Imam Nawawi dalam keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga bahagian, iaitu:
* Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
* Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
* Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak.
Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.
"Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"
Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.
0 leave ur comment here:
Post a Comment