In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..
!!!!هاري ني مود دي تك براف نك ستبيل
pagi sedih,tengah hari berkecamuk,petang gembira,malam tension...
pelik ker??sesetengahnya mungkin berfikiran begitu..tapi inilah yang mungkin berlaku sekiranya kita sering diuji dan teruji dalam satu2 masa..si "dia" pun tidak terlepas dalam mengalami situasi sebegini..walaupun mood kadang2 sukar untuk dijangka..macam hati jugak..sukar untuk difahami..tapi dia hanya insan biasa..hamba ALLAH yang sangat lemah..tidak mampu berbuat apa2 tanpa pergantungan sepenuhnya pada PENCIPTAnya...hanya ALLAH la tempat dia mengadu..Hati kecil meyakini, apa yang berlaku mungkin
"TEGURAN DARI ALLAH"..
mungkin ALLAH mahu memberi teguran kerana dosa yang kian bertambah setiap hari dengan kesalahan demi kesalahan yang dia lakukan..setiap kali usai solat,si "dia" tidak pernah terlupa untuk berdoa agar ALLAH swt selalu memberi teguran sekiranya dia melakukan dosa dan kesilapan sama ada sedar atau tidak, sama ada sengaja ataupun tidak..kerana dia tau,hanya teguran itu la yang paling layak untuk dirinya..bukan dari orang lain..dan satu hal yang pasti "dia" bahagia dengan teguran ini..kenapa??kerana hadith ini:_
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ujian kepada orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta” Surah Al-Ankabut-2&3)
Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?
Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..
Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?
***************************
"YA ALLAH,berilah petunjuk dan inayahMU kepada hambaMU yang lemah ini..,Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.
Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.
Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

*****************************
*Ini saja yang mampu dicoretkan untuk entry kali ini & mgkin untuk beberapa minggu, blog ni akan sepi sementara..bukan sebab nak buat persiapan sambut syawal..tapi untuk Tasawwuf(penyucian hati)..insyaALLAH kalau panjang umur,akan ana teruskan perjuangan dakwah disini..doa ana semoga kamu semua sentiasa dirahmati Allah...Dan dikesempatan ini,ana menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekhilafan yang ana lakukan selama ini kepada sahabat2 dan adik2 yang ana sayang, terutama sekali Fatin Mardhiah dan "cermin" yg paling ana cinta..ana banyak sekali menyusahkan kalian..maafkan ana..=) kadang2 pernah juga terfikir,apakah ana layak terima sahabat2 yang baik??hanya TUHAN saja yang tahu kerana ada hikmah kenapa DIA pinjamkan ana sadiqati2 yang baik..doakan diri ana agar diberi kekuatan hati, ketenangan & perasaan agar dpt kembali..salam syawal..^_^
..ma'as salamah,wa ilal liqo'..fi amaanillah wallahua`lam bisawab..
..."Wahuwa ma'akum ainamakuntum"...

10 leave ur comment here:
syukran ya ukhti, penulisan mu memberi memberi kesan dihati ana, terima kasih juga sebab sudi menjadi sahabat blogger ana, ana ini masih baru dalam bidang ini ukhti, ana tidak punya ramai teman.. moga ukhwah antara kita semekar wardah di taman firdausi
afwan..=)
alhamdulillah..
ilmu itu milik ALLAH swt..ana cuma penyampai sahaja..
ukhti sayang,
sahabat boleh dicari..dunia blogging ni sangat luas..macam2 sahabat yang akan anti jumpa..yang penting,hati2 dalam bersahabat ye..
insyaALLAH,Allahumma ameen..
mudah-mudahan persahabatan kita membawa kepada cinta Allah s.w.t..^_~
salam sobat
trims info dan sharingnya mba..
teguran ALLAH SWT.
Selamat menyambut hari raya Idhul Fitri 1430 H
minal aidhin walfaidzin
salam id fitri
teruskn perjuangan
to mbak nura:
salam sobat..=)
sama2 mbak..
teguran ALLAH swt,sebenarnya dalam pelbagai bentuk ujian..yang pasti,terimalah dengan cara "berlapang dada"...
kita akan menjadi manusia yang bersyukur jika menerima ketentuan yang ALLAH s.w.t berikan dengan redha..sebaliknya menolak ketentuan ALLAH dikira sebagai kufur dari nikmat..wallahualam..
salam syawal kembali mbak..^_^
to kunyiil:
salam eidulfitri kembali..
syukran..mohon doanya ya..
uhuk3..
patutlah.. asyik tersedak teringat dy jerk..
rpenye nme ku disebut-sebut..
hak4..
alyani.. spttnye sy yg ckp cm 2 kat awk..
"apakah ana layak terima sahabat2 yg baik..??"
huhu~
salam...
my fst komen here.. hehe..(len kali tulis gne 'dakwat' cerah.. x nmpk la awk 2lis pe.. ble bce entry awk je.. sy 'ngis'.. sakit mte.. kui3..
Salam ukhuwah fillah... Salam Wadaq Ramadhan...Salam lebaran yg bakal tiba..
Subhanallah.. Semoga Allah SWT menambahkan ilmuNya ke atas Niesa.
Kena pada masa dan keadaan yg agak kekeliruan ini... akak membaca artikel ini dan membuatkan akak beristiqfar byk2...
Mmg benar tu... mana blh kita kata kita beriman sedangkan kita tidak diuji. Hanya Allah sj yg tahu siapa yg benar dan siapa yg berdusta. Astaghfirullahal'aziim...
Teruskan penulisan dakwah ni ya dik... Nti mmg menjadi sumber inspirasi buat akak yg masih merangkak mendalami ilmu agama...
Selamat bertasawwuf... Barakallahu feek...
Wasalam,
Nur Islam
to musafir muslimah:
aii,macam kenal jer ayat tuh..=P
hmm,xde la..memang ana yang patut cakap macam tu pun..anti pun tau kan ana macam mana..walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing2..cuma fatin la yang "terlebih" nakal dari ana..hee..
lor..xnmpak ke??musykil nih..
senang2 fatin gne kanta pembesar je la..hmm,nangis saket mata ke atau sebab terharu..
hehe..fatin..fatin..
to nur_islam:
salam eidul fitri kembali,kak lin..=)
ameen Allahumma ameen..
syukran untuk doanya..
semoga ALLAH mendengar doa k.lin..
hmm,kena pada masa dan keadaan ye..
memang ana dalam situasi yang agak "down" sket lately nih,kak..
mudah-mudahan bermanfaat untuk sahabat2 lain juga..dan semoga sentiasa "husnuzan" dengan ALLAH swt..segala ujian datang dari-NYA..dan DIA juga la penyelesai masalah yang terbaik..
insyaALLAH..mohon doanya ye,kak..
akak juga sumber inspirasi ana..
ana masih terkapai2 dan masih menagih ilmu dari sahabat/sahabiah..
banyak lagi perkara yang ana xtahu..dan masih banyak lagi yang ana perlu belajar..
semoga ana bisa kembali semula..wa feek ya ukhti..^_^
salam perkenalan..
May u n yr family hv a joyous raya... Assalamualaikum :-)
Post a Comment