In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
AL-QURAN diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada Ramadan, kitab Allah yang akan kekal sehingga Hari Kiamat. Kitab suci itu satu-satunya wahyu yang terpelihara daripada penyelewengan seperti dijanjikan Allah menerusi firman-Nya, bermaksud:
Umat Islam perlu memastikan al-Quran tetap terpelihara kesucian dan martabatnya. Ia dapat direalisasikan apabila umat membaca, menghafal, memahami dan mengambil pengajaran ayat itu.
Dalam konteks pembacaan al-Quran, Rasulullah dalam sabdanya daripada Ibn Mas`ud, yang bermaksud:
Al-Quran perlu dibaca dengan betul mengikut hukum tajwid, secara tartil dan tertib. Firman Allah bermaksud:
Rasulullah ialah pembaca al-Quran paling bagus diakui al-Barra' `Azib. Beliau mendengar Nabi membaca surah al-Tin ketika solat Isyak dan tidak pernah mendengar suara merdu dan elok seperti Baginda (Riwayat al-Bukhari). Kemahiran membaca al-Quran harus digabungkan dengan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Al-Marhum Sheikh Muhammad al-Ghazzali mengkritik sikap sesetengah masyarakat yang terlalu menumpukan soal pembacaan tanpa meneliti dan memahami apa yang dibaca. Beliau juga mempersoalkan mereka yang membaca al-Quran semata-mata untuk meraih keberkatan daripadanya.
Tindakan umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai khat menghiasi rumah, membiarkan al-Quran berada di rak yang hanya dibuka dan dibaca dalam keadaan tertentu seperti kematian, khatam al-Quran ketika kenduri, menjadikannya simbol menghalau unsur jahat boleh dikategorikan sebagai memohon keberkatan. Firman Allah bermaksud:
Beliau turut kecewa sikap sesetengah umat Islam yang tidak tersentuh perasaannya ketika membaca ayat al-Quran. Orang yang membaca buku menjiwai kandungan dibaca seolah-olah terbabit secara langsung dengan faktanya. Jika ini boleh berlaku ketika membaca buku, apatah lagi ia harus, malah lebih afdal, berlaku ketika membaca al-Quran.
Ada juga sesetengah kita membaca al-Quran untuk memastikan orang lain mendapat bencana atau kecelakaan. Contohnya, apabila seseorang hilang barang berharga, dia lantas membaca ayat al-Quran, selalunya surah Yasin supaya orang yang mengambil barangnya sakit.
Keadaan ini memaksa kita bertanya apakah al-Quran diturunkan untuk menjadikan orang lain sakit akibat perbuatannya sedangkan Allah berfirman maksudnya:
"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (surah al-Baqarah, ayat 2).
Apabila seseorang mahir dan memahami bacaan al-Quran, dia harus memastikan dirinya memanfaatkan ayat itu.
Jika ayat yang dibaca mengenai nikmat Ilahi yang wajib disyukuri, pembaca harus bertanya kepada dirinya adakah dia benar-benar termasuk orang mensyukuri nikmat itu. Begitu juga jika ayat mengenai seksaan api neraka, pembaca harus muhasabah.
Renungkan kisah Khalifah Umar Abd Aziz ketika membaca ayat 22-24 surah al-Saffat yang maksudnya:
Walaupun ayat itu menggambarkan seksaan orang zalim ketika kiamat kerana musyrik yang mereka lakukan, Umar Abd Aziz merasakan ayat itu ada kena mengena dengan dirinya.
wallahualam..
0 leave ur comment here:
Post a Comment