-BerBUat BaiKLaH deNGan AhLi ZiMmaH-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..


Untuk entry kali ni,ana nak kongsikan serba sedikit tentang ahli zimmah...
Bercakap tentang ahli zimmah ni,pasti ada yang tertanya-tanya..

"hmm,ahli zimmah??"

"sape ahli zimmah tu??"

"tak pernah dengar pun perkataan tu"

"ada ke golongan lain kat malaysia nih??"

yang sebenarnya,ahli zimmah tu bermaksud orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam..nak senang,kira macam orang kafir atau non-muslim..


kalau dilihat sejak bangku sekolah lagi, percaya atau tidak...kebanyakan kawan2 ana terdiri dari kalangan orang bukan Islam atau nama lainnya ahli zimmah..yela, ana sekolah harian biasa je..nak tak nak,terpaksa la bercampur dengan golongan ni..alaa,diorg pun makhluk ALLAH juga..bukannya datang dari planet lain..dan bagi ana sendiri, tak ada salahnya untuk bergaul dengan mereka..tapi yang paling penting, kenalah jaga batas-batas tertentu..

nas-nas dari al-Quran juga menunjukkan bolehnya mengadakan hubungan dengan orang-orang kafir, bergaul dan berbuat baik dengan mereka. Sebabnya?? Kerana orang-orang kafir itu adalah manusia. Setiap manusia adalah mulia.
Firman Allah Taala:

"Dan sesungguhnya telah Kami memuliakan anak-anak Adam (manusia).." (al-Isra': 70)

dan ini juga diperkuatkan dengan dilengkapi lagi Hadith ni..

al-Bukhari telah meriwayatkan dari jabir bin Abdullah, bahawa ada jenazah yang melalui di hadapan Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. berdiri menghormatinya. Kemudian ada seorang yang bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya itu jenazah orang Yahudi. Baginda bertanya: Bukankah dia manusia juga?

Disebabkan ana ni jenis yang "mesra alam", jadi mereka juga tidak terlepas daripada menjadi sebahagian mangsa buli ana di sekolah..betapa nakalnya ana nih,kan..hehe..tapi itu dulu..cerita yang dah berbelas-belas tahun..lagipun ana dah lama tinggalkan zaman sekolah..sekarang ni dah tak buli orang lagi..(yeke???huhu..)

kalau dulu, pantang je nampak ana dimana-mana..tak kira la sama ada di tangga,padang, kantin, makmal atau mana-mana saja, pasti mereka akan laung-laungkan nama ana..tapi disebabkan ana ni pemalu sikit, terpaksa la "jual mahal"..kui3..bukan apa,kalau panggil slow2 tak apa la jugak..ni bayangkan suara mereka bergema..siap ada geng skali..adoyai..susah betul jadi public figure nih...nasib baik la tak berterusan sampai hari ni..kalau tak,aisshh..tak tau la apa jadi dengan ana nih...ok..sambung semula pada perbincangan..

BOLEHKAH AHLI ZIMMAH JADI TEMAN RAPAT???


ini yang menjadi persoalannya,bolehkan kita mengambil orang bukan Islam sebagai kawan rapat???mari kita perhatikan hadith-hadith dibawah ni:_

Firman Allah Taala:

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu." (Ali Imran, ayat 28)

FirmanNYA lagi:

"Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka." (al-Maidah:51)

FirmanNYA lagi:

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.." (al-Maidah: 82)


Berdasarkan ayat di atas umat Islam sememangnya dilarang mengambil orang kafir sebagai pemimpin, teman serta menghormati mereka. Al-Quran menggunakan perkataan: Auliaa' jamak dari kata mufrad wali. Ia membawa maksud pemimpin, pengurus, sahabat karib atau pelindung.

Mengapa tidak boleh mengambil mereka sebagai wali? Kerana kelak, kita akan dibawanya ke alam dan suasana taghut, kesesatan dan kegelapan. Tegahan ini adalah untuk memelihara serta menjaga maslahat kaum muslimin dari gangguan dalam perjalanannya ke arah tujuan yang dikehendaki oleh agama. Ini akan merugikan sendiri, baik dalam urusan agama atau yang membabitkan maslahat umat.

Mengambil orang kafir sebagai wali bermakna memberi wala' kepada mereka, menumpahkan kasih sayang dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Apalagi bertembung di antara kepentingan agama atau kemaslahatan umat dengan kepentingan sahabatnya yang kafir, dia terpaksa mendahulukan kepentingan sahabatnya dari kepentingan agama dan umat. Haram hukumnya

Tidakkah kita melihat beberapa kejadian di tanah air kita di mana umat Islam dimurtadkan kerana bersahabat dengan orang-orang kafir? Akibat menumpahkan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan kepada mereka? Tidakkah kita melihat bagaimana sebahagian golongan umat Islam yang terpaksa mengenepikan syariat Ilahi kerana mahu menjaga hati teman-temannya yang kafir? Tidakkah kita melihat bagaimana terpengaruh dengan gaya hidup dan berfikir cara orang kafir kerana pergaulan mereka dengan orang-orang yang tidak beriman???dan pelbagai lagi persoalan-persoalan yang lain....


Macamana ni...??? Pening kepala... Di atas tadi kata boleh berkawan dengan orang kafir. Sekarang ni, kata tak boleh pulak? Fuuhh... Macam bertentangan sahaja, di antara nas yang ini dengan nas yang di atas.


Itu senang sahaja. Nas-nas tersebut pada zahirnya seolah-olah bertentangan, tetapi bila di dalami, ia rupanya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Itulah keagungan fiqh. Keunggulan syariah Islam. Mahasuci Allah...
Lihat dalil dan kenyataan diatas..
Teliti dan pegang dasar ini ====> Larangan bersahabat dan bergaul dengan orang kafir yang dikenakan adalah berdasarkan menjaga kemaslahatan/kepentingan agama dan kaum muslimin.

Seandainya hubungan itu dapat merugikan mereka, samada dalam urusan agama atau kepentingan umat, atau akan terjadi kepentingan orang kafir akan didahulukan dari kepentingan kaum muslimin, atau akan membantu tersebar luasnya kekafiran... Haram hukumnya. Dilarang sama sekali. Tidak boleh!

Bukan setakat itu sahaja, malahan membuat hubungan dengan orang kafir tidak kira atas dasar apa sekalipun, samada kekeluargaan, sahabat lama atau sebagainya adalah tidak dibenarkan.

Bila larangan itu bergantung kepada mara bahaya dan penjejasan soal-soal keagamaan dan maslahat umat, jadi, sebaliknya yang dapat menarik serta menjamin kemaslahatan agama, boleh saja.. Di benarkan... Halal.... tidak haram...

Contoh, bersikap baik dan menghulurkan bantuan kepada orang kafir atas tujuan mahu menariknya kepada Islam, sudah tentu baik. Ya, agar mereka tertarik dengan ketinggian akhlak kita. Akhlak dan budi kita dapat menafsirkan..Inilah Islam..!! Tapi ingat, dalam pergaulan tersebut, jangan tendang dan terajang hukum-hakam syarak. Juga ingat..!! Allah tahu niat kita. Ikhlas atau ada kepentingan lain.

Ana kira,di Malaysia ini bukan sedikit orang kafir yang memeluk agama Islam melalui perantaraan pergaulan dengan orang-orang Islam. Dan jangan lupa, ada juga orang-orang Islam yang terperosok ke lembah kehinaan kufur, juga kerana pergaulan. na'uzubillahi min zalik.

Contoh lain, seorang muallaf yang baru memeluk Islam. Keluarganya masih lagi kafir, ibubapa, abang,kakak dan adik. Tidak ada salahnya menziarahi mereka atas tujuan silaturrahim. Asal saja dasar yang diatas itu dipelihara.

Contoh lain lagi, dalam negara kita, bukankah masyarakatnya berbilang kaum (majmuk). Bagaimana seandainya kita sesama kaum yang berlainan agama tidak saling ada rasa toleransi dan hormat menghormati? Boleh huru-hara negara ini. Boleh hancur lebur. Bagaimana kalau begitu? Wooo.. Nak mengamalkan syariat tidak sempurna, kerana sebahagian dari udara keamanan dan keharmonian telah tercabut. Ekonomi jatuh tertiarap. Pendidikan umat terabai. Kejahilan tersebar luas. Kehinaan bermaharajalela. Dan macam-macam lagi yang akan terjadi. Islam tidak membenarkan samasekali kehancuran berlaku. Dari itu, atas dasar memelihara kemaslahatan agama dan umat, kita dibenarkan mempergauli orang-orang kafir dengan baik. Ingat lagi, dasar di atas itu kena jaga. Dan, Allah tahu niat kita.

Begitulah apa yang telah digariskan di dalam feqh Islami mengenai hubungan muslim- non muslim. Lihat, betapa tasamuhnya Islam.Adil dan saksama, walaupun terhadap musuh-musuhnya. Memang benarlah kata seorang pemimpin Islam kita di Malaysia, bahawa orang-orang kafir yang berada di negara majoroti Islam akan terjamin hak-hak mereka.Merekaa akan diperlakukan seadil-adilnya, walaupun negara itu hanya pemimpinnya sahaja Islam. Tapi bagaimana dengan umat Islam de negara majoroti kafir? Mereka sentiasa dizalimi, ditindas, tidak diperlakukan dengan adil dan saksama.

Namun begitu, kita sebagai umat Islam tidaklah dibenarkan membalas atau memperlakukan terhadap orang-orang kafir sebagaimana mereka memperlakukan ke atas umat Islam.

Di atas adalah, hubungan muslim-non muslim di negara Islam (majoriti). Bagaimana, dengan hubungan Muslim-non muslim di negara kafir (manoriti muslim). ana kira untuk membahaskan tajuk ini perlu kepada satu perbicaraan khusus. Ruangan ini sangat terhad...

insyaALLAH dientri yang lain, ana akan kongsikan apakah hukum menjawab salam yang diterima dari kalangan ahli zimmah..

segala kebaikan serta kelebihan datang dari ALLAH s.w.t dan segala kelemahan dan kekurangan datang dari diri ana sendiri..

wallahualam...

Rujukan
1. Al-Quran
2. Shahih al-Bukhari*.
3. Shahih Muslim*.
4. Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni*.
5. Fatawa Muashirah, vol 2 - Dr Yusof al-Qardhawi*.
6. Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam - Syeikh Athiah Shaqr.
* Menunjukkan kitab tersebut ada terjemahannya.




5 leave ur comment here:

Unknown said...

tahniah..perkongsian yg mantap~

♥Niesa' imana♥ said...

jazakallah ya akhi..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Allah yu'tikal 'afiah

menjaga tatasusila, berakhlak mulia, perlu di jaga

♥Niesa' imana♥ said...

jazakillah sis..
ye,betul tu..ana setuju..
Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama..

Unknown said...

Bukan hanya sekadar nama