- HADITH 40 IMAM NAWAWI (19) -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-19,


عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan. Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta. dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.

2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
dalil bantuan/Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).

3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.
bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.

4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar :
- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).

5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .

6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).

7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).

8) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .


Pengajaran hadis:

Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan
tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup. Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua. Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya. Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.

wallahu'alam..

- EXAM MODE -




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

اسلام عليـكم ورحمت الله وبر كا ته

kef halukum jami'a??
Apa khabar IMAN kalian???
Apa khabar AMAL kalian???
Semoga iman dan amal kita seiring dengan peningkatan usia kita sehari ke sehari..ameen..




Kini tiba la musim imtihan..Bagi golongan yang tekun mengulangkaji, pastinya melakar jadual yang terbaru. Jika dahulunya diisi dengan senda-gurau dan gelak-tawa, namun kini tidak lagi terukir pada jadual mahupun perbuatan. Bilik yang selalunya dibuka luas terbentang, kini ditutup seperti tidak berpenghuni...(erm...mungkin..tapi rumah ana selalu je buat "rumah terbuka"..x kira siang atau malam..ada saja tetamu yang datang..hehe..). Kebiasaannya, inilah situasi yang selalu kelihatan menjelang fatrah imtihan terutamanya bagi mereka yang inginkan kejayaan. Mereka percaya, imtihan merupakan hari penentuan sama ada mereka dimuliakan mahupun dihina, cerahnya masa depan mahupun sebaliknya, memperoleh kesenangan mahupun kepayahan. Kegembiraan akan terukir di atas kejayaan, manakala kesedihan akan tergambar di atas kegagalan. Begitulah natijah imtihan. Dari kerana itulah mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi kejayaan..

Esok bersamaan 17 Jamadil Awal 1431 merupakan hari penentuan di "Medan Jihad Ilmu". Mohon doakan ana dan sahabat2 lain untuk imtihan yang bakal menjelma beberapa jam dari sekarang ni,ya..=D Berderet-deret paper ana kali ni..no gap..huhu..

here's my final exam schedule:

2nd mei : Developmental Psychology (basic of biological psychology)
"plus" Advanced English I

3rd mei : Bahasa Kebangsaan A

4th mei : Counseling Philosophy

5th mei : Lughotul 'Arabiyyah

6th mei : Introduction to Psychology



i hope that i will pass all this paper with flying colours....insyaALLAH..and do pray for me,k...=)
to my all "saudara seaqidah" yang sedang dan akan menghadapi imtihan, ma'a taufiq wan najah fil imtihan..doa ana akan selalu mengiringi perjuangan kalian, insyaALLAH...yang penting, berusahalah tanpa henti, beriltizam dengan iltizam yang tinggi..work hard in a smart way, be a winner fi dunya wal akhirah..berusahalah selagi kita mampu, man jadda wajada, man zara'a hasoda..kejayaan tidak datang bergolek. Hanya dengan berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal bakal memperoleh kejayaan dunia dan akhirat..insyaALLAH..


ingat...!!!!
never...never..never give up, ok...!!!!!!!!

and one more thing...................
*terutamanya buat kaki study*


Jangan lupa tanggungjawab sebagai hamba ALLAH kerana segala keputusan terletak di tanganNYA...
Perjuangan kalian haruslah di atas landasan yang lurus..
Islam sebagai AD-DEEN..
jangan letakkan diri tu sebagai Islam bila time nak exam semata-mata..
jangan letakkan diri tu sebagai Islam bila kalian nak solat sahaja..
jangan letakkan diri tu sebagai Islam bila kalian nak puasa sahaja..
ISLAM sebagai Ad-Deen..
that mean you choose Islam as the whole way of your life
..
semoga ALLAH tunjukkan jalan yang benar pada kita semua..HIDAYAH daripada DIA untuk jadi yang lebih baik dan terbaik..insyaALLAH...sama2 la kita berjuang menempuh jalan ini..
walaupun haluan kita dan laluan kita berbeza..tapi...
destinasi kita tetap sama...

"because we are in the same journey..searching for mardhatillah"
insyaALLAH..sama2 kita berusaha ke arah itu...=)

semoga sentiasa dibuka fikiran, diterangkan pandangan, ditenangkan jiwa dan dilapangkan dada oleh ALLAH swt. Walau sebanyak mana pun usaha kita, walau setinggi gunung pun keringat dicurah, namun semuanya kembali kepada "Yang Maha Satu"...

pencapaian kejayaan didunia yang akan topup credit untuk memudahkan jalan di akhirat kelak..semoga setiap usaha yang dilakukan berada di bawah redha & rahmatNYA..insyaALLAH..


*****************




ya ALLAH,

dengan kebesaranMU yang di bawa bersama kalimah Basmallah...
kami memohon kejayaan yang hakiki...yakni kejayaan dari sisiMU...
Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini..
malah, telah KAU tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami..
sekiranya kejayaan dalam imtihan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami...
janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMU..
sekiranya kegagalan dalam imtihan kali ini merupakan satu ujian untuk kami..
maka KAU teguhkanlah hati kami...
moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMU..kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau..

ya ALLAH,

telah kamu berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain..
ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami..
moga KAU maafkan kealpaan kami..
telah juga kami berdoa..dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar...dan akhirnya kami bertawakal kepadaMU...moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami..
Sesungguhnya telah KAU bentangkan dua jalan untuk kami..dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah..maka KAU tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus...jalan yang membawa kebaikan kepada kami..kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki..tidak hanya dunia yang sementara..tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama..

ya ALLAH,

KAU tidak pernah menzalimi hambaMU walau seberat zarah sekalipun...
dan tidak pernah KAU bebankan hambaMU dengan bebanan yang tidak dapat hambaMU pikul..
maka dengan itu, KAU tunjukkanlah kami...KAU bimbinglah kami...KAU terangilah kami..jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMU..jadikan kejayaan dalam imtihan kali ini sebagai satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMU...dan janganlah KAU lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan..Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMU...tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMU...dan di atas ketaatan kepadaMU..dan di atas jihad pada jalanMU..

ameen ya Rabbal 'alamin....


*Du'a from akhi faisal..barakallahu feek..

*****************

SELAMAT BERJIHAD DI MEDAN IMTIHAN..
Fasbir sabran jameela (bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran)
semoga dimakbulkan ALLAH jua segala doa, harapan dan impian kita semua..
dan dipermudahkan segala urusan kita pada hari esok..ameen..=)


- HADITH 40 IMAM NAWAWI (20)-




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-20,

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu,
maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).

2) Makna suruhan dalam hadis :
Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).

3) Malu terbahagi dua :
yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).

4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil.

Pengajaran hadis:

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (21)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-21,

ن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau dihujung lidah semata-mata.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (22)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-22,


عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله e
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته،
ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله.


Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

2) Menunaikan Solat Fardhu :
- wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) - kalau mereka tahu
fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

3) Wajib puasa Ramadhan

4) Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.

5) Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur.

Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:

Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
i) Larangan (nahyu) - misal (Hujuraat : 12 )
ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) - (Aali ‘Imran : 77 ).
iii) Lafaz tahrim - An-Nisaa’ : 23 ) .
Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat - sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala
tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan
mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan
sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.

(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (23)-




In The Name of
ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-23,

عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Pokok Perbincangan Hadis :

1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)

a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).
Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil.

2. Galakkan mengingati Allah ;

Pengajaran hadis:

(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.

(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.

(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (24)-




In The Name of
ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-24,

ن أبي ذر الغفاري t عن النبي e فيما یرویه عن ربه عز وجل أنه قال: یا عبادي! إني
حرمت الظلم على نفسي، وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، یا عبادي! آلكم ضال إلا من
هدیته فاستهدوني أهدآم، یا عبادي! آلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، ی ا
عبادي! آلكم عار إلا من آسوته فاستكسوني أآسكم، یا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل
والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، یا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري
فتضروني ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم آانو ا
على أتقى قلب رجل واحد منكم، ما زاد ذلك في ملكي شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخرآم وإنسكم وجنكم آانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي
شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني
فأعطيت آل واحد مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا آما ینقص المخيط إذا أدخل البحر، ی ا
عبادي! إنما هي أعمالكم أحصيها لكم، ثم أوفيكم إیاها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن
وجد غير ذلك فلا یلومن إلا نفسه )) رواه مسلم.


Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.

Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.

Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran antaranya:

(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang
digariskan oleh Allah SWT.

(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT. Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului murkaNya.

(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.

(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu
memberikanNya manfaat dan mudharat.

(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit.

(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.

(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan
menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (25)-




In The Name of
ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Hadith yang ke-25,


أبي ذر t أیضا (( أن أناسا من أصحاب رسول e قالوا للنبي e : یا رسول الله ذهب
أهل الدثور بالأجور: یصلون آما نصلي، ویصومون آما نصوم، ویتصدقون بفضول
أموالهم. قال: أو ليس قد جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وآل تكبيرة
صدقة، وآل تحميدة صدقة، وآل تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر
صدقة وفي بضع أحدآم صدقة. قالوا : یا رسول الله أیأتي أحدنا شهوته ویكون له فيه ا
أجر؟ قال: أرأیتم لو وضعها في حرام أآان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال آان له
أجر )) رواه مسلم.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):

Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pengajaran hadis:

(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.

(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.

(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap ,(لا إله إلا الله ) menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.

(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.

(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (26)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Hadith yang ke-26,


عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Pengajaran hadis:

(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.

(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.

(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (27)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-27,

عن النواس بن سمعان t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:

Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

***************

Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.


Pengajaran hadis:

(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik,
sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

wallahu'alam..