In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).
SEIRING kedatangan Ramadan, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah. Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat ini sebenarnya akan berasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain memerlukannya.
Zakat adalah sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat tertentu untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup lebih baik kepada paras nisbah yang wajar. Harta sebenarnya adalah alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri.
Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajar dikongsi bersama dengan orang di sekeliling yang tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup. Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat.
Waktu tertentu untuk umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:
١-Waktu harus - dari awal Ramadan hingga akhir bulan berkenaan.
٢-Waktu wajib - selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan.
٣-Waktu paling afdal - selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadan
٤-Waktu makruh - selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hingga waktu Maghrib.
٥ -Waktu haram - selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri.
٢-Waktu wajib - selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan.
٣-Waktu paling afdal - selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadan
٤-Waktu makruh - selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hingga waktu Maghrib.
٥ -Waktu haram - selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri.
*jangan lupa bayar zakat ye..kerana apa yg kita ada di dunia ini adalah hak Allah s.w.t..Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda “ tidaklah berkurang harta itu dengan zakat dan sedekah” (hadith riwayat tirmidzi).
wallahulam...
3 leave ur comment here:
satu pelaburan yg sgt menguntungkan..namun bg mereka yg btl2 yakin dan percaya.
*nak bayar zakat kat mane taun nie? =)
Salam Niesa!!!
hMmm...saja nak tambah hehe..Saya terdengar dalam tazkirah..antara golongan yang tidak diterima solatnya ialah orang yang tidak membayar zakat..wallahu'alam.
salam ziarah again :)
to pujaan7:
betul tu akhi..ana setuju..
insyaALLAH bayar di terengganu..=)
to nurul iman:
syukran jazillan kerana sudi berkongsi..^_^
ana juga ada terbaca tentang itu..
para ulama sejak zaman sahabat sudah memperingatkan satu hal penting iaitu al-Quran selalu menghubungkan 'zakat' dengan 'solat' dan jarang sekali disebutkan tanpa solat. Abdullah bin Mas'ud berkata, "kamu semua diperintahkan mendirikan solat dan membayar zakat, siapa yang tidak berzakat bererti solatnya tidak mendatangkan faedah baginya."
Ibnu Zaid berkata,"solat dan zakat diwajibkan secara bergandingan, tidak secara terpisah-pisah." Lalu beliau membaca ayat yang bermaksud:"Apabila mereka bertaubat, mendirikan solat dan membayar zakat, barulah mereka teman kamu semua seagama." Solat tidak akan diterima tanpa zakat. Saidina Abu Bakar yang benar2 mengerti tentang masalah ini dirujuk.
Seterusnya beliau berkata,merujuk kepada ucapan Abu Bakar:"saya tidak memisah-misahkan dua perkataan yang disatukan sendiri oleh ALLAH swt."
wallahu'alam..
Post a Comment