-ReHLah di WeTLand-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..


setelah sekian lama ana tak update blog nih..akhirnya muncul la entry ni..bukan ape..busy sket la..tak sempat nak curik masa untuk blog..hehe..

baru-baru ni ana join rehlah kat wetland putrajaya under Department of Anesthesiology,hospital serdang..ramai jugak la staff2 anes join rehlah ni..antaranya specialists yang sanggup turun padang..Dr.yani, Dr.zura, Dr.kamarul, Dr.Ramzan, Dr.Rosnah dan lain2..(ana tak ingat nama doc2 lain..hee..)
alhamdulillah rehlah berjalan dengan lancar..

rehlah ni diadakan selama 2 hari iaitu pada hari jumaat bermula pada pukul 8 mlm dan berakhir pada hari sabtu jam 2 ptg..
banyak juga la aktiviti yang disediakan selain daripada makan..^_^
Rehlah ni diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara staff2 anes..yela,masa kerja masing2 sibuk dengan tanggungjawab masing2..jadi waktu agak terbatas..
cewaah..mcm tau2 plak ana nih..hehe..
jangan salah sangka ye sahabat2 sume..ana bkn salah sorang staff anes..
tapi kira close jugak la dengan diorang semua ni..




melayan keletah si kembar,anak Dr.yani..abdul rahman dan abdul rahim..


nak "posing" jgk staff daycare ward

menyantap kambing panggang..best2..huhu..

tanpa disedari....tiba2 munculnya kehadiran hamba ALLAH yg sorg ni.. tadaa.......!!!!!!!!

hehe...si clown yang menceriakan rehlah kami..
alaa,make up tebal2 pun..ana dapat jugak tengok siapakah gerangan si clown nih at the end of da day..tu pun lepas ramai yg dah bersurai..tapi x sempat nak ambil gambar time make up da dicuci..hmm,xpe la..x surprise la nanti kalau siapa2 yg jumpa akhi ni kat luar..hehe..=p

"sape nak belon kne bayar dulu"..

ha..!!!main ape 2 orang nih..huhu..

siapa dapat gula2 banyak,dia la yang menang..

permainan bola beracun..

tak kira..specialist ke sape ke,kena join jugak acara nih..hehe..

staff ICU..tak silap ana la..=)

hmm,ni cuma sebahagian daripada gambar yg sempat dirakam..

Rehlah yang berkesan tidak hanya menitikberatkan keseronokkan sahaja semata-mata, tetapi di dalam keseronokan terdapat manfaat yang berguna. Menurut Saidina Ali :

"Apabila kamu berasa letih melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Tetapi jika kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal"

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

apa yang diharapkan dari rehlah ini adalah untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan memupuk ukhuwah persaudaraan serta membina kasih sayang disamping menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti merehatkan minda dari menjalani kehidupan seharian.. apa-apa pun...ada rezeki,insyaALLAH ketemu di lain waktu dalam program2 sebegini pada masa akan datang..
Maas salamah wa ilal liqa'...(",)

...wassalam...

2 leave ur comment here:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

best nyer rehlah.. ana suka rehlah :D

♥Niesa' imana♥ said...

yup...
best2..hehe..=)
rehlah bkn utk keseronokkan sahaja semata-mata,byk manfaat yg kita blh ambil drpdnya..