In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
17 Ramadan adalah peringatan supaya umat Islam kembali mendekati mukjizat Rasulullah
SAHABAT Nabi Muhammad SAW yang juga Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam selepas mendengar alunan ayat suci al-Quran dari surah Taha di rumah adiknya, Fatimah Al-Khattab.
Hatinya yang penuh perasaan marah membara apabila mengetahui Fatimah sudah mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW menjadi lembut oleh ayat al-Quran. Selepas membaca apa yang dikatakan beliau sebagai syair itu, berkata Umar:
Begitulah kisah Umar yang terkenal dengan sikap tegas akhirnya kalah kepada wahyu Allah dan menjadi pejuang menyebarkan Islam.
Pakar matematik dari Kanada, Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar) yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dihadiahkan al-Quran pada 1978, selepas membacanya menyedari kebenaran kitab itu dan kepincangan Bible.
Pada mulanya beliau membaca al-Quran untuk mencari kesilapan di dalamnya tetapi terkejut apabila bertemu ayat 82, surah An-Nisa' yang bermaksud:
Katanya mengenai surah itu: "Prinsip sains ialah mencari dan mengesan kesalahan dalam teori sehingga dibuktikan betul. Apa yang menakjubkan ialah al-Quran menyuruh umat Islam dan bukan Islam cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan memberitahu mereka tidak akan menjumpai satu pun."
Beliau memeluk Islam dan kini menjadi pendakwah Muslim yang komited. Antara penulisan beliau ialah The Amazing Quran (Quran yang Mengagumkan). Beliau membuktikan al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.
Al-Quran juga memberi petunjuk kepada penyanyi terkenal Cat Stevens atau Yusuf Islam yang memberitahu beliau mendapat jawapan kepada persoalan mengenai ketuhanan serta kehidupan melalui apa yang dibaca dalam al-Quran.
"Apabila saya terima kitab itu daripada abang yang melawat Jerusalem, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan siapa saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan yang akan berlaku. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar," katanya.
Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah SAW berucap:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya." � (Hadis riwayat Al-Hakim)
Hadis itu memberi peringatan cukup jelas supaya umat Islam berpegang teguh dan menjadikan al-Quran panduan dalam setiap aspek kehidupan kerana Rasulullah SAW memberitahu al-Quran akan memberi syafaat kepada yang membacanya pada hari kiamat.
Sempena 17 Ramadan, mengingatkan kita kepada peristiwa Nuzul al-Quran yang terakam dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Seterusnya proses penurunan wahyu berlaku secara berperingkat-peringkat hingga lengkap seperti kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran yang menjadi mukjizat besar Nabi Muhammad SAW seharusnya memberi makna besar dalam kehidupan umat Islam.
Malah, indahnya akhlak Rasulullah SAW digambarkan dalam hadis diriwayatkan Aisyah, akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran. Bermakna apa yang dipraktikkan Baginda sehari-hari adalah ajaran al-Quran itu sendiri.
Memperingati Nuzul al-Quran setiap kali tiba 17 Ramadan bukan sekadar kita mengimbau peristiwa yang berlaku sebaliknya mengingatkan diri atau bertanya sejauh mana akrabnya hubungan kita dengan al-Quran.
Bagi mereka yang bertadarus atau berterusan membaca al-Quran sepanjang Ramadan ini, sekurang-kurangnya sudah mengikat silaturahim dengan mukjizat Rasulullah SAW dan lebih bermakna apabila yang dibaca diterjemahkan dalam kehidupan untuk mencari kesempurnaan di akhirat.
Pastinya kita yang berlapar dahaga melaksanakan Rukun Islam ketiga tidak mahu melepaskan peluang termasuk dalam golongan beriman serta mencapai kejayaan.
Allah berfirman yang bermaksud:
Imam Persatuan Masyarakat Islam di Greater Oklahoma City, Suhaib Webb, pada ceramahnya berjudul 'Kita Semua Adalah Anak Adam' di Kuala Lumpur berkata, seorang rakan bukan Islam yang membaca al-Quran terjemahan dalam masa dua minggu bertanya di mana al-Quran yang kedua.
Apabila ditanya kenapa beliau bertanyakan al-Quran yang kedua, kawan itu berkata, Muhammad yang disebut dalam al-Quran tidak sama dengan Muslim yang dilihatnya di luar sana.
Kesimpulan boleh dibuat, apakah al-Quran dan ajarannya makin jauh dengan umat Islam atau umat Islam sudah tidak lagi merujuk kepada kitab yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pelindung daripada kesesatan.
Cuba mulakan membaca al-Quran secara berterusan walaupun sedikit kerana apabila ia sudah menjadi amalan harian, hati akan rasa serba tidak kena jika sehari tidak mengalunkan ayat suci yang penuh dengan syariat, pengajaran, penawar serta rahmat.
0 leave ur comment here:
Post a Comment