- GILA KUASA - - > HANCUR NEGARA -



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



AKIBAT keserakahan nak menjadi pemimpin, akhirnya Syairuyah mati oleh tangannya sendiri. Dia bunuh ayahnya, Kisra bin Barwaiz, Raja Parsi pada zaman Rasulullah SAW dan Kisra juga sudah menyiapkan senjata untuk membunuh anaknya yang derhaka itu dengan muslihat sebuah kotak wasiat.

Ketika membahas hadis mengenai suatu bangsa tidak akan berjaya apabila menyerahkan pemerintahannya kepada perempuan, Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari fi Sharh Sahih al-Bukhari menjelaskan latar belakang hadis berkenaan.

Menurutnya, perempuan yang dilantik menjadi Raja Parsi dalam kisah hadis ini bernama Buran binti Syairuyah bin Kisra bin Barwaiz. Pelantikannya sebagai raja kerana tidak ada orang lain yang berhak menduduki jabatan itu kerana Syairuyah membunuh ayahnya sendiri, Kisra.

Sebelum Kisra meninggal dunia, dia mengetahui bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh anaknya sendiri, Syairuyah. Kemudian dia berpesan kepada pengawalnya yang setia untuk membunuh Syairuyah dengan membuat sebuah kotak yang diberi racun. Di atas kotak berkenaan tertulis 'Kotak Perpaduan' siapa yang dapat meraih kotak itu maka dia boleh menyatukan negeri. Syairuyah membaca tulisan berkenaan, kemudian mengambil kotak itu. Akhirnya dia terkena racun yang ada pada kotak itu kemudian meninggal enam bulan selepas kematian ayahnya.

Selepas Syairuyah meninggal, tidak ada satu orang pun saudaranya yang menggantikan kedudukan raja kerana seluruh saudaranya dibunuh olehnya dek kerakusan kepada kekuasaan. Supaya kedudukan raja tidak jatuh ke tangan orang di luar keluarga kerajaan, akhirnya dilantik Buran binti Syairuyah sebagai Raja. Begitu pula saudara perempuannya Arzumidkhat dilantik menjadi seorang raja.

Keserakahan seorang pemimpin adalah satu ramuan biasa dalam satu-satu episod kekuasaan dan ia menjadi bumbu pemusnah kelazatan satu-satu hidangan. Sebaliknya, pemimpin yang amanah, bersahaja dan berwibawa menjadi penyedap hidangan.

Oleh itu, penanda aras kekeberhasilan sesuatu umat ada pada kepemimpinannya seperti yang kita fahami daripada hadis berikut yang bermaksud:

"Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan ulama mereka menangani hukum. Juga Allah SWT jadikan harta benda di tangan orang yang dermawan.Namun, jika Allah SWT menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Dia menjadikan pemimpin mereka orang yang berakhlak rendah. Dijadikan-Nya orang-orang dungu yang menangani hukum dan harta berada di tangan orang kikir. (Hadis riwayat al-Dailami).


Keserakahan menjadi pemimpin sebagai satu bentuk cita-cita sudah diingatkan oleh baginda SAW dalam hadisnya bermaksud:

"Sungguh kamu semua bercita-cita menjadi pemimpin padahal kamu semua akan menyesal pada hari kiamat, maka alangkah baiknya orang yang sedang menyusukan dan alangkah buruknya orang yang sedang menyapih (berhenti menyusu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Abu Hurairah pernah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, apakah Tuan berkenan melantik saya sebagai pemimpin? Maka baginda menegaskan dengan hadis di atas. Dengan melihat latar belakang kisah ini, nampaknya Abu Hurairah sebagai seseorang yang sudah sekian lama dekat dan menjadi pembantu Nabi, tentu saja sebagai manusia biasa, dia juga ingin meningkat status sosialnya dengan memohon dan mengajukan diri kepada Rasulullah agar baginda berkenan mengangkat dirinya menjadi seorang pemimpin. Namun, mengingat sudah sekian lama Abu Hurairah hidup bersama Nabi sudah pasti baginda tahu tentang kemampuan dan pelbagai kemungkinan seandainya Abu Hurairah diangkat menjadi pemimpin. Kerana berkenan, maka dengan nada tegas baginda menyatakan sabdanya itu.


Ada empat peranan penting seorang pemimpin:

i-menjadi contoh, figur (uswah, qudwah).
ii-pemimpin menjadi sahabat atau teman.

Maka, mereka bukan sekadar disebut teman, tetapi khadim al-ummah. Sebaik-baik pemimpin adalah yang dapat melayani. Oleh itu, orang yang mulia bukan orang yang dimuliakan, tetapi orang yang dapat memuliakan orang lain. Dan orang terhormat bukan orang yang dihormati, tetapi orang yang dapat menghormati.

iii-pemimpin yang punya peranan pendidik.

Ertinya, pemimpin harus punya visi, selangkah lebih maju. Oleh itu, pemimpin tidak boleh cacat hukum, cacat moral, tetapi juga harus mampu pandang ke depan dan berwawasan kerana dia lebih tahu daripada mereka yang dipimpin.

iv-pemimpin tentu harus menjadi pelopor atau orang yang mendahului melakukan kebaikan.


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Tabrani juga disebutkan mengenai hakikat kepemimpinan yang mana permulaan kepemimpinan akan ada saling mencela, kemudian ada penyesalan dan akhirnya seksaan pada hari kiamat. Hadisnya bermaksud:

"Jika kamu mahu, akan aku beritahu kepada kamu tentang kepemimpinan (al-imarah), apakah imarah itu? Imarah itu awalnya cela mencela, keduanya penyesalan dan ketiganya azab pada hari kiamat kecuali seseorang yang adil."


Latar belakang hadis di atas adalah satu kes yang berlaku pada seorang sahabat Nabi bernama Miqdad. Beliau bercerita bahawa Rasulullah melantiknya menjadi seorang pemimpin untuk melaksanakan satu tugasan. Setelah selesai dan kembali kepada Rasulullah, baginda bertanya kepada Miqdad, bagaimana menurutnya tentang kepemimpinan? Miqdad menjawab dia tidak mengira bahawa semua bawahannya menjadi budak. Kemudian dia bersumpah tidak mahu lagi diangkat menjadi pemimpin untuk selamanya. Maka disabdakanlah hadis di atas.

Pengecualian yang Nabi sampaikan pada penghujung hadis yang berbunyi 'kecuali pemimpin yang adil,' nampaknya menjadi sesuatu yang cukup menarik untuk dibincangkan. Sebab apabila pemimpin itu dapat berlaku adil, maka beberapa kemungkinan buruk yang disenaraikan di dalamnya tidak akan terjadi. Bahkan pemimpin yang adil nanti pada hari kiamat termasuk dari tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah pada saat tidak ada perlindungan sedikitpun kecuali perlindungan Allah SWT.

Contoh keadilan Umar bin Khatab kekal direkodkan sejarah. Pada suatu malam beliau tidak dapat tidur semalaman kerana dilaporkan ada unta yang tergelincir di Iraq. Maka, Umar pun menangis dan mengaku berdosa kepada Tuhannya. "Ya Allah, saya menjadi pemimpin, tapi tak boleh membuat jalan yang elok sehingga ada unta yang tergelincir."

Keadilan seorang pemimpin adalah satu berkat yang boleh mensejahterakan orang bawahannya. Dan ia sebagai natijah dari penyerahan kepemimpinan kepada orang yang layak menjadi pemimpin. Seperti sabda baginda dalam nilai norma sejagatnya maksudnya:

"Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran." (Hadis riwayat Bukhari)

Mafhum mukhalafah daripada hadis ini adalah apabila suatu urusan diserahkan kepada ahlinya maka nikmatilah kedamaian dan ketenteraman.

Jika kalangan pemimpin pada zahirnya beranggapan bahawa mereka mesti dilayan oleh orang bawahannya maka angapan ini mesti diulangkaji semula hakikatnya kerana ada sabda Nabi yang bermaksud:

"Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka."(Hadis riwayat Abu Na'im)


Wallahu a'lam.

- KHALIFAH AL-MU'TASHIM BILLAH -



In
The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Ana pernah terbaca satu cerita..Kejadiannya sangat sederhana dan remeh tetapi hasilnya di luar jangkaan bahkan luar biasa. Ada seorang wanita Muslim dari Bani Hashim yang sedang berbelanja di sebuah pasar di kawasan negeri di bawah kuasa kerajaan Romawi di utara benua Asia, kota Ammuriah, kawasan Turki hari ini. Ketika dia sedang berjalan, seorang lelaki berbangsa Romawi mengganggunya dengan hanya menyentuh hujung jilbab atau tudungnya sehingga dia secara spontan berteriak,


"Wa Mu'tashamah". !!!!!
(Tolonglah aku wahai Mu'tashim)


Selepas berita ini sampai ke telinga Khalifah Al-Mu'tashim Billah daripada Khalifah Abbasiyyah, puluhan ribu tentera dikejarkan ke Baghdad untuk menolong wanita berkenaan sekali gus membebaskan kota berkenaan daripada jajahan Barat.

Dikisahkan dalam buku rujukan sejarah Islam termasuk kitab al-Kamil fi al-Tarikh karangan Ibn Al-Athir jilid 3 muka surat 197 perihal kejadian pada tahun 223 Hijrah dalam tajuk Penaklukan Kota Ammuriah. Ketika mendengar berita itu, Khalifah Mu'tashim sedang memegang gelas mahu minum kemudian dibatalkan niatnya itu dan berseru kepada panglima tenteranya untuk bersiap-siap menuju Ammuriah tempat wanita berteriak meminta pertolongannya.

Ribuan tentera Muslim bergerak pada April 838 Masihi dari Baghdad menuju Ammuriyah dan selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera Khalifah dan tentera Romawi yang membawa kepada pengepungan kota oleh tentera Islam selama lima bulan sehingga akhirnya kota itu jatuh kembali ke tangan tentera Islam pada 13 Ogos 838M.


Seorang wanita Muslim yang lemah berteriak kerana diganggu oleh lelaki penjajah orang Romawi yang bukan Islam. Dalam teriaknya dia meminta pertolongan khalifah yang sedang berkuasa pada masa itu iaitu Khalifah al-Mu'tashim Billah yang memerintah Kerajaan Abbasiyah selepas abangnya, Khalifah al-Ma'mun meninggal dunia pada 10 Ogos 833 hingga 5 Januari 842M.

Khalifah tersentuh hati dan terbakar ghairah keIslamannya sehingga dia membuat keputusan untuk melancarkan serangan dan mencetuskan peperangan walaupun dia di dalam negerinya sedang menghadapi dugaan yang berat untuk menumpas kelompok penganut ajaran sesat yang bermaharajalela di kawasan Azeirbaijan di bawah pimpinan Babak al-Kharmi yang berpendapat adanya inkarnasi dan menghalalkan amalan seks bebas.

Mu'tashim Billah termasuk antara khalifah yang meninggalkan kenangan indah pada masa kepemimpinannya. Beliau menggantikan kekhalifahan daripada kedua-dua abangnya Al-Amin dan Al-Ma'mun yang digelar dengan khalifah yang cendekiawan.

Walaupun berbeza dengan kedua-dua abangnya dari segi kepintaran tetapi Al-Mu'tashim membuktikan keperkasaan jasmaninya. Diberitakan bahawa Al-Mu'tashim termasuk orang yang tidak pandai membaca dan menulis tetapi dia menundukkan banyak singa dan mengangkut seribu liter air. Bagaimanapun, kehidupan ilmiah dan sastera pada zamannya tidak jauh berbeza daripada zaman sebelumnya.

Kejadian sama banyak berlaku pada hari ini, bahkan ia lebih parah lagi. Kita dengar umat Islam diganggu, dihina, dicedera, dihalau, dijadikan suspek, dianggap penjenayah, dianggap pengganas bahkan dibunuh seorang-seorang mahupun beramai-ramai tetapi tiada sesiapa tersentuh hatinya dan tercabar ghairah keIslamannya.

Umat Islam ingin melaksanakan ajarannya secara kaffah atau menyeluruh di negeri asing tetapi disulitkan, bahkan dilarang walaupun mereka mendakwa bahawa negara mereka demokrasi di mana kebebasan beragama adalah dilindungi oleh negara. Mereka melarang tudung digunakan oleh wanita Muslim, bagaimanapun umat Islam diam. Mereka melarang azan dikumandangkan, umat Islam tidak bergerak. Mereka melarang restoran hanya menyediakan makanan halal, umat Islam pun tidak berganjak.

Dengan satu kenyataan pada hari ini yang mana umat manusia sedang dijajah oleh satu kelompok berpengaruh dunia yang memiliki kekuatan dan kekuasaan yang luar biasa dan selubung seperti selubungnya iblis daripada pandangan manusia, maka diperlukan satu kelompok lagi yang boleh menangkis balik dakyah mereka dan membawa kembali umat manusia ke jalan yang benar seperti misi kalangan nabi dan rasul terdahulu.

Nabi dan rasul sudah meninggal dunia tetapi musuh mereka, iblis, masih hidup dan sedang dipuja dan disembah oleh kelompok berpengaruh dunia berkenaan.

Menurut Syed Qutb,

sebuah masyarakat yang dalamnya manusia berkumpul dan berorganisasi berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan kemahuan fitrah kemanusiaan,
--> masyarakat yang bertamadun.

Sebuah masyarakat yang di dalamnya manusia berkumpul berdasarkan sesuatu di luar kemerdekaan dan kebebasan fitrah kemanusiaan, maka masyarakat itu adalah sebuah masyarakat yang songsang atau mengikut istilah Islam,
--> masyarakat Jahiliyah.

Sesungguhnya masyarakat Islam sajalah sebuah masyarakat yang anggotanya berkumpul berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan. Ia juga sebuah masyarakat yang menganggap akidah sebagai rupa bangsa yang mengumpulkan orang berkulit putih, hitam, merah dan kuning, mengumpulkan orang Arab, Romawi, Parsi, kulit hitam dan seluruh bangsa manusia di muka bumi ini menjadi satu umat yang bertuhankan Allah, yang memuja dan menyembah-Nya saja. Orang yang paling mulia dan dihormati di dalam masyarakat itu ialah orang yang paling bertakwa dan yang selainnya setaraf saja dalam menjunjung hukum dan perintah Allah SWT.

Apabila nilai kemanusiaan atau moral kemanusiaan yang menjadi asas hidup umat manusia, berkuasa di dalam sebuah masyarakat, nescaya masyarakat itu akan menjadi sebuah masyarakat, yang bertamadun, dan nilai moral kemanusiaan itu bukanlah suatu perkara yang sukar, tidak pula menjadi satu perkara yang berubah dan tidak mantap serta tidak punya asas, seperti yang dituduh oleh tafsiran ala benda atas sejarah atau seperti yang dituduh oleh para penganut sosialisme saintifik.

Sesungguhnya nilai yang dimaksudkan itu ialah nilai yang menggalakkan pertumbuhan ciri-ciri yang menjadi milik manusia saja dan tidak dimiliki oleh haiwan, nilai yang menonjolkan sudut yang membezakan manusia dengan haiwan, bukanlah nilai yang menggalakkan pertumbuhan ciri dan sudut yang menyamakan manusia itu dengan haiwan.

Sejarah Islam membuktikan bahawa pemimpinlah yang berjaya membuat umat mencapai kemuncak kedudukannya. Pemimpin itu dalam istilah politik Islam disebut khalifah dan adakah seorang khalifah yang berjiwa al-Mu'tashim pada hari ini?

Wallahu a'lam.

- UWAIS AL-QARNI -



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)




.::Pemuda miskin Yaman disebut Nabi sebagai penghuni langit kerana taatkan Allah, Ibu::.


UWAIS al-Qarni hidup pada zaman Rasulullah. Merupakan seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya melekat di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Quran, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Beliau seorang pemuda miskin yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah tua, lumpuh dan buta. Uwais tinggal dengan ibunya kerana beliau tidak mempunyai ahli keluarga lain.

Kerjanya mengambil upah mengembala qibas dan unta. Upah diterimanya cukup untuk nafkah beliau bersama ibunya. Apabila ada rezeki lebih, digunakan untuk membantu jiran yang serba kekurangan. Beliau terkenal seorang anak yang taat kepada ibunya dan Allah. Beliau selalu berpuasa dan pada malam hari bermunajat kepada Allah memohon petunjuk. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW, yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, dia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai jirannya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.Hatinya sedih setiap kali jirannya pulang dari Madinah menceritakan pertemuan dengan Nabi Muhammad kerana beliau sendiri belum berpeluang berjumpa Baginda.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mengalami kecederaan dan giginya patah akibat daripada terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya diketahui oleh Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun dia belum pernah melihat baginda.Hari berganti hari kerinduan Uwais untuk berjumpa Nabi Muhamad semakin mendalam. Hatinya selalu bertanya bila beliau dapat bertemu Baginda untuk memandang wajahnya dari dekat. Beliau rindu mendengar suara Nabi dan kerinduannya kerana iman sedangkan beliau mempunyai seorang ibu yang tua, buta dan lumpuh. Bagaimana harus meninggalkannya untuk menemui Nabi.

Akhirnya kerinduan selama itu dipendamkan. Suatu hari Uwais mendekati ibunya dan meluahkan isi hati untuk memohon izin menemui Nabi di Madinah. Mendengar permohonan anaknya itu, ibunya berkata:

“Pergilah wahai Uwais, anakku, temuilah Nabi di rumahnya,
selepas berjumpa segeralah engkau pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais mendengar ucapan ibunya. Beliau segera berkemas dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibu yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya selama beliau ke Madinah.

Selepas merentasi perjalanan jauh, akhirnya Uwais sampai di Madinah. Beliau segera mencari rumah Nabi lalu diketuk pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang seraya membalas salamnya.

Uwais menanyakan Nabi yang ingin ditemui tetapi Nabi tidak berada di rumahnya kerana sedang berada di medan perang. Uwais hanya dapat bertemu Siti Aisyah. Betapa kecewanya hati Uwais datang dari jauh tetapi tidak dapat menemui Nabi.
Uwais ingin menunggu kepulangan Nabi dari medan perang tetapi telinganya masih terngiang pesan ibunya yang sudah tua dan sakit supaya segera pulang ke Yaman. Dia melupakan keinginan hatinya dan berjumpa Siti Aisyah sambil berpesan menitipkan salam kepada Nabi Muhammad.

Selepas itu, beliau segera berangkat ke Yaman dengan perasaan amat terharu. Peperangan selesai, Nabi Muhammad kembali ke Madinah. Setibanya di rumah, Nabi menanyakan Siti Aisyah mengenai orang yang mencarinya.

Seterusnya Nabi mengatakan bahawa Uwais anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit.


Mendengar perkataan Nabi, Siti Aisyah dan sahabat terpegun. Menurut keterangan Siti Aisyah, memang benar Uwais mencari Nabi dan bersegera pulang ke Yaman kerana tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Nabi meneruskan keterangannya mengenai Uwais, penghuni langit kepada sahabatnya dan berkata:

“Jika kamu ingin berjumpa dengan dia,
perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah tapak tangannya.”

Setelah itu Nabi memandang kepada Ali dan Umar seraya berkata:

“Suatu ketika apabila kamu bertemu dengan dia,
mohonlah doa dan istighfarnya,
dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”


Selepas Nabi Muhammad wafat dan diganti Abu Bakar, kemudian Umar. Suatu ketika Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi mengenai Uwais. Beliau segera mengingatkan juga kepada sahabatnya Ali bin Abi Talib.

Rombongan khafilah dari Yaman datang ke Madinah. Umar dan Ali selalu menanyakan Uwais. Rombongan itu memberitahu Uwais ada bersama mereka dan sedang menjaga unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, Khalifah Umar dan Ali segera bertemu Uwais.

Setibanya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Ali memberi salam. Tetapi Uwais sedang solat, selepas mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais menjawab salam Khalifah Umar dan Ali sambil mendekati kedua-dua sahabat Nabi itu dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di tapak tangan Uwais, seperti pernah dikatakan Nabi. Memang benar, nampaklah tanda putih di tapak tangan Uwais.

Wajah Uwais nampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi dia adalah penghuni langit. Khalifah Umar dan Ali menanyakan namanya dan dijawab:

“Abdullah.”

Mendengar jawapan Uwais, mereka tertawa dan mengatakan:

“Kami juga Abdullah iaitu hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”

Uwais kemudian berkata:

“Nama saya Uwais al-Qarni.”

Khalifah Umar dan Ali memohon doa dan istghfar daripada Uwais dan selepas itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan wang dari Baitulmal kepada Uwais tetapi Uwais berkata:

“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang.
Untuk hari seterusnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”


Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tidak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan pernah dibantu oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak memukul kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang lelaki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !”

tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

" Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata:

“Apa yang terjadi ?”

“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ditiup angin dan dipukul ombak ?”tanya kami.

“Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! “katanya.

“Kami telah melakukannya.”

“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!”

Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,

”Tak mengapalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”.

“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami.

“Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”

“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.

”Ya,”jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar yang mengatakan Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian pula ketika
orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya.

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian ramainya orang yang tidak dikenali hadir untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya :

“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala qibas dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya."

Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit..

wallahu a'lam..

- MAKSIAT MENGUNDANG BALA -




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Lelaki patut mengelak daripada memandang wajah wanita dan memelihara kemaluan


TIADA siapa yang menyangkal bahawa gejala pembuangan bayi berpunca daripada perbuatan zina. Akibat gagal mengawal nafsu, manusia mudah terjebak dalam perbuatan yang menjijikkan ini. Hasilnya seperti dipaparkan media baru-baru ini mengenai kes pembuangan bayi. Terbaru, kes bayi ditanam di tepi sungai di sebuah daerah di Melaka yang mana menurut pakar perubatan, bayi berkenaan masih hidup ketika ‘dikebumikan’.

Pelbagai punca dilihat menjadi penyumbang kepada perbuatan zina. Dari pergaulan bebas, tiada asas agama yang kukuh, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai anak-anak remaja mereka hinggalah kepada meniru budaya hidup masyarakat Barat yang bersekedudukan tanpa ikatan.

Jika dilihat dari kaca mata al-Quran dan Sunnah, zina bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang lelaki berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan, seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Syaitan pula memainkan peranan siang dan malam menanti peluang menghanyutkan anak Adam ke lembah dosa.

Islam menyediakan garis panduan untuk umat manusia menyelamatkan diri daripada terjerumus ke kancah perzinaan. Dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan kaum lelaki menundukkan pandangan mereka daripada melihat perkara yang haram. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)

Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki supaya merendahkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan. Diikuti pula suruhan supaya memelihara kemaluan daripada melakukan perbuatan yang terkutuk iaitu zina. Oleh kerana itulah setiap ayat al-Quran yang memerintahkan lelaki memelihara kemaluan bertujuan menyuruh mereka menjauhi zina.



Beberapa panduan nabawi juga ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk kaum lelaki. Dalam sebuah hadis, daripada Jabir bin Abdillah berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hukum melihat wanita ajnabi (bukan mahram), lalu baginda mengarahkanku mengalihkan pandangan.”
(hadis riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi menyebut tidak menjadi kesalahan bagi lelaki Muslim melihat wajah wanita jika tidak disengajakan tetapi pandangan kali kedua dan seterusnya tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan yang dibenarkan seperti meminang wanita, menjadi saksi perbicaraan dan urusan jual beli.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW berpesan kepada Ali:

“Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain. Sesungguhnya untukmu pandangan yang pertama dan bukan untukmu pandangan kali kedua.”
(hadis riwayat Abu Daud, dinilai Hasan oleh Albani)

Berdasarkan hadis ini, baginda SAW menyebut pandangan seorang lelaki terhadap wanita pada kali pertama adalah bahagiannya yang Allah takdirkan tetapi larangan dari baginda SAW menyusul selepas itu jika dia sengaja melihat wanita itu semula. Pandangan kedua berlaku dengan pilihan yang disertai oleh nafsu manakala yang pertama itu tiada dosa padanya kerana tidak disengajakan.

Al-Azim Abadi menukil kata-kata al-Qadi ’Iyad ayat ke-30 surah al-Nur menjadi hujah bahawa:

“Tidak wajib seorang wanita Muslimah menutup mukanya kerana perbuatan itu adalah sunnah.”

Tetapi mesej utama ayat itu ialah kewajipan untuk kaum lelaki menundukkan pandangan daripada melihat muka wanita dengan sengaja apatah lagi memandang aurat mereka. Sekalipun melihat wajah wanita berulang kali dikategorikan sebagai dosa kecil tetapi kesannya amat besar di sisi Allah SWT.

Kenyataan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian anak Adam untuk terjadinya zina, tiada siapa yang dapat mengelak daripadanya. Zina kedua-dua mata ialah penglihatan dan zina lidah ialah kata-kata dan hati berkehendak dan ingin merasai (zina). Maka kemaluanlah yang menjayakannya atau mengelak daripadanya”. (hadis riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh Albani)

Zina mata terjadi dengan melihat apa yang Allah haramkan, zina lidah pula berlaku dengan mengeluarkan kata-kata yang haram dan zina hati terjadi apabila timbul keinginan untuk melakukan zina yang sebenar. Pembahagian zina ini disebut oleh Rasulullah SAW kerana ia adalah mukadimah kepada zina hakiki. Maka penentuannya diukur oleh kemaluan. Jika nafsu menguasai diri, berlakulah zina, tetapi jika nafsu berjaya dijinakkan, zina dapat dielakkan.

Kehidupan hari ini menuntut kaum lelaki untuk bergerak ke sana ke mari mencari rezeki. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh mereka. Ke mana saja tempat dituju, pasti mereka terdedah kepada wanita dan aurat mereka. Justeru, menundukkan pandangan adalah jalan keluar untuk mengelak daripada mukadimah zina seterusnya zina yang nyata. Tidak dinafikan kadangkala pandangan yang dipelihara terlepas lalu mata terlihat apa yang dilarang, tetapi Allah SWT maha mengetahui kelemahan hamba-Nya. Lantaran itu Islam menyediakan ruang untuk insan mencuci ‘dosa kering’ itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana kamu berada dan gantilah sesuatu dosa itu dengan pahala, nescaya ia (pahala) akan menghapuskannya (dosa) dan berakhlaklah terhadap manusia dengan akhlak yang mulia.” (hadis riwayat Tirmizi)




wallahu'alam..

- TANDA KESEMPURNAAN IMAN -





In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad)

Harta benda atau wang ringgit kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.
Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan hak seperti berzakat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.

Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa juga yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.” – (Surah al-Israk, ayat 30)

Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim menjalani kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan perasaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang.

wallahu'alam..


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



*********************************



p/s: pada saat ini, Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla dalam misi bantuan kemanusiaan Lifeline4Gaza..Setakat ini dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi.. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Untuk makluman juga, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Tuan Haji Noorazman Shamsudin dari HALUAN Palestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUAN Palestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

ana juga mahu mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua supaya sama-sama kita berdoa dengan doa qunut nazilah agar ALLAH sentiasa memelihara sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. Isu Palestin adalah isu aqidah umat Islam..sama2 la kita mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di sana..




dapatkan maklumat terkini di website rasmi lifeline4gaza , twitter sahabatalaqsha dan live update from twitter..

- BURUK SANGKA = PUTUSKAN SILATURRAHIM -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



DALAM dunia yang penuh tohmah dan buruk sangka ini, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Ada segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia sehingga umat Islam sering bermusuhan sesama sendiri, sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama di mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim berasaskan takwa malah merenggangkan persaudaraan.

Sebagai penganut agama yang menganjurkan umatnya hidup rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia. Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Allah mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak.

Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik saja atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah, maksudnya:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”(Hadis riwayat Iman Al-Bukhari)

Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya turut membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah kerana tamakkan dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka. Banyak yang boleh diteladani daripada kisah sahabat Rasulullah dan sejarah sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka. Ini patut menjadi iktibar setiap umat Islam yang cintakan agama. Jika tidak kerana buruk sangka menjadi padah kepada umat Islam, mustahil Allah memperincikan betapa penting menyelidiki maklumat yang disampaikan seseorang kerana bimbang kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap orang lain.

Allah mengingatkan kita dalam al-Quran (Surah Al Hujuraat: 6) bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.”

Kerana buruk sangka, menyebabkan putus silaturahim. Sebab itu, perpaduan umat Islam akan goyah malah menjadi laba kepada musuh yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Allah. Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan dipandang sebelah mata. Perkataan dusta yang dibawa orang fasik pula dikitabkan menjadi rujukan utama.

Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat dalam hati tanpa meluahkan atau memberitahu orang lain, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya mempunyai perasaan serupa. Sebagai manusia, kita mempunyai kata hati yang lahir daripada pelbagai faktor dalaman diri sendiri yang boleh menerajui tindak tanduk kita seperti berprasangka.

Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga yang berpaksikan Adam dan Hawa.

wallahu'alam..




*credit to Nik Salida Suhaila Nik Saleh

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (15) -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-15,


بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم. عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kefahaman Hadis :

1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.

2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -diam lebih baik,
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.

3) Memuliakan Jiran :
i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka
jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.

4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.


Pengajaran hadis:


Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka. Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat-menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.


wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (16) -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Hadith yang ke-16,

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Kefahaman Hadis:

1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.

2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.

3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki
hamun, mencela, memukul dll.

4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama kaumnya.

5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.


Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (17) -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Hadith yang ke-17,


عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( إِ نَّ
الله آَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى آُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُآُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.


Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.

***************

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Pokok Perbincagan Hadis :


1) Hukum Ihsan
- wajib
- mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al-Nisa’:103).

2) Ihsan
- ((memberi manfaat kepada yang lain))
- ada yang wajib/ ada yang sunat.
- ((teliti & sungguh-sungguh ))
- dalam masalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan batin (yang paling sempurna).

3) Ihsan dalam hukuman bunuh ;
perelokkan cara tersebut - paling mudah dan paling cepat mati.
tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu.
cara terbaik untuk manusia - penggal leher.

4) Ihsan pada sembelihan :
Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
Alat yang digunakan mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).
Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wudjin.
Membaca bismillah (al-An’am: 121)
Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya - tidak pula melampau (putus kepala).


Pengajaran hadis:

lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata. Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum. Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.

wallahu'alam..

- HADITH 40 IMAM NAWAWI (18) -




In The Name of
ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Hadith yang ke-18,

عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.


Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.


***************

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.
Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan.
Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wasiat Allah yang Agong:
- untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70)

2) Taqwa
- Sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari
Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
- juga termasuk dalam taqwa
- melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.

3) Kelebihan sifat ini :
Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya. Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

4) Taqwa yang dikehendaki :
ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah.
tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).

5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17).
yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69)
hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).

6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.
cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw.
Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).


Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia. Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.


wallahu'alam..