BETULKAH Indonesia guru, Malaysia murid? Perkara ini menarik untuk diperbincangkan, terutama sekali bagi umat Islam yang menunaikan fardu haji di Makkah. Seramai 250,000 rakyat Indonesia datang ke Makkah untuk menunaikan fardu haji, sementara rakyat Malaysia hanya 28,000 orang saja dibenarkan menunaikan fardu haji pada satu musim.
Ia adalah kuota 10 peratus penduduk sesebuah negara Islam yang dibenarkan untuk menunaikan fardu haji. Cuba bayangkan betapa ramainya rakyat Indonesia menunaikan fardu haji, apabila tibanya musim haji. Ini tidak termasuk mereka yang dibenarkan menunaikan umrah.
Mengapa ia menjadi menarik diperbincangkan? Ini kerana kebanyakan umat Islam, terutama umat Islam Malaysia berasa hairan dengan apa yang dilakukan termasuk menunaikan solat dalam Masjidilharam dalam saf bersama-sama suami isteri.
Jika ke Makkah, anda akan melihat orang Indonesia mendirikan solat dalam saf suami isteri iaitu isteri diletak di belah kiri atau di sebelah kanan, sedangkan pernah disebut hukumnya haram, hatta lelaki solat di belakang perempuan.
Tidak dinafikan solatnya sah tetapi haram hukumnya, walaupun bersama-sama suami isteri. Ini dijelaskan dalam buku Panduan untuk jemaah haji dan umrah serta pengunjung Masjid Rasul bahawa haram lelaki solat di samping perempuan dan perempuan solat di samping lelaki.
Tajuk 'Pesanan dan wasiat penting' dalam buku itu menyatakan: "Jemaah haji yang dihormati, kami memanjatkan segala pujian kepada Allah yang melimpahkan taufik kepada anda sekalian untuk menunaikan ibadah haji semoga Allah menerima semua amal kebajikan yang kita lakukan serta membalasnya dengan pahala berlipat ganda."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bagaimana pula dengan amal yang haram seperti solat berdua-duaan isteri dengan suami dalam Masjidilharam yang hukumnya haram itu. Pasti dosa yang sengaja dilakukan itu akan mendapat sebanyak satu ratus ribu kali ganda juga.
Sehubungan itu, pesanan dan wasiat penting menyatakan seharusnya kami sampaikan kepada anda pesanan dan wasiat ini dengan harapan supaya ibadah haji kita diterima Allah sebagai haji yang mabrur dan usaha terpuji.
Lantas dinyatakan, ingatlah bahawa anda sekalian sedang berada dalam perjalanan yang penuh berkat, berasaskan tauhid dan ikhlas kepada-Nya dan bertujuan untuk menyahut seruan-Nya dan mentaati perintah-Nya. Ketahuilah bahawa haji yang mabrur (diterima) balasannya adalah syurga.
Persoalan yang timbul ialah sekarang ini bukan umat Islam Indonesia saja yang menunaikan solat bersama-sama suami isteri, malah umat Malaysia juga turut berbuat demikian pada hal hukumnya haram.
Maka betullah apa yang dikatakan bahawa Indonesia guru, Malaysia murid kerana orang Malaysia yang menunaikan fardu haji sejak akhir-akhir ini sudah ramai yang meniru solat orang Indonesia, walaupun haram hukumnya.
Kita harus ingat bahawa dalam Islam diperintah supaya bertanyalah kepada orang berilmu mengenai masalah agama dan ibadah haji yang kurang jelas sehingga kita memahaminya.
Allah berfirman yang bermaksud:
Solat bersama atau berdua-duaan dalam Masjidilharam dilihat sebagai lazim dilakukan umat Islam Indonesia kini sudah dijadikan ikutan umat Islam Malaysia yang barangkali tidak faham meskipun diberitahu berkali-kali bahawa hukumnya adalah haram.
Kita perlu ingat bahawa sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya, dia akan memberi kepadanya kefahaman dalam agama. Hal ini kurang disedari jemaah haji Malaysia sehingga terjadi perbuatan yang diharamkan ketika menunaikan ibadah haji yang penuh dengan keberkatan itu.
Seseorang lelaki tidak boleh melakukan solat di samping perempuan meskipun ia isterinya yang sah atau di belakangnya, sama ada di masjid Haram atau di tempat lain dengan sebarang sebab sekali pun selama ia dapat menghindarinya.
Perempuan hendaklah melakukan solat di belakang lelaki. Yang peliknya sudah ramai umat Islam Malaysia ikut amal yang diharamkan ketika menunaikan fardu haji di Makkah dan apakah wajar umat Islam Indonesia dijadikan guru?
2 leave ur comment here:
salam...
maksud nye...
kalo kat umah sndri pon
si isteri mesti solat belakang suami...???
syukran jazilan...
cume artikel yg ukhti pos 2,x jelas...
seolah-olah solat suami isteri sebelah menyebelah x bleh...
pape pon...
nice post...
:)
Post a Comment