- FADHILAT SYAABAN -



In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



SETIAP bulan Islam mempunyai kelebihan seperti Syaaban yang penuh keberkatan dan kebaikan. Syaaban datang selepas Rejab sering dikaitkan sebagai bulan persediaan sementara menanti ketibaan Ramadan.

Umat Islam sentiasa menantikan ketibaan ketiga-tiga bulan yang mempunyai keistimewaan terutama hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredaan Tuhannya dengan melakukan amal salih.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah)
dan Ramadan bulan umatku.”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Keghairahan umat Islam melaksanakan ibadat puasa sama ada sunat atau ganti pada Syaaban sering dikaitkan dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada Syaaban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah:

“Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan pada Syaaban (selain bulan Ramadan); sesungguhnya Baginda SAW berpuasa sebulan penuh.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semakin hampir dengan Ramadan, semakin besar ujian dihadapi kerana bagi yang menyedari nikmat melaksanakan puasa sunat, kehadiran Syaaban dimanfaatkan sebagai bulan mempersiapkan diri untuk berpuasa selama sebulan.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan Syaaban bulan berpesta makanan kerana memikirkan saat lapar dan dahaga yang bakal ditempuh sepanjang Ramadan apabila semua umat Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam ketiga.

Usman Zaid menceritakan:

“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada bulan lain seperti pada bulan (Syaaban) ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara Rejab dan Ramadan. Baginda menjawab: Ini adalah bulan segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya amat suka kiranya
amalan diangkat ketika berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Untuk mendapatkan keredaan Allah, sewajarnya kita memperbanyakkan amalan seperti puasa bersedekah dan melakukan kebajikan digalakkan pada Syaaban supaya amal ibadat diterima Allah.

Walaupun umat Islam perlu meningkatkan keimanan kepada Allah setiap saat denyut nadinya, namun tidak dapat dielakkan, sebagai manusia yang lemah, sentiasa memerlukan suntikan semangat terutama dalam melakukan kebaikan.

Apabila ada panduan yang menaikkan semangat seperti amalan puasa Rasulullah SAW pada Rejab dan Syaaban, contoh murni itu menarik perhatian dengan niat mencari kesempurnaan iman.

Saidatina Aisyah turut menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Selain amalan puasa, umat Islam digalak memperbanyakkan amalan malam seperti solat sunat kerana diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz memberitahu wakilnya di Basrah:

“Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya seluas-luasnya iaitu malam pertama Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan Aidiladha.”



Selain amalan untuk diri sendiri, umat Islam sentiasa diingatkan memohon keampunan serta rahmat bagi ahli keluarga, saudara atau sahabat handai yang sudah meninggal dunia kerana kebaikan itu juga menyedarkan kita hakikat hidup di dunia hanya sementara.

Justeru, sementara ada masa dianugerahkan Allah, gunakan sebaiknya dan sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama supaya tidak ketinggalan mencapai rahmat Allah yang ada kalanya datang sekali saja.

wallahu a'lam..

6 leave ur comment here:

Unknown said...

salam sayang yani...=)

MasyaAllah,luasnya rahmat dan nikmat Allah kan?

harap yani sihat2...=)

♥Niesa' imana♥ said...

salam sayang kembali,kak fatini..=)
alhamdulillah..ana baik2 aje,kak..
ana harap, akak lebih sihat dari ana..insyaALLAH..
rindu akak sgt9...^_^

aiwah,kak..rahmat ALLAH sangat luas..dan DIA pasti akan ampunkan semua dosa hamba2-NYA..jadi tak patut seorang hamba untuk berputus asa dari rahmat Allah yg merupakan maghfirah (ampunan) dari-Nya, even dia rasa da banyak buat dosa..wallahu a'lam..

Azila said...

salam..terima ksh ukhti for the sharing...

Unknown said...

salam ukhti niesa a.k.a kak yani...
alhamdulillah...hehehehe...seronoknya bulan syaaban telah tiba kerana saya lahir pada bulan ini iaitu 14 Syaaban 1409H. Esoknya pula nifsu syaaban d mana ganjarannya hanya Allah sahaja yg tahu. Marilah kita sama2 memperbanyakkan berpuasa pada bulan yg mulia ini. Semoga rahmat Allah mengiringi kita ke sana. Amin.

محمد حذوان بن حميدان said...

entry yg mntap.. (^_^)

sdkt perkongsian, hadith berkenaan fadhilat berpuasa khussnya pd bulan Rejab byk bermartabat maudu'(palsu) dan ada yang dhaif,moga kita berhati2 dlm mngambil,mnympaikan dan mngmlkn ssuatu hadith dlm khidupan..

♥Niesa' imana♥ said...

to ukhti azila:
salam...=)
syukran a'la ziarah..
sama2 kita berkongsi ilmu yg bermanfaat ye,ukhti..sebagaimana satu hadith yg mahsyur,yg b'maksud "Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu ; sedekah jariah, doa anak yg soleh dan ilmu yang bermanfaat
- riwayat Muslim~

Jadi, ilmu yang bermanfaat itu memberikan kita kelebihan krn ianya berterusan even kita da takde. Mudah-mudahan, dgn usaha kita yg sikit ni membolehkan kita dapat manfaat yg tak terhingga di akhirat kelak...insyaALLAH..^_^


to ukhti raudhah:
Salam alaik ya habibaty..=)
Yeke??best nye..hehe..
Ala kulli, Sanah helwa ya ukhti...semoga dengan pertambahan umo anti..semakin meningkatlah keimanan, kematangan dan amalan soleh..insyaALLAH..ameen.~

Moga ALLAH kurniakan kejayaan kepada anti dunya wal akhirah..ALLAH yubariku fiki..
Aiwah,dik..Jom kita fastabiqul khairat…^_~


to akhi hazwan:
syukran a'la ziarah n drop some comment..

aiwah,akhi..ana setuju 99.999%...
skrg ni byk sgt hadith2 maudhu' + israeliat..Penyebaran hadith maudhu' sebetulnya bg kesan yg cukup besar terhadap aqidah umat Islam dan bukan tu saja, ia juga melibatkan implikasi t'hadap akhlak, ibadah, dan agama itu sndiri..wallahu a'lam..

jazakallah khairan katheera atas peringatan yg diberikan..ana sangat9 menghargainya..~

p/s: erm, enta ni student IPGM kat batu rakit, tgnu ker??