- HADITH 40 IMAM NAWAWI (30)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-30,


ن أبي ثعلبة الخشني جرثوم بن ناشر t عن رسول الله e قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره.


Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah
bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu
menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

***************

Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis ini walaupun hadis yang mempunyai ‘illah (iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi mencacatkan nilai hadis dengan terkumpul dua syarat

(1) wujud kekelabuan dan ketersembunyian
(2) ada kecacatan.

Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if.
Lihat Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak riwayat-riwayat lain yang memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat seumpamanya daripada Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan hadis seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud
daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).


Pengajaran hadis:

(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.

(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.

(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia.Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

wallahu'alam..

10 leave ur comment here:

Diriku.. said...

Salam..Terima kasih atas perkongsian ilmu..Sesungguhnya ini ziarah yg bermanfaat..

♥Niesa' imana♥ said...

salam..
la syukran a'la wajib,ya akhi..
mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat mendekatkan diri kita kepada-NYA..insyaALLAH...
syukran juga sbb sudi ziarah n follow blog ana yang tidak seberapa nih..
sama2 la kita berkongsi ilmu..

'Aishah Jauhara said...

Salam.

Perkongsian yang bermakna.

Moga terus-menerus menyebarkan ilmu melalui alam maya ini.

Barokallahu fiik.

Jazakillahu khair. =)

Anonymous said...

terima kasih ustazah

Nadrah Yusra said...

SubhanALLAH ya ukhti.. syukran.. perkongsian yang begitu bermanfaat. ana alhamdulillah.. masih memperbaiki diri.. rindu dengan ukhti... teruskan berjuang ya ukhti tersayang :)

syauqahwardah1209 said...

salam ukhti..

sila amek award di blog ana ye..

syukran.. :)

p/s: maaf agak trgesa2..

mael said...

slm..

boleh x bagi perawi hadis ini

Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersih-bersihlah kamu biar suci dari air kencing,
kerana kebanyakan yang kena azab dalam kubur
adalah disebabkan kencingnya.

♥Niesa' imana♥ said...

to aishah jauhara:
salam..
insyaALLAH,ukhti..
sama2 la kita berjuang ye..=)
Semoga anti terus istiqamah dalam perjuangan membela agama dan menjadi mata rantai penyambung perjuangan Rasulullah saw yang tercinta..
jazakillah khairan..^_^


to centado:
sama2 ustaz...


to asiah yusro:
syukran a'la ziarah,serikandi dai'eyah..
ana pun rindukan anti..rindu sgt9..
jge diri,jge amal,jge hati dan jge iman baik2..jangan jemu untuk terus berjuang, melangkah ke gerbang da'wah Islamiah..doa ana sentiasa ada buat ukhti..insyaALLAH..


to syauqahwardah:
salam,ukhti mahbubah..
syukran jazillan utk award tu..
insyaALLAH..ada masa,ana amek n publish disini ye..semoga terus thabat dalam perjuangan da'wah Islamiah..barakallahu feek..^_^

♥Niesa' imana♥ said...

to mael:
salam..
erm..tentang hadith tu,ana telah rujuk pada ustaz ana..insyaALLAH,sekiranya ana dapat infomasi tentang perawi bagi hadith tersebut, ana akan beritahu pada akhi kemudian..

deena farhana said...

salam habibaty niesa..

trm ksh perkongsian hadis yg mantap ini...moga mndpt manfaat dan kebaikan sesiapa yg mbacanya..

oh ye, ada award utk niesa..silalah ambik ye..hrp sudi :)