-IbaDat PertiNGkat KePeriBadiaN uMat-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


BERPUASA berfungsi bukan hanya sebagai ritual rutin yang harus dilaksanakan menurut Rukun Islam, malah lebih daripada itu, ia memiliki suatu kaedah dalam rangka membangunkan kualiti keperibadian umat Islam yang unggul dan berkeperibadian tinggi.

Proses pembinaan mental dan keperibadian dalam Islam bersifat berterusan dan tidak mengenal istilah berhenti. Sebenarnya jika diteliti, ibadat dalam Islam ini adalah proses berterusan iaitu pendidikan sepanjang hayat.

Proses ini dimanifestasikan dalam amalan solat lima kali sehari, puasa sebulan pada Ramadan dan ritual tahunan, ibadah zakat dan terakhir ialah ibadah haji yang dikerjakan sekali seumur hidup.

Proses pendidikan semacam ini yang diterapkan Rasulullah SAW telah membawa kejayaan besar umat Islam sehingga membina sebuah peradaban. Kewajipan berpuasa ini terlihat kepada Firman Allah SWT :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (QS Al-Baqarah: 183).

Dalam Islam, kualiti yang ingin dicapai daripada berpuasa adalah takwa. Ini adalah kualiti tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada kualiti yang lebih mulia dan lebih tinggi daripada itu.

Oleh itu perintah berpuasa dalam Islam ditujukan kepada orang beriman. Mengapakah unsur iman di sini menjadi ukuran utama. Ini kerana tidak seperti ibadah ritual yang lain, puasa memiliki unsur 'kerahsiaan' yang sangat kuat.

Puasa adalah ibadat yang sangat peribadi dan ia adalah hubungan sangat khusus antara hamba dengan Tuhannya. Ini kerana yang ditujukan adalah iman seseorang, keyakinannya pada perintah Tuhan yang mewajibkan ke atasnya berpuasa.

Selama seseorang menjalankan puasa dengan penuh kesedaran dan keyakinan, maka kita akan mengikuti syarat tidak makan dan minum serta perilaku lainnya yang dapat membatalkan puasa. Mengapa kita bersusah payah tidak minum dan lapar serta mengikuti segala peraturannya?

Meskipun tidak ada seorang pun yang tahu, apakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau tidak, seseorang umat Islam yang berpuasa itu sedar bahawa ada yang Maha Tahu yang mengawasi dia.

Dalam berpuasa, individu Islam itu menahan dirinya untuk tidak melakukan sesuatu yang 'halal'. Logiknya individu Islam itu menahan diri daripada sesuatu yang halal saja apalagi terhadap yang haram.

wallahualam..

0 leave ur comment here: