Ganjaran besar diberikan kepada Muslim yang menyeru kebaikan, cegah kemungkaran
FUTUR ataupun terhenti menjalankan aktiviti dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah sering kali kita dengar serta lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi.
Memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan diakui kadang-kala turun dan meningkat. Begitu juga dengan iman, seperti dikatakan Imam Bukhari dalam riwayat:
Imam Ahmad pernah ditanya makna bertambah dan berkurangnya iman. Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada 'Umair bin Hubaib. Katanya: "Iman bertambah dan berkurang."
Maka dia ditanya: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya? Dia menjawab: Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, mensia-siakan-Nya maka itulah berkurangnya."
Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus daripada melakukan dakwah adalah perkara mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.
Firman Allah bermaksud:
Kita akui bahawa aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran akan mendatang bagi memadamkan aktiviti dakwah daripada terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam artikel beliau bertajuk kewajipan generasi muda Islam hari ini.
Al-Qardhawi berkata:
Namun, adakah kekangan ini yang menjadikan kita berduka cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?
Malah, Allah menggelar penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia. Firman Allah bermaksud:
Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada masa sama, jangan sekali lagi membiarkan diri untuk tidak dipercayai oleh malaikat, seperti yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Firman Allah bermaksud:
Teruskanlah berpesan kepada kebaikan dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, berasa nikmat iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri.
Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat iaitu iman dan Islam kepada seluruh manusia. Rugilah sesiapa yang menikmati iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat itu dengan menjalankan aktiviti dakwah.
Seperti firman Allah bermaksud:
Bagi pendakwah yang masih berdegil untuk berhenti daripada jalan dakwah, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali. Allah berfirman bermaksud:
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi menjalankan aktiviti dakwah, sudah berhenti dalam gerakan dakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Oleh itu, marilah kita kukuhkan jentera kekuatan dan kuatkan semangat. Agenda dakwah tidak harus terhenti, kerana agenda itu adalah tugas yang cukup mulia. Nabi dan Rasul sudah melaksanakan kewajipan dakwah mereka, kini tugas itu harus digalas dan diteruskan oleh kita semua.
Jangan biarkan lelah-lelah, kekangan-kekangan itu membuatkan kita terus jauh daripada jalan dakwah kerana pertolongan Allah dekat dengan kita. Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan Allah.
Firman Allah bermaksud:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti mana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
0 leave ur comment here:
Post a Comment