In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
KEHIDUPAN di dunia hanya sementara, malah dianggap permainan dan hiburan yang tidak berkekalan seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:
Justeru, kita jangan mudah terpedaya sehingga terus melupakan urusan akhirat.
Kesenangan hidup menyebabkan manusia lalai mengingati Allah. Oleh itu, Allah mengutuskan nabi dan rasul memberi peringatan supaya manusia berwaspada, beramal salih dan segera bertaubat.
Namun, masih ada juga manusia ingkar dan sombong dengan tidak mahu mengikut perintah Allah. Sebagai balasannya, Allah menurunkan bencana sebagai ujian dan dugaan supaya manusia segera insaf.
Allah berfirman maksudnya:
Sesungguhnya musibah dan bencana terhadap manusia adalah ujian dan peringatan. Kita perlu bersabar dan reda dengan qada dan qadar Allah.
Anggaplah ujian itu proses memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Sebenarnya pelbagai ujian diturunkan Allah antaranya wabak Influenza A (H1N1). Penyakit ini boleh menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya babi disebabkan Virus Influenza jenis A.
Sesuatu yang lebih penting untuk difahami umum ialah penularan penyakit berjangkit ini bukan hanya berkaitan isu bawaan haiwan, tetapi berkait rapat dengan tahap kebersihan diri dan persekitaran.
Menjaga kebersihan amat diutamakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah al-Taubah, ayat 108)
Dalam menghadapi segala ujian atau bencana daripada Allah, kita perlu banyak bersabar dan memohon perlindungan Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah ketika solat jumaat di seluruh negara. Mudah-mudahan rakyat dihindari daripada segala bencana dan wabak berbahaya.
wallahualam..
0 leave ur comment here:
Post a Comment