Ummah tidak boleh bertindak mengikut emosi hingga sanggup melakukan keburukan
KEBENARAN yang selama ini ditutupi pihak tertentu di Barat, nampak terungkap pada 4 Jun lalu, dalam ucapan bersejarah seorang pemimpin kuasa dunia di Kaherah, Mesir.
Walaupun selalu dinafikan tidak ada permusuhan antara Amerika Syarikat (baca: Barat) tetapi dengan ucapan Presiden Barack Hussein Obama yang menyatakan: "America and Islam are not exclusive and need not be in competition. Instead, they overlap and share common principles of justice and progress, tolerance and the dignity of all human beings," sebenarnya memang ada permusuhan antara Islam dan Barat.
Permusuhan Islam dan Barat adalah permainan berbahaya pihak penentang kebenaran Islam yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Islam. Kelompok ini selalu ada dalam perjalanan sejarah manusia. Pihak penyokong kebenaran (al-haqq) dan pihak penyokong kebatilan (al-batil).
Kalangan Nabi dan Rasul yang membawa ajaran Islam yang satu daripada Allah SWT selalu berdepan dengan musuh mereka yang tidak menyukai ajaran kebenaran. Padahal ajaran kebenaran hanyalah menyerukan maksudnya:
Dua perkara dalam petikan al-Quran di atas jika kita samakan dalam kehidupan manusia adalah perkara tauhid dan ekonomi dengan pengertian keadilan sosial pengagihan hasil kekayaan dunia. Tauhid kita perhatikan dalam perkataan 'mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku' manakala pengagihan kekayaan dunia dalam perkataan 'mereka memberi makan kepada-Ku.' Kerana dua perkara utama inilah terjadi pertembungan di antara manusia selama ini.
Islam tidak bermusuhan dengan kebenaran seperti yang dituding musuh-musuhnya selama ini seperti Islam tidak adil, Islam merendahkan darjat golongan perempuan dan Islam menyusahkan umatnya. Bahkan kepada saudaranya ahli Kitab, Islam menyerukan maksudnya:
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah)". (Surah Ali Imran: 64).
Dalam ayat ini dua perkara utama dalam ayat sebelumnya juga nampak yakni tauhid dan ekonomi.
Ibn Qayyim dalam Risalah fi Amrad al-Qulub (Risalah Mengenai Penyakit Hati) menulis: "Seperti diketahui, bahawa semua yang hidup selain Allah SWT baik itu malaikat atau manusia atau jin atau binatang, mereka semua memerlukan sesuatu yang mendatangkan manfaat baginya dan menolak apa saja yang membahayakan dirinya. Hal ini tidak mungkin direalisasi kecuali dengan cara ia memiliki wawasan mengenai sesuatu yang bermanfaat baginya dan sesuatu yang membahayakan dirinya. Manfaat tiada lain adalah kenikmatan dan kelazatan, sedang bahaya adalah sakit dan seksa.
Seseorang mesti memiliki dua perkara: Mengetahui sesuatu yang dicintainya dan dicarinya yang dengannya ia mendapatkan manfaat dan dengan mendapatkannya ia merasa senang, mengetahui alat yang menghantarkannya kepada tujuannya.
Di samping dua perkara di atas, ada dua perkara lagi yang mesti dimiliki. Setiap orang mengetahui apa saja yang dibenci Allah Ta'ala, dimurkai-Nya, dan membahayakan; mengetahui alat untuk menolaknya. Jadi ada empat perkara yang mesti dimiliki oleh setiap orang: Pertama, sesuatu yang dicintainya dan dikehendaki ada. Kedua, sesuatu yang dibencinya dan keadaan tidak disukainya. Ketiga, alat untuk mendapatkan sesuatu yang dicintainya dan daripadanya. Keempat, alat untuk menolak sesuatu yang dibencinya.
Keempat-empat perkara di atas adalah persoalan yang mendesak bagi setiap orang, bahkan bagi semua manusia. Kewujudan dirinya dan kebaikannya tidak mungkin tegak kecuali dengan keempat-empat perkara di atas. Jika perkara ini diketahui dengan baik, sesungguhnya Allah SWT adalah yang wajib dijadikan sebagai tujuan akhir dan tempat mengarahkan doa. Keredaan Allah, dan dekat dengan-Nya mesti dicari. Allah SWT yang membantu tercapainya semua hal berkenaan.
Islam datang dengan kebenaran yang boleh membentuk peribadi manusia memiliki keempat-empat perkara disebutkan Ibn al-Qayyim. Kebenaran Islam adalah kebenaran semula jadi yang tidak dibuat-buat. Ia adalah fitratullah seperti difirmankan Allah maksudnya:
Kesempurnaan seorang hamba adalah dengan mengetahui kebenaran, mengikutinya, mengajarnya kepada orang lain dan membimbingnya kepadanya, oleh kerana itu antara doa Rasulullah SAW:
Ibn al-Qayyim dalam menyentuh isu kebenaran dan berkata menambahkan:
Obama misalnya, dalam ucapan 55 minit di institusi tinggi pengajian Islam itu menyeru untuk 'speak truth' (bercakap benar) dalam hubungan Islam dan Barat. Sanggupkah dia dan Barat untuk 'takut' kepada Allah SWT seperti dinasihatkan Ibn al-Qayyim agar mereka sanggup berkata benar dan selalu benar agar kebenaran Islam adalah memang suatu kebenaran?
Wallahualam.
0 leave ur comment here:
Post a Comment