-RiNdU paDa aNa.....??-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..


RINDU itu adalah anugerah..^_^

aishh,kenapa tiba-tiba cakap pasal rindu nih..buang tabiat ke apa..??hehe..
hmm,tak ada la..saja nak update blog..
sebenarnya akhir-akhir ni semakin kerap pula ana dengar ungkapan "RINDU" dari sahabat ana..akhwat only lor..huhu..jangan salah faham..=)

rindu bererti you wish someone/something that is no longer with you, or close with you...to be with you.

ungkapan keramat ni la kadang-kadang buat ana rasa sedih...sob...sob... tapi tak boleh nangis pun sebab ana ni salah seorang dari hamba ALLAH yang paling susah nak keluarkan air mata..kecuali dengan orang2 yang rapat dengan ana jer..manusia ke alien nih..=p
sahabat2 jangan khuatir ye kerana ana manusia normal yang tak sempurna..dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi...
haa..!!!kan da start da..aish..pantang dapat peluang..kui3..

hmm,nak tau kenapa ana sedih kalu dengar ungkapan keramat nih???
tak lain, tak bukan..sebenarnya ana menangis kerana sayang dan takutkan ALLAH..

Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. mafhumnya, dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka ialah mata yang menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang berjuang dijalan ALLAH..

ana takut ALLAH akan menarik semula "anugerah" yang DIA diberikan untuk ana..ana tak nafikan yang ana terlalu mahukan ukhuwah yang terbina dihiasi ingat-memperingati dengan kebenaran serta ingat-memperingati dengan kesabaran. Barulah ukhuwah itu lebih bermakna..wallahualam..



bagi ana,erti persahabatan yang dijalin kerana ALLAH, bebas daripada apa-apa kepentingan duniawi.Subhanallah..indahnya.."Anugerah" persahabatan itu terlalu bernilai..Our Prophet Muhammad peace be upon him has said in many hadiths about ukhuwah..it makes me realise that it's very important in someone's life. With the ukhuwah,you can do many things easily..insyaALLAH..


mastura: "mas rindu kat L***..."

siti: "siti rindu kat A***..siti nak A*** ada kat depan mata siti..


Zue: "rindu la kat Y***...."


k.umie: "akak rindu nak study dengan Y***..."


nadhira: "miss u kak Y***..."



ni antara ungkapan yang selalu ana terima..waa..touching2..menyentuh kalbu ku..huhu..
aishh,banyak pula nickname ana nih..bukan ape,senang nak categorise..ana ni kadang2 memory low sket..susah nak ingat nama orang..sahabat2 ana boleh la dikatakan ramai juga..tapi jangan risau ye,walaupun ana categorise antunna semua..kita semua sama je disisi ALLAH swt..=)
yang membezakan kita hanya iman dan amal..walaupun antunna semua rindukan ana,jangan lupa untuk mencari rindu ALLAH..mencari rindu ALLAH memang satu kerja yang senang secara teori,but practically...adoyai...memang susah..

kadang-kadang pelbagai persoalan timbul dalam diri ana..
"Layakkah diri ini dirindui oleh orang lain,sedangkan diri ana selalu menyakiti hati sahabat2"
"Layakkah diri ini digelar sahabat yang baik"
"Layakkah diri ini berdamping dengan sahabat2 lain"
"Layakkah diri ini dihargai oleh orang lain kerana diri ini sentiasa khilaf"

hmm..kepada niesa' imana,tepuk dada tanya iman...
Hingga sekarang,masih banyak kelemahan diri ana yang tak mampu ana buang..tapi diri ini selalu sayang,cinta dan rindukan sahabat-sahabat kerana ALLAH..
Semoga Allah akan mengikat hati-hati yang berkumpul keranaNya…

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (HR Imam Ahmad)



Ukhuwah yang dimaksudkan dalam Islam adalah ikatan antara hati-hati yang berada di jalanNya atas satu tujuan dan AQIDAH yang sama.

Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna,ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.

Apabila hati kita meyakini hanya Allah yang berhak dan layak disembah,insyaAllah segala amal perbuatan kita adalah keranaNya…dan kerana itulah kita dapat merasai kemanisan ukhuwah walaupun hanya pertama kali kita berjumpa… dan apabila ukhuwah ini mula terbina,kita akan sentiasa merasai bahawa adanya sahabat-sahabat yang saling memahami kita dan akan membimbing kita di kala kita futur dalam usaha di jalanNya…

semoga ukhuwah yang telah kita semai dan bajai di mana2 destinasi pun,terus mekar mengharum. Biarkan kuntuman ukhuwah fillah kita menjadi pewangi sepanjang jalan perjuangan yang tidak ada penghujungnya ini.

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah,dan jangalah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”(surah A`li-Imran,3:103)

Akhirul kalam, sahabat-sahabat yang dikasihi, tanpa antunna semua, siapalah ana..Semoga perjuangan kita terus diberkati dan diredhai ILLAHI. Semoga ukhuwah ini dipelihara-Nya. Semoga kita kan terus bersama…let's cherish the ukhuwah that we had built in order to get ALLAH's love. And hope that the ukhuwah that we had built will last eternally..insyaALLAH..semoga ALLAH jadikan kerinduan antunna semua pada ana sebagai satu ibadah...

segala kebaikan serta kelebihan datang dari ALLAH s.w.t dan segala kelemahan dan kekurangan datang dari diri ana sendiri..


Wallahualam…

2 leave ur comment here:

hidup ujian said...

bagus2...jgn semarangan nak rindu jer..

♥Niesa' imana♥ said...

sembarangan nak rindu??
aishh,bahaye tu..
mudah-mudahan dijauhkan..