Hubungan baik bolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, raih kekuatan kesatuan keluarga
IMAM Ibnul Atsir berkata:
Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk, anak dan memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat.
Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).
Firman Allah yang bermaksud:
Perkara yang ditekankan dalam menjalinkan silaturahim ialah menyambungkan hubungan dua pihak sudah terputus atau mengalami masalah (krisis).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang terputus." (Hadis diriwayatkan al-Bukhari)
Jalinan silaturahim paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan baik dengan kedua ibu bapa. Malah, ia adalah suatu yang wajib berdasarkan dalil jelas.
Firman Allah yang bermaksud:
Al-Imam ath-Thabari berkata: "Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya supaya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya."
Rasulullah SAW menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silaturahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian seperti sabda Baginda yang bermaksud:
Malah, dengan menjalinkan hubungan silaturahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Sementara orang yang memutuskan silaturahim, Allah akan menyukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkatan kepada harta dimiliki.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:
Menjalin hubungan silaturahim dengan ahli keluarga dapat dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, bantu membantu, saling sayang menyayangi serta meraikan kegembiraan mereka.
Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir atau fasik, jalinan kekeluargaan dapat dilakukan dengan nasihat yang baik serta memberi tunjuk ajar selain berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.
Menjalinkan silaturahim memiliki begitu banyak manfaat antaranya sebagai usaha melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan dan peluang dakwah yang lebih baik.
Hubungan baik juga membolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah.
Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya:
Firman Allah yang bermaksud:
Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa' berkata:
"Allah menggandingkan antara saranan supaya bertakwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang daripada memutuskan hubungan silaturahim yang dengannya dapat menegaskan akan maksud betapa wajibnya menunaikan hak Allah, maka adalah wajib juga untuk menegakkan hak makhluk, khususnya yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan antara mereka, bahkan menunaikan hak mereka adalah di antara hak Allah yang sudah diperintahkan oleh-Nya."
wallahualam..
0 leave ur comment here:
Post a Comment