-kePentiNGaN soLat bErjeMaaH-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt).


Ibnu Umar meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda:

“Solat jemaah lebih utama 27 darjat daripada solat sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang solat Isyak berjemaah seperti solat setengah malam dan siapa solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda dalam nada amaran bahawa:

“Sesungguhnya solat terberat bagi orang munafik ialah Isyak dan Subuh. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat Isyak dan Subuh, pasti mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Andai kata orang tahu apa yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara diundi, pasti mereka mahu mengundinya. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam bergegas melakukan solat, pasti mereka berlumba mendapatkannya. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat Isyak dan Subuh, pasti mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat .al- Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW juga bersabda:

“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum solat Subuh) lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.” (Hadis riwayat Muslim, dan lainnya)

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Muslim menjelaskan maksud ‘dunia dan apa yang ada di dalamnya’ merujuk segala kesenangan dan kenikmatan dunia.

Pahala bagi solat berjemaah sebenarnya bermula ketika keluar menuju masjid hingga selesai solat. Seterusnya ganjaran itu berlanjutan sehingga kita tiba di rumah semula.

Ia disebabkan bekas tapak kaki dalam perjalanan ke masjid untuk bersolat berjemaah menjadi bukti tuntutan pahala di hadapan Allah kelak.

Dalil mengenai keutamaan hadir ke tempat solat dihadiri umat Islam pula terlalu banyak, contohnya firman Allah dalam surah al-Taubah ayat ke-18, maksudnya:

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah SWT ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan sifat sedemikian) maka diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.”

Al-imam Ibn Kathir, pakar tafsir bermazhab Syafie itu membuat penjelasan menarik ayat ini. Beliau menjelaskan Allah SWT menjadi saksi mereka yang sentiasa memakmurkan masjid adalah golongan memiliki keimanan. ( Sahih Tafsir Ibn Kathir )

Mengenai keutamaan perjalanan ke masjid sebagai sebab mendapat pahala, Jabir Abdullah berkata: “Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan tempat itu banyak kosong.

“Berita itu sampai kepada Nabi SAW, Baginda bersabda: Hai Bani Salimah! Tetap di rumah kalian, sesungguhnya dicatat bekas perjalanan kalian (ke masjid).

“Mereka berkata: Tidaklah menyenangkan bagi kami, kalau kami berpindah.” (Hadis riwayat Muslim)


Namun, tidak menjadi kesalahan untuk berjemaah bersama keluarga, isteri dan anak sekali-sekala bagi tujuan memberikan pendidikan atau apabila menghadapi masalah ke surau disebabkan hujan, ribut atau kehadiran tetamu atau kerana keuzuran dibenarkan syarak yang lain.

Wallahu a'lam.

3 leave ur comment here:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

mengajak pd ukhuwah & perpaduan..

♥Niesa' imana♥ said...

yup..setuju2..
tapi zaman sekarang ni..ramai yang sibuk dengan hal masing2..kejar dunia semata2..bukan akhirat..

chantique-hauz said...

selain 2..s0lat bjemaah dpt mempositifkan cas2 elektron negetif
dalam badan kita..2 sbb lar kita kene bersebtuhan bahu..
hehehe..
sekadar bk0ngsi...