-TeRima KasiH GuRu-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)..

Mirwana - Terima Kasih Guru

Masih...jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi....
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

C/O: Terima kasih guru...
Kerana hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...

Guru... ibarat pelita...
Sentiasa menyinar kamar hidupku...
Guru...kau pewaris ilmu...
Mendidik diriku...hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

C/O:

Bridge:Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan...
Kan ku petik bintang-bintang...
Ku jadikan hadiah untukmu...
Moga Tuhan merahmatimu...
Terima kasih...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
*nasyeed ni ditujukan khas buat cikgu2 yang telah mengajar ana selama dari darjah 1-tingkatan 6,terutamanya di:_

1-Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 24,Shah Alam
2-Madrasah Al-Ehsaniah,Seksyen 24 Shah Alam
3-Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam
4-Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah Seksyen 27, Shah Alam(skejap je skola kat cni-2 mggu..hehe..)
5-Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad,Kuala Terengganu
6-Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu

tanpa cikgu2 semua,siapa la ana..dan ana tak mungkin akan berdiri dimana ana berdiri sekarang..dan tak lupe juga buat ‘qudwah hasanah’ ana,ummi dan walid..cikgu yang paling2 ana kagumi,yang banyak mengajar ana tentang kehidupan dunia yang sementara ni..syukran jazillan..(^_^)

Jasa cikgu amat besar, begitu juga pengaruh kalian dalam mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang pada majlis, maka berikan ruang, nescaya Allah akan memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

sesungguhnya amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak..Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya"..(Hadis riwayat At-Tirmizi)

wassalam...=)

0 leave ur comment here: