- HADITH 40 IMAM NAWAWI (37)-




In The Name of ALLAH
,Most Gracious Most Merciful..
.

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Hadith yang ke-37,

عن ابن عباس رضي الله عنهما عن رسول الله e : فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال
(( إن الله آتب الحسنات والسيئات، ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها آتبها الله عنده
حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها آتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف آثيرة، وإن هم بسيئة فلم یعملها آتبها الله عنده حسنة آاملة، وإن هم بها فعمله ا
آتبها الله سيئة واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر یا أخي! وفقنا الله وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء بها، وقوله (آاملة) للتأآيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها: (( آتبها الله عنده حسنة آاملة) فأآدها بكاملة، (وإن عملها آتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة، ولم یؤآدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق.



Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT.

Allah berfirman: Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini). Lafaz ( عنده ) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Lafaz ( آاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya. وبالله التوفيق

( Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis).

***************

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.


Pengajaran hadis:

(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.

(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh
digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.

(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.

wallahu'alam...

0 leave ur comment here: