In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).
DALAM hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Aisyah menjelaskan: "Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa dalam satu bulan lebih banyak daripada puasanya ketika Syaaban, ada kalanya sebulan penuh dan ada kalanya hampir penuh melainkan beberapa hari yang Baginda tidak berpuasa padanya."
Hadis ini ternyata memberikan keterangan yang tidak dapat disangkal mengenai keutamaan puasa pada Syaaban.
Namun, bagi yang kurang berkemampuan panduan yang dijelaskan dalam hadis lain mungkin boleh memberikan idea kadar paling sedikit yang boleh dilakukan untuk mendapat kemuliaan Syaaban. Ia turut berpandukan hadis sahih lain contohnya:
Abu Hurairah berkata: "Junjunganku SAW pernah berpesan kepadaku supaya puasa tiga hari sebulan, solat dua rakaat dhuha dan solat witir sebelum tidur." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang mengandungi penjelasan sama mengenai 13, 14 dan 15 ini, Qatadah Miljan menamakan hari berkenaan sebagai hari putih ( Ayyam al-Bid).
"Saya menjawab, mampu melakukan lebih daripada itu wahai Nabi! Jawab Nabi, berpuasa sehari dan berbuka dua hari.
"Saya menjawab, mampu lebih daripada itu! Nabi SAW berkata, berpuasalah olehmu sehari dan berbukalah sehari, maka itulah puasa Daud AS dan itulah keutamaan jenis puasa."
Ada variasi membabitkan amalan dan perintah Baginda berpuasa sunat sebulan seperti digambarkan hadis sahih di atas, sampai kepada kita secara mutawatir memberikan anjuran pelaksanaan bagi meraikan manusia yang mempunyai pelbagai tahap dan batasan kemampuan.
Bagi yang mampu memperbanyakkan puasa pada Syaaban bakal mendapat pahala amat besar. Bagi golongan bekerja berat atau wanita yang tidak mahu terlepas peluang, boleh memilih puasa Isnin dengan Khamis atau tiga hari sebulan atau pertengahan bulan Islam yang dikenali sebagai hari putih.
Kepada mereka yang melakukan kerja berat dan ibu menyusukan anak atau golongan tidak berupaya berpuasa kerana bermusafir, peluang mendapat pahala puasa ini masih terbuka iaitu dengan menaja atau menyediakan jamuan berbuka.
Hal ini jelas disebut dalam hadis sahih seperti hadis diriwayatkan Imam al-Tirmizi, bermaksud:
"Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memberi makanan untuk membolehkan seseorang berpuasa berbuka dengannya, maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun."
Semoga Allah SWT merahmati Imam Nawawi ulama murabbi yang unggul itu, apabila menyusun kitabnya Riyadhus salihin, beliau meletakkan bab itu berangkaian antara satu dengan lain supaya pembaca berupaya melihat keluasan spektrum laluan menjadi insan mulia bahkan lebih daripada itu, darjat kesalihan. Jika kita sukar beramal kerana masalah kewangan atau kesihatan, sentiasalah melihat kepada kepelbagaian wadah penerimaan di sisi-Nya.
wallahualam..
0 leave ur comment here:
Post a Comment