INSTITUSI keluarga adalah asas untuk melahirkan generasi yang salih dan bertakwa. Kejayaan dan keharmonian sesebuah keluarga berkait rapat dengan kualiti kepemimpinan ketua keluarga.
Justeru, Islam meletakkan bapa sebagai pemimpin dan ketua keluarga bertanggungjawab memastikan mereka yang berada dalam jagaannya keadaan baik serta mengikut landasan diredai Allah.
Tanggungjawab serta peranan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya."
Untuk membina sebuah keluarga bahagia, ibu bapa seharusnya mempamerkan contoh dan teladan terbaik diikuti anak. Keluarga yang ingin anak berakhlak mulia, maka mereka perlu mempraktikkan akhlak mulia.
Kelakuan keluarga yang buruk akan menjadikan anak berkelakuan buruk. Akhlak baik yang dilihat anak akan membentuk peribadi mereka secara tidak langsung. Mereka juga secara tidak langsung meneladani tunjuk ajar, budi bicara dan perbuatan mulia ibu bapa.
Dengan sebab itu, bapa dan ibu diharapkan dapat menjadi model yang baik akan dituruti oleh anak. Segala tingkah laku, akhlak, tindak tanduk, adab dan budi bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Fenomena hari ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak dan remaja akibat kegagalan kepemimpinan keluarga mempamerkan contoh teladan yang baik dalam keluarga.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Imam Al-Ghazali berkata:
Untuk merealisasikan hasrat melahirkan generasi yang salih dan bertakwa dalam sesebuah institusi keluarga, bapa sebagai pemimpin hendaklah mengambil berat terhadap perkara berikut:
Tanggungjawab itu dinyatakan Allah dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim, ayat 6)
Berdasarkan ayat itu Allah memerintahkan orang yang beriman supaya menjaga diri dan keluarganya daripada api neraka Allah. Hanya dengan roh yang lahir daripada keluarga beriman saja dapat menyelamatkan daripada jatuh ke dalam api neraka.
Setiap makanan diberi kepada anak hendaklah daripada sumber halal serta menjauhi sumber syubhah, apatah lagi sumber haram seperti rasuah, riba dan penipuan. Rezeki yang halal bukan saja membawa keberkatan, tetapi dapat melahirkan zuriat pintar dan sihat yang akhirnya mendorong seseorang melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
Ia dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama, membaca buku agama di rumah beramai-ramai, meluangkan masa beriadah dan berkelah dengan anak serta keluarga.
Tindakan itu secara tidak langsung dapat menambahkan hubungan kasih sayang dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bapa sebagai ketua keluarga perlulah berazam menjadi pemimpin yang melaksanakan perintah Allah dan amanah sebenar. Sesungguhnya kejayaan di dunia dan akhirat sesebuah keluarga hanya dapat dicapai dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Janganlah kita sebagai bapa atau ketua keluarga menjadi punca kepada masalah dalam keluarga atau melahirkan anak yang terbabit dengan masalah sosial dalam masyarakat dan seterusnya boleh menjadi masalah kepada negara.
0 leave ur comment here:
Post a Comment