In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).
SOLAT lima waktu adalah tiang agama wajib dikerjakan setiap Muslim yang mengaku dirinya hamba Allah. Seseorang yang meninggalkan solat bererti mereka bukan saja menderhaka kepada Allah, malah benteng keimanan individu terbabit dalam keadaan cukup lemah.
Mengerjakan solat dengan sempurna dapat membentuk pengukuhan iman sejati, sekali gus terselamat daripada melakukan maksiat kepada Allah. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu untuknya akan menjadi cahaya, petunjuk dan jaminan selamat pada hari akhirat. Sesiapa tidak memelihara solatnya, maka tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Karun, Firaun, Hamman serta dengan Ubay bin Khalaf.”
Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.
*******************
Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:
١-Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;
٢-Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;
٣-Dia akan dibenci oleh orang beriman.
Bala ketika saat meninggal dunia:
١-Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;
٢-Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
٣-Dia dikhuatirkan kehilangan iman.
Bala di dalam kubur:
١-Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;
٢-Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;
Bala di akhirat:
١-Hisab menjadi berat;
٢-Dimurkai Allah SWT;
٣-Diseksa Allah SWT dengan api neraka.
١-Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;
٢-Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;
٣-Dia akan dibenci oleh orang beriman.
Bala ketika saat meninggal dunia:
١-Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;
٢-Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
٣-Dia dikhuatirkan kehilangan iman.
Bala di dalam kubur:
١-Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;
٢-Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;
Bala di akhirat:
١-Hisab menjadi berat;
٢-Dimurkai Allah SWT;
٣-Diseksa Allah SWT dengan api neraka.
Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu.
wallahualam..
1 leave ur comment here:
Solat adalah modal terakhir bg org Islam.Jika seseorg itu tak solat maka hilang la modalnya iaitu AGAMA.wallahu alam
Post a Comment