ALLAH bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya dan nikmat itu tidak dapat dihitung sesiapa dan antara kurniaan yang tiada ternilai harganya ialah nikmat kesihatan.
Firman Allah yang bermaksud:
Badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan ini dengan aman sentosa, manusia dapat melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan melakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai seri kehidupan Muslim.
Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka hingga tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian daripada detik kehidupan.
Rasulullah SAW memberi peringatan mengenai kesihatan dalam sabda yang bermaksud:
Kebanyakan manusia hanya menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila mereka ditimpa kesakitan atau ditimpa penyakit. Pada ketika itu, barulah mereka menyedari perlunya menjaga diri dan mengekalkan kesihatan supaya aktiviti kehidupan tidak tergendala.
Jika begini kepentingan kesihatan, Islam daripada awal-awal lagi memberi perhatian serius dalam isu kesihatan. Islam menyediakan garis panduan lengkap kepada umatnya dari segi penjagaan, pengekalan dan pengawalannya.
Bab pertama kitab fikah ialah berkaitan kesucian atau taharah di mana Islam mensyariatkan setiap Muslim supaya mengambil wuduk sebelum menunaikan solat lima waktu. Begitu juga disyariatkan mandi untuk kebersihan diri dan bersugi (bagi menjaga kesihatan gigi).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Ia bermakna kebersihan dan kesucian diri adalah asas penting ke arah kesihatan jasmani.
Seterusnya, Islam memberi panduan ke arah penjagaan kesihatan yang berterusan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Di samping itu, Islam juga menggalakkan melakukan aktiviti kecergasan badan seperti berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti itu hendaklah disesuaikan peredaran dan keadaan masa kini berdasarkan kemampuan seperti bersenam, berjoging, bermain bola sepak dan mendaki bukit.
Selain itu, Islam mengharamkan beberapa jenis makanan haram yang perlu dijauhi seperti arak, dadah dan bangkai kerana Allah Maha Mengetahui makanan itu membawa lebih banyak kemudaratan kepada manusia berbanding dengan manfaat yang sedikit.
Oleh itu, Allah mengharamkan makanan berkenaan bagi kebaikan dan kesihatan. Firman Allah yang bermaksud:
Segala perkara terkandung dalam tegahan itu ialah perkara yang menjadi punca penyebaran penyakit di kalangan orang Islam kerana orang awam selalu mengabaikannya dalam kehidupan seharian.
Islam menggariskan kaedah tertentu sebagai mengawal kesihatan penduduk sesuatu tempat iaitu apabila berlaku satu-satu wabak penyakit yang berjangkit di satu-satu tempat, maka penduduk di tempat itu hendaklah dilarang keluar dan masuk supaya tidak merebak ke kawasan lebih besar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Islam menggalakkan umatnya di tempat yang terkena wabak itu supaya terus tinggal di sana kerana menjadi kebiasaan kepada kebanyakan orang untuk menyelamatkan diri dan melarikan diri daripada tempat diserang wabak.
Disebabkan tindakan mementingkan diri itu, ia membawa bala bencana kepada seluruh negara dan umat lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Mungkin ada orang yang nekad hendak memasuki negeri ditimpa wabak berjangkit dengan hujah takutkan penyakit adalah tanda kelemahan iman atau lari daripada takdir. Padahal, tindakan dan fahaman seumpama ini salah menurut perspektif Islam.
Pernah dicatat dalam sejarah Islam, Saidina Umar al-Khattab menolak pemergiannya ke negeri Syam tatkala berlakunya wabak taun di sana. Lalu ada orang berkata kepadanya: Adakah tuan hendak lari daripada takdir Tuhan? Ujar Saidina Umar: Kita lari daripada takdir Tuhan kepada takdir Tuhan.
Jelas daripada kisah di atas bahawa berikhtiar, bertawakal dan berusaha menggunakan sebab itu adalah suatu perkara dituntut Islam. Apa yang dinyatakan dan dilakukan Saidina Umar termasuk dalam pengertian takdir.
Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri daripada penularan penyakit berjangkit. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:
"Hendaklah engkau lari daripada pesakit kusta sebagaimana engkau lari daripada seekor singa." - (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
0 leave ur comment here:
Post a Comment