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta” Surah Al-Ankabut-2&3)

Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?


***************************


Photobucket

"YA ALLAH,berilah petunjuk dan inayahMU kepada hambaMU yang lemah ini..,Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

*****************************

*Ini saja yang mampu dicoretkan untuk entry kali ini & mgkin untuk beberapa minggu, blog ni akan sepi sementara..bukan sebab nak buat persiapan sambut syawal..tapi untuk Tasawwuf(penyucian hati)..insyaALLAH kalau panjang umur,akan ana teruskan perjuangan dakwah disini..doa ana semoga kamu semua sentiasa dirahmati Allah...Dan dikesempatan ini,ana menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekhilafan yang ana lakukan selama ini kepada sahabat2 dan adik2 yang ana sayang, terutama sekali Fatin Mardhiah dan "cermin" yg paling ana cinta..ana banyak sekali menyusahkan kalian..maafkan ana..=) kadang2 pernah juga terfikir,apakah ana layak terima sahabat2 yang baik??hanya TUHAN saja yang tahu kerana ada hikmah kenapa DIA pinjamkan ana sadiqati2 yang baik..doakan diri ana agar diberi kekuatan hati, ketenangan & perasaan agar dpt kembali..salam syawal..^_^
..ma'as salamah,wa ilal liqo'..fi amaanillah wallahua`lam bisawab..

..."Wahuwa ma'akum ainamakuntum"...

-Hati CerMinaN PeriBadi inSaN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Al-qalb tempat bertapak keimanan dan kekufuran


MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.


Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Di samping itu, hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara dan sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh tubuh lain dan begitulah sebaliknya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Paling menarik, dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu."

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

wallahualam..

-ArE u StiLL CoMpLainiNG?????-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).

ALLAH BLESS YOU!!!!!

If you think you are unhappy your life look at them!


If you think your salary is low, how about her?

If you think ........................

If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?

If you complain about your transport system, how about them?

Are You Still Complaining,????

-AmaLaN seDekaH PaLinG afdaL paDa RaMaDHaN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud,

“Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

“Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata:

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi)

Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah.

Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. Insya-Allah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti ‘dekat dengan Allah’ dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.

wallahualam..

-PeMiMpiN taK aMaNaH MenGaniaya raKyat-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).

PEMIMPIN yang baik akan menjadi ikutan dan teladan kepada orang bawahannya. Baik percakapan, tingkah laku dan perbuatan pemimpin akan menjadi ukuran dan ikutan orang yang dipimpinnya.

Antaranya daya kepemimpinan seorang pemimpin adalah keadilan dan juga mahir dalam bidang politik dan bidang lain. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“ Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pembantu (pekerja) bertanggungjawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggungjawab atas penggunaan harta ayahnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ada juga beberapa pandangan daripada ulama antaranya Imam Al-Ghazali pernah menyatakan, seseorang yang mencintai kepemimpinan itu dapat menyebabkan dirinya menjadi munafik, pendengki, suka sombong, riak dan selalu memendam sifat yang buruk dan tercela.

Selain daripada tanggungjawab sebagai pemimpin sifat amanah juga wajar ada dalam kepemimpinan. Jika pemimpin tidak amanah seseorang yang di bawah pimpinannya akan teraniaya dan tidak mendapat faedah daripada kepimpinannya.

Ma’qil Ibnu Yasar berkata;

“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin golongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Pemimpin juga wajar memberikan didikan dan pimpinan yang baik kepada orang yang di bawah pimpinannya. Tindakan kontroversi yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat haruslah dielakkan oleh pemimpin.

Sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang memimpin rakyat atau orang bawahan ke jalan kebaikan dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada orang di bawah pimpinannya dan mereka ini akan disayangi dan dicintai oleh orang yang dipimpinnya.

wallahualam..

-GanDakaN iBadaH 10 maLam teRakHir RaMadHaN-




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan antaranya ialah:_

١- Melakukan qiamullail;

٢-Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;

٣-Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);

٤-Mandi antara Maghrib dan Isyak;

-٥Iktikaf dalam masjid.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: "Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan."

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya:

"Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu".

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi'iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya:

"Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu."

Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi'iy menyatakan:

"Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu."

Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya."

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: "Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku."

Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy 'alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.

Dalam zikir, kita mengucapkan:

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar."

Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim."

wallahualam..

-PaSaNG peLita SamBut 7 Likur aMaLan BidaaH-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang melakukan perkara yang baru dalam urusan agama sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia ditolak. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walaupun sejarawan dan budayawan menjelaskan perkara ini lebih bersifat budaya, persoalannya mengapakah tradisi ini terbatas pada Ramadan saja. Ada sebab tertentu yang menjadikan masyarakat mengamalkan sesuatu budaya.

Contohnya, pesta menuai diadakan untuk merai roh petani yang mengajar hidup berdikari atau untuk penguasa yang menjaga kepentingan petani.

Hujah makhluk halus menjaga hasil tanaman tidak boleh diterima akal. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 106 bermaksud:

“Dan (orang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mempersekutukan-Nya dengan yang lain.”


Mentafsirkan ayat ini, Hammad Salamah meriwayatkan daripada ‘Asim Abinnujud keprihatinan sahabat kepada syirik menjadikan mereka merungkaikan perkara itu walaupun kurang disenangi.

Contohnya, Huaifah yang menziarah seorang yang sakit lalu mendapati dia memakai tangkal kulit. Huzaifah memotongnya lalu membacakan ayat ke-106 surah Yusuf ini.

Umat harus menyedari Islam yang menjadi pegangan sudah sempurna dengan turunnya ayat ketika hajjatul wada iaitu firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat ke-3 bermaksud:

“Pada hari ini, Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku sudah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya:

“Kesempurnaan Islam bermaksud umat tidak memerlukan kepada penambahan dalam ibadat dan mereka tidak memerlukan kepada sesiapa pun melainkan petunjuk Nabi Muhammad SAW. “Tiada lagi suatu yang halal selain dihalalkan Islam dan tiada yang haram selain diharamkan Islam, dan tiada penambahan terhadap apa yang sudah disyariatkan.” (Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir).


Berbalik kepada soalan anda, menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan.

wallahualam..

-3 iN 1-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).

alhamdulillah..baru hari ni ana berkesempatan nak publish entri nih..3 in 1...hehe..macam nescafe instant Coffee pulak tajuk entri ana kali nih..Award ni ana terima dari 3 sahabat yang ana sayang..Award ni da lama 2 orang sahabat berikan pada ana..cuma lambat sikit ana ambil..Bukan ape,sebenarnya ana tunggu request yang ke-3 dari "dia"..sebab ana dapat rasa yang "dia" pun akan bagi award yang sama juga pada ana..hee..nasib baik tekaan ana betul..
mungkin sebab nak bagi cukup syarat kot..Disebabkan award ni sama kaler,gambar dan bentuk..jadi ana gabungkan je la skali..supaya pembaziran entri tidak berlaku..(sbnarnye malas nak taip bende yang sama byk kali...hehe..)


award ni ana terima dari 3 sahabat antaranya,"budak kecik yg ngaku dirinya da besa"(namanya terpaksa dirahsiakan kerana dia tidak suka dikenali ramai), "ukhti syahirah" dan "ukhti syauqah"


١- kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award

hmm,kalau ana tak nak jawab soalan nih,boleh tak??hehe..fakta menarik??baru je dalam proses mengenal hati budi masing2 sebenarnye..mungkin lain kali kot,insyaALLAH baru boleh menilai..bab penilaian ni kadang2 ana salah tafsir jugak..jadi ana x berani nak komen lebih2..penilaian Allah lebih tepat dan betul daripada penilaian makhluk-NYA..^_^

٢-kena nyatakan 10 fakta tentang diri sendiri

10???banyak nih..hehe..yang ni pun tak boleh bagitau jugak sebenarnya..ummi marah..hehe..nanti kena "kidnap"..susah plak..kalau bukan anak orang xpe..hmm,xpe la..ana cuba jawab..bleh plak ea cuba2 nih..kui3..

~pemilik blog ♥ DIARI ISLAMIAH ♥
~berasal dari negeri penyu..tapi celup la..bukan pure..
~ana simple jer
~anak ke-4 dari 7 orang adik beradik
~lovable..only for sadiqati fil Islam
~membuli orang..especially dak kecik..hee..
~friendly
~hard to cry..kecuali dengan orang2 yang rapat dengan ana jer..
~cheerful

~last skali,kenali diri ana baru boleh judge ana macam mane(fakta paling penting nih)..pesanan ikhlas dari ana,kena la husnuzan sesama manusia..walaupun hati lain2,kita still sujud pada TUHAN yang satu..=)


٣-Beri award ini kepada 10 orang dan describe mereka:

kena describe??aishh..honestly ana pun kenal2 gitu je dengan sahabat2 nih..yang pasti sama2 searching for mardhatillah..insyaALLAH..meh kita sama2 “Fastabiqul khairat”..



Kepada sahabat2 yang tidak ada link nya disini..kalau rajin nak buat tu..amat dialu-alukan..tafadhol..=) kongsilah award ni bersama orang2 kampung, jiran2 terdekat serta sahabat2 yang lain agar ikatan ukhuwah sentiasa dieratkan dan mencapai tahap "ithar" (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri)...

Ukhuwah is bonded by aqidah..(^_^)

...wassalam..



--SeMoGa UmMi CePat SeMbuH-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


....syafakillah ummi..

ini yang mampu ana ungkapkan..ummi ana demam panas..ni yang ana risau nih..da 4 hari ummi demam..mana ana tak risau,ummi ana kalau demam mesti sampai bengkak kat area pharynx dia..

apa-apa pun,moga ALLAH pinjamkan kembali nikmat sihat pada ummi..

"Tidaklah seorang muslim diberi penyakit melainkan akan digugurkan dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya dan tidaklah diturunkan cubaan ke atas mu melainkan tanda kasih sayang serta kecintaannya kepadamu"..^_^


*ana rindu pada ummi sangat9..tahun lepas boleh lagi berbuka sama-sama, hampir setiap malam pergi tarawikh sama2..tapi tahun nih ana sendiri jer..=(

kita jumpe minggu depan ye,mi...insyaALLAH..ana sayang ummi..

....wassalam....


-MaLam iStiMeWa-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


LAILATULQADAR dianggap malam yang sangat istimewa kerana ia dinamakan sendiri Allah SWT di dalam al-Quran, melalui surah al-Qadr yang menjadi pilihan imam untuk dibaca ketika solat sunat Tarawih.

Surah al-Qadr ialah surah Makkiyyah diturunkan di Makkah. Mujahid meriwayatkan sebab turun ayat ini selepas Nabi SAW diceritakan mengenai kisah seorang lelaki Bani Israel yang memikul pedang berjuang di jalan Allah selama 1,000 bulan. Lalu Baginda SAW rasa dukacita kerana umur umatnya pendek, turunlah surah ini.

Firman Allah, maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya di malam al-Qadr. Apakah kamu tahu apa itu malam al-Qadr? Malam al-Qadr adalah lebih baik dari seribu malam. (Pada malam tersebut) malaikat dan al-Rub (Malaikat Jibrail) turun padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” - (al-Qadr:1-5)

wallahualam..

-JaGa HuBunGaN BaiK KiTa DeNGaN ALLAH swt-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Berdoa minta pertolongan hendaklah sepanjang masa bukan ketika berdepan musibah


RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT. Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: "Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?" Salim menjawab: "Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: "Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?" Salim bertanya juga: "Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?" Sulaiman menjawab: "Keperluan dunia." Salim berkata: "Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?

Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun. Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-An'am: 17)

Apabila syaitan pernah meminta kepada Allah SWT dan permintaannya dimakbulkan, mengapa ramai manusia tidak yakin dengan doanya kepada Allah SWT seterusnya berhenti berharap, berputus asa daripada rahmat-Nya dan mencabut akar keyakinan daripada hatinya kepada Allah SWT? Sedangkan iblis diberi peluang, inikan pula manusia makhluk pilihan paling mulia.

Sebagaimana yang terakam di dalam surah Al-A'raf: 14-15, maksudnya:

"Iblis berkata: Beri tangguh kepadaku sampai waktu mereka (manusia) dibangkitkan". Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."

Sehebat dan sekuat apapun, manusia tetap makhluk yang tidak berupaya melawan takdir-Nya. Dia memerlukan pertolongan Allah SWT, menyandar pada rahmat-Nya, bergantung hidup kepada limpah kurnia-Nya dan mengharapkan belas kasihan ketika menghadapi sebarang musibah.

Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus: 12)


Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia." (Hadis riwayat Muslim)


Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya.

Jika mereka berpijak pada bumi nyata, mereka akan menghayati kelemahan diri. Mereka memerlukan Allah SWT untuk selamat sampai ke tujuan. Jika mereka diliputi kesulitan hanya kepada Yang Maha Kuasa saja tempat bergantung. Apabila tiada lagi kekuatan dalam diri yang boleh menyelamatkan maka mereka menjerit mencari Tuhan Yang Maha Perkasa. Sebagaimana jeritan Qarun dan Firaun, kaum 'Ad dan Tsamud. Sedangkan Nabi Musa merayu kepada Bani Israil setelah berkali-kali dikecewakan dengan kekufuran mereka:

Walau diri pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah SWT. Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia dan di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya. Doa dan harapan kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk membunuh iblis dan syaitan. Doa seorang hamba melemahkan semangat iblis untuk menyesatkannya dari jalan Allah. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa seketika.

Apatah lagi mendengar ketulusan seorang yang menyerahkan segala permintaannya menurut ilmu Allah SWT bukan menurut kehendak diri sendiri. Sebagaimana doa Nabi Nuh AS saat melihat darah dagingnya sendiri tenggelam ditelan banjir besar. Firman Allah yang bermaksud;

"Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi." (Surah Hud ayat: 47)

Bolehkah kita menghadirkan sangka baik kepada Allah SWT dalam keadaan seteruk apapun dan mempersembahkan doa yang paling tulus? Belum terlambat untuk mengetuk pintu langit dengan bahasa yang paling indah dan lembut diiringi dengan harapan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. Sesungguhnya tidak akan ditolak doa orang yang berpuasa.



Amin ya Allah, ya rabbal 'alamiin...

-SuaSaNa rai RaMadHaN di Makkah 700 taHun LaLu-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..


Ibn Batuttah gambarkan Baitullah gemerlapan, penduduk beribadat sepanjang malam

PENGEMBARA agung Islam, Ibn Battutah banyak mengungkap mengenai kehidupan, budaya dan tempat menarik sepanjang 29 tahun mengembara bermula dari tanah kelahirannya di Tangiers, Maghribi pada 1325 (700 Hijrah) meliputi Afrika Utara, Semenanjung Arab, Balkan, Parsi, India, Kepulauan Melayu dan China. Ibn Battutah tidak melepaskan peluang untuk memberi gambaran sambutan Ramadan di kalangan penduduk Makkah ketika kunjungan ke Kota Suci itu. Berikut ialah catatan Ibn Batuttah, lebih 700 tahun lalu yang dipetik daripada buku Pengembaraan Ibnu Battutah (Rihlah Ibn Battutah).


Apabila anak bulan Ramadan muncul, gendang serta kompang dipalu di rumah Amir Makkah dan suatu persediaan hebat dibuat di Masjidil Haram. Hamparan diganti baru, lilin dan obor ditambah sehingga Baitullah bergemerlapan cahaya, berseri-seri dan gilang-gemilang.

Imam berpecah kepada beberapa kumpulan dan setiap seorang bersama pengikut mazhab masing-masing iaitu Syafie, Hambali, Hanafi dan Zaidiyyah. Pengikut Mazhab Maliki pula mengumpulkan empat qari yang bergilir-gilir membaca al-Quran dan menyalakan lilin. Tiada satu ruang atau sudut pun di Masjidil Haram tidak diduduki qari yang mendirikan solat bersama-sama jemaahnya. Bergemalah masjid dengan suara qari dan setiap jiwa menjadi lembut, hati menjadi khusyuk dan air mata pula jatuh berguguran.

Selain itu, ada juga antara penduduk Makkah yang hanya menunaikan tawaf dan solat di Hijr secara bersendirian. Imam Mazhab Syafie adalah paling tekun beribadah. Apabila selesai solat Tarawih 20 rakaat, imam mereka biasanya melakukan tawaf mengelilingi Kaabah bersama jemaahnya. Apabila selesai membuat tujuh pusingan tawaf, farqa'ah (sebatang kayu yang dililit dengan kulit binatang yang nipis di hujungnya) yang dibawa di hadapan khatib pada Jumaat seperti yang diceritakan sebelum ini, dipalu sebagai pengumuman supaya setiap orang kembali menunaikan solat.

Kemudian imam mendirikan solat dua rakaat dan sesudahnya pula, menunaikan tawaf sebanyak tujuh pusingan. Beginilah keadaannya sehingga beliau menyempurnakan 20 rakaat yang lain bersama-sama jemaahnya. Kemudian mereka mendirikan pula solat syaf (genap) dan witr lalu bersurai. Imam yang lain pula tidak membuat sebarang penambahan kepada adat yang biasa diamalkan ketika menunaikan solat.

Apabila tiba waktu sahur, Mu'azzin Zamzami akan menjalankan tanggungjawab untuk mengumumkan waktunya dari menara yang terletak di timur Masjidil Haram. Beliau akan berdoa, memberikan peringatan dan galakan kepada orang ramai supaya bersahur. Ini dituruti oleh semua mu'azzin di menara yang lain. Apabila seorang daripada mereka bersuara, sahabatnya akan menjawab. Di puncak setiap menara pula ada sekeping papan yang di hujungnya diletakkan sebatang kayu secara melintang. Dua lentera (lampu) besar yang dinyalakan dan diperbuat daripada kaca digantungkan pada kayu ini. Apabila waktu fajar semakin hampir dan peringatan supaya berhenti makan diberikan dari semasa ke semasa, kedua-dua lentera tersebut diturunkan. Mu'azzin pula mula melaungkan azan dan ia tingkah-meningkah antara satu sama lain.

Bumbung rumah di Makkah, semoga Allah memuliakannya, setara dan mendatar. Oleh itu, sesiapa yang rumahnya jauh sehingga tidak dapat mendengar azan akan dapat melihat kedua-dua lentera itu dan bersahur. Apabila tidak lagi dapat melihat kedua-dua lentera, ia akan berhenti makan.

Pada 10 malam ganjil (witr) yang terakhir Ramadan, penduduk Makkah akan mengkhatamkan bacaan al-Quran. Kadi, fuqaha dan pembesar turut menghadiri majlis berkhatam ini. Orang yang membaca bahagian yang terakhir al-Quran ialah anak kepada seorang pembesar Makkah. Apabila ia selesai mengkhatamkan bacaan al-Quran, sebuah mimbar yang dihiasi sutera dibawa untuknya dan lilin pun dinyalakan. Kemudian ia menyampaikan khutbah. Apabila selesai khutbah, bapanya akan menjemput orang ramai datang ke rumah dan menjamu mereka dengan makanan yang banyak serta pelbagai kuih-muih.

Begitulah amalan penduduk Makkah pada setiap malam witr. Bagaimanapun, malam yang paling mulia di sisi mereka ialah malam ke-27. Sambutan mereka untuk malam ini adalah lebih hebat daripada sambutan yang dibuat terhadap malam yang lain. Pada malam ini, al-Quran dikhatamkan di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Bertentang dengan Hatim Mazhab Syafie, sebuah pentas didirikan. Pentas ini diperbuat daripada alang kayu yang bersambung dengan Hatim itu. Di antara kedua-duanya pula dilintang papan yang panjang. Pentas ini dibina sebanyak tiga tingkat dan di puncaknya diletakkan lilin serta lentera kaca. Sinaran cahaya menyilaukan mata memandang. Kemudian imam datang dan menunaikan solat Isyak. Kemudian beliau mula membaca surah al-Qadr. Imam pada malam sebelumnya akan menghentikan bacaan sebelum Surah al-Qadr.

Semua imam berhenti menunaikan solat Tarawih untuk memberikan penghormatan kepada majlis berkhatam al-Quran di Maqam Nabi Ibrahim dan mereka sendiri datang menghadiri majlis berkhatam al-Quran ini untuk mengambil berkat. Imam menamatkan bacaan dengan membaca surah terakhir dalam dua salam iaitu empat rakaat. Kemudian beliau akan bangun berkhutbah dengan menghadap Maqam. Selesai berkhutbah, imam akan mendirikan solat semula dan orang ramai pun bersurai. Majlis berkhatam al-Quran pada malam yang ke-29 pula diadakan di Maqam Mazhab Maliki. Sepanjang malam itu, khutbah akan disampaikan dan tiada upacara kemegahan lain yang diadakan selainnya.

Dipetik daripada buku Pengembaraan Ibn Batttutah, karya terjemahan IKIM, terbitan MPH Group Printing (M) Sdn Bhd


-Nur KaSih-

Yassin feat Eena HouzyamaNur Kasih


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

-Umat IsLam LeMah jiKa tiaDa KuaLiti, jati Diri BanGsa-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Kehancuran ummah terdahulu disebabkan banyak perselisihan dan berbantah-bantahan


PERANG Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah yang kedudukannya di antara Makkah dan Madinah. Peperangan ini memperlihatkan pertempuran sengit antara tentera Islam seramai 313 dengan 1,000 musyrikin Makkah. Kemenangan yang dicapai kaum Muslim tentunya tidak diraih begitu mudah. Ia melalui pelbagai strategi jitu di medan perang. Namun di sebalik strategi itu, ada nilai rabbani yang tertanam dalam jiwa pejuang Badr. Nilai ini tertanam sejak tiga tahun perjalanan tarbiyah Islamiyah ketika di Makkah. Kaum Muslimin mengikuti apa yang diperintahkan Allah dan diajar Rasulullah SAW. Mereka memahami apa yang perlu dilakukan dan mengerti faktor yang kemenangan boleh dicapai.

Kemenangan dalam pertempuran bukan bergantung kepada kuantiti atau kelengkapan senjata saja tetapi dicapai dengan kekuatan dan roh maknawi yang dimiliki tentera. Tentera Islam dalam pertempuran ini mewakili akidah suci, iman yang menyala, kegembiraan untuk mati syahid, juga keinginan mendapat pahala dan syurga Allah. Mereka juga mewakili kegembiraan kerana bebas merdeka daripada kesesatan, perpecahan dan kerosakan, sementara tentera musyrik pula mewakili akidah yang rosak, akhlak yang punah, dan ikatan sosial yang terlerai.

Antara faktor kemenangan orang Islam dalam peperangan itu ialah:

١-Teguh hati �
Kalau bukan kerana keteguhan hati pasukan muslimin dalam perang Badr dan peneguhan Allah dengan malaikat-Nya, maka tidak akan wujud kemenangan untuk mereka. Keteguhan hati ini sangat penting kerana perjalanan dakwah adalah jalan sangat panjang dan banyak rintangannya. Dengan keteguhan hati inilah yang menyebabkan mereka mendapat kemenangan, kemuliaan dan pahala yang besar. Keteguhan dalam menyatakan kebenaran, tidak tergoda dengan harta dan wanita serta habuan dunia telah menyebabkan pasukan muslimin mencapai kemenangan.

٢-Zikrullah �
Mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. Ternyata syarat kemenangan berpihak kepada orang yang sentiasa ingat Allah dengan selalu berzikir, berdoa dan qiamulail. Mengingati Allah ketika berperang akan menyebabkan seseorang akan mencapai ketinggian ubudiah dan keimanan kepada Allah serta tawakkal kepada Allah. Keteguhan hati dan zikrullah adalah cara untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

٣-Taat kepada Allah dan Rasul-Nya �
Pertolongan Allah akan muncul bersama dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

٤-Tiada perselisihan �
Keteguhan hati, zikrullah, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, apabila diikuti dengan berbantah-bantahan maka yang akan terjadi adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan. Dalam perang Badar, Allah menjaga pasukan Muslimin daripada perselisihan dan berbantah-bantahan.

Perkara ini berbeza dengan perang Uhud, pasukan Muslim menerima kekalahan akibat perselisihan dan meninggalkan tempat masing-masing untuk mengambil harta rampasan perang kerana menyangka perang tamat. Perkara yang menghindarkan daripada perselisihan dan berbantah-bantahan ialah semangat bermusyawarah. Berwaspadalah terhadap perselisihan kerana ia akan menghilangkan kekuatan dan meleraikan ikatan ukhuwah. Kehancuran umat terdahulu kerana banyaknya perselisihan dan berbantah-bantahan.

-٥Sabar �
Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan kerana sabar adalah senjata kekuatan sesuatu pasukan. Sabar dalam menghadapi pertempuran dan sabar dalam menghadapi musibah adalah jaminan bagi sempurnanya pertolongan yang akan diberikan Allah. Sabar bukan bererti pasif. Oleh hal yang demikian, sabar harus senantiasa diiringi dengan ikhtiar dan mujahadah.

٦-Ikhlas �
Kemenangan tidak boleh diraih dengan kesombongan dan riak. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berperang di jalan-Nya dengan niat yang ikhlas. Dalam Islam, bilangan bukanlah faktor yang menentukan segala-galanya tetapi faktor kualiti adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Banyak ayat al-Quran yang memuji golongan yang sedikit tetapi berkualiti. Firman Allah yang bermaksud:

"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan amatlah sedikit mereka ini." (Shad: 24).

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur." � (Saba': 13)

Pada zaman sekarang, jumlah Muslim sedunia melebihi satu suku bilion umat. Jumlah yang banyak itu kebanyakannya mempunyai sifat yang pernah diperjelaskan oleh Rasulullah iaitu cinta akan dunia dan takut akan mati. Jumlah yang banyak belum cukup apabila jumlah ini hanya kelihatan megah dari luar tetapi lemah daripada dalam. Mereka tidak ada keperibadian diri, kehilangan tujuan dan jalan yang benar. Oleh sebab itu, perhatian kita hendaklah ditujukan kepada kualiti dan pembinaan jati diri bangsa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang apabila melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya." � (Muslim)

wallahualam..

-JaDikaN kitaB SuCi PaNDuaN Cari KeSeMpurNaaN HiduP-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


17 Ramadan adalah peringatan supaya umat Islam kembali mendekati mukjizat Rasulullah



SAHABAT Nabi Muhammad SAW yang juga Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam selepas mendengar alunan ayat suci al-Quran dari surah Taha di rumah adiknya, Fatimah Al-Khattab.

Hatinya yang penuh perasaan marah membara apabila mengetahui Fatimah sudah mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW menjadi lembut oleh ayat al-Quran. Selepas membaca apa yang dikatakan beliau sebagai syair itu, berkata Umar:

"Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya."

Begitulah kisah Umar yang terkenal dengan sikap tegas akhirnya kalah kepada wahyu Allah dan menjadi pejuang menyebarkan Islam.

Pakar matematik dari Kanada, Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar) yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dihadiahkan al-Quran pada 1978, selepas membacanya menyedari kebenaran kitab itu dan kepincangan Bible.

Pada mulanya beliau membaca al-Quran untuk mencari kesilapan di dalamnya tetapi terkejut apabila bertemu ayat 82, surah An-Nisa' yang bermaksud:

"Apakah mereka tidak memperhatikan (merenung) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan menemui pertentangan yang banyak di dalamnya."

Katanya mengenai surah itu: "Prinsip sains ialah mencari dan mengesan kesalahan dalam teori sehingga dibuktikan betul. Apa yang menakjubkan ialah al-Quran menyuruh umat Islam dan bukan Islam cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan memberitahu mereka tidak akan menjumpai satu pun."

Beliau memeluk Islam dan kini menjadi pendakwah Muslim yang komited. Antara penulisan beliau ialah The Amazing Quran (Quran yang Mengagumkan). Beliau membuktikan al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

Al-Quran juga memberi petunjuk kepada penyanyi terkenal Cat Stevens atau Yusuf Islam yang memberitahu beliau mendapat jawapan kepada persoalan mengenai ketuhanan serta kehidupan melalui apa yang dibaca dalam al-Quran.

"Apabila saya terima kitab itu daripada abang yang melawat Jerusalem, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan siapa saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan yang akan berlaku. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar," katanya.

Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah SAW berucap:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya." � (Hadis riwayat Al-Hakim)

Hadis itu memberi peringatan cukup jelas supaya umat Islam berpegang teguh dan menjadikan al-Quran panduan dalam setiap aspek kehidupan kerana Rasulullah SAW memberitahu al-Quran akan memberi syafaat kepada yang membacanya pada hari kiamat.

Sempena 17 Ramadan, mengingatkan kita kepada peristiwa Nuzul al-Quran yang terakam dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Seterusnya proses penurunan wahyu berlaku secara berperingkat-peringkat hingga lengkap seperti kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran yang menjadi mukjizat besar Nabi Muhammad SAW seharusnya memberi makna besar dalam kehidupan umat Islam.

Malah, indahnya akhlak Rasulullah SAW digambarkan dalam hadis diriwayatkan Aisyah, akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran. Bermakna apa yang dipraktikkan Baginda sehari-hari adalah ajaran al-Quran itu sendiri.

Memperingati Nuzul al-Quran setiap kali tiba 17 Ramadan bukan sekadar kita mengimbau peristiwa yang berlaku sebaliknya mengingatkan diri atau bertanya sejauh mana akrabnya hubungan kita dengan al-Quran.

Bagi mereka yang bertadarus atau berterusan membaca al-Quran sepanjang Ramadan ini, sekurang-kurangnya sudah mengikat silaturahim dengan mukjizat Rasulullah SAW dan lebih bermakna apabila yang dibaca diterjemahkan dalam kehidupan untuk mencari kesempurnaan di akhirat.

Pastinya kita yang berlapar dahaga melaksanakan Rukun Islam ketiga tidak mahu melepaskan peluang termasuk dalam golongan beriman serta mencapai kejayaan.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Orang yang diberi kepada mereka kitab, mereka sudah membaca dengan sebenar-benar bacaan, maka mereka golongan yang beriman dengannya dan bagi mereka kufur terhadapnya, maka mereka golongan yang rugi." � (Surah al-Baqarah, ayat 121)


Imam Persatuan Masyarakat Islam di Greater Oklahoma City, Suhaib Webb, pada ceramahnya berjudul 'Kita Semua Adalah Anak Adam' di Kuala Lumpur berkata, seorang rakan bukan Islam yang membaca al-Quran terjemahan dalam masa dua minggu bertanya di mana al-Quran yang kedua.

Apabila ditanya kenapa beliau bertanyakan al-Quran yang kedua, kawan itu berkata, Muhammad yang disebut dalam al-Quran tidak sama dengan Muslim yang dilihatnya di luar sana.

Kesimpulan boleh dibuat, apakah al-Quran dan ajarannya makin jauh dengan umat Islam atau umat Islam sudah tidak lagi merujuk kepada kitab yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pelindung daripada kesesatan.

Cuba mulakan membaca al-Quran secara berterusan walaupun sedikit kerana apabila ia sudah menjadi amalan harian, hati akan rasa serba tidak kena jika sehari tidak mengalunkan ayat suci yang penuh dengan syariat, pengajaran, penawar serta rahmat.

wallahualam..

-Doa KuraNG jeLas tiDak PerLu diaMiNkaN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Amin berasal daripada kata kerja ammana, bermaksud Ya Allah! perkenankanlah. Menurut Syeikh Bakar Abdillah Abu Zaid dalam kitab Tashih al-Du'a, lafaz amin disyariat untuk diucapkan selepas doa kerana ia permintaan yang diringkaskan dalam doa sebelum itu.

Antara kehebatan umat Islam seperti sabda Nabi SAW bermaksud:

"Tidaklah masyarakat Yahudi rasa hasad terhadap kamu dalam sesuatu urusan melebihi hasad mereka kepada amin dan ucapan salam antara kamu." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

Antara kelebihan mengucapkan amin seperti dilihat dalam hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinyatakan bahawa amin pendengar terhadap doa diucapkan antara faktor yang menjadikan doa diterima Allah SWT.

Hadis ini jelas menggambarkan ketinggian ucapan amin. Dalam hadis berkaitan Ramadan,

Nabi SAW dikisah mengucapkan amin secara jelas tiga kali ketika menaiki tiga anak tangga mimbar menyebabkan sahabat menanyakan mengapa mengucap amin sedangkan di sekitar mereka tidak ada yang berdoa? Lalu Rasulullah SAW menceritakan amin yang diucapkannya kerana doa Malaikat Jibril yang tidak kedengaran oleh mereka." (Riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

Dalam hadis diriwayatkan Ibn Jarir mentafsirkan ayat terakhir surah al-Baqarah yang terdiri daripada doa hebat, setiap perenggan ayat itu apabila Jibril menyampaikannya kepada Nabi, maka Nabi mengucapkan amin sebagai reaksi naluri yang memohon rahmat dan kasih Allah atas kesilapan diri. Ayat itu adalah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menganggap kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikul kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kafir."


Kedua-dua hadis tadi menunjukkan Nabi SAW mengucapkan amin dengan kuat sehingga didengar orang lain. Dalam pelaksanaan solat juga, contohnya ketika membaca al-Fatihah yang dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT lalu memuji dan menyebut sifat-Nya serta kekuasaan-Nya, akhirnya berdoa dengan permintaan diberi petunjuk ke jalan lurus. Selepas itu disyariatkan menyebut lafaz amin, demikian pula dalam solat berjemaah, apabila imam membaca al-Fatihah dengan nyaring, jemaah harus membaca amin bahkan kalau dapat serentak dengan imam.

Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila imam membaca amin, hendaklah kalian membaca amin. Sesungguhnya siapa yang bacaan aminnya bertepatan dengan amin malaikat, dosanya akan diampuni." (Riwayat al-Bukhari-Muslim)


Selain itu, ulama empat mazhab bersependapat jemaah disunatkan mengucapkan amin secara nyaring apabila doa diucapkan khatib dalam khutbah Jumaat. Bagi mazhab Hanafi memadailah ucapan amin dilakukan dalam hati. Berpandukan dalil ucapan amin, kita membuat kesimpulan dituntut mengungkapkan amin secara terang dan jelas menerusi dua keadaan.

Pertama, dalam solat sama ada secara bersendirian atau mengikut imam selepas membaca al-Fatihah dan dalam doa qunut.

Kedua, di luar solat juga dituntut mengucapkan amin yang bermakna ya Allah perkenankanlah hajat kami apabila mendengar doa dilafazkan termasuk ketika doa diucapkan imam membabitkan khutbah Jumaat atau solat Istisqa (minta hujan) gerhana dan lain-lain.

Tidak dituntut mengaminkan doa kurang jelas dan tidak dapat difahami maksudnya atau tidak mengetahui latar belakang imam. Jika imam salih lagi berilmu yang dikenali, tiada masalah mengaminkan doanya dengan mengambil contoh amalan dan petunjuk Rasulullah SAW ketika mengaminkan doa.

wallahualam..

-SetiaP aMaLan aKan DaPat PeMbaLaSan SetiMpaL-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


SETIAP amalan baik yang dilakukan Muslim di dunia ini akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Dengan berpandukan Al-Quran segala amalan dan kewajipan dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan beramal kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini tidak boleh membantu kita untuk ke jalan Allah, melainkan amal ibadah saja yang dapat membantu kita untuk memperoleh segala nikmat pada alam akhirat nanti.

Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Hai orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya." (Ali Imran: 102).

Amalan itu adalah solat lima waktu, solat sunat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan berpuasa sunat, menunaikan haji dan umrah serta amalan yang lain seperti bersedekah dan melakukan amal jariah.

Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." ( At-Taubah:105).

Ayat ini jelas membuktikan bahawa amalan yang baik yang dilakukan dengan penuh keimanan akan mendapat balasan pahala di akhirat nanti. Beriman kepada Allah SWT, tauhid dan menghambakan diri dengan tidak menyekutukan-Nya akan mengukuhkan keimanan dalam jiwa setiap Muslim.

Berkaitan dengan syurga, Jabir berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Kunci syurga adalah solat dan kunci solat itu adalah wudhuk." (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).


Sesungguhnya, solat itu amalan yang utama kepada umat Islam selain daripada amalan yang lain. Tiada siapa yang boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka.

Sementara itu dalam satu hadis yang lain, dari Abdullah bin ' Amar r.a., beliau bertanya Rasulullah SAW,

" Wahai Rasulullah! Apakah keuntungan majlis zikir itu? Baginda menjawab: Keuntungan majlis zikir itu adalah syurga, syurga." (Riwayat Ahmad).


Dalam hadis lain, yang diriwayatkan Tasuban r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "

Barang siapa yang mati dalam keadaan bebas dari tiga perkara, yakni kesombongan, dendam dan hutang, nescaya dia akan masuk ke syurga." (Riwayat Tirmidzi dan Syaibani).

Amalan yang baik yang dilakukan secara berterusan sangat digalakkan dalam Islam. Oleh itu lakukan segala amalan yang baik dalam kehidupan ini bagi mendapat keredaan Allah SWT.

Kesimpulannya, sifat yang baik dan amalan yang mulia yang dilakukan oleh seseorang Islam itu yang diterima Allah akan membawa ke syurga. Jadikan keimanan dan ketakwaan dalam setiap amalan kepada Allah untuk menuju ke syurga-Nya.

wallahualam..

-BittauFiQ My LittLE BrotHEr-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).




by the way, i would like to take this oppurtunity to wish , ma'a taufiq wan najah buat adik2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari ini 8 Sept.,bersamaan 18 Ramadhan 1430H..insya Allah..termasuk la my little bro..buatlah sesuatu itu dengan sempurna dan bersungguh-sungguh kerana Allah sukakan kesempurnaan dan kesungguhan..Allah melihat kepada usaha and He will reward us accordingly, insya Allah..

letakkanlah pergantungan sepenuhnya kepada yang Esa, kerana Dialah sebaik-baik perancang, yang maha mengetahui segala sesuatu..bergantung kepada Allah, Allah will never let us down, by His will..dan, setiap kejayaan yang datang bukan kerana usaha kita semata, namun kejayaan itu adalah anugerah dari Allah..masya Allah =)

All the best :D

*ha, jawab elok2 xm tu... anak bongsu result kena gempak.. yang lain da lepas da..
nak adiah x?? kalau nak,kena dapat straight A's..
ala kullin... moga najah hendaknya... dunya wal akhirah...

........wassalam.....

-AwaRD Dari BuMi AnBia-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


alhamdulillah..setelah sekian lame x dapat award..akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba..bukan 1 je ana dapat..tapi 4 sekaligus..waaa..seronoknye..IM-Smiley.com
maunya ana tak happy..rasa cam nak melompat jer..hee..
Award ni ana nak kongsikan bersama ummi ngan walid yang berada di kampung..
tak lupa juga saudara mara dan sahabat2 semua yang jauh dimata tapi dekat dihati..lalala..


pape pun,
syukran jazillan kepada MBAK NURA diatas pemberian award ni kepada ana..
ana sangat9 menghargainya...Award ini diberikan sebagai tanda terima kasih kepada pengunjung yang setia dan sentiasa memberi sokongan kepadanya..
syukran ye mbak..^_^
gak usah khuatir ye mbak, award ni terlalu bermakna buat ana..
kenapa ana bilang kaya gitu??
kerana award ni datang dari mbak lor..huhu..=)





Akhirul kalam,semoga tautan ukhuwah
sentiasa berada dalam redha ALLAH swt..(",)

.........wassalam.......



-Tag By FatiN MaRdhiaH-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Alhamdulillah..ana di tag lagi..kali ni ana di tag oleh adik ana..still bawah umur lagi die nih..hehe..Bak kata ukhti syauqah..banyak lagi bende tak boleh buat..^_~
ok la..malas nak pot pet banyak..ana ikut je la arahan yang diberikan..


ape nak buat???

١-copy gambar amal Islam di atas..copy satu post ni pun tak mengapa..mudah dan menjimatkan masa..harapnya begitu la..

okay??

٢-kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat..!!!10 orang tahu.. Lebih2??? lagi bagus. Kalau nak bagi semua..??amat digalakkan..

orait??

٣-gambar ini hak cipta tidak terpelihara..jadi sebar-sebarkanlah ye..

yallah..!!!^_^

٤-perkara yang wajib anda lakukan?? senang jer..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas..kalau tidak nampak??zoom la..

insyaALLAH..

10 orang yang terpilih untuk terima tag nie:_
AKHI HIBATUL HAQQI
AKHI FIQKOFALLAH
♥ UKHTI ATIRAH ♥
♥ HAZWANI ♥
SUZY

finally selesai sudeh tag nih..hehe..
tak ada ape nak cakap..juz enjoy it..

.......wassalam......