-KeUtaMaAn KeSaBaRan DaLaM MenGhaDaPi MusiBaH-
-SiNaR CaHaYa aYaT KuRSi-
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'
-Umat PaTut rEbUt RaHmaT Pagi, SePeRtiGa MaLam-
Perancangan serta penyusunan kegiatan perlu bagi memastikan hari bakal mendatang penuh dengan perkara bermanfaat. Justeru, bagi memastikan pagi yang lancar jangan biasakan berjaga pada malam.
Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya adalah sebaik-baik waktu untuk beribadat dan berhubungan dengan Allah. Waktu itu juga sesuai meningkatkan keimanan dengan bangun mendirikan solat serta bermohon kepada Allah.
-SaLaM imTihaN buaT SaHaBaT di ManSouRa-
Letakkanlah pergantungan sepenuhnya kepada yang Esa, kerana Dialah sebaik-baik perancang, yang maha mengetahui segala sesuatu..bergantung kepada Allah, Allah will never let us down, by His will..dan, setiap kejayaan yang datang bukan kerana usaha kita semata, namun kejayaan itu adalah anugerah dari Allah..masyaALLAH=)
1)biasakan diri berada dalam keadaan berwudhuk
#jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan..kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan..jgn lupe ye membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati..insyaALLAH..
2)perbanyakkan membaca Al-Quran
#ganjaran yang besar akan diberikan ALLAH bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu2 lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur..jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada setiap masa dan ketika.
3)banyakkan solat sunat
#sebagai makhluk paling mulia di sisi ALLAH,kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari2.antaranya, dengan solat sunat.solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.kita bangun pada sepertiga malam dan seterusnya mendirikan solat2 sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada ALLAH..
"Apabila ia bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, terbukalah pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka pada pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, nescaya pagi hari perasaannya buruk dan malas." (Hadis riwayat Bukhari)
4)selalu berdoa kepada ALLAH
#ALLAH telah berpesan iaitu jgn menyembah selain daripadaNYA.ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada ALLAH yang maha Esa dan dilakukan secara berterusan.waktu2 mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum masuk waktu subuh,malam hari raya,ketika waktu azan dan iqamah..insyaALLAH,ALLAH akan memakbulkan doa setiap hambaNYA yang benar2 ikhlas.Namun,kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh2..
5)bersangka baik dengan ALLAH
#kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.semuanya itu adalah ujian daripada ALLAH yang bertujuan menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNYA..kita patut bersyukur,sedangkan kat luar sana ramai terbiar dilalaikan..oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan ALLAH dan jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.dan kita juga harus percaya bahawa tentu ada hikmah disebalik kejadian itu..Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
6)lakukan kegiatan luar seperti bersukan
#ramai orang cakap,badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas..segala tekanan akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti luar seperti bersukan,beriadah..jgn cuci mata buat perkara yang tidak mendatangkan faedah,da la ye..hee..
7)amalkan diet dengan disiplin yang kuat
#pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan satu faktor tekanan sewaktu belajar..oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.diet yang tidak dikawal akan menyebabkan masalah kegemukan yang juga membawa kepada penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,darah tinggi,kencing manis...ini time nak revision,semua junk food bawa keluar..ish3,nak study ke tengok wayang???
8)menangis dengan sepuas hati
#tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan meluahkannya di atas sehelai kertas..boleh ker???hmm,mesti la boleh..kalau tak caye,cuba la..kalau kita simpan perasaan kita dalam hati,diri sendirri mungkin akan merana."Luahan lain,hati lain"...ada sesetengah yang menghadapi masalah cuba menyembunyikan masalah mereka..kalau tak nak luahkan pada sahabat2,luahkan semuanya pada ALLAH..itu lebih baik..=)
9)hargai kebolehan diri sendiri
#kita harus mempunyai sikap yakin pada diri..Apabila kita mempunyai keyakinan diri,maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan..apa yang penting,hargai kebolehan diri sendiri dan mulakan hidup dengan lebih ceria..
10)cintailah diri sendiri
#"cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai orang lain"..
jelas daripada maksud sepotong hadis ini,kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain..
*p/s:utk leen dan aisha n de geng..Bittaufiq wannajah fil imtihan..=) jangan tension2 ye dik..nty effectnya sampai ke ana pulak..hehehe..
-ConGraTs aDik-Adikku-
semalam result upu untuk student2 SPM 08 dah pun keluar..alhamdulillah kebanyakan junior2 ana yang merangkap mangsa2 bully ana masa sama2 belajar di Sultan Sulaiman High School diterima masuk ke university..=) syukur alhamdulillah,ya ALLAH kerana mengabulkan doaku untuk melihat adik-adikku berjaya..tahniah untuk bazilah,alang,ain,jalwaa dan sahabat2 mereka yang lain...good luck in your future undertakings ye,dik..insyaALLAH doa ana selalu bersama kalian..
walaupun dulu salu kena bully2 manja dengan ana,alhamdulillah kalian still focus kat study..hmm,da lame tinggalkan zaman persekolahan..rasa rindu pulak time tu..sebab banyak sangat kenangan2 manis dan tak berapa manis..hehe..especially dengan adik2 ana di aspuri..sape la tak kenal dengan "alyani"..student black list yang selalu m'buat kekacauan..gangster betul la ana nih..bak kata ukhti syauqah.."nakal sgt"...
syukran ye adik2..walaupun selalu kena bully kalian tetap menyayangi ana..ana juga sayang kalian semua..
dah lame berpisah kerana cita2 masing2,tapi alhamdulillah kita masih lagi berhubung..mudah-mudahan,ukhuwah ini kekal didunia dan di akhirat..insyaALLAH..
apa2 pun,kepada semua pembaca blog ana nih,bully yang ana maksudkan bukanlah seperti apa yang anda semua fikirkan..tak ada unsur keganasan dan tak ada pun sampai menyakiti hati orang lain..insyaALLAH..lagipun,barisan orang yang menyakiti hati orang lain akan ditempatkan di barisan pertama di akhirat kelak..
kalau pernah pun ana ada kekhilafan dari segi perbuatan atau pun lisan..insyaALLAH ana akan cepat2 minta maaf..kerana itu satu2 nya cara yang terbaik..hmm,kat sini ana nak kongsi satu cerita..
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w,seorang wanita yang sangat kuat beribadah sunat;siang hari berpuasa dan malamnya dipenuhi dengan sembahyang malam..sudah tentulah ibadah2 fardhunya tak tinggal langsung.Itupun ketika dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w sekaligus ingin mengetahui kedudukannya disisi ALLAH s.w.t berikutan tabiatnya yang suka menyakiti hati jiran dengan lidahnya..lantas Baginda menjawab,"TIADA KEBAIKAN UNTUKKNYA"..
*dari secebis kisah ini,dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa ibadah lahir dari kita sendiri lakukan boleh cacat dengan tabiat hati yang kotor.Hati yang kotorlah yang akan mencetuskan lidah supaya menyakiti hati orang lain,mencetuskan seseorang menjadi degil,keras kepala,tidak menghormati orang lain dan sebagainya.............
lastly untuk adik ana,mohd Adli..sabar ye kerana belum ada rezeki untuk adik..rezeki ALLAH ada kat mana2..cepat atau lambat je kita tak tau..lagipun setiap manusia yang ALLAH jadikan memang sudah detetapkan ketentuan dari segi rezeki,umur dan perjalanan hidupnya..ini yang dinamakan "suratan takdir"..tetapi apa juga yang tersurat itu boleh juga berubah dengan izin ALLAH melalui proses dan ikhtiar seseorang..
"sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah apa yang ada didalam diri seseorang itu sehingga manusia itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri"
kita akan menjadi manusia yang bersyukur jika menerima ketentuan yang ALLAH s.w.t berikan dengan redha..sebaliknya menolak ketentuan ALLAH dikira sebagai kufur dari nikmat..wallahualam...
-TaFaKur KeJadiAn aLaM, Diri MaNtaPkAn iMaN-
HIDUP ini adalah perjalanan yang sengaja dirahsiakan hikmah untuk manusia berusaha dan mencari maknanya. Bagi mereka yang berfikir, kehidupan tidak akan dipersiakan, sebaliknya dimanfaatkan sebaiknya demi kebahagiaan dunia serta akhirat.
Berfikir atau tafakur adalah senaman untuk mengaktifkan akal fikiran dikurniakan Allah kepada manusia supaya apa yang dilihat serta ingin dilakukan tidak menyimpang daripada syariat. Al-Hasan pernah berkata: "Bicara yang tidak mengandungi hikmah adalah tidak berguna. Diam tidak berfikir adalah kelalaian. Lihat yang tidak membuahkan pelajaran adalah permainan belaka."
Tafakur, berfikir atau merenung kejadian alam membuahkan pelajaran serta bukti kekuasaan Allah sekali gus menjurus dan mengarah kepada tujuan yang berguna.
Firman Allah bermaksud:
Pernah diriwayatkan, Nabi SAW menangis dan apabila ditanya mengapa, lalu dijawab Rasulullah SAW bahawa pada malam itu diturunkan ayat daripada surah Ali-Imran bermaksud:
Firman Allah bermaksud:
"Maka tidakkah mereka mahu melihat kepada unta bagaimana dijadikan? Dan melihat kepada langit bagaimana ditinggikan? Dan melihat kepada gunung bagaimana ditegakkan? Dan melihat kepada bumi bagaimana dihamparkan? Maka ingatkanlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat." (Surah al-Ghasyiah, ayat 17-21)
Kekuasaan Allah terukir dan terlukis pada alam. Rahmat dan kasih sayang-Nya ada pada setiap detik kehidupan. Demikian sebahagian bukti kekuasaan Allah. Betapa indah dan sempurnanya setiap ciptaan itu. Al-Quran banyak menyuntik dan mendorong manusia berfikir kerana dengan itu akal tidak dibekukan oleh rutin dan kesibukan, malah memantapkan iman serta menjana kesempurnaan.
Bagaimanapun, berfikir biar pada batas dibenarkan atau yang sanggup dijangkau akal bukan seperti diingatkan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
Suatu hari Nabi SAW menghampiri kaumnya yang sedang bertafakur. Nabi bertanya: "Mengapa kamu diam saja? Mereka menjawab: Kami sedang bertafakur mengenai makhluk Allah. Nabi berkata: Jika demikian, lakukanlah. Fikirkan mengenai makhluk Allah dan jangan fikirkan mengenai Allah."
Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara keterangan itu, diciptakannya kamu daripada tanah kemudian itu lihatlah, kamu menjadi manusia yang bertebaran." (Surah al-Rum, ayat 20)
Demikian bijaksana Allah yang Maha Mencipta mengatur semua itu untuk manusia. Namun, berapa ramai manusia berfikir mengenai penciptaan itu. Bulan dan matahari boleh berpadu walau tidak bersatu. Begitu juga siang dan malam saling bertukar tidak pernah bercakaran.
Bintang berkelipan indah tidak pernah membantah, malah semua itu tidak pernah bertelagah apa lagi menderhaka meminta kedudukan dan kuasa. Tetapi manusia yang bertebaran berterabur dengan perbalahan dan permusuhan.
Fudhail berkata: "Tafakur itu cermin kaca yang memperlihatkan padamu kebaikan dan keburukanmu." Justeru, pengembaraan dalam tafakur bukan sekadar memperlihatkan kebaikan dan keburukan tetapi melahirkan kenikmatan serta ketenangan, menemukan hikmah dan makrifah, mengarah pemantapan iman, pembersihan jiwa, memperbanyak amal salih.
-AKhLak TerPuJi JaYaKaN DaKwaH-
DARIPADA Abu Hurairah katanya,
Ada dua sifat yang bertentangan, sifat terpuji (mahmudah) dan tercela (mazmudah). Rasulullah SAW ialah manusia terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi dengan kata-kata kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan, Baginda SAW tidak membalas kejahatan itu.
Baginda SAW tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan tenang serta tidak berputus asa. Nama Baginda SAW mencerminkan akhlak yang sekali gus melontar kembali setiap tohmahan serta keburukan dilemparkan kepada pihak yang mengutuk iaitu musuh Baginda.
Allah mengingatkan Rasulullah SAW, manusia menjauhkan diri jika Baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.
Jundub Ibn Sufyan menerangkan:
Nabi pernah menyatakan tekanan paling berat pernah dirasakan Baginda ketika berdepan dengan orang Quraisy ialah pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika ke Taif untuk berdakwah.
Baginda SAW berharap penduduk Taif menerima dakwah Islam dan melindunginya daripada keganasan Quraisy. Namun, sebaliknya berlaku apabila Baginda diusir dan dikasari sehingga luka berdarah.Berikutan peristiwa itu Allah mengutuskan malaikat membantu Baginda membinasakan puak yang menentang itu. Namun sebagai nabi, Baginda tidak terburu-buru.
Baginda menolak bantuan Allah dan mengharap kaum yang melampau itu diberi kesedaran dan tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka sebenarnya disebabkan kejahilan.
-PuAsa cAra MuDaH siHatKaN BaDaN, miNDa-
Umat digalak berpuasa sunat selain tambah amal dapat hindari penyakit
HARI ini pelbagai cara dilakukan warga kota dan desa untuk menjaga kesihatan antaranya senaman setiap hari, berjoging pagi atau petang dan tidak kurang juga mengambil produk kesihatan sebagai makanan tambahan.
Bagi orang Islam, mereka mempunyai satu lagi cara untuk menjaga kesihatan iaitu mengerjakan puasa sunat. Di samping dapat ganjaran pahala istimewa daripada Allah, berpuasa dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit rohani khususnya berkaitan nafsu.
Selain itu, mereka yang berpuasa dapat menjauhkan diri daripada melakukan perkara mungkar seperti membuat fitnah, mengumpat, berfoya di tempat hiburan atau menonton gambar lucah di internet.
Orang berpuasa tentu tidak sanggup melakukan perkara seperti itu kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa atau jika tidak kena gaya membatalkan puasa.
Dalam apa keadaan sekalipun, sebenarnya ibadah puasa dapat melatih serta mendidik manusia sentiasa tenang dan sabar yang juga sebahagian daripada iman.
"Puasa adalah separuh daripada sabar." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Mengikut kajian, orang berpuasa mampu menyembuhkan penyakit berpunca daripada pemakanan seperti sakit perut dan gastrik jika ibadah itu dilakukan berterusan dengan teratur. Hal ini diakui kebenarannya oleh ahli perubatan.
Imam Al-Ghazali pernah menjelaskan sebahagian besar penyakit berpunca daripada makanan dan minuman. Katanya, berpuasa dapat memberi kesan positif terhadap penyakit berpunca daripada makanan dan minuman. Sementara Imam Bukhari berpendapat dengan berpuasa seseorang mampu menyembuhkan penyakit rohani.
Selain puasa wajib sebulan ketika Ramadan, umat Islam digalak melakukan puasa sunat pada masa tertentu dalam kalendar Islam seperti puasa pada 9 Zulhijjah, 9 dan 10 Muharam, enam hari pada Syawal (puasa enam), Nisfu Syaaban dan tiga hari setiap bulan iaitu pada 13, 14 dan 15.
Umat Islam juga disaran mengerjakan puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu. Amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan sesetengah umat Islam di negara ini seperti dilakukan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang memperoleh 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Beliau mengamalkan puasa Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.
Dalam catatan sejarah Islam, amalan berpuasa Isnin dan Khamis dilakukan Nabi Muhammad SAW. Baginda bersungguh-sungguh melakukannya seperti dijelaskan hadis diriwayatkan Muslim dan At-Tirmidzi.
Abu Qatadah berkata, pernah Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin. Jawab Baginda SAW:
Mengenai Rasulullah SAW yang mengamalkan puasa Isnin dan Khamis, Abu Hurairah berkata,
Allah mengingatkan umat Islam supaya beribadat kepada-Nya seperti ibadat Nabi SAW.
Firman Allah bermaksud: "Siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia memperoleh kejayaan paling besar." (Surah al-Ahzaab, ayat 71)
Mengenai penilaian amal manusia pada dua hari itu, Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfuk seperti berikut:
Penulis Suyadi dalam bukunya Keajaiban Puasa Isnin Khamis mencatatkan: "Hikmah puasa bagi kesihatan jasmani dan rohani serta kecerdasan otak tidak dapat dipandang sebelah mata.
"Amalan puasa Isnin dan Khamis secara berterusan membuahkan daya gerak dan ketahanan jasmani serta kecerdasan otak yang luar biasa. Hal ini bukan omong kosong tanpa bukti. Kajian dari segi kesihatan menunjukkan dalam keadaan perut lapar otak akan berfungsi secara maksimum serta hati semakin dekat dengan Yang Maha Besar."
Memang tidak dinafikan puasa Isnin dan Khamis banyak membantu pengamalnya menjadi sihat, cergas dan tidak mudah diserang penyakit seperti sakit kepala. Mereka yang berterusan mengamalkannya, terutama pelajar dapat meningkatkan kefahaman dalam bidang pelajaran.
Orang berpuasa sama ada wajib atau sunat mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah dengan syarat puasanya dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah.
Daripada Abu Saiid Al-Khudri menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (secara ikhlas serta mencontohi Nabi), nescaya Allah akan menjauhkan mukanya (dirinya) daripada neraka sejauh 70 tahun (perjalanan)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa itu perisai dan benteng yang benar-benar menyekatkan daripada neraka." (Hadis riwayat Ahmad)
-ALhamDuLiLLah-
ana pun pening jugak..on je notebook,sure jadi configuring updates..startup repair pun macam nak taknak je buat keje dia..asal restart je,jadi balik..
memang tension...tapi alhamdulillah kerana tidak terlalu merasa ketensionan tersebut...=)
pelik???hmm,betul..tak rasa tension sangat walaupun ada kemungkinan notebook terpaksa diformat semula..
mula-mula memang rasa tak suka dengar perkataan "format semula"...yela,semua document kat dalam notebook ni penting bagi ana..macam2 ada..especially kat dalam bahagian bicara agama..disini la tempat rujukan ana..
tapi alhamdulillah juga kerana semalam ALLAH telah mengirim seorang hambaNYA untuk repair notebook ana nih..syukran ye akhi "D"(bukan nama sebenar_sebenarnya tak tau pun nama dia siapa..hee)...akhi "D" ni sahabat abang ipar ana..tapi tak kisah la nama dia apa2 pun..syukran ye akhi..syukran katir..may ALLAH bless u always..insyaALLAH..sebenarnya sebelum repair notebook ni,akhi "D" ni dah call ana..dia beritahu yang notebook dah tak boleh buka window dan kalau terpaksa,kenalah format semula..aishh,format???abis la document ana..tapi kalau da tak boleh nak diselamatkan lagi,kenalah redha semua tu..
sejam lepas tu,ana dapat berita gumbira..alhamdulillah notebook ana dah ok balik..syukur alhamdulillah,ya ALLAH kerana mengabulkan doa ana..mudah-mudahan lepas ni,ana akan berhati2 gunakan notebook ni..insyaALLAH..
mungkin ini yang dikatakan kemanisan disebalik kesabaran..
Firman ALLAH dalam surah AT-TAGHABUN ayat 11;
p/s:_utk sahabat2 di fs:ukhti shassy,mira cayang dan lain2,maafin sy donk kerna gak bisa bales testi kalian..bukan sengaja say,tapi sy gak tau say gimana caranya..insyaALLAH,nanti sy coba liat cara betulkannya..udah lama bgt ya gak chat ama teteh ira,doc adis..masing2 lagi sibuk..hmm,gak apa2 koq..kerja kalian lebih penting dan sy bisa ngerti..pulsa kalian juga bisa dijimatkan..hehehehe..lagian fs juga lagi punya masalah koq..apa2 pun,kalau ada masa kita chat bareng ya say..kangeeeeeeeen bgt deh ama kamu semuanya..hee..
-Doa PeNaWar KesEdiHaN-
Seringkali hati merasa sedih & sakit... tetapi terkadang kita lupa akan hikmah disebalik kesedihan itu... terkadang pula kita menyalahkan takdir yg menimpa diri... percayalah sahabat2, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya... insafilah & bermuhasabahlah atas segala apa yg berlaku pada diri kita...
Di sini, ana sertakan doa sebagai penawar hati2 yg berduka...
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendalah Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ
“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”




