-Umat IsLam LeMah jiKa tiaDa KuaLiti, jati Diri BanGsa-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Kehancuran ummah terdahulu disebabkan banyak perselisihan dan berbantah-bantahan


PERANG Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah yang kedudukannya di antara Makkah dan Madinah. Peperangan ini memperlihatkan pertempuran sengit antara tentera Islam seramai 313 dengan 1,000 musyrikin Makkah. Kemenangan yang dicapai kaum Muslim tentunya tidak diraih begitu mudah. Ia melalui pelbagai strategi jitu di medan perang. Namun di sebalik strategi itu, ada nilai rabbani yang tertanam dalam jiwa pejuang Badr. Nilai ini tertanam sejak tiga tahun perjalanan tarbiyah Islamiyah ketika di Makkah. Kaum Muslimin mengikuti apa yang diperintahkan Allah dan diajar Rasulullah SAW. Mereka memahami apa yang perlu dilakukan dan mengerti faktor yang kemenangan boleh dicapai.

Kemenangan dalam pertempuran bukan bergantung kepada kuantiti atau kelengkapan senjata saja tetapi dicapai dengan kekuatan dan roh maknawi yang dimiliki tentera. Tentera Islam dalam pertempuran ini mewakili akidah suci, iman yang menyala, kegembiraan untuk mati syahid, juga keinginan mendapat pahala dan syurga Allah. Mereka juga mewakili kegembiraan kerana bebas merdeka daripada kesesatan, perpecahan dan kerosakan, sementara tentera musyrik pula mewakili akidah yang rosak, akhlak yang punah, dan ikatan sosial yang terlerai.

Antara faktor kemenangan orang Islam dalam peperangan itu ialah:

١-Teguh hati �
Kalau bukan kerana keteguhan hati pasukan muslimin dalam perang Badr dan peneguhan Allah dengan malaikat-Nya, maka tidak akan wujud kemenangan untuk mereka. Keteguhan hati ini sangat penting kerana perjalanan dakwah adalah jalan sangat panjang dan banyak rintangannya. Dengan keteguhan hati inilah yang menyebabkan mereka mendapat kemenangan, kemuliaan dan pahala yang besar. Keteguhan dalam menyatakan kebenaran, tidak tergoda dengan harta dan wanita serta habuan dunia telah menyebabkan pasukan muslimin mencapai kemenangan.

٢-Zikrullah �
Mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. Ternyata syarat kemenangan berpihak kepada orang yang sentiasa ingat Allah dengan selalu berzikir, berdoa dan qiamulail. Mengingati Allah ketika berperang akan menyebabkan seseorang akan mencapai ketinggian ubudiah dan keimanan kepada Allah serta tawakkal kepada Allah. Keteguhan hati dan zikrullah adalah cara untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

٣-Taat kepada Allah dan Rasul-Nya �
Pertolongan Allah akan muncul bersama dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

٤-Tiada perselisihan �
Keteguhan hati, zikrullah, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, apabila diikuti dengan berbantah-bantahan maka yang akan terjadi adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan. Dalam perang Badar, Allah menjaga pasukan Muslimin daripada perselisihan dan berbantah-bantahan.

Perkara ini berbeza dengan perang Uhud, pasukan Muslim menerima kekalahan akibat perselisihan dan meninggalkan tempat masing-masing untuk mengambil harta rampasan perang kerana menyangka perang tamat. Perkara yang menghindarkan daripada perselisihan dan berbantah-bantahan ialah semangat bermusyawarah. Berwaspadalah terhadap perselisihan kerana ia akan menghilangkan kekuatan dan meleraikan ikatan ukhuwah. Kehancuran umat terdahulu kerana banyaknya perselisihan dan berbantah-bantahan.

-٥Sabar �
Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan kerana sabar adalah senjata kekuatan sesuatu pasukan. Sabar dalam menghadapi pertempuran dan sabar dalam menghadapi musibah adalah jaminan bagi sempurnanya pertolongan yang akan diberikan Allah. Sabar bukan bererti pasif. Oleh hal yang demikian, sabar harus senantiasa diiringi dengan ikhtiar dan mujahadah.

٦-Ikhlas �
Kemenangan tidak boleh diraih dengan kesombongan dan riak. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berperang di jalan-Nya dengan niat yang ikhlas. Dalam Islam, bilangan bukanlah faktor yang menentukan segala-galanya tetapi faktor kualiti adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Banyak ayat al-Quran yang memuji golongan yang sedikit tetapi berkualiti. Firman Allah yang bermaksud:

"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan amatlah sedikit mereka ini." (Shad: 24).

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur." � (Saba': 13)

Pada zaman sekarang, jumlah Muslim sedunia melebihi satu suku bilion umat. Jumlah yang banyak itu kebanyakannya mempunyai sifat yang pernah diperjelaskan oleh Rasulullah iaitu cinta akan dunia dan takut akan mati. Jumlah yang banyak belum cukup apabila jumlah ini hanya kelihatan megah dari luar tetapi lemah daripada dalam. Mereka tidak ada keperibadian diri, kehilangan tujuan dan jalan yang benar. Oleh sebab itu, perhatian kita hendaklah ditujukan kepada kualiti dan pembinaan jati diri bangsa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang apabila melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya." � (Muslim)

wallahualam..

0 leave ur comment here: