-AkiDaH, PerpaDuaN tonGGak KekUataN IsLaM DaLaM PerjUanGan-

BANGSA Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan jahiliah. Kemudian Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang kelahirannya membawa sinar dan kegemilangan kepada seluruh umat manusia.

Firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya dia (Muhammad) datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul (sebelumnya)." � (Surah Shaafaat, ayat 37)

Selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW, bangsa Arab serta negara yang menerima Islam berjaya mencapai kegemilangan. Namun, sedikit demi sedikit kegemilangan itu direntap dan dihilangkan oleh umat Islam sendiri.

Sehinggalah pada abad ke-21 ini, Islam tidak lagi dipandang tinggi dan digeruni. Kini Islam digambarkan sebagai agama yang membawa kepada kemunduran dan kehancuran. Malah, dilabel sebagai agama yang menggalakkan keganasan.

Wajah Islam yang dahulunya dihormati dan disenangi, dilukiskan dengan sebegitu teruk dewasa ini. Walaupun ada kesedaran di kalangan umat Islam mengenai hal itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya disebabkan umat Islam sudah meninggalkan Islam jauh di belakang.

Kekuatan umat Islam dulunya pernah menjadi mimpi buruk bagi mana-mana kerajaan yang mahu menyerang dan menakluk negara di bawah pemerintahan Islam sehinggakan pemerintah bukan Islam pernah tertanya-tanya apakah rahsia kekuatan umat Islam ini.

Selepas beberapa kali kalah di tangan orang Islam dalam beberapa siri peperangan, pemerintah Rom ketika itu, Maharaja Caesar memanggil panglimanya. Kemudian beliau bertanya kepada panglimanya: "Siapakah sebenar mereka yang kamu perangi itu? Bukankah mereka manusia seperti kamu juga?

Kemudian bangunlah seorang panglimanya dan menjawab: "Wahai tuanku, mereka adalah manusia seperti kami juga tetapi mereka bukan sembarangan manusia. Mereka adalah pendeta pada malam hari, dan pahlawan yang gagah berani pada siang hari. Mereka bersembahyang, berpuasa, tidak pernah meminum arak dan tidak berzina. Hatta, jika putera raja mereka sendiri yang mencuri, nescaya mereka akan memotong tangannya. Setiap seorang daripada mereka bercita-cita untuk mati sebelum saudaranya."

Umat Islam akan disegani dan dihormati jika mengikut ajaran Islam sebenar. Itulah rahsia yang selama ini orang bukan Islam tertanya-tanya iaitu di manakah letaknya kekuatan umat Islam. Kekuatan umat Islam ditafsirkan sebagai kekuatan keimanan terhadap akidah dan pelaksanaan syariat Islam dengan sebenarnya.

Daripada kekuatan akidah dan syariat itu, perpaduan juga menjadi batu asas kekuatan umat Islam sehinggakan tidak dapat digoncang sedikit pun. Akidah Islam yang teguh menjadikan umat Islam memiliki semangat persaudaraan yang erat.

Akidah yang teguh membentuk sikap bertanggungjawab terhadap Islam, sekali gus dapat mengatur strategi secara bersama dalam menghadapi musuh Islam. Kekuatan perpaduan umat Islam tidak seharusnya sekadar retorik, tetapi perlu dijelmakan melalui tindakan, tidak kira dalam apa juga lapangan.

Kekuatan perpaduan dan kerjasama yang pernah berlaku di kalangan umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dapat digambarkan melalui hadis diriwayatkan daripada Abi Buraidah dan Abi Musa bahawa Rasulullah berkata:

"Sesungguhnya kaum al-Asy'ariyyin apabila habis bekalan makanan mereka dalam peperangan atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan sama rata dalam satu bekas. Sesungguhnya mereka daripada kalangan mereka, dan mereka daripada kalanganku."

Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadis itu berkata:

"Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW memerangi assabiyah yang disebabkan oleh keturunan semata-mata, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun, Baginda menganggap kaum Al-As'ariyin sebahagian daripada Baginda."

Ia disebabkan prinsip yang sama, iaitu saling menjamin dan bantu-membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan. Sejarah banyak mencatatkan peristiwa peperangan yang berlaku umat Islam dan bukan Islam.

Dalam catatan itu semuanya menceritakan bahawa kekuatan umat Islam digemblengkan dan dibangkitkan oleh Islam. Malah, kerajaan bukan Islam yang mahu menakluk negara Islam berasa menyesal dan mengakui akan kekuatan umat Islam.

Seorang pengkaji sejarah Perancis bernama Collit ketika mengulas kejayaan umat Islam mempertahankan al-Jazair (al-Jazair ialah ibu negara Algeria. Bandar terbesar di Algeria ini adalah bandar kedua terbesar di Afrika Utara selepas Casablanca di Maghribi) dari Perancis berkata: "Islam adalah unsur positif yang berjaya mendorong orang Islam al-Jaza'ir ke arah menuntut kemerdekaan.

"Mereka dari mula sudah sedar bahawa penjajahan Perancis ke atas negara mereka bermaksud untuk menghapuskan Islam. Oleh itu, mereka berasakan perlunya berpegang teguh dengan Islam, sehingga hal ini berjaya membuatkan mereka memperoleh kemerdekaan dari Perancis."

Perdana Menteri Jordan, Saad Jumaa dalam bukunya bertajuk Allah Aw al-Dimar, memetik ucapan seorang Bishop: "Sesungguhnya rahsia kekuatan luar biasa yang berjaya dizahirkan Islam merujuk kepada kejayaan agama ini mengesan kewujudan Allah dan iradat-Nya yang maha Tinggi. Serta kekuasaan-Nya yang mutlak ke atas alam ini, yang tersembunyi di dalam keesaan-Nya."

-Asma al-husNa SeBaHaGian DariPaDa TauHid-

Umat Islam perlu berikhtiar, berakhlak mulia berpandukan sifat dan nama-Nya yang agung

Photobucket

NASYID al-Asma al-Husna yang sering bergema di telinga kita adalah motivasi rohani yang siap menghancurluluhkan hati supaya sentiasa ingatkan Ilahi, Sang Pencipta. Dalam nasyid itu ada permohonan yang tidak akan ditolak Allah SWT. Nas'aluka ya man huwallahu.

Al-asma al-husna adalah gabungan dua kata bahasa Arab al-asma dan al-husna.

Al-asma jamak ism ertinya nama, manakala al-husna adalah ialah nama yang berasal daripada al-hasan, baik atau indah. Jadi al-asma al-husna adalah nama baik atau indah.

Allah berfirman maksudnya:

"Hanya milik Allah al-asma al-husna , maka bermohon kepada-Nya dengan menyebut nama itu." (Surah al-A'raf: 180)

Dalam ayat ini tersirat apabila kita benar-benar mengenal dan memahami nama dan sifat Allah SWT serta berupaya menjadikannya sebagai sumber landasan hidup, maka dengan sendirinya keimanan kita tetap terjaga.

Al-asma al-husna ialah sifat Allah SWT yang sempurna.

Dalam hadis Abu Hurairah, ia berjumlah 99 nama iaitu 100 kurang satu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Daripada sudut bahasa hadisnya, sebahagian ulama berpendapat ia bukan penetapan nama Allah hanya 99 nama (takhshir), tetapi penerangan atau ikhbar kerana jika kita perhatikan nama dan sifat- Allah SWT, ia melampaui angka 99.

Al-Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang menjelaskan al-Asma al-Husna bertajuk Kitab al-Asna fi Syarh al-Asma al-Husna, menghimpun lebih 200 nama dan sifat. Imam Tabtabai dalam tafsir al-Mizan mengumpulkan lebih 127 nama dan sifat. Ibn Barjam al-Andalusi menghimpunkan 132 nama dan sifat. Bahkan Imam Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya menyebutkan ada yang sudah mengumpulkan sampai 1000 nama dan sifat.

Sebenarnya, jumlah nama dan sifat Allah SWT yang kita baca dan dengar 99 itu hasil ijtihad ulama kerana dalam hadis Abu Hurairah tidak ditentukan secara nyata nama-Nya dan juga tidak ada perinciannya.

Pada akhir abad kedua hingga awal abad ketiga Hijrah, tiga periwayat hadis berijtihad dalam mengungkap 99 nama dan sifat itu. Mereka ialah al-Walid Muslim, Abdul Malik al-Shan'ani dan Abdul Aziz Hashim.

Mereka memerhati -ayat al-Quran, sunah Nabi dan pendapat ulama yang hidup pada zaman itu, akhirnya mengumpulkan 99 nama dan sifat. Daripada hasil usaha tiga periwayat hadis ini, susunan dan kumpulan 99 al-asma al-husna al-Walid Muslim (195H) paling terkenal seperti yang banyak ditemui hari ini yakni bermula daripada ar-Rahman disudahi al-Sabur.

Untuk mengetahui nama dan sifat Allah SWT, ulama menetapkan syarat seperti disebutkan Ibn Utsaimin dalam kitab al-Jami' li Asma Allah al-Husna.

Antara syarat itu, ar-Ridwani menjelaskan, nama berkenaan mesti mempunyai landasan nas al-Quran atau hadis sahih; ia boleh dibuktikan secara ilmiah serta sesuai dengan kaedah bahasa Arab; ia menggunakan isim mutlaq yang tidak disandarkan dengan kata lain; ia mesti mengandungi nama dan sifat yang sempurna; dan nama itu harus menunjukkan sifat Allah.

Dalam buku Asma'ul Husna for Success in Business & Life karangan Dr Muhammad Syafi'i Antonio (2009), seorang Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) menulis: "Bahawa karakter atau sifat yang kita sukai bersifat universal. Rata-rata umat manusia menyukai sifat baik dan benci dengan sifat buruk. Bahkan orang yang bersifat buruk pun sebenarnya tidak suka dengan sifat mereka, ternyata ada hubungan antara sifat baik dengan keberhasilan seseorang dan sifat buruk dengan kegagalan. Mereka yang berjaya lazimnya adalah orang yang mempunyai integriti, pekerja rajin, pantang menyerah, suka belajar, kreatif dan sifat baik lain. Sebaliknya, orang gagal biasanya mempunyai sifat pemalas, takut gagal, miskin ilmu, pemarah, kasar dan seterunya. (halaman 6)

Kesukaan dan kebencian manusia terhadap sifat tertentu di atas adalah kesepakatan sejagat.

Agustian (2007) menyatakan kesepakatan itu berasal daripada suara hati manusia yang pada dasarnya juga bersifat universal.

Dengan catatan manusia sudah bebas daripada belenggu fikiran. Hati dan fikiran yang jernih akan mampu mengenal pasti sifat mulia. Seperti ada daya tarikan, seseorang menyukai sifat baik berkenaan tanpa mampu menjelaskan mengapa atau alasan menyukainya.

Mengapa orang sukakan sifat yang baik? Mengapa pula tidak menyukai perbuatan buruk? Jawapan bagi pertanyaan ini dapat diberikan melalui pendekatan spiritual atau kerohanian.

Suara hati atau hati nurani adalah pancaran daripada sifat Ilahi yang sudah dipasang ke dalam tubuh manusia.

Sumbernya satu iaitu Allah SWT kerana itu, sifat berkenaan mempunyai ikatan yang erat. Seperti ada daya graviti, kita selalu tertarik dengan sifat terbaik yang dimiliki individu. Hal ini terjadi kerana sifat terbaik sebenarnya juga ada dalam diri kita.

Jauh sebelum teori moden mengungkap sifat baik bagi kejayaan seseorang, Allah SWT menerangkan dalam diri manusia ada sifat berkenaan yang dihembuskan-Nyadan bagi memahami sifat itu, Allah SWT memperkenalkan menerusi sifat yang dimiliki-Nya.

Semua sifat itu terungkap dalam al-Quran. Sifat inilah yang disebut al-asma al-husna atau nama baik atau indah. Kalangan ulama menyusun sifat berkenaan dalam pelbagai versi dan paling popular adalah 99 nama atau sifat Allah SWT itu.

Mengimani nama Allah SWT antara tiang keimanan kepada-Nya yang mencakupi keimanan ada Allah SWT; keimanan dengan rububiyyah; keimanan dengan uluhiyyah dan keimanan terhadap nama dan sifat Ilahi.

Dalam Islam, amalan mengetahui, memahami dan meyakini nama serta sifat Allah SWT memang berada pada kedudukan sangat tinggi. Seseorang tidak mungkin menyembah Allah SWT dengan sempurna sehingga dia mengetahui dan yakin dengan nama dan sifat-Nya. Berlandaskan pengetahuan dan keyakinan terhadap nama dan -sifat-Nya itulah, seseorang dapat menyertakan mata hatinya saat menyembah kepada Allah SWT.

Meyakini al-asma al-husna termasuk sebahagian daripada tauhid. Oleh itu, bagi memahami nama dan sifat-Nya harus menurut yang sesuai bagi Allah SWT tanpa tahrif (merubah lafaz dan menyelewengkan makna sebenar); tanpa taktil (pengingkaran seluruh atau sebahagian sifat dan zat Allah SWT); tanpa takyif (menanyakan bagaimana kewujudan fizikal Allah SWT) dan tanpa tamtsil (menyamakan Allah SWT dengan makhluk-Nya).

Pada hakikatnya, al-asma al-husna adalah milik Allah SWT semata-mata. Kita sebagai makhluk, hanya diperintah untuk berikhtiar dan berakhlak mulia berpandukan sifat dan nama-Nya yang agung. Apa pun ikhtiar kita pasti ada kekurangan. Segala usaha kita pasti banyak kesalahan. Namun, berdiam diri tanpa ikhtiar, jauh lebih silap lagi.

Wallahu a'lam

-AmaLaN DeNGan Niat MenuNjuk-NuNjuk Hanya uNdanG KeruGiaN-

APA saja pekerjaan yang kita lakukan bermula dengan niat. Kita tak akan melakukan sesuatu perkara itu jika tak ada niat. Adanya niat membuatkan kita tergerak hati memulakan atau melakukan sesuatu namun berjaya atau tidak mencapai maksud, bergantung kepada kesungguhan hati.

Al-Jauhari dalam kitab Ash-Shihah mencatatkan makna niat adalah azam atau keinginan kuat. Al-Khithabi pula berpendapat niat adalah tujuan yang kita inginkan kepada suatu hal dan bagi pengarang Tafsir, al-Baidhawi, niat adalah dorongan bagi hati terhadap apa saja yang dia anggap sesuai dengan tujuan diinginkan.

Dalam Islam, niat adalah perkara penting kerana apa saja pekerjaan yang dilakukan oleh umatnya hendaklah dengan niat dan niat itu ikhlas semata-mata kerana Allah. Jika dilakukan tanpa keikhlasan suatu amal tidak akan mendapat keredaan dari sisi Allah.

Ucapan Nabi Sulaiman dalam al-Quran:

“Ya, Tuhanku, jadikanlah aku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku pada golongan hamba-Mu yang salih.” (Surah an-Naml, ayat 19)

Ikhlas adalah syarat diterimanya amal ibadah seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan tiadalah diperintahkan mereka, melainkan supaya mereka beribadat kepada Allah, seraya mengikhlaskan taatnya kepada Allah, lagi condong kepada kebenaran.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan ikhlas dan yang kerana untuk mencari keredaan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Menurut pendakwah dan ulama terkenal Dr Yusuf al-Qardhawi, keikhlasan tidak akan wujud kecuali bila dilandaskan niat tulus, lepas daripada motivasi lain supaya semata-mata ditujukan kerana Allah dan bebas daripada pelbagai kepentingan peribadi dan motif duniawi.

Allah melihat amal ibadah hamba-Nya di dunia ini dengan melihat niat hamba itu dulu, sama ada ia dilakukan secara ikhlas atau tidak. Allah tidak akan memberi pahala kepada orang yang tidak ikhlas dalam amalannya.

Tambah rugi jika amal ibadah yang dikerjakan itu dengan niat menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang dia kononnya orang alim atau kuat beragama.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuh kalian, tidak pula paras rupa kalian, tetapi Dia melihat ke dalam kalbu (hati) kalian.” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun setiap pekerjaan atau amalan itu bermula dengan niat dalam hati, tidak semua niat itu baik. Ada antara kita yang membuat pekerjaan atau amalan itu atas niat tidak baik, seperti orang yang hendak mencuri atau meragut.

Allah akan memberi pahala kepada orang berniat membuat apa saja pekerjaan yang mendatangkan kebaikan. Allah tetap memberi pahala walaupun kemudian dia tidak dapat melakukan pekerjaan itu atas sebab-sebab tertentu.

Begitulah pula mereka yang melakukan kejahatan tetap dapat dosa, tidak kira kecil besar kejahatan yang dilakukan itu. Namun mereka yang pada awalnya berniat ingin melakukan kejahatan tapi tidak jadi melakukannya, Allah tidak memberi mereka pahala, malah Allah mengampuni dosa mereka.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengampuni apa saja yang terbersih di dalam hati, yang belum dilakukan dalam perbuatan nyata, atau yang sekadar dibicarakan saja.”

Menurut ulama terkenal Muhammad al-Ghazali, Islam menaruh perhatiannya terhadap niat atau perasaan yang menyertai amal perbuatan manusia. Kerana nilai amal manusia pada hakikatnya kembali kepada si pemiliknya dan bergantung kepada niatnya.

Sambung Muhammad al-Ghazali, “Niat benar dan hati ikhlas, kedua-duanya kelihatan seperti amal duniawi biasa. Tetapi niat dan keikhlasannya itu menjadikan amalnya sebagai ibadah yang diterima.”

Demikian pula niat yang buruk, membawa amal ibadah murni terseret ke bawah, bahkan sampai ke lembah maksiat yang hina. Jika demikian, seseorang tidak mendapat apa-apa daripada amalnya, kecuali kegagalan dan kerugian.

Daripada Saad bin Abi Waqas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya belanja yang engkau berikan semata-mata kerana Allah, nescaya engkau diberi pahala kerananya bahkan apa yang engkau berikan untuk makan isterimu akan dibalas oleh Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas dan nyata setiap niat baik dan ikhlas akan memberi kebaikan luas kepada pemiliknya. Sedang niat yang tidak ikhlas, sekali pun bentuknya sama dengan amal salih tetapi menjurus menjadi maksiat yang mendatangkan akibat buruk.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka kecelakaanlah bagi orang yang salih, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riak dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah al-Ma’un, ayat 4-7)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Berlaku ikhlaslah kamu dalam beragama, maka amal sedikit pun mencukupkan kamu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

-IsLam GariS KaeDah BerKeSaN ataSi PenuLaRan WabaK-

PENYAKIT yang menjangkiti penduduk dunia hari ini adalah qada’ dan qadar Allah yang perlu dimengerti dan difahami individu Muslim. Islam mengajar umatnya menerima dengan lapang dada musibah yang menimpa dengan keinsafan dan kesedaran.

Namun kita tidak boleh berserah diri semata-mata kepada takdir tanpa usaha diiringi dengan doa, sifat sabar serta rimbunan taubat kepada Allah atas segala kesilapan yang tidak tahu mensyukuri nikmat akal kurniaan Allah.

Penyakit yang menyerang manusia tidak dapat dinafikan berpunca atas kesilapan membuat percaturan hidup tanpa landasan syariat ditetapkan Allah. Kesalahan itu membuka jalan bagi manusia menilai semula cara hidup mereka dengan menggunakan Islam sebagai kayu ukur dan bermuhasabah kenapakah penyakit datang silih berganti ‘mengganggu’ hidup manusia.

Di samping itu, sebagai manusia yang dikurniakan kecerdasan dan kewarasan akal sewajarnya menggunakan ‘kesempatan’ ditimpa penyakit, melakukan pelbagai penyelidikan secara efektif dan proaktif mengenai kaedah rawatan seterusnya menghasilkan ubat atau vaksin menghadapi ancaman penyakit yang tidak dapat digambarkan keadaan pada masa hadapan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155- 157)

Sewajarnya umat Islam merenung kembali kisah daripada Abdullah bin Abbas: “Pada suatu hari tatkala Saidina Umar bin Khattab pergi ke Syam, apabila sampai di Sargha, datang pemimpin tentera bersama Abu Ubaidah bin Jarrah dan sahabatnya memberitahu Umar mengenai wabak taun yang sedang melanda kawasan itu.

Lantas Saidina Umar berkata: Panggil ke sini orang Muhajirin pertama (berhijrah) (dengan tujuan mendapatkan pendapat dan berbincang. Aku memanggil mereka, lalu Umar bermesyuarat dengan mereka.

Umar berkata: Wabak penyakit berjangkit sedang melanda kawasan ini. Jadi apa pendapat tuan-tuan mengenai perkara ini? Seorang demi seorang memberi pendapat. Kata seorang daripada mereka: Tuan sudah keluar untuk satu tugas penting, adalah tidak layak tuan meninggalkannya.

Kemudian berkata pula sahabat lain: Tuan datang dengan membawa angkatan besar dan angkatan tuan itu pula dari sahabat Rasulullah SAW, dan kami fikir adalah tidak patut tuan menghadapkan mereka kepada wabak penyakit ini.

Apabila Umar mendengar pendapat orang Muhajirin, beliau memerintahkan dipanggil orang Ansar. Apabila mereka semua berkumpul, Umar bertanya soalan sama dan menerima jawapan sama seperti diberi orang Muhajirin.

Lalu Umar menyuruh mereka berundur. Selepas itu Umar memanggil pula orang Quraisy yang berhijrah sebelum penaklukan Makkah. Apabila tiba orang Quraisy itu, Umar pun bertanya pendapat seperti ditanya pada orang Muhajirin dan Ansar. Ternyata jawapan diterima Umar sama.

Mereka berkata kepada Umar: Pada pendapat kami, adalah lebih baik tuan membawa angkatan tuan itu balik dari menghadapkan mereka kepada wabak penyakit. Umar pun bersetuju meninggalkan tempat itu sambil memberitahu sahabatnya: Oleh sebab kita akan bertolak esok pagi, maka aku harap dapatlah kita bersiap sedia untuk pulang.

Sebaik saja Umar habis berkata, Abu Ubaidah bin Jarrah pun bertanya: Apakah kita hendak lari dari qadar Allah? Oleh kerana pertanyaan itu daripada Abu Ubaidah, maka Umar tidak mahu membantah dan sebaliknya menjawab: Ya, kita lari dari qadar Allah.

Sebagai penjelasan, Saidina Umar membuat analogi dengan contoh mudah, katanya: Apa akan kamu buat jika kamu mempunyai seekor unta, lalu kamu sampai pada suatu lembah yang ada dua keadaan iaitu satu subur dan satu kering?

Sudah tentu kamu akan memilih tempat subur. Bukankah kamu mengembala dengan qadar Allah dan jika kamu memilih untuk mengembala di tempat kering, kamu juga mengembala dengan Allah.

Sebaik saja Umar habis menerangkan kepada Abu Ubaidah, tiba-tiba datang Abdul Rahman bin Auf, lalu berkata: Aku faham masalah ini dan aku sendiri pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar ada wabak penyakit berjangkit merebak di negeri itu, maka janganlah kamu masuk ke negeri itu, dan jika wabak terjadi di negeri kamu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu kerana hendak melarikan diri.

Selepas mendengar apa diperkatakan Abdul Rahman bin Auf itu, Umar pun mengucapkan puji-pujian kepada Allah kerana memberi petunjuk kepadanya. Selepas itu Umar dan orangnya meninggalkan tempat itu.”

Antara pengajaran daripada kisah itu ialah pencegahan daripada penyebaran penyakit boleh dilakukan dengan cara kuarantin seperti disebut Baginda SAW dan dipraktikkan Saidina Umar.

Inilah langkah paling besar impaknya dan berkesan dalam kaedah perubatan umat terdahulu dan umat zaman moden ini bagi menghadapi ancaman penularan wabak penyakit. Penjagaan kesihatan baik amat dituntut di samping mengamalkan kesederhanaan dalam aktiviti kehidupan.

Setiap individu mestilah bertanggungjawab terhadap negara didiaminya dan tidak wajar menimbulkan suasana panik yang boleh mengkucar-kacirkan keadaan dengan menyampaikan maklumat salah.

Setiap permasalahan hendaklah diselesaikan melalui perbincangan serta percambahan idea melalui saluran betul supaya tidak menggugat kestabilan negara.

Setiap penyakit ada ubatnya. Umat Islam perlu mempertingkatkan usaha meneroka bidang perubatan untuk manusia sejagat.

Qada’ dan qadar adalah ketentuan Allah yang mempunyai hikmah besar dalam mengembalikan hati manusia ingatkan Allah dalam apa juga keadaan sama ada ketika senang atau susah, sihat atau sakit.

Umat Islam hendaklah sedar dan insaf penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti tidak menjaga kebersihan diri.

Daripada Abdullah bin Umar, katanya:

“Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang atau musafir.”

Sejak itu, Ibn Umar selalu berkata:

“Apabila engkau berada pada waktu petang janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau tunggu datangnya petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan masa hidupmu berbekal untuk matimu.” (Hadith riwayat al-Bukhari)


-InSan PeMaaf BeBaS siFat buRuk SangKa, DendaM-

Kejahatan dibalas kebaikan mampu redakan api kemarahan, keharmonian dapat disemai

SIFAT pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.


Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati.

Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.

Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.

Perlu difahami, walaupun setiap insan Muslim digalakkan menyuburkan diri dengan sifat pemaaf, namun diingatkan bahawa Allah juga menegaskan seseorang yang dizalimi diizinkan untuk membela diri serta membalas kezaliman itu.

Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan, tetapi setiap pembalasan hendaklah terhindar daripada perasaan untuk membalas dendam. Ini kerana kezaliman tidak wajib dibalas dengan perlakuan zalim juga.

Sebaliknya, dituntut untuk menyemai sifat maaf dan bertolak ansur. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim." (Surah as-Syuara', ayat 39-40)

Setiap individu Muslim juga perlu menyedari bahawa kebaikan kita kepada seseorang tidak seharusnya akan lenyap begitu saja lantaran kejahatan orang lain kepada kita seperti sikap Saidina Abu Bakar as-Siddiq sewaktu berlakunya peristiwa berita dusta menimpa anaknya Aisyah yang juga isteri Rasulullah SAW.

Umum mengakui penyebaran fitnah dan pembohongan adalah satu perbuatan keji yang boleh meruntuhkan kemakmuran dan keharmonian hidup insan seluruhnya.

Lantaran itu, ketika berlaku peristiwa itu, Saidina Abu Bakar begitu marah kepada orang yang membuat fitnah berkenaan.

Saidina Abu Bakar juga memberhentikan layanan baik yang diberikan kepada sahabat handai serta rakan taulan yang terbabit dalam peristiwa penyebaran khabar dusta itu.

Tindakan Saidina Abu Bakar itu tidak disukai Allah.

Lalu, turunlah wahyu yang bermaksud:

"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka sentiasa memaafkan mereka dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihi." (Surah An-Nur, ayat 22)

Demikianlah tegasnya Allah dalam menyempurnakan kehidupan hamba-Nya.

Sesungguhnya putik kejahatan yang tumbuh sebenarnya hanya akan terus membangkitkan persengketaan berterusan untuk tempoh masa lama.

Sebaliknya jika kejahatan itu di balas dengan kebaikan, nescaya akan padamlah api kemarahan dan terurailah rasa dendam yang terpendam dalam diri.

Aisyah pernah menyatakan:

"Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Anas menceritakan:

"Ketika saya sedang berjalan bersama Rasulullah SAW dan pada waktu itu Baginda sedang mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu." (Hadis riwayat Muttafaq Alaih)

Ulama menyifatkan pemaaf boleh merujuk kepada dua sempadan yang sudah ditentukan Islam dalam menghadapi sesuatu kejahatan. Pertama, memaafkan kesalahan orang lain bagi yang terlanjur berbuat dosa.

Kedua, dihukum setimpal dengan kesalahannya. Hukumannya yang lebih berat mungkin boleh diambil termasuk qisas.

Hukuman itu sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka yang terbabit dan kepada semua umat Muslimin secara keseluruhannya.

Sifat pemaaf juga suatu tarbiah kepada seseorang yang terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan sehingga boleh membuatkan pelaku merasa malu, seterusnya mula menyedari akan kesilapan tindak-tanduknya itu.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menangani konsep bermaafan ini.

Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan...

-AkhLak muLia peNentu KeCeMerLaNGan taMaduN EeSuatu baNgSa-

MANUSIA dan kualiti tidak boleh dipisahkan kerana tanpa insan berkualiti, sudah tentu tidak akan wujud kelangsungan hidup masyarakat yang bertamadun. Oleh sebab itu, hari ini banyak program pembangunan modal insan diberi keutamaan pada peringkat institusi keluarga, sosial, pendidikan dan perkhidmatan sama ada di sektor swasta mahu pun awam.

Perbincangan mengenai modal insan sudah bermula lebih awal. Perutusan Rasul dan Nabi Allah dan adalah untuk membentuk manusia berakhlak mulia atau membina kualiti modal insan. Ini difahami melalui ikrar dan aku janji manusia dengan Allah ketika di alam roh untuk menjadi manusia soleh berteraskan akidah tauhid yang satu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai mengenai (hakikat tauhid) ini.” (Surah al-A’raf, ayat 172)

Hakikatnya, aku janji itu mengandungi kefahaman mengenai kualiti seseorang insan dan hubungan mereka dengan agama iaitu setiap insan dilahirkan dalam keadaan sudah mengikat janji dengan Tuhan.

Selain itu, ketika membaca doa iftitah pada permulaan solat, sebenarnya juga kita sentiasa bermuhasabah diri dengan berjanji untuk berakhlak mulia selari standard piawaian dikehendaki Allah. Pematuhan kepada aku janji itu menentukan integriti dan hala tuju pembinaan kualiti modal insan.

Namun, persoalan besar timbul ialah sejauh mana kita menghayati tuntutan aku janji atau ikrar berakhlak mulia, menjadi insan salih dan mentaati perintah Allah? Perkara utama membina modal insan adalah penentuan matlamat yang tepat dan jelas selari fitrah kewujudan manusia.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (Surah az-Zariyat, ayat 56)

Matlamat utama pembangunan modal insan adalah untuk membangun dan menjadikan manusia itu bertanggungjawab, amanah dalam melaksanakan fungsinya serta tekun beribadat kepada Allah. Dalam hubungan ini, segala gerak kerja manusia dihitung sebagai ibadat jika didahului dengan niat yang ikhlas kepada Allah bagi mendapat keredaan-Nya.

Selain tekun beribadat, ciri penting untuk mengukur kecemerlangan insan ialah melalui kemuliaan dan ketinggian akhlaknya. Dalam sejarah tamadun manusia, akhlak adalah faktor utama yang menentukan jatuh bangunnya tamadun sesuatu bangsa.

Contohnya umat Nabi Lut dihancurkan Allah kerana terbabit dalam gejala sosial seperti melakukan perbuatan homoseksual.

Kecemerlangan insan boleh dicontohi melalui keperibadian unggul Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Islam menjelaskan, manusia itu terdiri daripada dua unsur yang membentuk satu kesatuan iaitu rohani dan jasmani. Hakikat manusia itu bukanlah semata-mata diri jasmaninya yang sentiasa berubah tetapi adalah rohaninya yang kekal abadi dan perlu dipelihara supaya tidak tercemar.

Pendekatan utama dalam proses pembangunan modal insan adalah memenuhi tuntutan diri rohani manusia selari dengan aku janji antara manusia dengan tuhannya. Oleh demikian, apabila manusia dapat mematuhi aku janji itu, maka manusia akan menjadi insan yang sungguh mulia lagi berhikmah.

Usaha melahirkan insan salih dan modal insan berkualiti bukan perkara mudah, malah menghadapi cabaran besar seperti pengabaian pendidikan akhlak, menganggap kelemahan moral hak individu, mengamalkan prinsip ’matlamat menghalalkan cara’ untuk kepentingan peribadi dan mengagungkan nilai Barat yang jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Bagi mewujudkan insan salih dan modal insan berkualiti, hendaklah bersama:

  • Berpegang teguh kepada aku janji dalam mentaati titah perintah Allah,

  • Membudayakan membaca al-Quran supaya hati terdidik cenderung berakhlak mulia,

  • Ibu bapa, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, pembuat dasar, pendidik dan umat Islam hendaklah menjadi contoh berakhlak mulia yang tidak dipertikaikan masyarakat,

  • Bermuhasabah dan membuat penilaian prestasi akhlak diri sendiri dari masa ke masa supaya kita kekal berakhlak sebagai seorang Muslim, dan

  • Mereka yang mempersendakan dan melanggar aku janji Allah akan menerima azab seksa sama ada di dunia atau akhirat.

    Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)
  • -PenDakwaH DituNtut BerSikaP LeMaH LeMbut, seNtiaSa SabaR-

    ABU Burdah berkata:

    "Rasulullah mengutus ayahku, Abu Musa dan Muaz ke Yaman. Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersedia sekatalah kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam berdakwah ada tatacara yang perlu diamalkan supaya segala apa disampaikan menjadi ikutan. Antaranya, kita dilarang daripada menyukarkan manusia melakukan ketaatan kepada Allah.

    Contohnya, ketika kita menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmum yang ada bersama daripada mereka yang lemah, sakit atau sudah tua.

    Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka berasa benci dengan ajaran disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

    Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya, jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Islam adalah agama mudah dan senang diamalkan setiap golongan. Oleh itu, hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai bebanan.

    Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara membawa kepada kesulitan hidup.

    Islam menuntut umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah serta bijaksana supaya ia diterima dengan mudah dan rela.

    Firman Allah yang bermaksud:

    “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125)

    Justeru, pendakwah perlu mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa menghiasi diri dengan sifat sabar walaupun terpaksa berdepan mereka yang menentang kerana dakwah melalui contoh yang baik adalah lebih berkesan.

    Kewajipan sentiasa berlemah lembut turut ditekankan Rasulullah SAW dalam apa hal kerana kebajikan diharamkan bagi mereka yang tidak mempunyai sifat lemah lembut. Sabda Baginda yang bermaksud:

    “Barang siapa yang tidak memiliki sifat lemah lembut, maka diharamkan seluruh kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

    wallahualam..

    -TaG...???-


    In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

    Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..


    ana sangat9 tak biasa buat semua benda mcm ni tapi...
    ana di-Tag oleh Syauqah MUJAHIDAH. First ever Tag nih, so xde la excited sangat pun..Sebenarnya ana kurang pasti apa itu tag/tag itu apa.Mungkin tag ni sejenis biskut atau kuih atau mungkin salah satu jenis tayar basikal...kwang3..pape je la...Demi memenuhi ketagan Syauqah maka ana pun taip posting bertajuk "tag….???" hmm,ukhti ni sure nak korek rahsia ana nih..kan3???..sebab tu ana jadi first person dalam list die yg kena tag..adoyai...so lets start..


    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


    FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

    ١-makan...lately nih salu je makan lewat..
    ٢-tengok tb..tp xde cite yg best mlm nih..
    ٣-layan anak buah yg ske tido lewat..aishh..da jd mcm untie die da ske tido lewat..ape nak jadik nih..
    ٤-chatting kejap ngan sahabat ana dari indon..(die x akan tido selagi x dpt greenlight dari ana..hehe..maaf ya,mir..^_^)


    FOUR WAYS TO BE HAPPY :

    ١-dating atas sejadah..
    ٢-bace al-quran
    ٣-dengar mp3 bacaan al-quran dari Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais an-Najdi(leading imam of the Grand mosque in the Islamic holy city of Mecca, Saudi Arabia)
    ٤-gathering with my family and friends..


    FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
    ١-ummi dan ayah kat hometown..
    ٢-sahabat2 since dari standard 1-form 6..
    ٣-my best buddy kat uitm pahang..
    ٤-n de last one..aindah stdnt medical alex,egypt..teman gaduh ana..sehari x gaduh,x sah..ade je bende blh wat kitorg fight..i missed her so much..tp skrg da jarang da gaduh sbb dia ada final exam...wat leklok ye,dik..wish u all de best..^_^


    FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
    yg ni xtau nak jwb pe..
    ana lbh suke memberi dari menerima..=)
    tapi kalau org bg,amek jugak..nty kang ckp ana nih tolak rezeki plak..
    hmm,jwpn utk ni selain harta benda xpe gak kan??
    kk,ana jawab la..=)

    ١-bertemu dengan Allah bersama KekasihNya Rasulullah s.a.w
    ٢-menjadi ahli syurga
    ٣-terus thabat & istiqamah di jalan ini
    ٤-sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang dariNYa


    FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
    ١-reading, writing, blogging-remidial
    ٢-kumpul novel islamic
    ٣-main games..hehe..saje release tension..
    ٤-yang ni paling ske..."kaco org"..


    FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
    ١-mekkah
    ٢-aussie
    ٣-egypt
    ٤-Palm Island, Dubai, UAE..cantik tmpt nih..sape nk tgk,(click here)


    FOUR FAVOURITE DRINKS :
    ١-carrot milk
    ٢-milo ice
    ٣-100 plus
    ٤-air buah gelas beso..minum air je pun blh kenyang sbb gelas beso pasu..haha..


    FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
    p/s:penting sgt ker nak tau pasal nih..huhu..ok2..gtau gak la,,kang marah lak Syauqah MUJAHIDAH

    ١-pitih kne ade..since jadi bank b'gerak nih..kne salu ade pitih lam wallet..
    ٢-identification card
    ٣-ATM card..xde duit pun dlm tu..saje bwk..hee..
    ٤-credit card..(xde la..tipu je..)


    FOUR FAVOURITE COLORS :
    ١-black
    ٢-purple
    ٣-white
    ٤-blue


    TOP FOUR HANGOUTS :
    ١-dalam bilik hujung skali dlm umh...hahaha..even terlalu sempit,tmpat tu la kitorg adik beradik hangout..make sure 7 org kne ade tyme tu..klu x,meeting cancel..huhu..
    ٢-putrajaya...especially swimming pool..splash time..hehe..tp ana x swimming pun,anak2 buah jer..
    ٣-alamanda..selalu jugak hangout cni..xtau la cari ape..
    ٤-pantai teluk ketapang..cuci mata..tu pun kalau balik hometown..alang2 pantai blakang umh,redah aje..


    TOP FOUR U LOVE SO MUCH :

    ١-my parent...mak ngan ayah yg jauh diperantauan(padahal kat tgnu jer..hee..)
    ٢-my siblings(is really mean to me)
    ٣-my friends..sayang kalian semua coz ALLAH..=)
    ٤-card kreatif yg sahabat2 ana bagi..alhamdulillah sampai skrg ana simpan lagi..


    TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
    ١-surat2 cinta...jeng3..paham2 je la ea sape2 yg penah bg surat cinta kat ana..terutamanya tasnim dan leya..haha..
    ٢-kertas yg diconteng oleh sahabat ana di uitm,mastura..special jugak la sbb kat kertas tu dia ade lukis gambar2 time kitorg wat meeting utk presentation..mcm2 gaya ada..yg tido pun ada jugak..
    ٣-dapat hugs n kisses from my beloved lecturer.."Pn Mawarti Ashik bt. Samsudin"...bkn senang nak jatuh dalam dakapan die..hehe..sometimes lect ni memang garang sgt9..tapi ana jadi 1st person student OMB10A dapat hugs n kisses..yg len???takut...aishh..
    ٤-my amigos..(^_^)v


    TOP FIVE WHO YOU WILL TAGGED
    tasnim a.k.a ~~g00d VS eViL~~
    (mangsa bully ana..tp kadang2 die salu kenakan ana jugak..x patut..)
    Hazwani a.k.a .::.WrITTeN.::.
    al-Amin a.k.a Yaumul Waqi'ah
    (selalu sgt ziarah blog ana..syukran2..)
    - m!ss_yaNa - a.k.a TOMORROW FOR SURE
    syu a.k.a Suara HATI


    TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
    ١-an honor to the author of ** BERJUANG DAN BERKORBAN DEMI MEMBURU CINTAMU YA ALLAH**
    ٢-sbb sayang kat Syauqah MUJAHIDAH..
    ٣-adeh..mlm nih insomnia datang balik..hehe..sbnarnye lepas isya' da tido..kang da x blh tdo da..sape suh tdo awl..
    ٤-mengisi masa lapang meng"update" blog..bio setiap ari update pun..kui3..


    Minta maaf kepada yang lain yang mana tidak di tag kan dalam Taggie 1st time ana nih… (sebab Syauqah MUJAHIDAH suh bagi 5 jer…kui3..


    -ILmuWan IsLaM wajaR MeLestari teKnoLogi CanGGih-

    Blog pemikir harus diwujudkan untuk berdakwah kepada ummah dalam dunia siber

    BERKURUN lalu, ilmuwan Islam yang lahir selepas pemerintahan Khalifah yang empat, ketika pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiah mengangkat tamadun Islam sebagai yang terbaik di dunia hingga menjadi asas kepada perkembangan teknologi mutakhir.

    Pada zaman yang dikenali zaman keagungan Khalifah Ar-Rasyidun, teknologi Islam berkembang pesat di Andalusia, Sepanyol dan kesan ciptaan itu masih boleh dilihat sehingga kini. Selain itu, tamadun Islam turut berkembang maju di Turki sehingga sebesar-besar masjid tidak memerlukan kita untuk memasang sistem audio moden bagi melaungkan azan.

    Zaman siber ini, umat Islam dilihat sebagai masyarakat pengguna nombor satu. Tidak kira di Asia Barat atau Asia Tenggara, umat Islamlah yang menjadi pengguna paling setia peralatan elektronik buatan barat, timur mahupun China.

    Jika ada statistik dibuat, pengguna semua produk hasil teknologi barat adalah kalangan masyarakat Islam. Soalnya tidakkah kita tidak teruja untuk menjadi perintis teknologi era baru berasaskan agama Islam yang syumul.

    Jika Al-Jabir dan Al Khawarizmi masih ada, pasti mereka berasa usaha untuk ummah tidak dihargai oleh umat Islam. Amat menyedihkan kerana walaupun kita memiliki prasarana dan hasil kajian diiktiraf dunia, ia masih tidak dikomersialkan dengan alasan teknologi luar lebih murah dan menguntungkan.

    Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu menjadi gergasi teknologi dan usaha ke arah itu sudah diadakan sejak Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Kita sudah ada pusat pentadbiran yang gah di Putrajaya begitu juga bandar teknologi Cyberjaya yang sedang dimajukan sejak hampir 15 tahun lalu. Pusat teknologi itu sepatutnya digembleng menjadi pusat teknologi Islam yang menempatkan sekolah pemikir ilmuwan Islam yang mewariskan umat Islam dengan cabang dalam pelbagai bidang seperti astronomi, perubatan, kejuruteraan, matematik, sains dan pembinaan. Teknologi Islam bukan bermakna hanya orang Islam yang wajib mengamalkannya, malah penganut agama lain boleh turut mengamalkannya. Dewasa ini, teknologi komunikasi canggih seperti telefon bimbit masih belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk orang Islam.

    Contohnya, bagaimana telefon bimbit mampu menjadi tasbih sebagai alat pengira untuk zikir di sejadah dan di mana saja. Walaupun ada teknologi yang mampu merealisasikan fungsi sedemikian, ia dianggap teknologi yang perlu dipertingkatkan dan bukan fungsi asas.

    Oleh itu, pengguna Islam perlu berkempen agar alat canggih seperti telefon dilengkapkan dengan butang mengira zikir yang mampu menggalakkan pengguna Islam beribadat sepanjang masa. Contohnya, untuk mengisi masa ketika tersekat dalam kesesakan atau sedang menunggu tren.

    Alat Sistem Kedudukan Global (GPS) yang dibangunkan Amerika Syarikat (AS) menjadi sistem berguna hari ini dan sudah dikomersialkan di pasaran dunia. Sesungguhnya teknologi ketenteraan seperti internet yang dibangunkan barat semasa perang dingin antara AS dan Russia kini menjadi teknologi untuk seluruh umat manusia.

    Bagi masyarakat Islam, jika menghayati ajaran Islam itu sendiri kita akan menjadi umat yang kuat kepada pemantapan pelaksanaan ilmu dan bukan sekadar menjadi pencetus idea atau peniup wisel semata-mata.

    Teknologi komunikasi seperti internet perlu digunakan oleh pihak yang mempunyai kuasa mentadbir umat Islam untuk menerangkan Islam secara lebih jelas tanpa selindung lagi demi memulihkan imej Islam pasca 9 September 2001.

    Islam adalah cara hidup dan mementingkan perdamaian sesama seagama dan penganut agama berlainan. Islam hari ini dilihat sebagai alat untuk menjustifikasikan sesuatu perkara dengan dalil serta hujah politik yang asyik meletakkan kesalahan pada bahu orang lain tanpa mencermin diri sendiri.

    Hanya dengan pendedahan di internet anak muda akan tahu yang mana intan dan kaca. Blog pemikir Islam harus diwujudkan segera dan kita perlu menjadi perintis usaha ini. Beribadat dan berdakwah di masjid sudah biasa, apa salahnya berdakwah kepada anak muda di dunia siber pula.

    Walaupun angkasawan pertama negara kita sudah ke angkasa lepas, kita sebenarnya masih ketinggalan jauh dari segi prasarana seperti yang ada di Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dan di Baikonur, Kazakhstan, yang menjadi tempat pelepasan angkasawan pertama Yuri Gagarin.

    Satelit terbaru negara, RazakSat yang bakal ke angkasa tidak lama lagi ini selepas ditangguhkan akibat masalah teknikal juga boleh dibanggakan kerana teknologinya dibangunkan oleh syarikat ATSB di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang memiliki jurutera di kalangan umat Islam.

    Ini amat membanggakan sebagai pencapaian teknologi negara Islam yang wajar dicatatkan dalam sejarah negara. Apatah lagi RazakSat bukan sekadar satelit biasa, ia adalah satelit dengan teknologi alat pengesan jauh sama seperti TiungSat-1 yang dilancarkan pada 26 September 2000.

    Teknologi Islam perlu dilestarikan kerana zaman ini anak muda mudah leka dengan dunia teknologi tanpa ada inisiatif untuk mendekatkan diri dengan sumber Islam. Kita sedar teknologi canggih hari ini sudah diasaskan oleh orang Islam suatu ketika dulu dan kita jarang insaf dengan keadaan itu.

    Malang sebenarnya kerana pakar dan profesional lebih berminat berpolitik tanpa mengambil inisiatif membudayakan teknologi Islam. Umat Islam dikatakan sebagai buih-buih di lautan pada akhir zaman kerana jumlah kita hampir separuh penduduk dunia.

    Tetapi, mengapa masih lagi menjadi pengguna teknologi bukan Islam dan kurang memperkasakan teknologi Islam yang canggih. Mungkin kerana sesama umat Islam agak berat bekerjasama dan itulah sebabnya.

    -UMMaH GagaL tErjeMaH niLai ajaRaN DaLaM KeHiduPaN HariaN-

    UMAT Melayu/Islam seharusnya mampu 'menangkap' saat strategik dalam sejarah rantau ini dengan menjadi peserta kebangkitan Asia. Untuk itu agenda penciptaan semula budaya seperti disarankan Yoshihara Kunio adalah relevan.

    Perlu ditegaskan bahawa budaya pada hakikatnya adalah nilai dihayati dan dijelmakan dalam rupa amal nyata. Dalam konteks umat Melayu, nilai dasar budayanya tidak lain, dan tidak boleh lain daripada nilai bersumberkan agama Islam.

    Wacana bernada meremehkan kekuatan nilai Islam seperti sering terungkap dalam tulisan orientalis seharusnya dianggap sebagai kekarutan masa lalu. Bryan S Turner dalam sanggahannya terhadap tulisan Weber (yang meremehkan nilai Islam) menyatakan bahawa Islam banyak berkembang di kota, bersifat komersial dan penganutnya pandai tulis baca.

    Makkah terletak secara strategik pada jalur perdagangan antara Laut Tengah dengan Samudera India. Kaum Quraisy, suku Rasul sendiri mencapai kedudukan politik yang penting sekali, berkat kekuatan perdagangan mereka di daerah ini.

    Rasul sendiri pernah bekerja dengan kafilah yang mengangkut barang dari Bizantium ke pasar di Makkah. Al-Quran sendiri penuh dengan istilah dagang.

    Pembinaan ciri keusahawanan dalam konteks umat Melayu pada hakikatnya bukanlah suatu yang sama sekali baru. Kita tidak memulakannya daripada kosong kerana budaya keusahawanan sudah pun wujud sejak awal sejarah Islam di rantau ini.

    Clifford Geertz yang melakukan penelitian lapangan di Mojokuto pada 1950-an mendapati kebanyakan pedagang berjaya adalah daripada pendatang Muslim yang taat, datang dari pesisir utara Pulau Jawa, di mana terletaknya pusat perdagangan dan pendidikan Islam.

    Mereka yang hemat, tidak mudah putus asa dan taat mewarnai kota dengan suasana pasar yang meriah. Dan terlepas daripada kelebihan prestij kultural para priyayi, pedagang ini adalah unsur masyarakat yang paling dinamis waktu itu.

    Sebagai umat beragama Islam, daya maju umat Melayu sangat ditentukan oleh keupayaannya menterjemahkan nilai ajaran agamanya menjadi kerja dan budaya keusahawanan. Dengan kata lain, Islam harus difahami dan dihayati kembali sebagai cara hidup.

    Dalam kaitan inilah pentingnya memastikan Islam sebagai kekuatan yang mampu memberi bimbingan menuju matlamat kejayaan duniawi-ukhrawi, memberikan landasan moral, motivasi kerohanian, membina optimisme, membangun harapan, menyuntik semangat dan daya juang dalam kehidupan keusahawanan.

    Islam adalah agama mendorong kejayaan dan kemenangan. Panggilan 'marilah menuju kejayaan' diulang-ulang saban hari berkali-kali. Setiap orang yang peka tentunya dapat merasakan betapa kuatnya orientasi kejayaan dalam Islam.

    Ciri keusahawanan harus bertitik tolak daripada pandangan sarwa Islami bagaimana Islam sebagai cara hidup. Manusia sebagai khalifah Allah di bumi harus menginsafi ketinggian martabat dirinya dan misi kehadirannya di bumi.

    Sebagai khalifah di bumi, manusia harus menginsafi misi kehadirannya adalah untuk bertugas dan bekerja membangun alam. Tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan hingga ke akhir hayat manusia, hingga ke akhir usia bumi ini.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Apabila tiba kiamat, sedang di tangan kamu ketika itu masih ada benih yang hendak ditanam, jika masih sempat menanamnya, tanamlah."� (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Justeru, untuk membangun dan mengimarahkan alam diperlukan daya kreatif yang berterusan. Andainya hakikat itu benar-benar disedari, lalu diikuti dengan usaha memupuk dan mengembangkan daya kreativiti yang relevan dengan bidang keusahawanan. Memang usahawan selamanya dituntut untuk menjadi kreatif.

    Di samping akrab dengan Allah, manusia juga harus akrab dengan alam. Melayu adalah bangsa yang cukup akrab dengan alam. Daripada hubungan dengan alam, Melayu mendapat ilham yang terungkap dalam peribahasa.

    Daripada alam jugalah Melayu mendapat petunjuk berharga sehingga tahu menghargai potensi segala sesuatu untuk dikembangkan menjadi kekayaan pada masa depan. Siapa tahu yang kini hanya setitik boleh dikembangkan menjadi luas melaut, dan yang sekarang hanya sekepal boleh dibangunkan menjadi besar menggunung.

    Sesungguhnya pandangan sarwa lslami dan sistem nilai memang sangat mendukung pembinaan ciri keusahawanan yang kuat. Dalam kaitan itu, seorang tokoh pemikir bidang falsafah dan kebudayaan di rantau ini, Sutan Takdir Alisjahbana menyatakan optimisnya terhadap nilai budaya Islam sebagai wahana kebangkitan umat.

    Tokoh yang selama berdekad-dekad mempromosikan nilai Barat, akhirnya kecewa dengan hasil eksperimen pembaratan budaya yang hanya melahirkan bangsa yang kepalang tanggung. Di hujung usia, beliau sempat menyedari dan mengakui kekuatan nilai Islam, keagamaan, ilmu dan ekonominya.

    Pemerhatian Sutan Takdir itu memang benar, hanya yang menjadi masalah adalah kegagalan umat menterjemahkan nilai terkandung dalam ajaran Islam itu menjadi ciri kehidupan harian mereka.

    wallahualam...