Solat istikharah adalah solat sunat yang dilakukan untuk memohon agar Allah memberi petunjuk untuk kita membuat pilihan dalam urusan kita. Selalunya dilakukan dalam urusan pemilihan jodoh. Tetapi sebenarnya solat istikharah ini sepatutnya dilakukan untuk setiap urusan penting kita, bukan setakat urusan perkahwinan. Bak sabda Nabi Muhammad s.a.w: Tidak akan menyesal orang yang beristikharah dalam menentukan urusannya.
sepertimana solat sunat biasa.Dua rakaat..boleh dilakukan pada bila2 masa(sebaiknya tidak dilakukan pada waktu2 yang diharamkan untuk solat sunat).
#Niat Solat Sunat Istikharah
Bacaan:
rakaat pertama; Al-Fatihah dan Al-Kafirun
rakaat kedua; Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
*boleh juga dibaca surah2 lain selain yang disebutkan selepas membaca Al-Fatihah.kalau tak hafal,baca Al-Fatihah pun sudah memadai
Selepas memberi salam,beristighfar dan membaca Al-Fatihah, hendaklah dibaca doa seperti di bawah:
Doa istikharah bererti memohon semoga ALLAH menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan. Sebenarnya amalan solat sunat sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang2 tidak diberi peringatan dalam soal ini sedangkan amalan solat istikharah ini sangat2 digalakkan oleh Rasulullah..
Kata Jabir r.a: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya:
"Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:"
Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini terbaik buatku dalam perkara agamaku, penghidupanku di dunia dan kehidupan akhiratku, maka takdirkanlah dan permudahkanlah ianya untukku serta curahkanlah melaluinya keberkatan bagiku.
Sebaliknya jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini bukannya yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, penghidupanku di dunia dan kehidupan akhiratku, maka jauhkanlah ia daripada ku, dan jauhkan aku daripadanya. Takdirkanlah yang terbaik buatku. Kurniakanlah kebaikan di mana saja ia berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.
Mengikut beberapa buah kitab Minyatul Musolli,Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin,secara
ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut:_
#Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
#Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
#Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
#Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
#Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).
ALLAH telah berfirman:
Sabda Nabi SAW :
‘Barangsiapa mencintai dunia,urusan akhiratnya akan tercicir.Dan barangsiapa yang mencintai akhirat,dunia akan mengikutnya.Dan pilihlah yang kekal daripada yang cepat binasa. HR Bukhari dan Muslim
Perkara pertama yang akan dihisap ialah solat.Perbaikilah solat kita tak kiralah solat yang WAJIB atau ISTIKHARAH sekalipun..barulah doa kita akan dimakbulkan..InsyaAllah..
Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin).
Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).
Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)
Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)
Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.
Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.
Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)
Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah).
Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya.(Zad al-Ma’ad, 2/406)
Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.
Bagaimanapun, pada ana, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlulah diutamakan.
Wallahu a’lam.
2 leave ur comment here:
boleh bantu saya....saya mencari niat solat sunat hindar bala...saya dah terlupa akan niat itu..terima kasih..
Solat Sunat Tolak Bala
Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Hajati Lidfiil Blaa Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
(Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat kerana Allah Ta'ala)
Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Kafirun.
Rakaat ke dua, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas.
Selepas memberi salam, baca doa tolak bala.
Doa Tolak Bala/ Wabak
Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.
Post a Comment