Showing posts with label Tarbiyah Rohani. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah Rohani. Show all posts

- TAUBAT SEPENUH HATI CARA PEMBERSIHAN JIWA -




In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Menyesali dosa perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat rahmat-Nya..



SUDAH namanya manusia, sering melakukan kesilapan. Ada yang disengaja, ada pula tidak disedari tetapi akhirnya membuatkan seseorang berasa disakiti. Tidak terkecuali, ada yang suka mempersenda hukum Ilahi, terlupa bahawa hidup tidak kekal abadi.Kehidupan di dunia yang penuh cabaran memungkinkan kita berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu tidak baik.

Dunia ini penuh permainan yang melalaikan, walau cuba mengawal diri daripada tipu daya, ada kalanya kita tertewas juga, apatah lagi jika balasannya lambat tiba, tidak terasa janji Allah itu akan sampai akhirnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?”
(Surah Al-An’am, ayat 32)


Benar manusia boleh dibohongi tetapi bukan Dia Yang Maha Kuasa. Negeri akhirat itu pasti, kepada yang tidak mensia-siakan kehidupan di dunia dengan kezaliman terhadap diri sendiri, kegembiraan yang ditunggu bagai tidak sabar dirasai.

Jika sebaliknya, tentulah balasannya tidak tertanggung. Akal dikurniakan Allah SWT adalah untuk berfikir, supaya tidak mengulangi kesalahan yang serupa sehingga menggagalkan misi dan visi sebagai hamba di dunia ini.

Meskipun cuba menjadi hamba yang baik dan taat, ada kala kita lalai dan terlupa. Kata hati rupanya tidak semuanya memihak kepada kebenaran, bahkan membuka pekung di dada. Justeru, segala keterlanjuran terhadap Yang Esa jangan sampai kita tidak bertaubat.

Menyesali dosa dilakukan dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya adalah usaha yang perlu dilakukan jika benar-benar ingin bertaubat. Usah dikenang masa lalu sebaliknya kenanglah pengajaran yang tidak mungkin akan berulang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha’, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,”
(Surah At-Tahriim, ayat 8)

Jangan pula taubat dipermainkan dengan mengulangi kemungkaran. Sesiapa yang ingin bertaubat mestilah menyesali dosa yang dilakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya. Inilah dikatakan menyucikan diri mudah-mudahan kebaikan ini mendorong kepada pembersihan jiwa sebenar.

Seboleh-bolehnya hidup hendaklah dipandu dengan garis panduan yang dimuktamadkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya yang sememangnya membantu kita menggapai kebahagiaan hakiki.

Segala bentuk maksiat terhadap perintah Allah SWT hendaklah dipohon keampunan dengan taubat dan sebarang bentuk penganiayaan terhadap orang lain, perlu disertai kemaafan serta mengembalikan hak yang diambil.

Jika ia fitnah, bayarlah dengan membersihkan nama baiknya dan jika harta yang diambil, lunaskan dengan mengembalikan miliknya atau minta dihalalkan. Penangguhan akan memungkinkan seribu tragedi yang boleh menggagalkan hasrat pengampunan daripada Yang Esa.

Usahlah kita menangguhkan peluang kerana ajal akan datang pada bila-bila masa dan syukurlah jika kita sempat menyedari dosa serta kejahilan yang pernah dilakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat. Dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah An-Nisaa’, ayat 18).


wallahu a'lam..



credit to:
Nik Salida Suhaila Nik Nik Saleh
(Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM)

- DOA YANG TIADA HIJAB DENGAN ALLAH -



In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



FIRMAN Allah yang bermaksud:

Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (jawablah) bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah, ayat 186)


Sheikh al-Maraghi menjelaskan, apabila Allah menuntut hambanya mengenai kefarduan puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur, ayat ini sebagai dalil bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui keadaan dan Maha Mendengar segala doa mereka.

Sayid Qutub pula berkata, sebelum rangkaian ayat ini meneruskan penerangannya tentang hukum mengenai masa puasa, batasan merasai kenikmatan puasa dan peraturan imsak, kita dapati ia mengemukakan satu tarikan kepada persoalan jauh di sudut jiwa dan rahsia hati manusia.

Sebab turunnya ayat ini, Nabi SAW mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang tinggi dalam peperangan Khaibar. Lantas Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud:

Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu.

Selain itu, Ibnu al-Jauzi ada menyebut pendapat lain berkenaan turunnya ayat ini, iaitu seorang Badwi datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan, Allah menjelaskan bahawa Dia adalah dekat. Dia memperkenankan doa orang yang memohon dan memenuhi sebarang hajat orang yang meminta. Tidak ada tirai pendinding antara Allah dengan salah seorang hamba-Nya. Oleh itu, mereka sewajarnya menghadap hanya kepada-Nya dalam berdoa, merendahkan diri, lurus dan memurnikan ketaatan kepada-Nya semata-mata.

Prof Hamka menyatakan di penghujung ayat ini, jadikanlah bulan puasa sebagai bulan penuh ibadat, membaca al-Quran, solat dan berdoa. Oleh kerana doa amat penting dan menjadi otak daripada ibadat, maka Allah berkenan memberitahu mengenai doa dan bagaimana sambutan-Nya jika hamba-Nya berdoa menyeru nama-Nya dan memohon sesuatu hajat.
Oleh sebab itu, Allah dekat dengan hamba-Nya, maka hendaklah berdoa dan memohon kepada Allah dengan ikhlas dan tidak perlu bersuara keras mahu pun bertempik menyeru nama-Nya.

Lantaran dekatnya Allah dengan manusia, maka tidak perlu perantaraan atau wasilah antara manusia dengan Allah, berdoa dan memohon langsung terus kepada Allah. Malah, Allah hampir pada seseorang yang menarik nafasnya yang penghabisan menunggu saat-saat kematian sebagaimana firman Allah bermaksud:

Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada kamu, akan tetapi
kamu tidak melihat.
(Surah al-Waqiah, ayat 87)

Melaksanakan ibadat puasa, seseorang Muslim dilatih dalam keadaan beribadat dan berdoa. Pada masa sama, apabila semakin bertambah makrifahnya kepada Allah, maka semakin bertambahlah ikhlas dan tawakal kepada-Nya.

Natijah daripada latihan dilalui seseorang yang berpuasa terhadap jiwanya dan imannya adalah dia semakin dekat dengan Allah SWT. Lantaran, hampirnya dengan Allah itu yang menyebabkan doanya mudah dikabulkan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah, yang doa itu tidak bermaksud dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah SWT pasti akan memperkenankan doa itu melalui tiga cara, iaitu doa itu akan diperkenankan dengan serta merta, ada kalanya doa itu disimpan dan ditangguhkan dulu untuk persediaannya pada hari akhirat dan ada kalanya dijauhkan dan dipalingkan daripada kejahatan yang seumpama dengannya. (Hadis riwayat Bukhari)

Menariknya, ibadat doa termasuk dalam ayat puasa sekali gus bermaksud doa orang berpuasa itu lebih dekat dikabulkan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bagi orang yang berpuasa itu sewaktu hendak berbuka puasa adalah
doa yang mustajab.
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu doa pemerintah yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang dianiayai. Akan diangkat doa itu oleh Allah ke atas awan pada hari kiamat kelak dan akan dibukakan baginya pintu langit, lalu Allah berfirman: Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan tolong kamu walaupun dalam masa yang sekejap saja. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai, Tirmizi dan Ibnu Majah).

wallahu a'lam..

- IKHLAS BEZAKAN AMALAN -



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


IBADAT dalam Islam adalah kemuncak sifat kepatuhan dan ketundukan kepada Allah yang juga pengiktirafan keagungan Tuhan disembah. Menerusi ibadat, umat Islam dapat berhubung dan mendekatkan diri kepada Allah (hubungan menegak).


Ibadat juga memberi kesan mendalam antara perhubungan manusia sesama manusia dan dengan makhluk lain (hubungan mendatar) di dunia ini.

Pengertian ibadat dalam al-Quran cukup luas, tidak terbatas kepada perkara difardukan saja, malah meliputi semua perkara dilakukan dengan ikhlas.

Allah berfirman bermaksud:

“Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”
(Surah al-Bayyinah, ayat 5)


Ikhlas kunci bagi segala bentuk amalan dan penanda yang membezakan antara ibadat dengan adat. Jadi, sesuatu amalan dilakukan penuh keikhlasan dikategorikan sebagai ibadat, meskipun tidak mempunyai perintah secara langsung dalam al-Quran dan hadis.

Menurut al-Quran, kehidupan di dunia satu kesatuan yang wujud di dalamnya hanyalah semata-mata mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, Islam menetapkan supaya seluruh cara hidup manusia dipelihara supaya menjadi ibadat dan sebagai tanda kepatuhan kepada Allah.
Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah (Dialah) saja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah saja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh kekuasaan-Nya.”
(Surah al-Zariyat, ayat 56-58)

Perlu dijelaskan setiap tindakan dilakukan seseorang Muslim dalam kehidupan berkait rapat dengan akidahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Allah berfirman bermaksud:

“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(Surah al-An’am, ayat 162)

Oleh itu, kita mestilah memastikan segala ibadat dilakukan mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah. Malah ia asuhan dan didikan mendekatkan diri kepada Allah serta mencintai-Nya.

Muslim yang berdiri di hadapan Allah untuk menunaikan solat fardu atau sunat dalam keadaan penuh suci lagi khusyuk, adalah didikan praktikal mencetuskan hubungan secara langsung dengan Allah serta memberi kesan mendalam terhadap jiwanya.

Seseorang Muslim sentiasa berada dalam keadaan berjuang melawan hawa nafsunya sehingga sampai ke tahap merasakan nikmat berhubungan serta mendekatkan diri kepada Allah. Maka, pada ketika itu solat baginya adalah pertemuan dinanti-nantikan dan di situlah ketenangan serta kerehatan.

Rasulullah SAW menemui ketenangan dalam solat. Biasanya apabila Baginda SAW ditimpa sesuatu masalah, maka Baginda akan segera mengerjakan solat sambil berkata kepada Bilal:

“Berikan kerehatan kepada kami wahai Bilal.”

Jelas menunjukkan perasaan seorang ‘abid (hamba) yang mendapati solat itu pertemuan antaranya dengan Allah.

Ibadat zakat adalah penyempurnaan kepada matlamat solat iaitu mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pada dasarnya zakat disyariatkan untuk menyucikan jiwa seseorang Muslim daripada segala akhlak yang keji.

Jadi, dengan mengeluarkan zakat bermakna seseorang Muslim itu sudah membersihkan jiwa dan hartanya daripada kekotoran seterusnya sebagai tanda bersyukur atas kenikmatan rezeki dikurniakan Allah.

Selain itu, ibadat puasa dapat menumpukan usaha pembersihan dan pentarbiahan jiwa dengan menjauhi perkara mungkar semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Pada Ramadan seseorang Muslim dapat merasakan keagungan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu al-Quran yang diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada keimanan. Justeru, waktu malamnya dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah.

Dalam menunaikan ibadat haji pula, seseorang Muslim merasakan dirinya menjadi tetamu Allah serta merasai keagungan nikmat-Nya. Untuk menghadiri rumahnya yang mulia itu, kita seharusnya membersihkan rohani daripada segala kotoran dan menggunakan perbelanjaan harta yang bersih.

Begitulah didikan secara praktikal untuk menyintai Allah dan mendekati-Nya. Kesediaan jiwa meninggalkan perkara amat diingini dan disayanginya tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Inilah dikatakan ihsan dan Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya Malaikat Jibril mengenai maksud ihsan lalu Baginda menjawab:

“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau.”
(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Sehubungan itu, beribadat perlu dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia buat sementara waktu. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Allah tidak memandang kepada solat seorang lelaki yang dikerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya.”

Al-Hasan al-Basri pula menjelaskan:

“Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia lebih hampir kepada seksaan.”

Di samping itu, kita mestilah beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak berasa cukup dan tidak pula terlalu mudah berpuas hati.

wallahu a'lam..



- KISAH BURUNG BANTU PADAM API -




In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:

“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.”
(Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Wallahu a'lam..



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

- MAKSIAT MENGUNDANG BALA -




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Lelaki patut mengelak daripada memandang wajah wanita dan memelihara kemaluan


TIADA siapa yang menyangkal bahawa gejala pembuangan bayi berpunca daripada perbuatan zina. Akibat gagal mengawal nafsu, manusia mudah terjebak dalam perbuatan yang menjijikkan ini. Hasilnya seperti dipaparkan media baru-baru ini mengenai kes pembuangan bayi. Terbaru, kes bayi ditanam di tepi sungai di sebuah daerah di Melaka yang mana menurut pakar perubatan, bayi berkenaan masih hidup ketika ‘dikebumikan’.

Pelbagai punca dilihat menjadi penyumbang kepada perbuatan zina. Dari pergaulan bebas, tiada asas agama yang kukuh, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai anak-anak remaja mereka hinggalah kepada meniru budaya hidup masyarakat Barat yang bersekedudukan tanpa ikatan.

Jika dilihat dari kaca mata al-Quran dan Sunnah, zina bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang lelaki berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan, seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Syaitan pula memainkan peranan siang dan malam menanti peluang menghanyutkan anak Adam ke lembah dosa.

Islam menyediakan garis panduan untuk umat manusia menyelamatkan diri daripada terjerumus ke kancah perzinaan. Dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan kaum lelaki menundukkan pandangan mereka daripada melihat perkara yang haram. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)

Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki supaya merendahkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan. Diikuti pula suruhan supaya memelihara kemaluan daripada melakukan perbuatan yang terkutuk iaitu zina. Oleh kerana itulah setiap ayat al-Quran yang memerintahkan lelaki memelihara kemaluan bertujuan menyuruh mereka menjauhi zina.



Beberapa panduan nabawi juga ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk kaum lelaki. Dalam sebuah hadis, daripada Jabir bin Abdillah berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hukum melihat wanita ajnabi (bukan mahram), lalu baginda mengarahkanku mengalihkan pandangan.”
(hadis riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi menyebut tidak menjadi kesalahan bagi lelaki Muslim melihat wajah wanita jika tidak disengajakan tetapi pandangan kali kedua dan seterusnya tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan yang dibenarkan seperti meminang wanita, menjadi saksi perbicaraan dan urusan jual beli.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW berpesan kepada Ali:

“Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain. Sesungguhnya untukmu pandangan yang pertama dan bukan untukmu pandangan kali kedua.”
(hadis riwayat Abu Daud, dinilai Hasan oleh Albani)

Berdasarkan hadis ini, baginda SAW menyebut pandangan seorang lelaki terhadap wanita pada kali pertama adalah bahagiannya yang Allah takdirkan tetapi larangan dari baginda SAW menyusul selepas itu jika dia sengaja melihat wanita itu semula. Pandangan kedua berlaku dengan pilihan yang disertai oleh nafsu manakala yang pertama itu tiada dosa padanya kerana tidak disengajakan.

Al-Azim Abadi menukil kata-kata al-Qadi ’Iyad ayat ke-30 surah al-Nur menjadi hujah bahawa:

“Tidak wajib seorang wanita Muslimah menutup mukanya kerana perbuatan itu adalah sunnah.”

Tetapi mesej utama ayat itu ialah kewajipan untuk kaum lelaki menundukkan pandangan daripada melihat muka wanita dengan sengaja apatah lagi memandang aurat mereka. Sekalipun melihat wajah wanita berulang kali dikategorikan sebagai dosa kecil tetapi kesannya amat besar di sisi Allah SWT.

Kenyataan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian anak Adam untuk terjadinya zina, tiada siapa yang dapat mengelak daripadanya. Zina kedua-dua mata ialah penglihatan dan zina lidah ialah kata-kata dan hati berkehendak dan ingin merasai (zina). Maka kemaluanlah yang menjayakannya atau mengelak daripadanya”. (hadis riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh Albani)

Zina mata terjadi dengan melihat apa yang Allah haramkan, zina lidah pula berlaku dengan mengeluarkan kata-kata yang haram dan zina hati terjadi apabila timbul keinginan untuk melakukan zina yang sebenar. Pembahagian zina ini disebut oleh Rasulullah SAW kerana ia adalah mukadimah kepada zina hakiki. Maka penentuannya diukur oleh kemaluan. Jika nafsu menguasai diri, berlakulah zina, tetapi jika nafsu berjaya dijinakkan, zina dapat dielakkan.

Kehidupan hari ini menuntut kaum lelaki untuk bergerak ke sana ke mari mencari rezeki. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh mereka. Ke mana saja tempat dituju, pasti mereka terdedah kepada wanita dan aurat mereka. Justeru, menundukkan pandangan adalah jalan keluar untuk mengelak daripada mukadimah zina seterusnya zina yang nyata. Tidak dinafikan kadangkala pandangan yang dipelihara terlepas lalu mata terlihat apa yang dilarang, tetapi Allah SWT maha mengetahui kelemahan hamba-Nya. Lantaran itu Islam menyediakan ruang untuk insan mencuci ‘dosa kering’ itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana kamu berada dan gantilah sesuatu dosa itu dengan pahala, nescaya ia (pahala) akan menghapuskannya (dosa) dan berakhlaklah terhadap manusia dengan akhlak yang mulia.” (hadis riwayat Tirmizi)




wallahu'alam..

-WaSiat UntUk DaPat DaRJat TinGGi-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


ABU Darda' ditanya, "Ajarkan kepadaku beberapa kalimat yang berguna bagiku. Abu Darda' berkata: Saya berwasiat kepadamu beberapa kalimat, siapa yang mengamalkan maka ia akan mendapat darjat yang tinggi sebagai pahalanya: "Jangan makan kecuali yang halal. Dan mintalah kepada Allah rezeki setiap hari. Dan anggaplah dirimu dari golongan orang mati. Dan serahkan dirimu kepada Allah, maka siapa yang maki atau mengganggu kepadamu, maka katakan, "Kehormatanku sudah aku serahkan kepada Allah. Dan jika engkau berbuat kesalahan atau dosa maka segeralah minta ampun kepada Allah.

Ketika Rasulullah SAW patah gigi ketika Perang Uhud, maka sahabat berkata kepadanya, "Ya Rasulullah, andaikan engkau berdoa kepada Allah terhadap orang yang berbuat kepadamu sedemikian itu. Jawab Nabi, "Sesungguhnya aku tidak diutus untuk mengutuk, tetapi aku diutus untuk berdakwah dan rahmat, Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku kerana mereka benar-benar belum mengetahui.

Rasulullah bersabda, "Siapa yang menahan lidahnya dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah memaafkan kesalahannya pada hari Kiamat, dan siapa yang menahan marahnya, maka Allah akan menghindarkan dari murka-Nya pada hari Kiamat.

Sumber Abulaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin.

- IstiQaMaH, istiQaraH DaN iStigHFar -


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan dengan cabaran


UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.

١- Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud,

dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah'." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.

Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'"
( Fusshilat: 30)


٢- Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan.

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda,

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).

Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari.

Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud,

"Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,'" (Hadis Baihaqi dari Jabir).

Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.

Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

٣- Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati.

Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT.

Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita.

Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat.

Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud,

"Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52).



wallahu'alam..

-JaMinaN SyurGa-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


ANAS bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.

Kemudian esok harinya, Rasulullah SAW bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi SAW bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, " Baiklah".

Anas berkata, " Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik".

"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga". Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Saya ingin mengetahui apa amalmu dan saya berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan". "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi SAW bersabda sedemikian"? Jawabnya: "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat". Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang ia mendapatnya". Saya berkata, " Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi SAW bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan".

- Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin.

wassaalam..

-FitraH KaSiH-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



..SYUKUR WALHAMDULILLAH ..

Inilah perkataan pertama yang mampu diucapkan setelah sekian lama "menghilang"..Janji dilafazkan, untuk menghilangkan setiap debu kejahilan yang menjadi punca pengkhianatan, dengan madu keimanan. Biarlah kemanisan iman itu menjadi kekuatan baru untuk bertapak dengan jejak yang baru, jauh dari debu kejahilan, sekaligus ditemani oleh siraman hujan madu keimanan dari Tuhannya, dengan izinNya.
Dan kerana terlalu cintakan lapangan dakwah..akhirnya dia bisa kembali dengan izin ALLAH swt..alhamdulillah..Dakwah adalah suatu kerja yang diamanahkan kepada para nabi dan rasul sejak zaman-berzaman.Umat Islam juga turut diberikan "kemuliaan" oleh ALLAH Rabbul 'Alamin untuk meneruskan kesinambungan kerja ini. Sebagaimana firman ALLAH swt:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (QS 3:110)



*************

Kaifa halukum jami'a?
batmanna lakum el-kher was sa'adah dunya wal akhirah...
Kullu sanah, wa entum bikhoir...
Ameen..Ameen..Ameen..


yislamu kithir buat sahabat/sahabiah yang mendoakan ana agar bisa kembali di dunia blogging..Doa dari hati yang ikhlas tiada hijab dengan ALLAH swt..insyaALLAH..
selepas melalui zone tasawwuf, segala persoalan yang membelenggu benak fikiran ana telah pun ditemui..syukran buat abi kerana meminjamkan ana kitab-kitab di mini library..hmm,nasib baik abi tak marah sebab buat "hanya"(check dictionary pantai timur..hehe..)
Syukur alhamdulillah kerana ALLAH swt telah memudahkan segala urusan ana..walaupun masih terdapat cebisan persoalan yang belum ditemui kerana kesuntukan masa..mudah-mudahan ana bisa menemui jalan penyelesaian melalui petunjuk dari-NYA..ameen..yang pasti, jawapannya akan diperolehi melalui satu sahaja cara iaitu dengan menggunakan 1 password..

password nya:
"BAWA HATIMU KEPADA TUHAN"

ana sangat yakin, segala persoalan akan terjawab dengan mudah sekiranya kita gunakan password ni serta redha dengan apa yang berlaku..Sesekali, dalam menempuh kerakusan kebendaan ini, setiap manusia pasti dilintasi oleh panggilan Ilahi s.w.t., yang menyerunya agar kembali ke pangkuan Rabbul Izzati s.w.t..

Samada dengan ditimpa musibah dan ujian, ataupun diberi seribu satu kesenangan, manusia pasti pernah terfikir, walaupun sekali Cuma, untuk kembali kepada Ilahi s.w.t., Tuhan yang menciptakannya dari tiada. Kadang-kala, dengan musibah yang menimpa, seseorang hamba terdetik di hatinya, bertanya-tanya, akan siapakah lagi yang mampu membantunya dalam menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu satu ujian. Akhirnya, terlihat satu cahaya, berserta suara nurani menjawab:


“Dialah ALLAH! Hanya Dialah yang Maha Membantu, dan hanya Dialah yang mampu membantu setiap para hambaNya, kerana ujian daripadaNya dan hanya Dia yang mampu menolong para hambaNya yang diuji.”


Setelah sekian lama mabuk dalam hiruk pikuk kepenatan duniawi, dan setelah menemui hakikat diri dan hakikat Ilahi, barulah terbit hikmah di hati, dari lintasan nurani Ilahi, bahawa:

“DESTINASI CINTA YANG ANA CARI, SEBENARNYA TERLALU HAMPIR”.

InsyaALLAH ana akan kongsikan dan selitkan apa yang telah ana perolehi daripada proses tasawwuf ana di entry-entry yang mendatang..mudah-mudahan dengan ilmu ana yang masih lagi tandus dan memerlukan petunjuk dari sahabat/sahabiah, dapat memberi ibrah kepada semua terutamanya kepada pengunjung-pengunjung blog ini..

*****************

Sebelum ana terlupa, syukran jazillan buat akhawat dan ikhwah yang sudi memberikan e-card yang comey2 dan kreatif kepada ana..ALLAH yubarik fik..dan maalish juga kerana ana tidak berkesempatan untuk membalas e-card kalian kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan..maalish..maalish..maalish..Antara e-card yang ana terima adalah dari:

IM-Smiley.com ukhti syauqah, ukhti ummi adibah, kak lin, kak norul, ukhti muslimah zaki, ukhti wardatul shaukah, ukhti yana, ukhti syauqah wardah, ukhti imtiaz sofea, ukhti zarin, ukhti hani, akhi qayyum, akhi nasir, akhi isham...




========================

Apa-apa pun,ikhlas dari ana, Niesa' Imana..

IM-Smiley.com

"EID SAIED" kepada semua sahabat blogger dan semua pengunjung..
Semoga ‘Madrasah Ramadhan 1430H’ yang baru kita lalui ini akan menjadi iktibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan yang mendatang,insyaALLAH..Ramadhan datangnya dinantikan,kehadirannya disambut, keberadaan didalamnya dimanfaatkan, penghujungya dirisaukan dan pemergiannya dirindukan. Berdoalah Allahumma Ballighna Ramadhan.

Akhirul kalam, "Jadilah insan yang mengejar syurga dengan dakwah dan kekuatan ilmu serta kepakaran"..Bermula dengan semangat dan pembaharuan masa, semoga kita lebih tekun dan mendalami sedalamnya ilmu yang kita pelajari.Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)

========================

Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Amal,
Jaga hubungan dengan manusia dan Jaga Hubungan dengan ALLAH swt..


.....wassalam.....




-DiuJi DaN TeRuji = Tasawwuf -


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..




!!!!هاري ني مود دي تك براف نك ستبيل



pagi sedih,tengah hari berkecamuk,petang gembira,malam tension...
pelik ker??sesetengahnya mungkin berfikiran begitu..tapi inilah yang mungkin berlaku sekiranya kita sering diuji dan teruji dalam satu2 masa..si "dia" pun tidak terlepas dalam mengalami situasi sebegini..walaupun mood kadang2 sukar untuk dijangka..macam hati jugak..sukar untuk difahami..tapi dia hanya insan biasa..hamba ALLAH yang sangat lemah..tidak mampu berbuat apa2 tanpa pergantungan sepenuhnya pada PENCIPTAnya...hanya ALLAH la tempat dia mengadu..Hati kecil meyakini, apa yang berlaku mungkin
"TEGURAN DARI ALLAH"..

mungkin ALLAH mahu memberi teguran kerana dosa yang kian bertambah setiap hari dengan kesalahan demi kesalahan yang dia lakukan..setiap kali usai solat,si "dia" tidak pernah terlupa untuk berdoa agar ALLAH swt selalu memberi teguran sekiranya dia melakukan dosa dan kesilapan sama ada sedar atau tidak, sama ada sengaja ataupun tidak..kerana dia tau,hanya teguran itu la yang paling layak untuk dirinya..bukan dari orang lain..dan satu hal yang pasti "dia" bahagia dengan teguran ini..kenapa??kerana hadith ini:_

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ujian kepada orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta” Surah Al-Ankabut-2&3)

Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?


***************************


Photobucket

"YA ALLAH,berilah petunjuk dan inayahMU kepada hambaMU yang lemah ini..,Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

*****************************

*Ini saja yang mampu dicoretkan untuk entry kali ini & mgkin untuk beberapa minggu, blog ni akan sepi sementara..bukan sebab nak buat persiapan sambut syawal..tapi untuk Tasawwuf(penyucian hati)..insyaALLAH kalau panjang umur,akan ana teruskan perjuangan dakwah disini..doa ana semoga kamu semua sentiasa dirahmati Allah...Dan dikesempatan ini,ana menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekhilafan yang ana lakukan selama ini kepada sahabat2 dan adik2 yang ana sayang, terutama sekali Fatin Mardhiah dan "cermin" yg paling ana cinta..ana banyak sekali menyusahkan kalian..maafkan ana..=) kadang2 pernah juga terfikir,apakah ana layak terima sahabat2 yang baik??hanya TUHAN saja yang tahu kerana ada hikmah kenapa DIA pinjamkan ana sadiqati2 yang baik..doakan diri ana agar diberi kekuatan hati, ketenangan & perasaan agar dpt kembali..salam syawal..^_^
..ma'as salamah,wa ilal liqo'..fi amaanillah wallahua`lam bisawab..

..."Wahuwa ma'akum ainamakuntum"...

-PerbUataN paLinG bErat DipikuL di Dunia-




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”

Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”

....wallahualam....

-DaRi aNNa uNtuk aNa..=D -


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


ape nih "dari anna untuk ana"??hehe..
sebenarnya ana gembira dapat comment dari sahabat ana..nama die "anna"..
tengah2 bosan ni,ana check la tagged ana..ana tak ada la aktif sangat men bende nih..bukak gitu2 jer..hmm,tapi kan rajin betul sahabat2 send message n comment kat ana..especially sahabat2 dari luar malaysia..yislamu ya ukhti..akhi..^_^
walaupun kadang2 x sempat nak balas comment sume..mereka tetap "istiqamah" hantar comment graphics,video islamic dan macam2 lagi la..huhu..
insyaALLAH nanti kalau ada masa terluang,ana akan reply ye..

********************
ni comment yg dihantar sahabat ana..hee..
syukran ye ukhti..sbb memberi peringatan pada ana..

*********************

BULAN POSE NEY...INGAT....BILA MAKAN TU. HEHEHE. TINGGALKAN ORG BLKG CKIT.

JANGAN CURI2....MAKAN.....

JANGAN KEJAASYIK.TIDO.JER..

JANGAN BUAT....KERJA.....

JANGAN AYSIK...., BANYAK2 BERSABAR....

KENA SENTIASA...BEBAIK.......

**********************

banyak peringatan buat ana yang kadang2 lagho nih kat comment nih..walaupun orang lain tengok cuma gambar2 cartoon yang boleh dikira lucu jugak la 10 sen..hehe.. bagi ana comment ni buat ana berfikir..bukan berangan ye..tp "BERFIKIR"..=)

..::::::::::..

١-bila makan,ingat orang belakang sikit.

=Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

٢-jangan keje asyik tido jer.

=Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

٣-jangan sibuk dengan kerja yang tidak berfaedah.

=Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat

٤-jangan asyik marah..banyak2 bersabar.

=tujuan disyariatkannya berpuasa adalah latihan menahan nafsu amarah (suka marah). Orang yang mampu menahan amarah lebih baik dan lebih sempurna daripada orang yang suka marah (pemarah). bak kata ukhti nurol "syaitan dah bawak beg balik kampung... xkan nak marah2 lg beb.. xrock la.."..hehehe..best la ayat ni,kak..=)

-٥kena sentiasa berbaik

=Berpuasa bukan sekadar menahan lapar, tapi juga menjaga diri dari perilaku tercela. Bahkan, berbuat baik di bulan Ramadhan telah dijanjikan pahala yang berlipat ganda oleh ALLAH swt. Sehingga, tak hairan la setiap orang akan berlumba-lumba memperbaiki sikap dan perilakunya di bulan ini.Berbuat baik juga boleh dilakukan melalui percakapan. Menjaga perkataan, memberi semangat, mengucapkan kata-kata yang mententeramkan hati, menginspirasi dalam mencari jalan keluar, hingga sekadar memberi senyum yang menyenangkan kepada orang-orang di sekitar, merupakan perbuatan yang mendatangkan pahala.

sama2 la renung-renungkan ye sahabat yang dikasihi fillah..Ramadhan menuntut ummah sentiasa muhasabah diri dan sentiasa beramal..

wallahualam..


-JaNGan HaraP PujiaN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).

SEORANG hakim berkata: "Seharusnya seseorang yang beramal kepada Allah belajar mengenai adab daripada pengembala kambing. Ketika ditanya, "bagaimana?" Jawabnya, "pengembala itu jika bersolat di tengah-tengah kumpulan kambing jagaannya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, begitu juga dengan orang yang melakukan ibadat seharusnya tidak menghiraukan orang melihatnya ataupun tidak."

Seorang ahli hukum berkata: Untuk selamat, sesuatu amal itu bergantung kepada empat perkara iaitu:

Ilmu pengetahuan - sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya;

Niat - sebab setiap amal yang dilakukan bergantung kepada niat;

Sabar - supaya amal dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta tidak terburu-buru.

Tulus ikhlas - sebab amal ibadat tidak diterima Allah kalau tidak disertai dengan ikhlas.

- Sumber Abullaits Assamar-qandi -Tanbihul Ghafilin.

-SeriNG mErendaH diri antara EnaM taNda tauBat ditEriMa-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


SEORANG ahli hikmah berkata: Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

wallahualam..


Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin

-KeSeNGsaraaN, MuSibaH DoroNG inSaN GigiH perBaiki HiduP-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


ALLAH menciptakan alam ini sarat dengan ujian sebagai kelayakan untuk melahirkan insan paling baik amal, tinggi nilai kesabaran, jitu darjat keimanan dan yang terpuji akhlak. Neraca piawaian yang menjadi pertimbangan di sisi Allah ialah kualiti bukan kuantiti amal.

Firman Allah bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang bertaubat)”. (Surah al-Mulk, ayat 2)

Kehidupan dunia pada umumnya dihiasi pelbagai rentak dan ragam manusia. Ada wajah ceria yang penuh tawa ria dan ada pula wajah muram yang penuh tangisan dan duka. Kebahagiaan dan kesejahteraan adalah wajah dunia yang menjadi impian setiap insan, manakala musibah dan kesengsaraan amat digeruni setiap makhluk. Yang pasti setiap makhluk pasti melaluinya berdasarkan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Kedua-duanya ujian Allah untuk menguji, menapis dan memilih di kalangan manusia yang beriman, beramal dan bertakwa ke hadrat Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal berkenaan tidak terdapat pada orang lain. Orang mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga kebaikan baginya. (Hadis riwayat Ahmad)

Perlu diinsafi ujian Allah ke atas makhluk-Nya pelbagai jenis sama ada berbentuk nikmat atau musibah. Kenyataan ini menolak tanggapan dan pemahaman umat Islam yang menyempitkan skop ujian Allah kepada musibah dan bala.

Kurniaan nikmat, kesenangan, kesihatan dan kemewahan harta termasuk senarai ujian Allah terhadap makhluk-Nya. Kehidupan yang dilalui setiap manusia tidak terlepas daripada pasang dan surut, senang dan susah, sukses dan gagal serta gembira dan sedih.

Oleh itu, manusia dibekalkan Allah kemampuan fizikal, kecerdasan akal dan hati nurani untuk menyesuaikan diri mendepani kesulitan dan musibah yang dihadapi. Kadangkala timbul persoalan di fikiran apakah makna hakikat kesulitan dan musibah yang menimpa manusia dalam kehidupan.

Jika direnung secara mendalam realiti kesulitan dan musibah, ternyata ia menjadikan manusia semakin kuat dan tabah menghadapi kehidupan. Tanpa kesulitan dan musibah tidak wujud istilah kemajuan dalam kehidupan manusia.Perlu diingat manusia ialah makhluk berilmu dan terpelajar kerana mampu belajar daripada kesulitan dan seterusnya mencetuskan inspirasi menjadi lebih kuat serta maju kerana berjaya melepasi halangan sepanjang hidupnya.


Tanpa kesulitan, tidak ada erti kekuatan intelek manusia berbanding makhluk lain, malah tanpa musibah, keupayaan intelek mati dan akhirnya menghilangkan identiti manusia dalam kehidupan penuh dinamik dan inovasi.

Kesulitan hidup jika dilihat daripada sumber kehidupan sebenarnya adalah jalan pendakian menuju ke puncak keredaan Ilahi dan kebahagiaan sejati.

Oleh itu, setiap insan jangan mengeluh dan berputus asa, apatah lagi mencaci maki segala musibah. Sikap mengeluh dan berputus asa hanya menghancurkan kemampuan manusia sedia ada, malah setiap keluhan hanya menyebabkan kesulitan terasa semakin berat dan payah untuk dihadapinya.

Justeru, musibah dan kesulitan hidup dihadapinya dengan penuh kesabaran sebagai langkah menuju keredaan Allah.


wallahualam..