-CiNta itU inDaH-

In the name of God, the Compassionate, the Merciful..Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)...



Bercinta tak salah,biarlah cinta berlunaskan agama dan sunnah dan jgn menurut hawa nafsu dlm bercinta.Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.krn cinta dalah ciptaan NYA sesuai dgn nama NYA yg maha mngasih dan pnyayang, Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta adalah buta cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuranSayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA, Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah, CINTA MANUSIA ADA KESUDAHANNYA,CINTA AKAN ALLAH CINTA KEKAL ABADI,bijaklah ketika brcinta gunakanlah akal dan ikutkan pegangan islam agar mnjadi panduan buat shabat di dlm alam prcintaan.CINTA ADALAH INDAH. cinta tu mng terlalu indah, tak dapat diungkap dgn kata2 Apabila gagal mncintai TuhanNYA, maka cinta sejati tidak akan ditemuinyaa Ana mngambil pepatah yg mngatakan cintailah seseorang yang mencintai kamu walaupun kamu tidak mencintainya… janganlah kamu cinta pada orang yang kamu memang cinta tetapi orang itu tidak mencintai kamu,akhir kata dr ana biarlah cinta kpd ilahi melebihi segala2nya. tanpa cinta kpd yg esa, cinta kpd tuhan mendapat keredhaan selamanya. cinta kpd manusia hanya sementara. apa2 jua, bkahwin mengeratkan lg percintaan seama manusia.CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH BAGI MELIHATKAN KEBESARANNYA cinta adalah antara nikmat yg diciptakan oleh ALLAH kite lah yg kena pandai dalam menikmati nikmat kurniaNYA dr ana hargailah cinta krn ada disebalik cerita yg dapat di pelajari dan cinta juga mewarnai kehidupan kite, percayalh akan nikmatNYA,kite akan mengecapinya jika betul jalannya,cinta semestinya penuh dgn liku2 hidup,hadapilah cinta dgn trbaik, hati pasti tenteram,cinta ALLAH begitu juga cinta akan manusia kerana adalah lumrah manusia diatas kejadianNYA. Kasih manusia sering brmusim,syg manusia tiada abadi,kasih TUHAN tiada brtepi,SYG TUHAN janjiNYA pasti..

::SeLaMaT MeNeMPuHi ALaM BrCinTA BrLaNdASKN IsLAm::


-SuRah Al-Fatihah-


maksud surah al fatihah,sambil singgah sambil baca,sambil tu sama2 ingatkan,masing2 dpt manafaatkan,berhibur cara berilmukan dan juga cara islam-


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."


-AiR Mata KeiNsaFan-

Air Mata Keinsafan

"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi,Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku,Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa,
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w,kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain,Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam,Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah,Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah,Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu,Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku,Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku,Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya,Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

-NaBi KehiLaNgaN BoNda-


APABILA membaca surah Ad-Dhuha, tentu sahaja ia tidak ada kena mengena dengan satu tempoh masa yang berlaku di pertengahan waktu pagi, iaitu semasa cahaya matahari belum panas lagi yang dikira 24 minit selepas waktu terbit matahari.
Ini kerana jika kita hayati, surah itu seolah-olah Rasulullah sedang dipujuk hatinya jika baginda berada dalam hati yang rawan akibat dilahirkan sebagai anak yatim

.

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau redha - berpuas hati. Bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu diberikan perlindungan? (ad-Dhuha: 5-6)

Surah ini mungkin memberikan semangat yang kuat kepada baginda untuk mengharungi arus kehidupan seorang diri di dunia ini, tanpa ayah dan ibu di sisi .
Begitupun bagi membesarkan anak yatim ini, Nabi Muhammad telah Allah berikan pelbagai 'penjagaan' khas sedari baginda kecil mengenangkan anak yatim ini akan memikul satu tanggungjawab yang sangat berat, besar dan mencabar sebagai Pesuruh Allah kala dewasanya kelak!

Begitulah yang terjadi ketika baginda kembali semula ke Kampung Bani Saad selepas ibu susu baginda, Halimatus Saadiah berjaya memujuk Siti Aminah untuk beliau terus memelihara walaupun anak susuannya itu telah habis tempoh penyusuannya, iaitu dua tahun.


Dikatakan ketika baginda berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun maka berlakulah peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibedah oleh malaikat.

Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah pernah didatangi malaikat Jibrail ketika baginda masih kanak-kanak dan sedang bermain dengan kanak-kanak sebaya yang lain.
Jibrail yang lazimnya muncul dalam rupa seperti manusia telah menangkap baginda lalu tanpa membuang masa, dada Nabi Muhammad telah dibelah terutama di bahagian organ hati lalu dikeluarkan organ itu.

Daripada organ itu, Jibrail telah keluarkan sebuku darah, sesetengah riwayat mengatakan sebuku darah itu berwarna hitam lalu berkata: "Inilah bahagian syaitan yang ada padamu!"
Lalu organ hati itu dimasukkan ke dalam sebuah bikar emas lalu dibasuhkan hati itu dengan air Zamzam.

Hati yang telah dicuci bersih itu kemudiannya dikembalikan semula ke tempat asalnya dan dada Rasulullah dicantumkan semula. Rasulullah SAW dikatakan terpinga-pinga dengan kejadian yang menimpa baginda itu.Tetapi berbeza dengan mereka yang menyaksikan bagaimana Nabi Muhammad telah ditangkap dan dibedah dadanya itu.

Belum sempat mereka menyaksikan kejadian itu sehingga habis dan Jibrail hilang dari pandangan, dalam serba ketakutan rakan-rakan Rasulullah itu kemudiannya berlari kepada ibu susu baginda, Halimah dan memberitahu bahawa Nabi Muhammad telah dibunuh oleh seorang lelaki. Mereka berkata dengan cemas: "Muhammad telah dibunuh! Muhammad telah dibunuh!"
Lalu apabila mereka kembali semula ke tempat kejadian, didapati Nabi Muhammad berada dalam keadaan selamat tanpa sedikit pun sebarang kecederaan.

Kejadian yang penuh makna itu, bagaimanapun telah menimbulkan kebimbangan di hati Halimah. Beliau begitu bimbangkan mengenai soal keselamatan Nabi Muhammad dan jika terjadi sebarang yang tidak diingini tentu sahaja beliau tidak dapat melindungi anak yatim itu.
Ini menyebabkan Halimah merasakan sudah tiba masanya beliau terpaksa juga berpisah dengan Rasulullah demi kebaikan anak itu sendiri.

Walaupun perpisahan itu bakal mencalarkan kebahagiaan beliau selama ini kerana dapat membesarkan seorang anak yang sebaik Rasulullah. Namun beliau sedar anak susuannya perlu kembali ke tempat asal usulnya di mana baginda dilahirkan dahulu.
Dalam hal ini kala dewasa, baginda masih mengenang jasa dan keikhlasan ibu-ibu susu yang pernah memberikan yang terbaik dan paling berkhasiat kepadanya.

Selain ajaran baginda dan Islam itu sendiri amat menggalakkan susuan susu badan ini, kedudukan ibu yang menyusukan anak, dipandang sangat mulia dan tinggi oleh Rasulullah. Ini sebagaimana sabda baginda, yang bermaksud; "Bahawa dia (Halimatus Saadiah) adalah ibuku setelah ibuku sendiri".

Dalam riwayat lain; "Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?" Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya: "Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil".

Lalu berpisahlah ibu susu yang namanya begitu tercatat besar dalam sirah Nabi Muhammad dengan anak susuannya itu. Berkat dan kesudian Halimah menyusukan Rasulullah ternyata melihatkan kesan yang cukup ketara apabila Nabi Muhammad tumbuh besar dengan baik, sihat dan kuat.
Meskipun hatinya amat berat sekali, namun Nabi Muhammad tetap dipulangkan semula ke ibu kandungnya, Aminah.

Sebaik sahaja, anak itu diserahkan sehingga itu sahajalah catatan sejarah yang menceritakan mengenai kemuliaan Halimah.
Namun beliau meninggalkan juga satu lagenda dan bagaimana umat kini dapat mempertahankan ibu susuan kerana tanpa bantuan dari Halimah, manakan Rasulullah tetap gagah perkasa sehingga ke akhir hayat baginda. Semua itu berkat dari susu badan wanita desa yang dipercayai sangat berhikmah, lemah lembut dan berbudi pekerti mulia, Halimatus Saadiah!

Sebagai ibu kandung, melihat anaknya membesar dengan sihat dan kuat merupakan satu kegembiraan kepada Siti Aminah selepas kehilangan suami tercinta, Abdullah.
Namun kita akan memasuki satu lagi episod sedih apabila kegembiraan dari pertemuan semula seorang ibu dan anaknya itu ditakdirkan berlangsung tidak lama.

Sehinggalah pada suatu hari, dikatakan hanya selepas setahun bersama ibu kandungnya itu, dalam usia enam tahun baginda telah dibawa ibunya untuk menziarahi kubur ayahanda baginda yang terletak di Yathrib (nama lama Madinah).
Itulah pertama kali baginda hendak 'didekatkan' dengan bapa kandung yang tidak sempat baginda temui di samping telah menjadi tanggungjawab kepada Siti Aminah yang setiap tahun mesti menziarahi pusara suaminya itu.

Rombongan untuk menziarahi pusara Abdullah itu diketuai sendiri datuk baginda, Abdul Mutalib yang turut bersama dalam rombongan itu, hadina (pengasuh) Rasulullah, Ummu Ayman.
Dalam ziarah itu mereka menetap di Yathrib selama sebulan sebelum kembali semula ke Mekah.
Dalam perjalanan pulang itu, iaitu setibanya rombongan itu di suatu tempat bernama Abwak, Siti Aminah mengadu sakit manakala sesetengah riwayat berkata Ummul Mukminin itu dikatakan jatuh demam yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mekah.
Pada hari itu juga, bonda Nabi Muhammad ini dikatakan akhirnya menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidurnya.

Maka, yatim piatulah Nabi Muhammad dengan kehilangan ibu tercinta di kala usia baginda enam tahun, iaitu satu usia yang sangat muda dan amat memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ibu, lebih dari segala-galanya di dunia ini.
Namun dikatakan sebelum wafat ibu Rasulullah itu, Siti Aminah sempat menitipkan pesan kepada anak yang tercinta; "Ya Muhammad, kun rajullan, li annanni saamutu". (Wahai Muhammad, jadilah seorang lelaki sejati, kerana sesungguhnya aku akan mati).

Walaupun pesanan itu sungguh bermakna besar kepada Rasulullah tetapi bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh si anak kecil melihatkan ibu tercinta turut menjejak langkah bapanya dengan meninggalkan beliau seorang diri di dunia ini.
Namun sebagaimana yang dipesankan oleh ibunya itu, maka jadilah baginda seorang lelaki di waktu kecil, di waktu kanak-kanak, di waktu muda, di waktu dewasa sehinggalah di waktu usia tua baginda. Iaitu baginda begitu matang berbanding usia sebenar.
Datuk mana yang tidak belas, melihat cucunya kini benar-benar si yatim piatu walaupun luluh lagi hatinya mengenangkan anak dan menantunya lebih dahulu pergi meninggalkannya berbanding dirinya yang lebih tua.

Abdul Mutalib kini bertanggungjawab untuk mewarnai kesuraman akibat kehilangan ayah dan ibu akan cucunya itu. Namun terdayakah beliau, sedangkan dirinya sendiri juga semakin di makan usia?
Ikuti bagaimana Nabi Muhamad menempuh kehidupan 'lelaki' dalam usia yang masih kanak-kanak!



-MeNginGati HaRi keLaHiraN PeMangKin kEciNtaAn haKiki KepAda Rasulullah SAW-

ULANG tahun kelahiran Rasulullah SAW atau Maulidur Rasul disambut dengan pelbagai upacara sambutan dan aktiviti keagamaan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, kampung dan sekolah.

Umat Islam menyambutnya dengan satu niat yang sama, yakni menyatakan tanda ingat, rasa kecintaan dan kasih kepada Rasulullah SAW. Mencintai Rasulullah SAW samalah mencintai agama.

Sesiapa menerima keesaan Allah, tetapi menolak kecintaan terhadap Rasulullah SAW, bermakna masih tidak lengkap keimanannya, tidak sempurna agamanya. Kalimah syahadah yang menjadi lambang pengesahan keimanan turut merangkaikan ungkapan persaksian kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Kita memiliki keyakinan bahawa Islam itu hadir membawa rahmat yang sekali gus memancarkan keindahan agama maha suci. Rahmat yang hadir bersama terutusnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW 1400 tahun lalu.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidak Kami utus engkau wahai Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya, ayat 107)

Kita mencintai Rasulullah SAW kerana Baginda membawa risalah kebenaran. Rasulullah SAW diutus bersama akhlaknya yang sempurna, sebagai asas moral kepada semua lapisan masyarakat.


Rasulullah SAW memang seorang manusia yang patut dirindui serta dicintai melebihi insan lain di dunia ini. Malangnya kadang-kadang kita terlupa untuk mengenali Baginda dengan lebih mendalam hingga membuahkan keimanan yang dapat menghidupkan jiwa kerana menjadikan Baginda sebagai qudwah dan ikutan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa'i)

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Orang yang benar-benar mengasihi dan mencintai Rasulullah akan sentiasa menzahirkan pernyataan kasih sayang itu dalam segenap dimensi kehidupan. Mereka akan menyemai rasa kasih, membesarkan kedudukan Baginda dan menentang penghinaan atau cercaan terhadap Baginda.

Ulama besar al-Imam al-Qhadi 'Iyadh al-Yahsubi menyenaraikan dalam kitabnya, Al-Syifa' bi al-Ta'rif Huquq al-Mustafa, mengenai tanda, bukti atau dalil bagi orang yang mencintai Rasulullah SAW. Penzahiran cinta kasih, rindu dan sayang kepada Baginda akan terserlah dalam diri individu Muslim itu berdasarkan tanda berikut:

l Mengikuti agama dan cara hidup Rasulullah SAW, mengamalkan sunnah Baginda, mematuhi perkataan dan perbuatannya dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

Sentiasa mengamalkan adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah ataupun senang, sewaktu sedih ataupun gembira.

l Mereka yang mencintai Nabi SAW akan sentiasa melazimkan diri mengingati dan menyebut selawat ke atas Baginda. Selawat kepada Rasulullah SAW adalah ungkapan kerinduan serta luahan rasa cinta kasih seorang umat kepada Baginda.

Islam memberi ganjaran lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW kerana Baginda menjanjikan 10 kali ganda balasan rahmat daripada Allah kepada mereka yang berselawat ke atas Baginda.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Dalam hadis diriwayatkan Anas, bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah akan berlaku hari kiamat? Jawab Baginda: Apakah yang sudah engkau sediakan untuk menghadapi hari kiamat? Jawab lelaki itu: Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan sembahyang, berpuasa (puasa sunat) atau bersedekah, tetapi aku amat kasih akan Allah dan Rasul-Nya. Maka sabda Baginda: Engkau akan bersama dengan yang engkau kasihi." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

l Antara tanda orang yang mencintai Baginda ialah membenci apa yang dibenci Rasul-Nya, memusuhi orang yang memusuhinya, menentang mereka yang menyalahi sunnahnya serta memandang berat terhadap perkara yang bercanggah dengan syariat.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, atau anak mereka, atau saudara mereka atau kaum keluar reka sendiri." (Surah al-Mujadalah, ayat 22)

l Mengasihi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan dengannya manusia mendapat petunjuk. Baginda sendiri mengikuti petunjuk al-Quran sehingga isteri Baginda Aisyah mengungkapkan bahawa akhlak Baginda adalah al-Quran.

Tanda kasih terhadap al-Quran ialah dengan membacanya, beramal dengannya, memahami tafsiran dan tuntutannya, menjunjung suruhannya serta meninggalkan larangannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa juga perintah yang dibawa Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa juga larangan daripada kamu melakukannya maka patuhilah larangannya." (Surah al-Hasyr, ayat 7)

Masyarakat Islam hari ini berdepan dengan gejala hilang jati diri, jauh dari agama, runtuh akhlaknya serta lemah semangat jihad. Penghayatan terhadap ajaran Islam semakin menipis dalam diri. Umat Islam semakin jauh daripada ajaran yang dibawakan Rasulullah SAW.

Sedangkan, ancaman daripada musuh terhadap umat Islam semakin memuncak. Ancaman itu menjauhkan umat Islam daripada membina kecintaan sebenar kepada apa yang sepatutnya mereka cintai.

Mengingati hari kelahiran Rasulullah SAW diharap dapat menjadi pemangkin kepada membangun kecintaan hakiki kepada Baginda. Semoga dengan itu, umat Islam terutama generasi muda hari ini berjaya membina benteng kekuatan untuk menepis dan menghalang segala ancaman dan bahaya.

-PeRsaMaaN akiDaH pErkUkuH uKhuWaH umMaH-

FITRAH manusia inginkan hidup yang selamat dan terjamin. Oleh itu, bagi mencapai maksud murni itu, sejarah hidup Rasulullah SAW wajar menjadi panduan dan ikutan kerana itulah suruhan Allah kepada hambanya.

Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sesungguhnya masyarakat yang diasuh dan terbina dengan acuan Rasulullah SAW di Madinah memang harmoni, disirami cahaya kedamaian dan wujud persefahaman menakjubkan, padahal masyarakat Madinah ketika itu ada pelbagai bangsa, kaum, suku dan tradisi.

Sebelum itu mereka terbiasa hidup dalam suasana huru-hara, berpecah-belah, saling berbangga dengan keturunan, bergaduh sehingga berlaku pertumpahan darah beratus tahun lamanya.

Rasulullah SAW berjaya mencambahkan pada setiap hati masyarakat bibit akidah yang suci daripada ajaran murni diwahyukan. Mereka berpegang kepada akidah itu dengan bersungguh-sungguh sehingga tidak mampu digoyangkan sebarang godaan atau janji manis.

Rasulullah SAW menyedarkan umatnya mengenai asal kejadian manusia daripada satu jiwa iaitu Adam seperti termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai segenap manusia, bertakwalah kepada Tuhan yang menciptakan kalian daripada seorang (Adam) dan daripada dia jugalah Allah menciptakan isterinya: kemudian daripada kedua-duanya Allah mengembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan Hendaknya kalian bertakwa kepada Allah yang dengan nama-Nya kalian selalu meminta. Hendaknya kalian memelihara hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kalian.” (Surah an-Nisa, ayat 1)

Apabila kefahaman ini meresap ke seluruh jiwa setiap mukmin, tentu tidak timbul perbezaan tradisi, ras, bangsa, warna kulit atau bahasa kerana semua dikira bersaudara yang membentuk perpaduan dalam keluarga besar.

Islam menegaskan semua mukmin adalah satu kelompok yang tidak berpecah-pecah seperti firman Allah yang bermaksud:

“Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Ukhuwah mendorong mukmin hidup berkasih sayang yang dirahmati Allah. Keperibadian masyarakat yang dihiasi kasih sayang dan saling melengkapi menghasilkan masyarakat yang kuat.

Akidah Islam tidak membenarkan umat Islam saling membenci dan merendahkan orang lain dengan penuh kesombongan.

Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu daripada lelaki dan wanita, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal (antara satu sama) lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa daripada kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Abdul Al-Salim Makram dalam bukunya Aqidah Membina Peribadi Mukmin Sebenar menyatakan alat untuk menyatukan umat hanya menyatukan akidah mereka. Jika akidah mereka sama, maka jiwa dan perasaan mereka senada dan seirama; jika berlaku krisis dan pertentangan sesama sendiri, maka mudah menyatukan semula sekali gus melenyapkan musuh dan permusuhan.

Sesungguhnya perpecahan hanya meruntuhkan kekuatan umat Islam dan membuka peluang musuh melakukan penindasan dan penaklukan. Rasulullah SAW mengingatkan: “Kerana sesungguhnya perpecahan itu adalah pisau yang tajam (akan menghancurkan umat seluruhnya).” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

-MaNa sAtuKah PiLihaN raGaM KemAnuSiaaN Kita???-

Wahai anakku, dalam perjalanan hidupmu membesar dewasa, kamu akan ketemu pelbagai manusia dengan pelbagai ragam tabiat dan akhlak. Maka pada diri orang yang mempunyai sikap atau akhlak yang tak elok, patutlah kamu berwaspada. Jauhilah dirimu dari ragam-ragam berikut :_

#Ragam pertama:
Orang yang setelah kita menghulurkan bantuan dia buruk sangka pada kita dan menyindir kita tak ikhlas, padahal kita tolong dia semata-mata kerana kesiankan dia, tak mengharapkan apa-apa balasan darinya. Bukanlah sekali, tapi berkali-kali begitu. Seperti ustaz kata, ikhlas itu ada dalam hati dan hanya Allah saja yang tahu. Kalaulah dia boleh tahu siapa yang ikhlas atau tidak, adakah dia sama seperti Tuhan boleh tengok hati orang ? Inilah syirik yang dia tak sedar. Bila dia tuduh orang tak ikhlas maka sama seperti kata ustaz, satu jari menuding, empat jari tuding pada diri sendiri.

#Ragam kedua :
Orang yang apabila dia mendapat sesuatu ilmu, dia sangka hanya dirinya sajalah yang tahu akan perkara itu. Bila bercakap dengan orang, dia anggap orang tak tahu apa yang dia baru tahu. Kemungkinan orang yang dia tunjuk lagak sudah pun mengetahui perkara itu sejak dulu lagi tapi taklah kagum pada diri sendiri seperti dirinya. Orang seperti ini suka memuji-muji diri sendiri dan dia tak senang kalau orang lain lebih berkebolehan dari dirinya. Hidupnya hanya mahu berlaga-laga kebolehan, pandang rendah orang lain dan menonjolkan kelemahan orang lain. Inilah sifat sombong dan bongkak.
Ustaz kata, orang yang benar-benar berilmu itu adalah orang yang ilmunya disertai dengan akhlak yang mulia dan punyai sifat merendah diri. Seperti padi, lebih berisi lebih tunduk. Seperti imam-imam dulu, kalau ada perkara yang dia belum dapat jawab dengan sempurna pada saat itu, dia akan kata dia tak tahu.

#Ragam ketiga :
Orang yang setiap tahun berkata yang dia kepingin sangat hendak mengerjakan umrah atau haji, tapi tidak kesampaian dengan alasan dia masih belum mampu dari segi wang. Tapi kita lihat setiap tahun menjelang hari raya, dia akan tukar langsir baru seluruh rumah , akan beli baju kurung baru untuk semua anggota keluarga - bermakna kalau dalam 4 tahun, dia dah ada 4 set langsir seluruh rumah, 4 set baju kurung seluruh keluarga. Benda ni tak pun wajib. Dalam rumah terdapat bermacam-macam alat hiburan, komputer terhebat beberapa buah, T.V sebesar-besarnya, pergi holiday setiap tahun belanja lebih dari seribu dolar dan lain-lain. Sebenarnya, kalau betul prioriti-nya hendak pergi umrah atau haji, wang tu semua boleh disimpan setiap tahun dan mampu boleh pergi umrah. ( Ustaz kata, kita lebih banyak menggunakan wang untuk berhibur dan hiburan daripada membeli makanan untuk hidup.) Yang peliknya , dia pula yang kutuk orang yang beberapa kali pergi umrah itu membazir wang yang sepatutnya didermakan pada masjid atau madrasah. Sebenarnya lebih baik dia diam dari mengutuk orang.

#Ragam keempat :
Orang yang apabila bertemu dengan orang lain, dia sangka diri dia lebih banyak ibadat dari orang yang dia temu. Kata Ustaz, inilah sifat Iblis, kerana sebelum Allah cipta Adam a.s, memang lah dia makhluk yang paling banyak ibadat. Tapi bila dia bertemu dengan Adam a.s, dia pandang Adam itu jijik rendah dari dirinya. Dia tertipu dengan ibadatnya sendiri. Janganlah mengaku sendiri yang "aku" ini wara'. Yang menilai samada kamu itu wara' adalah Allah, bukan kamu.

#Ragam kelima :
Orang yang ada sesuatu hajat peribadi dan meminta supaya orang yang hendak ke Makkah mendo'akan untuknya di sana. Dia juga berkata kalau hajat dirinya itu tak dapat, bermakna do'a orang yang ke Makkah itu tak diterima Allah maka menunjukkan orang itu bukanlah orang yang wara'. Apakah logiknya dia menyalahkan orang yang cuba mendo'akannya apabila hajat dirinya sendiri tak kesampaian ? Orang seperti ini hanya tahu melihat kekurangan orang lain, tapi dia tak sedar oleh kerana kekurangan diri dialah, maka tersekat do'a orang lain untuk dirinya.

#Ragam keenam :
Orang yang mempunyai lidah yang jahat sewaktu berkawan. Budaya "mulut laser" sudah menjadi adat kebiasaan. Padahal ini adalah akhlak yang buruk, berbeza sekali dengan akhlak Nabi s.a.w. Kawan tu di"laser" habis-habis dan dia beranggapan bahawa kawan tu masih patut tetap berterusan berkawan dengannya. Orang seperti ini akan kehairanan apabila ada orang yang tidak mahu dekat sama dia. Dia akan menuduh orang memutuskan silaturrahim. Tapi bila diri dia sendiri yang terkena sindiran yang pedas, dengan serta merta dia boleh "buang-muka" akan orang itu tanpa terasa pun akan silaturrahim. Meng"kontradik" diri sendiri. Nabi s.a.w pernah berkata, orang yang beriman itu adalah orang yang tidak menyakiti orang lain dengan lidahnya. Dimanakah kedudukan iman orang yang mempunyai lidah yang jahat ?

#Ragam ketujuh :
Orang yang hendak mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar - menyuruh berbuat kebaikkan dan menegah berbuat keburukkan. Bila kita tegur seseorang yang melakukan kesilapan atau kurang ilmu agamanya, adalah dengan belas ihsan, sifat kasihan - mengharapkan kebaikkan atas orang itu. Tapi sebaliknya yang kita selalu lihat adalah orang yang menegah kesilapan dengan menghina orang itu dan menonjolkan kepandaian diri dari segi agama. Allah pernah mengingatkan Rasul s.a.w jika Rasul bersifat kasar terhadap manusia, nescaya mereka akan lari daripadanya.


#Ragam kelapan :

Orang yang kerap memberitahu kita cerita-cerita peribadi tentang hal orang lain. Tetapi bila kita sedang mengalami masalah ingin mengadu padanya, dia tuduh kita hendak mengumpat, dan tak mahu dengar masalah kita. Orang yang dah terbiasa mengumpat, dia tak sedar kebiasaan diri sendiri.

-MiNda Mati JiKa kOntaNg iLmu-

Budaya membaca mampu mematangkan fikiran, tinggalkan kejahilan

TIADA buku tanpa pena dan kertas. Gersang buku, manusia akan jadi kaku. Jika tidak tahu menghargai manfaat tulisan, masyarakat tidak akan digelar berilmu, apatah lagi bijak pandai. Hari ini, cabaran kehidupan menuntut umat Islam terus mendampingi buku untuk mengendali liku-liku kehidupan dengan penuh hemah, bukan gundah dan tidak betah.

Buku melambangkan ilmu kerana di dalamnya tercatat segala yang perlu dipelajari sama ada sebagai manusia atau hamba. Ibarat cahaya menerangi kegelapan, ilmu dijadikan kewajipan ke atas setiap umat Islam supaya mampu meninggalkan kejahilan.

Kepentingan ilmu diakui apabila Allah menurunkan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW iaitu surah al-'Alaq yang bermaksud:

"Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui-Nya."

Tiada siapa tahu hakikat kebesaran Allah tanpa membaca kitab suci al-Quran. Tidak juga jika tidak cuba memahami maksudnya melalui bahasa yang difahami. Sama ada difahami melalui pembacaan, ajaran pakar tafsir yang ahli dalam bidangnya atau gandingan halaqah yang membincangkan makna setiap ayatnya, semuanya berbalik kepada pembacaan.

Darjat orang berilmu dengan yang sebaliknya wajar diperbandingkan. Hakikat ini dirakamkan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah lagi kepada-Nya: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna." (Surah az-Zumar, ayat 9)

Allah juga meletakkan kedudukan orang berilmu itu lebih tinggi dan mulia, seperti disebut dalam mafhum-Nya yang bermaksud:

"Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujaadalah, ayat 11)

Hari ini pena dan tulisan boleh dimanfaatkan dengan begitu mudah, kadangkala tanpa perlu berhujan dan berpanas, kita boleh membaca di skrin komputer tanpa susah payah membelek helaian, yang tidak berkudrat pun boleh mendapatkan ilmu di layar komputer bila-bila masa, tinggal lagi kemahuan mesti dipaksa.

Sudah tentu kita membaca dengan harapan ilmu yang terkandung di dada semakin bertambah, supaya semakin matang dan berpemikiran menerajui diri dalam kehidupan. Gencatan akhlak akibat terlalu leka dengan hiburan dan tuntutan material melampau menyusutkan modal insan yang berketrampilan dalam ilmu serta moral.

Keadaan ini berlaku di mana-mana saja dalam dunia hari ini, cuma yang mempertahankan akidah dan keimanan ialah ilmu dan agama yang dijunjung. Bayangkan jika ilmu tidak lagi menjadi agenda negara dan setiap warga mengambil mudah pendidikan, sudah pasti tiada apa lagi yang tinggal.

Mengharapkan hati dan jiwa yang bersatu, kadangkala tidak kena dengan kepentingan sesuatu, tetapi jika ada ilmunya sudah tentu umat Islam mengkesampingkan sedikit sangsi sesama sendiri demi agama, bangsa dan negara.

Manusia yang dilantik sebagai khalifah di bumi Allah ini dibezakan dengan makhluk lain melalui kemampuan berfikir. Kemahiran ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika tugas minda tidak dibekalkan dengan keperluan sepatutnya seperti pembacaan dan pengalaman.

Allah mengajar hamba-Nya supaya memohon untuk ditambahkan ilmu yang ada, seperti firman Allah yang bermaksud:

"Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku." (Surah Taahaa, ayat 114)

Justeru, tuntutan menuntut ilmu khususnya berkaitan akidah, ibadat, akhlak, syariah dan muamalat amatlah dituntut supaya umat Islam tidak mudah terpesong dalam ranjau kehidupan di dunia yang terlalu mencabar ini.

Banyak kisah mengajar kita supaya sentiasa beringat, kelonggaran akidah kerana tipu daya dunia juga berlaku kerana kontang ilmu, sehingga ada sanggup menukar agama, membunuh diri, minum arak, berzina, bersosial tanpa batasan hukum, malah menggadaikan agama kerana wang ringgit, wanita dan kuasa yang sementara.

Dunia moden menuntut umat Islam mengejar kemajuan, sains dan teknologi yang menjadikan dunia semakin kecil perlu dihargai dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tetapi pencerobohan ke atas kehidupan peribadi menggunakan sains dan teknologi yang dikuasai dengan ilmu contohnya menunjukkan betapa ilmu tidak bermakna tanpa saringan akidah dan akhlak.

Ibu bapa sebagai guru pertama yang memberi pendidikan kepada anak perlu terlebih dulu mengisi dada dengan ilmu, walaupun ilmu bukan saja dilambangkan dengan segulung ijazah, tetapi juga contoh teladan yang baik untuk diikuti.

Ibu bapa perlu menyediakan ruang secukupnya untuk mendidik secara formal mahupun tidak formal, supaya setiap anak mengerti hakikat kepentingan ilmu sedari kecil.

Peluang untuk memilih sama ada menuntut ilmu atau tidak adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku hari ini kerana sebagai negara yang semakin disegani seluruh umat Islam di dunia, ilmu adalah lambang ketinggian dan kebanggaan negara.

Biarlah setiap Muslim berbeza dengan yang lainnya kerana ilmu. Insaf dengan hakikat penciptaan yang direka sebegitu rupa sebagai khalifah, inilah masanya umat Islam berfikir bagaimana untuk kembali kepada ilmu, di kala dunia Islam resah kerana ekonomi yang susut, akhlak merosot, perpaduan direnggut, tanah air direbut dan politik serabut.

-IsLaM LetaK GaRis pAnDuaN mEmiLiH RakaN eLak TerPengaRuH GeJaLa sOsiaL-

MANUSIA tidak boleh hidup bersendirian dan sentiasa mengharapkan orang lain. Oleh itu, manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta menghadapi cabaran suka duka di dunia ini. Itulah antara hikmah di sebalik penciptaan manusia pelbagai bangsa, agama serta latar belakang.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)


Islam sebagai agama yang syumul lagi lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat yang sewajarnya menjadi pilihan umat Islam.

Apatah lagi pakar psikologi dan ulama tasauf sering menekankan teman mampu mempengaruhi perwatakan dan pembawaan diri temannya yang lain.

Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya supaya berhati-hati memilih teman.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat." (Hadis riwayat Ahmad)

Jelas daripada mafhum hadis itu, jika temannya itu orang yang baik dan salih, maka dia akan membantunya menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim di samping memelihara hak serta kewajipan dalam konteks persahabatan.

Sebaliknya, jika temannya itu teman yang jahat, maka akibatnya sudah pasti dia berada dalam kancah kejahatan. Akhirnya, dia akan menyesal seperti kisah yang dirakamkan Allah mengenai orang yang tersilap memilih teman ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul! Kecelakaan besarlah bagiku semoga (dulu) tidaklah aku menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada al-Quran ketika al-Quran ini datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah al-Furqan, ayat 28 - 29)


Sehubungan itu, Islam meletakkan garis panduan untuk kita memilih teman yang salih dan sejati. Rasulullah SAW mengajar supaya memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan dan amal salih. Ini kerana setiap kita mudah terpengaruh dengan sifat, agama dan peribadi temannya itu.
Teman yang baik budi pekerti dan salih penting untuk merangsang kita berakhlak mulia sepertinya. Begitulah sebaliknya, teman yang jahat hanya akan mendorong ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.


Ditinjau situasi masyarakat dewasa ini, dapat diperhatikan betapa anak muda tidak begitu mengambil endah akan hal memilih teman yang baik. Maka tidak hairanlah, ramai daripada kalangan muda mudi begitu mudah terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang dilarang.

Menurut kajian dijalankan, antara punca utama menyebabkan mereka mudah terjerumus ke kancah itu ialah pengaruh sahabat dan teman sebaya. Mereka dengan tidak segan silu bergurukan teman rapat berbanding ibu bapa.

Akibatnya, berlakulah kes derhaka kepada kedua ibu bapa, rumah tangga bercerai-berai dan lari dari rumah. Sekarang tiada guna menuding jari meletakkan kesalahan kepada sesiapa kerana ia sudah pun berlaku dan paling penting ialah berusaha mengatasi kemelut yang meruncing daripada mengakari serta melarat dalam masyarakat.

Islam menekankan pemantapan akhlak terpuji dan pengisian rohani dengan keimanan tulus kepada Allah dalam diri Muslim. Institusi keluarga adalah benteng pertama dan juga unit terpenting dalam satu-satu masyarakat yang melahirkan generasi terbilang untuk kepemimpinan Islam akan datang.

Justeru, tanggungjawab sebenarnya digalas setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak sebagai insan yang salih dan bertakwa kepada Allah. Apalah gunanya kekayaan dan harta benda bertimbun sedangkan anaknya terbabit dalam gejala sosial yang hanya akan mendatangkan masalah serta ancaman kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, masyarakat juga sewajarnya peka dan prihatin terhadap anggota masyarakatnya terutama muda-mudi yang masih mentah dengan rentak kehidupan ini. Untuk itu, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan memantau segala gerak geri muda- mudi dengan menggalakkan amalan bermanfaat serta mencegah amalan dilarang Allah.

Ini adalah ciri masyarakat Islam yang baik seperti terungkap dalam firman Allah yang bermaksud:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran, ayat 110)


Teman sejati dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud:

"Ibarat teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi. Walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya dan bandingan teman yang jahat itu seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadis riwayat Abu Daud)


Persahabatan dengan teman yang salih lagi bertakwa akan menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan kesejahteraan, manakala persahabatan dengan teman yang jahat pula hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang tiada penghujungnya.





-BerSahABat-

Sebagai renungan bersama, seorang ahli hikmah pernah menyatakan:
"Sesiapa yang ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan bertambah lapan pula akibatnya.

Pertama, sesiapa yang berkawan dengan orang kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.

Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda dengan rezeki diperolehnya.

Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan bertambahlah kecongakan dan kesombongannya.

Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya.

Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak-anak atau kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka bermainnya dan membuang masa.

Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.

Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang salih, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya."

-AmaLan MemBaCa LaHir uMat bEriLmu, BertAmaDuN-

Pemilihan bahan berkualiti mampu bina masyarakat berpengetahuan dunia dan akhirat

MEMBACA satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang.

Inilah yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan ramai lagi. Segala bentuk khazanah ilmu berjaya mereka kaji dan terokai, bertitik tolak daripada proses pembacaan mendalam hingga menghasilkan penemuan bernilai serta berkualiti.

Maka selayaknya bagi tokoh ilmuwan bersama berjihad dalam bidang ilmu, mendapat pengiktirafan tinggi di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan orang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ibu bapa mampu memupuk minat suka membaca di kalangan anak melalui pelbagai kaedah seperti pemberian buku bacaan ringan dan bagi yang berkemampuan, menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif.

Pemilihan bahan bacaan, terutama yang berkualiti juga penting untuk membina jati diri Muslim bukan saja berilmu, juga berakhlak mulia. Lambakan bahan bacaan di pasaran jika tidak ditapis sesuai usia serta minat anak boleh memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memilih serta menapis buku atau bahan bacaan untuk diberi kepada anak dalam usaha meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan melalui proses bacaan. Pastinya ibu bapa tidak mahu anak terdedah pengaruh serta ideologi negatif disebarkan melalui bahan bacaan.

Kehebatan dunia teknologi zaman ini sedikit sebanyak menurunkan minat golongan remaja untuk memilih buku sebagai bahan bacaan utama. Kebanyakan lebih suka duduk berjam-jam di hadapan komputer melayari internet daripada memperuntukkan sebahagian masa membaca buku.

Tanpa menafikan peranan internet yang tidak kurang pentingnya ketika ini, usaha perlu diteruskan bagi memupuk minat masyarakat untuk membaca buku yang lebih berbentuk ilmiah serta dipenuhi fakta yang jelas dan tepat.

Justeru, usaha kerajaan menganjurkan Kempen Bulan Membaca setiap tahun memang dialu-alukan dan seharusnya dimanfaatkan rakyat seluruhnya. Hal ini demi untuk memupuk sikap cintakan ilmu dalam diri individu seterusnya membina masyarakat celik ilmu pengetahuan dan bertamadun tinggi..

Kitab Nashr Thoy at-Ta'rif karangan Muhammad Abd Ar-Rahman bin Umar bin Muhammad menyatakan Imam Syafi'e pernah berkata yang maksudnya: "Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu."


Perlu menjadi ingatan bahawa keghairahan menerokai ilmu pengetahuan dan membaca bahan ilmiah bertimbun banyaknya, tidak sesekali menjadi alasan kepada kita untuk meninggalkan al-Quran sebagai salah satu bahan bacaan seharian.

Ini bertepatan dengan martabatnya sebagai kalamullah dan sumber utama bagi segala bentuk ilmu pengetahuan sama ada berkaitan dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama hamparan lautan yang tidak bertepian.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada hamba-Nya untuk menimba seberapa banyak ilmu terkandung dalam al-Quran kerana mendalami isi kandungan kitab Allah secara tidak langsung mendekatkan hamba kepada Penciptanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (Surah al-Kahf, ayat 109)


Jika direnung pula tuntutan membaca melalui penurunan surah al-'Alaq, bukan saja meletakkan ilmu sebagai asas utama menimba pengetahuan tetapi juga cara menyebarkan dakwah menyeru kepada mentauhidkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-'Alaq, ayat 1-5)


Amalan membaca menghasilkan petunjuk yang akan memandu manusia ke arah kehidupan lebih sempurna.

Istimewanya bagi mereka yang bersungguh menuntut ilmu, membaca akan menjadi satu tabiat sukar dipisahkan daripada aktiviti seharian.

-SeBaB dOa TeRhijaB-

10 Sebab Doa Terhijab
“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1)
Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.


Renung2kanlah.... Wassalam....

-KauLah WaniTa sOLeHah-


Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari,
akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi,
tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama,
dan kasih sayangmu membawa ketenangan
melebihi curahan hujan.
Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan, sifat qana ah,sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.
Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur,
rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari redha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui kecuali oleh Allah,air mata hangat yang membasuh dosa,
sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan syaitan.


Kenakan pakaian taqwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia,
meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam,,,


-KeMatiaN MeNyekSakAn bAgi OraNg YaNg tak beRimaN-

DARIPADA Abu Hurairah katanya: "Apabila roh orang mukmin keluar daripada tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit. Kata Hammad: Kerana baunya harum seperti kasturi
Kata penduduk langit: Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.

Kemudian Allah berfirman: “Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Kata Abu Hurairah selanjutnya: “Apabila roh orang kafir keluar dari tubuhnya, kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit:

Roh jahat datang dari bumi. Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Kematian sesungguhnya amat menyeksakan. Kematian orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang beriman.
Tanda-tandanya bukan saja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu dapat melihat malaikat mencabut nyawa orang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar. (Nescaya kamu akan merasa sangat ngeri).” (Surah al-Anfal, ayat 50)

Rasulullah SAW sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakaratul maut. Itupun Baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.

Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi itu.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada supaya tidak tergolong di kalangan orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan dalam penjara sehingga hari kiamat.

-ZiNnieRa SeriKaNdi SeJaTi-

Zinniera diseksa tuannya

ZINNIERA adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinniera ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.

Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka.

"Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinniera.

"Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba.

"Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinniera yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya.

"Baik tuan," balas Zinniera lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.

Setiap hari, Zinniera melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.

Zinniera menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.

Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.

Zinniera tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinniera kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar.

"Tahukah kamu bahawa Zinniera sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya.

"Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.

Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinniera yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya.

"Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinniera dengan suara yang kasar.

"Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinniera dengan dua belah tangannya sehingga Zinniera rebah menyembah tanah.

"Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinniera supaya meninggalkan agama Islam.

"Allah! Allah! Allah!" jawab Zinniera dalam kesakitan.

Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinniera. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinniera.

Dia menyebat badan Zinniera berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinniera jatuh pengsan.

Apabila Zinniera tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinniera tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinniera, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang menalam pada agama Islam dan Allah.

"Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinniera menariknya ke padang pasir pada suatu pagi.

"Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinniera pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.

Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinniera tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya.

"Allah! Allah! Allah!" mulut Zinniera tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya.

"Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinniera.

Mendengar jawapan Zinniera, Umar terus mencucuk mata Zinniera dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinniera tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.

Kini mata Zinniera sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinniera yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya.

"Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinniera cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.

Kata-kata Zinniera membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinniera bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinniera hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya.

"Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinniera yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.

Kisah seksaan Zinniera akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinniera diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.

Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinniera daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinniera daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinniera yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu...

Zinniera....
Kau umpama bintang di malam hari,
Menerangi alam maya dan diteman purnama..
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi ,Tiada sempadan dan tiada bertepi
Zinniera....
Kau serikandi sunyi bersendiri,Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi ,Menagih korban kasih abadi....