Letakkanlah pergantungan sepenuhnya kepada yang Esa, kerana Dialah sebaik-baik perancang, yang maha mengetahui segala sesuatu..bergantung kepada Allah, Allah will never let us down, by His will..dan, setiap kejayaan yang datang bukan kerana usaha kita semata, namun kejayaan itu adalah anugerah dari Allah..masyaALLAH=)
1)biasakan diri berada dalam keadaan berwudhuk
#jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan..kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan..jgn lupe ye membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati..insyaALLAH..
2)perbanyakkan membaca Al-Quran
#ganjaran yang besar akan diberikan ALLAH bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu2 lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur..jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada setiap masa dan ketika.
3)banyakkan solat sunat
#sebagai makhluk paling mulia di sisi ALLAH,kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari2.antaranya, dengan solat sunat.solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.kita bangun pada sepertiga malam dan seterusnya mendirikan solat2 sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada ALLAH..
Firman Allah bermaksud: "Dan pada waktu malam bangkitlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagi ibadahmu semoga Allah membangkitkanmu pada hari akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." (Surah al-Isra', ayat 79)
"Apabila ia bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, terbukalah pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka pada pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, nescaya pagi hari perasaannya buruk dan malas." (Hadis riwayat Bukhari)
"Apabila ia bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, terbukalah pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka pada pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, nescaya pagi hari perasaannya buruk dan malas." (Hadis riwayat Bukhari)
4)selalu berdoa kepada ALLAH
#ALLAH telah berpesan iaitu jgn menyembah selain daripadaNYA.ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada ALLAH yang maha Esa dan dilakukan secara berterusan.waktu2 mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum masuk waktu subuh,malam hari raya,ketika waktu azan dan iqamah..insyaALLAH,ALLAH akan memakbulkan doa setiap hambaNYA yang benar2 ikhlas.Namun,kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh2..
5)bersangka baik dengan ALLAH
#kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.semuanya itu adalah ujian daripada ALLAH yang bertujuan menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNYA..kita patut bersyukur,sedangkan kat luar sana ramai terbiar dilalaikan..oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan ALLAH dan jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.dan kita juga harus percaya bahawa tentu ada hikmah disebalik kejadian itu..Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
6)lakukan kegiatan luar seperti bersukan
#ramai orang cakap,badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas..segala tekanan akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti luar seperti bersukan,beriadah..jgn cuci mata buat perkara yang tidak mendatangkan faedah,da la ye..hee..
7)amalkan diet dengan disiplin yang kuat
#pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan satu faktor tekanan sewaktu belajar..oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.diet yang tidak dikawal akan menyebabkan masalah kegemukan yang juga membawa kepada penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,darah tinggi,kencing manis...ini time nak revision,semua junk food bawa keluar..ish3,nak study ke tengok wayang???
8)menangis dengan sepuas hati
#tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan meluahkannya di atas sehelai kertas..boleh ker???hmm,mesti la boleh..kalau tak caye,cuba la..kalau kita simpan perasaan kita dalam hati,diri sendirri mungkin akan merana."Luahan lain,hati lain"...ada sesetengah yang menghadapi masalah cuba menyembunyikan masalah mereka..kalau tak nak luahkan pada sahabat2,luahkan semuanya pada ALLAH..itu lebih baik..=)
9)hargai kebolehan diri sendiri
#kita harus mempunyai sikap yakin pada diri..Apabila kita mempunyai keyakinan diri,maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan..apa yang penting,hargai kebolehan diri sendiri dan mulakan hidup dengan lebih ceria..
10)cintailah diri sendiri
#"cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai orang lain"..
jelas daripada maksud sepotong hadis ini,kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain..
*p/s:utk leen dan aisha n de geng..Bittaufiq wannajah fil imtihan..=) jangan tension2 ye dik..nty effectnya sampai ke ana pulak..hehehe..
0 leave ur comment here:
Post a Comment