-GaLaKan inFaQ-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


SUATU ketika Abdul Rahman bin Auf menghadap Rasulullah SAW sambil membawa 4,000 dirham untuk disedekahkan. Abdul Rahman berkata: "Aku mempunyai 8,000 dirham, aku simpan 4,000 dirham daripadanya untuk diriku dan keluarga, 4,000 lagi aku pinjamkan untuk Tuhanku".

Lantas Rasulullah SAW bersabda: "Semoga Allah memberkati kamu pada apa yang kamu simpan dan apa yang kamu berikan."

Firman Allah bermaksud:

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(surah al Baqarah: 261)

Ayat ini diturunkan dengan memfokuskan kelebihan dan ganjaran infaq di jalan Allah. Ia boleh dianggap amal yang bakal menjadi pertimbangan pada hari kebangkitan nanti.

Ada banyak kupasan kebaktian yang boleh dikategorikan 'pada jalan Allah' seperti disebutkan dalam ayat berkenaan antaranya menyebarkan ilmu, usaha membasmi kejahilan, kemiskinan dan penyakit.

Tahap tertinggi ialah jihad memartabatkan kalimah Allah (agama Islam). Sesiapa yang berjihad selepas mengenal pasti dalil seperti ditunjukkan Nabi SAW, ia akan mendapat ganjaran besar.

Al-Quran berkali-kali menggalakkan melakukan infaq kerana ia wasilah bagi menghimpun kekayaan dan menjamin kesenangan untuk semua. Ia satu-satunya cara untuk memelihara kekuatan dan kemuliaan umat, di samping mengalahkan musuh.

Jika umat bakhil, pasti dicengkam kehinaan dan kemelesetan. Ibn Umar berkata: "Tatkala ayat di atas diturunkan, Rasulullah SAW bersabda: " Ya Allah, tambahkanlah untuk umatku."

Susulan itu diturunkan firman Allah bermaksud:

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda banyaknya? (surah al Baqarah: 245)


Infaq iaitu mengeluarkan harta pada jalan kebajikan mempunyai kedudukan dan peranan yang penting dalam sistem ekonomi, ia termasuk zakat, sedekah dan perbelanjaan untuk jalan kebajikan.

Semangat beramal jariah ini jika digerakkan secara bersungguh-sungguh dan melalui penyediaan prasarana beramal jariah secara profesional (seperti di YaPEIM) dan didukung semua lapisan masyarakat berdasarkan tahap keupayaan masing-masing, dapat mewujudkan dana besar serta boleh berperanan lebih berkesan bagi membantu pembangunan sosioekonomi umat dan negara.

Pelaksanaan Program Amal Jariah berdasarkan tafsiran yang luas, memungkinkan kita menyelesaikan sebahagian permasalahan masyarakat di samping mempamerkan keindahan Islam sebenar.

Firman Allah bermaksud:

"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa."


Infaq di jalan Allah tanpa mengungkit dan menyakiti si penerima menjadi sebab penerimaan Allah seperti Rasulullah SAW bersetuju dengan Uthman yang meletakkan 1,000 dirham di depan Baginda untuk tujuan membeli kelengkapan perang Tabuk.

Allah memberikan ganjaran infaq di jalan-Nya dengan tiga perkara iaitu jaminan syurga, menghilangkan rasa takut selepas mati dan menghilangkan rasa sedih atau kemurungan atas apa yang berlaku termasuk musibah.

Allah berfirman:

"Mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." (surah al-Baqarah: 262)

Wallahu'alam..

5 leave ur comment here:

Unknown said...

Ayuh kita bersedekah!
takkan miskin jika kita sedekah..
peringatan yg bermakna~

Selain harta benda,sedekah juga termasuklah dgn mengucapkan Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakhbar...

nur_islam said...

Salam sayang buat adik niesa' yg dikasihi fillah...

Senyum juga merupakan sedekah. :-D

Kurangkan manis dalam makanan,
Tambahkan manis dalam senyuman.

Wasalam.

♥Niesa' imana♥ said...

to iqbalsyarie:
syukran ziarah blog ana..
ana setuju,akhi..
takkan jatuh miskin sekiranya kita bersedekah..=)

yup,betul2..sedekah termasuklah tasbih,tahmid dan takbir..

Hadith dari Abu Dzar r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya."

Bertanya para sahabat, "Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulullah?"

Sabda Nabi, "Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan mencegah mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya.Semua itu sedekah bagi diri kamu."




to nur_islam:
salam sayang buat kak lin juga..^_^

benar,kak lin..senyum itu sedekah..=)

tapi kan,kak..tak semua senyum itu datang dari hati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah), ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah)..

ada ke senyum dusta???hehe..

Sesungguhnya, "Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan.." (Muhammad Qutb)

nur_islam said...

A'ah..benar tu ukhti.. :-D

Senyuman ini pn bknlah mudah juga nak dilakukan oleh semua org.

Syukran diatas perkongsian yg berharga. :-D

Semoga senyum itu mudah bagi kita dan ikhlas krn Allah.. agar diterimaNya sbg amalan sedekah. :-D

Tapi ada ADABNYA juga. HARAM pula jika senyuman berbalas diantara lelaki dan wanita yg bkn muhrim yg blh menjerumus kpd zina atau fitnah.

Sekian dari hamba yg dhaif ini.

Allahu'alam...

♥Niesa' imana♥ said...

syukran kak lin kerana sudi berkongsi..jazakillah khairan kathira..=)

baca comment sahabat/sahabiah pun ana da senyum da nih..insyaALLAH,ibtisamah syu'uriyah..^_^

err,kejap.."HARAM" ke memberi/berbalas senyuman kepada bukan mahram kita??asif..ana tak tau pulak pasal tu..yang ana tau,ALLAH hanya melarang terutamanya secara berlebih-lebihan kerana boleh membawa kepada zina sebagaimana firman ALLAH swt dalam Surah Al-Isra’ ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

yg pasti,Islam amat menganjurkan senyuman dan berwajah manis. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meremehkan sedikit jua daripada perbuatan baik, sekali pun sekadar kamu menampakkan wajah yang manis kepada saudara kamu.” [Sahih Muslim, no: 2626]

pape pun,terlalu berwajah manis boleh memberikan isyarat yg salah pada orang lain, khasnya kaum lelaki. Maka yang tepat ialah berwajah manis pada kadar yang berada dipertengahan antara wajah yang sombong dan wajah yang menggoda.
seperti yg telah dijelaskan adab bersuara bagi seorang muslimat dalam firman Allah s.w.t.:

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” [Surah al-Ahzab, ayat 32]

*betulkan kalau ana salah dengan sedikit perkongsian ini..ana masih lagi ketandusan ilmu dan perlukan tunjuk ajar sahabat/sahabiah lain..sama2 kita berkongsi ilmu,ye..=)

wallahu'alam..