part 1- لمسة بين المسلمات -



In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Alhamdulillah walaupun berada dalam kesibukan suasana di awal semester baru dengan assignment dan presentation yang semakin bertambah dari hari ke hari, Allah masih memberi ruang dan peluang kepada ana untuk melakar sesuatu disini. Masa yang dikurniakan olehNya ini sangatlah berharga dan amat rugi andai disia-siakan walau sesaat cuma kerana sesungguhnya taklifan kita, tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini teramatlah banyak sehingga melebihi masa yang ada sepertimana yang Sayid Hassan Al-Banna katakan “orang mukmin mempunyai tanggungjawab melebihi dari masa yang ada”. Buat para da'ie yang berjuang dijalanNya tanpa mengira waktu janganlah antum bimbang dan gelisah kerana usaha antum itu akan di nilai oleh Allah dan bakal menjadi saksi didepanNya kelak ketika Mahkamah Mahsyar membuka sidang pengadilannya bahawa sesungguhnya antum punya usaha untuk mendaulatkan agamaNya.

Sedang sibuk melayan pertanyaan yang bertubi-tubi daripada sahabat tentang presentationnya (turn ana belum lagi..hehe..) , satu sms diterima daripada adik kesayangan iaitu pemilik blog "rasa di hujung kata" yang meminta ana untuk mengambil hadiah "penghargaan"..siapakah dia..??*asif..tidak dapat linkkan blognya..cari la ye..man jadda wajada..^_~ dan disebabkan dia bersungguh-sungguh menyuruh ana publish tentang ni, makanya entri kali ini ana nukilkan khas untuknya, yang berada jauh di mata ana tapi dia sentiasa dekat di hearty ana. Sesungguhnya ana sayang + rindukannya setiap saat dan waktu kerana Dia..subhanallah, betapa hebatnya ALLAH menciptakan kerinduan sebegini..hanya ukhuwah yang disuburi dengan ketaqwaan kepada ALLAH akan dapat merasainya..percayalah..^_^


Photobucket


Hadiah ini katanya sebagai tanda penghargaan kepada sahabat2..masyaALLAH..شكرا جزيلا ya habibaty...really9 appreciate it..even tanpa hadiah ni pun, kasih sayang + doa anti pun sudah cukup buat ana..insyaALLAH..=) Perkenalan kami bermula pada 02/05/2009 di sebuah laman sosial..(baru lagi..erk..??hehe..) ana mula mengenalinya dirinya yang menggunakan nama pena "Syauqah Mujahidah"..

Hebatnya mujahadah insan yang menggunakan nama penanya "Syauqah Mujahidah"..kenapa ana mengatakannya hebat..??? kerana title "mujahidah" itu sendiri..Mujahidah adalah semulia-mulia status yang disandang oleh seorang wanita muslimah. Dalam kaitannya dengan status ini seorang muslimah harus boleh memahami secara benar, bahawa jawatan mujahidah bukan nama pemberian dari seseorang tetapi ia adalah hasil dari kegigihan dan mujahadah yang ia lakukan dalam usaha menegakkan syariat Islam..Pengislahan diri yang sangat9 ana kagumi yang terdapat dalam dirinya adalah merasa belum puas selagi fitnah dan kemungkaran masih hidup, sehingga dia sentiasa tidak pernah diam, selalu berfikir dan bekerja tanpa mengenal lelah dengan tujuan menegakkan Islam...(sebab tu la blognya kalau ada yang perasan, kadang2 pasti ada sesuatu yang tidak kena..hehe..sekiranya terdapat dari kalangan pengunjung blognya yg paling setia pasti antum dapat mengagak maksud yang tersirat di sebalik kenyataan ana ini)...(^_^)v

Aura insan yang mempunyai nama yang bermaksud "Cahaya Petunjuk" ini memberi impak besar dalam pembentukan diri ana pada hari ini.Bagi diri ana sendiri, tidak penting selama mana, sekerap mana atau sekenal mana pun kita dengan seseorang, namun jika ia digarap dengan sebuah ikatan yang penuh keikhlasan dan bimbingan, ia tetap tinggi nilainya..

Betapa beruntungnya pada mereka yg bisa mengecap kasih sayang dan cinta daripada para sahabat. Betapa bahagianya mereka yang bisa berkongsi apa saja (masalah dan sebagainya), nasihat-menasihati, tegur-menegur dan saling ingat-mengingati. Hamdalah, ana juga ada beberapa orang sahabat yang boleh ana kategorikn sebagai sahabat yang boleh berkongsi masalah dan sebagainya.. tapi..kebanyakannya daripada mereka tiada di depan mata ana..ana selalu mengingatkan pada sahabat2 yang ana cinta, "sekiranya kita tidak berjumpa di dunia ini, insyaALLAH kita still akan mencari di dunia yang lain"..Itulah ungkapan yang selalu ana digunakan sekiranya ALLAH tidak mengizinkan pertemuan antara kami..


*************


Akhirul kalam, pesan ana pada kamu wahai sahabat yang teramat......amat.....amat
ana sayangi dan cintai...

Jagalah dirimu sebaik-baiknya. Peliharalah dirimu dari kelalaian duniawi. Letakkanlah dunia di tanganmu dan akhirat itu di hatimu. Janganlah sesekali kerana hartamu, keluargamu, cintamu pada makhluk membuatkanmu lupa, lupa pada tujuan asalmu diciptakan. Bukanlah ana melarang dirimu mencari kesenangan duniawi. Kejarlah kebahagiaan duniawi itu sahabatku tapi jangan sesekali kau gadai syurga yang Allah janjikan buatmu semata-mata kerana itu! Sesungguhnya syurga itu seribu kali lebih membahagiakan berbanding kesenangan palsu di alam fana ini. Tepislah godaan duniawi dengan mewujudkan rasa kasyatillah yakni takut kepadaNya..

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya.

"Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."


sama2 la kita bermujahadah ye..

~uhibbuki fillah ya ukhti~

.....wassalam....




p/s: asif kalam ana tidak sehebat kalam kamu...=p
perlu belajar mengolah kata2 dari anti nampak gayanya..

2 leave ur comment here:

Syauqah Mujahidah said...

[senyum]
Aduh..terharunya ana bc entry anti nih..terusik hati ana. Smpai tarikh perkenalan kita pun anti ingt.Anti mmg pndai nak mengambil hati ana ya =p.

W/bagaimanapun,pujian anti terlalu tinggi buat ana. Ana ambil setiap kata2 yg anti tulis utk ana ini sbgai satu mtvasi buat ana dan juga doa buat ana. Smga ana bisa memperbaiki diri ini lagi dan menjadi lebih baik lagi.

Ana nk mhn maaf pd anti andai sepnjg jalinan ukhuwah ini , ada hak2 anti sbgai sahabat ana , ana abaikan. Sungguh,kdgkala ana khilaf juga.

Intihanya , ana suka bershbt dengan anti.Anti mmg shbt dunia dan akhirt ana.

P/s>ada part 2 ker..? ehekss

♥Niesa' imana♥ said...

erm, ana pandai amek hati anti je..org lain tak..hehe..cakap cermin diri,kan..?? sure la boleh, insyaALLAH...=P
anti pun ape kurangnye..^_^

laa,tak perlu mintak maaf..anti takde buat salah ape2 pun..biasa la tu dik..lumrah kehidupan..=)

u know what,ukhti syg..
Saat anti menyepikan diri dari ana, ana hanya mampu memujuk hati.

Jauh anti dari ana adalah kerana Allah.
Sepi anti dari ana adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyap anti adalah kerana jadual anti yang padat sebagai pejuang agama Allah..
Diam anti adalah kerana diri anti dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah...