Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Firman Allah S.W.T. yang ertinya:
"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk."
(Al-Baqarah: 156-157)
Firman Allah S.W.T yang ertinya:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kamu mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ehwal kamu."
(Muhammad: 31)
Sesungguhnya manusia tidak akan terlepas daripada menerima musibah setiap hari. Adakalanya musibah itu boleh jadi dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan.Orang yang beriman akan melihat musibah yang menimpanya sebagai satu ujian Allah untuk membuktikan ketakwaannya kepada Allah. Mana mungkin seseorang itu mengaku dirinya beriman sedangkan dirinya belum diuji.
Bagi orang yang tidak mempunyai keyakinan kepada Allah pula, mereka sering mengeluh dan menangisi musibah yang menimpa dirinya.Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sesungguhnya apabila kita bersabar, itu bermakna kita akan ditinggikan darjat oleh Allah SWT kerana keredhaan kita menerima segala ketentuan Allah.
Sesungguhnya, ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, apabila kita mendapat kesusahan di dunia, bertawakallah kepada Allah. Jangan ambil jalan mudah dengan berputus asa.
Lihatlah Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik bagi kita umat Islam. Pada saat Rasulullah ingin menyampaikan dakwah secara terbuka di bukit Safa', baginda mendapat hinaan dan cercaan daripada orang kafir Quraisy, tertutamanya bapa saudara baginda sendiri, Abu Lahab.
Namun akhirnya, dengan rahmat Allah, Rasulullah berjaya mengembangkan agama Allah sehingga dapat bertahan sampai hari akhirat.
Ingatlah Allah itu sungguh-sungguh Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap hambanya. Allah akan kasihan terhadap hambanya yang reda menerima segala musibah di dunia. Allah juga berjanji akan menyediakan taman-taman syurga buat hambanya yang bertakwa..
0 leave ur comment here:
Post a Comment