Walaupun berbeza pandangan, kitab suci pandu mukmin jadikan Islam sebagai cara hidup
JIWA yang sakit sentiasa gelisah mencari ketenangan hidup. Sakit akibat tidak berpantang daripada melakukan dosa dan maksiat atau lalai serta lupa tujuan penciptaannya di dunia. Allah Yang Maha Penyayang mengutuskan Rasulullah SAW kepada umatnya, membawa petunjuk menyelesaikan permasalahan manusia hingga ke akhir zaman.
Melalui wahyu yang diturunkan, Rasulullah SAW ditugaskan membersih dan menghidupkan jiwa manusia, menjelaskan yang hak dan batil, memimpin tangan manusia daripada kegelapan ke jalan terang.
Hal ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:
Pengaruh al-Quran amat kuat dalam hati orang beriman, bahkan golongan kufur pun bergoncang hati mereka ketika mengamati ayat Allah ini seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
Kisah sujudnya orang kafir Quraisy secara tiba-tiba ketika mendengar ayat al-Quran diriwayatkan Imam Al-Bukhari daripada Abdullah Mas'ud dan Abdullah Abbas.
Pada Ramadan tahun kelima kenabian, Nabi SAW menuju Masjidil Haram. Di sana ramai orang Quraisy berkumpul. Baginda tiba-tiba bangun lalu membacakan surah al-Najm.
Sebelum itu orang kafir berkenaan tidak pernah mendengar kalam Allah kerana mereka saling berpesan supaya jangan mendengar apa-apa daripada Muhammad. Apabila Rasulullah SAW membacakan surah itu secara mengejut, lalu tembuslah kepada pendengaran mereka firman Allah yang hebat dan memukau.
Ketika itu mereka tidak memikirkan apa-apa lagi kecuali mendengar sehingga apabila Baginda SAW membacakan penamat surah berkenaan, ia bagaikan kegemparan yang menerbangkan hati mereka.
Apabila Baginda membaca ayat terakhir disunatkan sujud tilawah padanya, bermaksud:
Melihat itu, tidak ada seorang pun daripada mereka dapat mengawal diri melainkan turut sujud bersama Rasulullah SAW. Al-Walid Al-Mughirah, pembesar Quraisy memberi komen jujur mengenai al-Quran dengan katanya:
"Demi Allah, perkataan Muhammad itu sungguh sedap didengar, akarnya semerbak harum dan rantingnya berbuah lebat." (Sirah Ibnu Hisyam)
Namun, kesombongan melampaui akal waras mereka sehingga cuba menafikan kebenaran yang datang melamar jiwa. Bahkan mereka semakin memperhebat usaha menentang al-Quran.Dalam riwayat Ibnu Abbas menyatakan Nadr Al-Harith, pemimpin kafir Quraisy membeli beberapa penyanyi wanita. Apabila dia mendengar ada orang tertarik kepada al-Quran, dihantarnya penyanyi itu untuk mendendangkan lagu supaya hilang kecenderungannya kepada al-Quran.
Al-Nadr sanggup membelanjakan hartanya untuk memadamkan cahaya al-Quran di bumi Allah.
Turunlah ayat menceritakan kejahatannya itu yang bermaksud:
Pengaruh al-Quran dalam membentuk keperibadian manusia sudah terbukti dengan lahirnya generasi al-Quran pertama di bawah tarbiah Rasulullah SAW. Dengan sentuhan wahyu, terbentuk pemikiran, perasaan dan perbuatan selari dengan perintah Allah.
Mereka menghayati al-Quran dan beriman kepada-Nya tanpa memilih dan mempersoalkan dengan akal. Hati menundukkan akal sehingga keimanan selesa bergandingan dengan kemampuan akal yang cetek.
Begitulah, keimanan Salafus Saleh, generasi selepas Rasulullah SAW wafat yang mewarisi kegemilangan mereka. Abdullah Mas'ud berkata mengenai keperibadian generasi al-Quran ini: "Siapa yang hendak mengikuti sunah, maka ikutilah sunah orang terdahulu (sahabat). Sesungguhnya orang yang hidup belum tentu selamat daripada terjebak dengan fitnah. Mereka itulah sahabat Muhammad SAW.
Mereka manusia paling mulia di kalangan umat ini, paling baik hatinya, paling dalam pengetahuannya dan paling sedikit memberatkan diri. Allah memilih mereka untuk menjadi sahabat Nabi-Nya dan untuk menegakkan agama-Nya.
Justeru, kenali kelebihan dan ikut jejak mereka. Berpegang sedaya upaya dengan akhlak dan perjuangan hidup mereka. Sesungguhnya mereka itu berada di atas petunjuk jalan yang lurus." (Al-Mubarakfuriy dalam kitabnya Al-Rahiq al-Makhtum)
Amat mendalam cinta sahabat kepada al-Quran, mereka tidak akan melakukan sesuatu sebelum turun ayat yang menjelaskan mengenainya. Apabila al-Quran melaknat orang kafir, gementarlah kulit orang beriman kerana merasai amaran itu juga ditujukan kepada mereka.
Sahabat mengurus dunia dengan petunjuk al-Quran, melembutkan hati dengan ayat azab, meyakini hidup sesudah mati dengan perkhabaran diceritakan al-Quran, mereka tidak mempercayai apa pun selain al-Quran walaupun ia datang daripada cerdik pandai Yahudi dan Nasrani yang lebih dulu bertamadun daripada orang Arab yang buta huruf.
Mereka tidak malu membela ayat Allah walaupun tamadun Kisra Parsi dan Kaisar Rom mentertawakan mereka dengan ejekan orang dari padang pasir yang kurang tersentuh ilmu pengetahuan ketika itu.
Mereka memiliki keyakinan tinggi terhadap wahyu Allah dan apa yang dibawa Rasul-Nya sehingga sedia memperjuangkan nilai al-Quran walaupun harus mengorbankan diri dan kaumnya. Kini, umat Islam berpecah-belah menyebabkan mereka menjadi golongan yang kecil.
Namun, Allah berjanji menjaga al-Quran sehingga ke akhir zaman. Lahirnya hamba Allah yang menghayati hidup dengan persepsi al-Quran secara seratus peratus, maka wujud mukmin yang mempergunakan hati dan fikiran, mata dan telinga untuk mengkaji, beriman dan mengamalkan al-Quran walaupun berbeza pandangan tetapi mereka sedia bersatu kerana kitab, matlamat serta jalan yang satu. Inilah keindahan sepatutnya dimiliki umat Islam.
wallahualam..
0 leave ur comment here:
Post a Comment