-SuraH at-TaubaH taNpa BisMiLLah-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Ada pelbagai penjelasan ulama tafsir berhubung perkara ini. Sebagai contoh diperjelaskan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jamik Li ahkam al-Quran.

Pandangan pertama ialah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau memungkiri janji. Sikap pihak Quraisy memungkiri janji menyebabkan surah ini diturunkan tanpa dimulakan dengan al-Basmalah.

Pandangan kedua pula yang diriwayatkan al-Nasaei ahmad daripada Muhammad al-Muthanna bahawa Ibn Abbas pernah bertanyakan kepada Uthman Affan, mengapakah surah at-Taubah termasuk dalam kategori suah al-Mi`in digabungkan dengan al-Anfal yang sebahagian surah al-Mathani.

Jawapan Uthman adalah perkara itu ditetapkan Nabi SAW tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat. Uthman hanya berkata, kedua-dua surah itu mengandungi mesej hampir sama. Perkara ini juga diriwayatkan al-Tirmizi dalam jalan periwayatan.

Pandangan ketiga pula daripada Abu Ismah dan Kahrijah bahawa sahabat berselisih pandangan terhadap surah al-Anfal dan at-Taubah. Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza.

Apabila kedua-dua golongan itu tidak bersetuju, maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan surah at-Taubah tanpa dimulakan al-Basmalah bagi menerima pandangan yang mengatakan ia sebahagian surah al-Anfal. Pada masa yang sama, surah at-Taubah dimulakan dengan nombor pertama bagi menerima hujah pihak kedua yang mengatakan ia adalah surah berbeza.

Pandangan keempat yang menjadi pilihan kebanyakan ulama bersumberkan daripada Ibn Abbas yang mengatakan al-Basmalah yang diletakkan pada permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah at-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu amaran dan peperangan.

Surah ini menyampaikan pernyataan umum putusnya ikatan dan perjanjian antara Muslimin dengan Musyrikin, kecuali sebahagian perjanjian yang sudah ditetapkan ketika berlakunya hingga ke waktu tertentu. Itupun jika perjanjian itu tidak dilanggar atau dirosakkan. Musyrikin sengaja melakukan helah terhadap Muslimin seperti menjalin hubungan dengan Yahudi dan mengingkari ketetapan yang ditandatangani bersama.

Perkara ini mengakibatkan ikatan persefahaman yang dimeterai bersama dirungkai dan tiada lagi tanggungjawab moral terhadap pengkhianatan itu.

Islam mesti membuat perhitungan dengan mereka. Demikian latar belakang peristiwa berkaitan dengan turunnya surah at-Taubah atau dinamakan juga sebagai al-Bara`ah seperti yang diperjelaskan Ibn Jarir dalam tafsirnya. Inti pati peringatan daripada surah ini dapat difahami dengan jelas menerusi ayat pertama surah berkenaan iaitu: "(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap golongan kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)."

Menurut Sufyan Uyainah, al-Basmalah yang terletak pada awal surah mengandungi makna rahmat yang diperuntukkan untuk kalangan Mukminin. Ini berbeza terhadap golongan Musyrikin, munafik dan kafir yang menjadi penentang Islam. Mereka tidak layak mendapat jaminan itu.

Bagaimanapun, setiap penjelasan ini sebenarnya adalah pandangan ulama di kalangan sahabat dan tabi'in. Memadailah untuk kita mengatakan setiap perkara yang berhubung dengan al-Quran adalah ketetapan Allah SWT secara tawqifiy.

Apabila Nabi SAW memperdengarkan bacaan al-Anfal hingga ke penghujung, maka Baginda menyambung dengan surah al-Taubah tanpa membacakan al-Basmalaha..

wallahu a'lam.


-JaMinaN SyurGa-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


ANAS bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.

Kemudian esok harinya, Rasulullah SAW bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi SAW bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, " Baiklah".

Anas berkata, " Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik".

"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga". Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Saya ingin mengetahui apa amalmu dan saya berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan". "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi SAW bersabda sedemikian"? Jawabnya: "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat". Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang ia mendapatnya". Saya berkata, " Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi SAW bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan".

- Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin.

wassaalam..

-MusLim PerLu seLidik KeBerSihaN SuMber MakaNaN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahandanya, datuknya bahawa Nabi SAW melarang memakan daging keldai belaan, menunggangi haiwan jalaalah dan memakan dagingnya (riwayat Ahmad dengan sanad yang baik sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari).

Kalangan ulama hadis menjelaskan jalaalah bermakna haiwan yang memakan daripada sumber yang kotor ataupun najis. Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah Nabi melarang memakan haiwan jalaalah daripada disembelih untuk dimakan dagingnya dan daripada meminum susunya.

Berpandukan kepada mafhum dua hadis di atas, Muslim dilarang memanfaatkan binatang yang memakan kekotoran (jalaalah ) ini untuk kegunaan berikut :

1. Menunggangnya

2. Meminum susunya

3. Memakan dagingnya

Bagaimanapun apabila seseorang itu hendak memakan binatang yang sentiasa memakan kekotoran itu, beliau hendaklah mengurung binatang itu sehingga makanannya ditukarkan kepada makanan yang baik. Perkara ini berpandukan kepada amalan Abdullah bin Umar yang pernah mengurung ayam jalaalah ( pemakan kekotoran ) selama tiga hari sebelum menyembelihnya.

Sebahagian ulama ada yang menyangka bahawa haiwan jalaalah ini terbatas kepada haiwan berkaki empat saja, walhal sabda Nabi SAW seperti yang termaktub dalam riwayat di atas, bersifat umum untuk semua pemakan kekotoran.

Sekiranya kita meragui sumber pemerolehan ikan contohnya dari tempat diharamkan, maka lebih baik diusahakan mencari rezeki daripada sumber yang diyakini kesuciannya.

Perbincangan ini sebenarnya lebih menjurus kepada ilmu akhlak bahawa Muslim diajar memastikan asal-usul atau sumber makanannya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan mencapai seseorang Muslim itu tingkat ketakwaan sehinggalah beliau meninggalkan sesuatu yang tidak ada apa-apa dengannya kerana bimbangkan adanya sesuatu padanya.
(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim )


Maksud hadis ini menuntut seseorang Muslim untuk bertindak menjauhi sesuatu perkara yang lahirnya kelihatan harus atau halal, tetapi apabila dilihat menerusi mata hati melahirkan sesuatu yang meragukan. Demikianlah seperti yang dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam bab makan, dan dan kepentingan menjaga diri dari hal-hal yang syubhat.

Kemungkinan apabila sampai kepada suasana ini Muslim mesti lebih berjaga-jaga dan menukar menu kepada makanan yang lebih diyakini kesucian dan sumbernya.

Wasiat ini juga selari dengan perintah Allah menerusi surah al-Mukminun ayat ke 51 yang bermaksud:

Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


Menurut al-Qurtubiy dalam tafsirnya, pesanan yang mengandungi perintah ini ditujukan khusus kepada golongan rasul. Jika kalangan manusia yang bertaraf maksum masih diingatkan kewajipan memelihara makanan, maka bagi manusia biasa, sudah tentulah lebih-lebih lagi ditekankan.

Kita juga dapat mengambil pengajaran betapa pentingnya umat Islam berkecimpung dalam kegiatan keusahawanan membabitkan penternakan ikan dan haiwan lain yang diperlukan untuk memenuhi keperluan duniawi dan fardhu kifayah.

Wallahu a'lam..

-MeNginGati Mati bEri kEinSafaN, tinGkat aMaL ibaDat-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


SEMUA makhluk ciptaan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Apabila tiba masanya, semuanya akan mati yang menandakan berakhirnya sebuah riwayat kehidupan, hanya Allah SWT yang akan kekal abadi selamanya. Firman Allah SWT,

"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh"
(An-Nisa': 78)


Biarpun pelbagai usaha dibuat terutama oleh mereka yang mempunyai kemudahan kewangan untuk mengelakkan bertemu dengan kematian, semua usaha tidak akan ke mana. Sebenarnya kita hanya menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat suruhan Allah SWT. Persoalannya bila, di mana dan bagaimana.

Ulama membahagikan kematian itu kepada dua, iaitu mati kecil iaitu tidur dan mati besar iaitu mati yang sebenarnya. Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa mengingati mati. Dengan mengingati kematian, sudah pasti setiap kita akan lebih bersiap sedia untuk menempuhinya. Bersedia dalam erti kata melengkapkan roh dan jasad dengan amalan dan ibadat yang banyak.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya sebelum ini aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat."


Ibadat sembahyang ada hubung kaitnya dengan ingatan kepada kematian. Setiap kali menunaikan ibadat solat, sekurang-kurang dua kali kita menyebut 'Yaumuddin' yang pastinya mengingatkan kita kepada Hari Kiamat, sebuah alam abadi yang bakal dihuni apabila tamatnya riwayat hidup alam fana ini.

Begitu juga sewaktu ketika dibaca doa Iftitah, kita menyebut kalimah 'wamamati'. Ia turut menginsafkan seseorang yang mendirikan solat agar sentiasa mengingati akan kematian. Dari sudut prinsip, kematian adalah suatu hala tuju kehidupan seseorang insan untuk menghargai tubuh badan dan roh yang dikurnia Allah SWT. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam dalam diri, kematian akan membangkitkan kesedaran dan keinsafan untuk seseorang lebih hampir ke sisi Tuhan.

Wujud salah faham di kalangan umat Islam hari ini yang selalunya beranggapan bahawa orang yang lebih lanjut usia, lazimnya akan pergi terlebih dulu untuk menghadap Allah SWT. Salah faham begini bukan saja menafikan keadilan Allah, malah boleh membawa diri seseorang itu untuk berpaling daripada tuntutan agama yang sebenar.

Ramai di kalangan manusia yang lebih muda usianya lebih leka dan alpa dengan kenikmatan dunia yang sementara kerana beranggapan kemanisan hidup di dunia perlulah dikecapi dengan sepenuh-penuhnya, sebelum tibanya hari tua untuk melengkapkan diri dengan beramal ibadat, sebelum kematian menjengah.

Dalam satu lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda,

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang semakin lanjut usianya semakin baik amal perbuatannya. Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang dilanjutkan usianya, tetapi semakin buruk pula amal perbuatannya."


Ibnu Umar pernah berkata,

"Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit."

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah tetapi kejahatan yang kita buat ketika hidup di dunia, semuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah SWT. Walaupun kita melupakannya, tetapi Allah SWT sekali-kali tidak demikian.

Diceritakan bahawa Lukman Hakim mempunyai seorang anak lelaki yang cukup degil. Beliau terpaksa menempuh kesukaran dan kepahitan hidup untuk mendidik anaknya yang keras hati itu. Banyak usaha dan cara dilakukan untuk mengubah keadaan anaknya itu, tetapi semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu ketika Lukman membawa anaknya itu menziarahi kubur setiap kali ada kematian. Lalu, tidak lama kemudian, anaknya itu mula insaf dan sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang akan diakhiri dengan kematian.

wallahu'alam..

-DidiK KeWajiPan SoLat-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


KALAU diteliti secara jujur dalam masyarakat kita hari ini, ternyata solat yang menjadi tiang agama belum lagi serasi dan membudaya terutama di kalangan remaja. Kesedaran mengenai hikmahnya belum meresap di jiwa dan keimanan belum benar-benar mantap. Akibatnya, bercambah dari sehari ke sehari pelbagai perbuatan keji dan maksiat dalam masyarakat, seperti menderhaka ibu bapa, minum arak, bergaul bebas, mengadakan hubungan seks secara haram, pembuangan bayi tanpa rasa belas, lumba haram, ragut dan lain-lain. Keadaan ini tidak asing lagi bagi kita dan sungguh membimbangkan. Sebelum lebih parah, usaha ke arah pencegahan sangat perlu dan diharapkan oleh semua pihak terutama ibu bapa.

Sekiranya solat dilaksanakan atas dasar kesedaran, keimanan dan keikhlasan, seseorang akan terhalang daripada melakukan perkara maksiat yang mengundang dosa, yang sudah tentu mencemarkan imej Islam. Masyarakat Islam dipandang tinggi dan berakhlak terpuji sekiranya setiap individu taat dan tekun dalam melaksanakan ibadah solat seperti dijelas dalam ayat suci bermaksud:

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan sungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut: 45)

Bagi merealisasikan masyarakat yang sopan, berakhlak mulia, mengenali Allah dan patuh dengan suruhan agama, peranan ibu bapa mendidik anak dengan tanggungjawab dan penuh kasih sayang sangat diperlukan. Lantaran didikan awal manusia itu bermula di rumah. Apabila keimanan sudah tertanam di jiwa anak, dan diasuh dengan nilai agama suci, ia akan mendorong mereka membenci sebarang bentuk maksiat dan kehidupannya selalu berpandukan kepada al-Quran dan ajaran Rasulullah. Kewajipan solat fardu pasti disempurnakannya dengan sebaik mungkin. Lantaran itulah, Rasulullah memerintahkan setiap ibu bapa supaya menitikberatkan soal akhlak dan solat ini terhadap anak seperti maksud hadis berbunyi:

"Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud)


Perintah menunaikan solat juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud,

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (Toha: 132)

Memang tidak dinafikan kebanyakan ibu bapa tidak mendidik anaknya di rumah kerana selalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak mempunyai waktu. Sebenarnya itu hanya alasan semata-mata. Bukankah kita diperintah supaya mengurus masa dengan bijaksana? Oleh itu, ibu bapa sebenarnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hala tuju dan corak hidup anaknya.

Di samping itu, ibu bapa yang beriman, bertanggungjawab dan kaya dengan sifat kasih sayang, selalu mengharap dan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak yang taat melaksanakan solat, lantaran ibadah itu akan memberi kesan yang sangat baik bukan saja terhadap diri, bahkan juga kehidupan masyarakat seluruhnya.

"Wahai Tuhanku. Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" (Surah Ibrahim: 40)


Orang yang solat bermakna selalu ingat dan dekat kepada Allah Taala, cinta semakin bertambah dan jiwanya sentiasa tenang dan lapang. Dalam dirinya tumbuh sifat mahmudah, berbudi pekerti mulia, sabar, tahan diuji, suka memberi pertolongan, tidak sombong dan lain-lain. Inilah gambaran sahsiah Muslim yang dibentuk oleh kewajipan solat dalam agama.

Dengan demikian, soal keruntuhan akhlak dan gejala sosial lainnya akan pasti lenyap. Masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan bahagia, dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dengan rahmat dan keredaan-Nya.

wallahu'alam..

-DoSa tak DaPat DitebuS deNGan WanG-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Orang berilmu mesti ikhlas sampaikan kebenaran, cari reda Allah dengan iman dan amal


AGAMA tidak boleh dibeli dengan duit tetapi hanya dapat dimiliki hati yang ikhlas, tunduk dan setia kepada Allah SWT, serta menepati Sunnah jalan kehidupan Rasulullah SAW. Maka agama itu sah hanya menjadi milik orang yang mukhlis dan muttabi' (mengikuti) jalan kehidupan Rasulullah SAW.

Jika agama boleh dibeli, hanya orang kaya yang akan masuk syurga. Mereka boleh bertaubat dengan duit bukan kerana keikhlasan hatinya. Setiap tahun mereka pergi mengerjakan haji tetapi setiap kali balik haji, dosa dan maksiat yang sama diulangi lagi. Atau mereka yang suka mewakilkan sebarang ibadah dengan perantaraan ustaz dan lebai upahan. Bayar orang mengaji dan berjemaah di rumah tetapi pemilik rumah sendiri tidak sembahyang atau kenal al-Quran.

Jika sudah meninggal nanti, senang saja hendak tebus dosa dengan kenduri tahlil upahan. Berebut-rebut membayar segelas air Yasin dengan harga yang lumayan tinggi untuk melariskan perniagaan, mengubat penyakit, menundukkan isteri agar reda dengan kehendak suami yang mahu berkahwin lagi dan bermacam-macam lagi khasiat yang dipercayai boleh memenuhi hajat.

Alangkah hodohnya agama ini, jika ajarannya boleh dijual beli sesuka hati. Seolah-olah semua masalah itu boleh diselesaikan dengan duit, maka selamatlah mereka masuk syurga. Biarlah maksiat dikumpul, daripada dosa besar dan kecil. Kerana bagi mereka bukankah semua boleh dirunding dengan membeli doa, sembahyang dan bacaan al-Quran atau menderma kepada anak yatim?

Jika orang Islam memahami agamanya dengan pemikiran jahil dan tempang sebegini, maka hancurlah harapan matlamat syiar tauhid yang dibawa Nabi dan Rasul. Seperti orang Yahudi dan Nasrani menyelewengkan ajaran agama dengan permainan politik wang mereka sehingga boleh membeli agama dengan harga murah. Pahala dan dosa dibeli dan ditebus dengan jaminan tokoh agama. Tokoh agama mereka pula dilimpahi harta ditimbun di dalam rumah ibadat kemudian mereka menyembunyikan kebenaran dan membiarkan umatnya hidup bergelumang dosa, bahkan mereka berani melakukan penyelewengan fatwa agama agar mengikut hawa nafsu mereka dan menguburkan ajaran tauhid murni yang ditinggalkan Nabi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (Surah Al-Baqarah: 159)


Begitulah keadaan orang yang berilmu tetapi menyembunyikan kebenaran kerana mahu mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit. Mereka membiarkan umat dalam kesesatan asalkan mereka dibayar dengan harga yang murah. Apakah pelaku maksiat boleh berasa aman dan selamat dengan membayar duit atas dosa itu? Pada hal hati tidak boleh dibohongi dan sememangnya mereka masih dihantui ketakutan dikejar rasa bersalah akibat mempermainkan agama Allah, bahkan mereka menipu Allah SWT.

Sesungguhnya reda Allah SWT tidak dapat dibeli dengan duit, ia hanya dikurniakan kepada orang yang ikhlas, taat dan setia kepada ajaran-Nya tanpa berbelah bagi. Contoh manusia yang mulia ini dizahirkan Allah SWT pada diri Nabi dan Rasul berserta umat mereka yang setia. Mereka membeli keredaan Allah dengan tauhid yang murni, ilmu dan amal yang teguh mengikut landasan wahyu dan bekerja untuk memperjuangkan agama.

Tidak sesekali mereka memilih sesuka hati mana ajaran yang disenangi dan mana yang dibenci untuk ditinggalkan. Semuanya wajib ditaati di sisi Allah SWT. Orang yang mengharap keredaan Allah bertungkus lumus mencari hidayah-Nya dengan pencarian ilmu sepanjang hayat. Ibnu al-Qayyim pernah berkata, "Ilmu hakiki adalah firman Allah, ia adalah tingkat pertama, sabda Rasulullah, ia adalah tingkat kedua dan kata-kata sahabat, ia adalah tingkat ketiga". Setiap mukmin mesti berpegang dengan ketiga-tiga kekuatan ini jika ia tidak mahu tersesat. Kerana ramai yang mengamalkan agama mengikut selera akal saja tanpa mahu tunduk kepada Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan amalan Salafus Saleh yang sahih daripada mereka.

Semestinya pencari reda Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai bacaan wajib yang tidak sesekali ditinggalkan. Kemudian dia menggandingkan dengan hadis Rasulullah SAW yang menterjemahkan ajaran al-Quran secara nyata dalam kehidupan seharian. Keduanya, bukan hanya dibaca tetapi semestinya dihadam secara halus untuk direalisasikan dengan sikap dan perbuatan yang sesuai dengan nilai al-Quran, seperti jawapan Aisyah ketika ditanya mengenai sikap dan akhlak Nabi SAW, beliau berkata.

"Sesungguhnya Rasulullah SAW seperti Al-Quran yang berjalan".

Seperti manusia kini yang sempurna pada ibadat tertentu tetapi hancur akhlak dan moralnya. Pada hal akhlak adalah bukti benarnya akidah seseorang. Contohnya ahli sembahyang yang derhaka kepada ibu bapa, kaki masjid yang menghabiskan masanya berzikir tetapi kuat mengampu, memfitnah dan mengaibkan orang. Seseorang yang kononnya membela dakwah tetapi tidak bertanggungjawab kepada keluarga.

Rasulullah SAW hidup dengan perjuangan dan jihad membina masyarakat bukan semata-mata duduk di masjid untuk beribadah sepanjang masa. Kerana agama yang dibawa Rasulullah SAW ini bukan hanya mengatur urusan hamba dengan Tuhan, tetapi juga membabitkan sesama makhluk dan alam semesta.

Selepas sempurna ilmu dan amal, akidah dan akhlak seseorang demi mengharap reda Allah SWT, maka usaha yang lebih mendekati Allah adalah dengan memperjuangkan agama. Kadang-kadang ilmu dan akhlak boleh menipu seseorang, ramai yang memanfaatkan keduanya untuk kepentingan dunia dan peribadi melebihi keredaan Allah.

Di sinilah diperlukan bukti yang menunjukkan ilmu dan akhlaknya bersih iaitu dengan mencurahkan segala khazanah ilmu dan akhlak itu untuk menegakkan agama.

Allah SWT menetapkan dalam firman-Nya bahawa reda Allah hanya dikurniakan kepada orang berjihad:

"Dan orang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik. (Surah Al-Ankabut: 69)


wallahu'alam..

-DajaL HaraM MaSuk Makkah, MadiNaH-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


DAJAL ini sebenarnya satu nama dalam bahasa Arab yang berada dalam acuan kata yang merujuk kepada makna terlalu atau melampau atau berlebihan (sighah mubalaghah).Dalam kamus bahasa Arab contohnya Lisanul Arab, Ibn Manzur mengemukakan salah satu makna perkataan Dajal itu merujuk kepada menutup kebenaran dengan ramainya pengikut.

Dalam kamus al-Wasit pula, Dajal bermaksud pembohong besar. Yusuf al-Wabil menjelaskan dalam karya beliau Asyrat al-Sa'at, yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa nusantara oleh Pustaka Ibn Kathir, dajal ini membawa makna mencampur adukkan. (Rujuk buku Kiamat sudah Dekat, terbitan Pustaka Ibn Kathir, Jakarta).

Mengikut hadis riwayat Imran bin Husain ra, Nabi SAW bersabda maksudnya:

"Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal." (Riwayat Muslim No 7582).

Berdasarkan takrifan dan hadis di atas, kesimpulannya, dajal adalah seorang lelaki kecenderungannya untuk menutup kebenaran dengan kebatilan atau dia menutup kejahatannya di hadapan manusia dengan pembohongannya.

Berkaitan dengan perkara ini Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya akan ada pada umatku, 30 orang Dajjal iaitu pembohong besar. Setiap mereka mengaku menjadi nabi. Semuanya akan berbohong terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya. Aku adalah penutup sekalian nabi. Tidak ada seorang nabi pun selepasku.
(Riwayat Ahmad No 10073, Abu Daud No 4336, Abu Ya'la No 5810).


Dalam kitab Dalail an-Nubuwwah karangan al-Baihaqi, Nabi SAW sudah menyenaraikan nama mereka, antaranya al-Aswad al-Ansi, Musailamah, al-Mukhtar dan lain-lain. Nabi SAW turut menyebut dalam hadis yang sama,

kabilah Arab paling jahat iaitu Bani Umayyah, Bani Hanifah dan Thaqif kerana menolong kalangan pendusta itu.
(Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah No 2825).


Menurut keterangan yang dikemukakan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis dajal ini adalah seorang lelaki yang masih muda, berkulit merah, pendek, keningnya lebar, dadanya lebar, mata kanannya buta dan keadaannya seperti buah anggur yang menonjol, sementara di atas mata kirinya ada daging yang tumbuh, antara dua matanya tertulis huruf kaf, fa` dan ra` secara terputus-putus. Jarak antara dua betisnya berjauhan dan rambutnya kerinting. Huruf-huruf yang terpampang di atas dahinya itu dapat dibaca oleh setiap Muslim. Dan antara sifatnya yang lain adalah dia mandul dan tidak memiliki anak.

Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarah Muslim, tulisan pada dahi dajal ini nampak dengan jelas. Ia adalah hakiki, yang dijadikan Allah SWT sebagai tanda pelbagai kekufuran, pembohongan dan kejahatannya.

Dajal ini suatu ujian yang timbul pada akhir zaman kepada manusia. Dajal turut dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang amat luar biasa seperti menghidup dan mematikan manusia. Dia juga mampu memberikan kesenangan kepada pihak yang menyokongnya dan menganiayai pihak yang menentangnya. Dia memiliki syurga dan neraka dan kemampuan menurunkan hujan. Bagaimanapun, semuanya terjadi dengan kehendak Allah SWT. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya bersama dengannya ada air dan api, maka apinya adalah api yang dingin dan airnya seperti api. Maka janganlah kamu terpedaya."
(Riwayat Muslim No 7553).


Kesimpulannya, ana kemukakan penjelasan al-Qadhi Iyadh, beliau berkata, maksudnya: "Hadis-hadis diriwayatkan Imam Muslim dan yang lain adalah hujah yang benar yang menetapkan kewujudan dajal.

Sesungguhnya dia adalah manusia secara hakiki dijadikan Allah SWT sebagai ujian untuk hamba-hamba-Nya dengan cara yang sudah ditentukan, berupa kemampuan menghidupkan orang yang dia sudah bunuh dan kelihatan segala macam kegemerlapan dunia dengan kesuburan bersamanya, syurga dan nerakanya, dua sungainya dan khazanah bumi yang mengikutinya, perintahnya agar hujan diturunkan sehingga turunlah hujan dan kemampuannya menumbuhkan pokok di muka bumi semuanya atas keizinan Allah SWT.

Kemudian Allah SWT akan melemahkannya selepas itu hingga dia tidak lagi mampu membunuh orang itu dan selainnya. Kemudian datanglah Isa untuk misi membunuhnya lalu Allah SWT menetapkan keimanan orang-orang yang beriman.

Demikianlah mazhab ahli Sunnah dan semua ulama hadis serta fuqaha, berbeza daripada pandangan golongan yang mengingkari seperti Khawarij, Jahmiyyah dan sebahagian Muktazilah beranggapan semua perkara luar biasa itu adalah khayalan.

Akhirnya menyedari bahaya tipu daya dajal ini, Nabi SAW sudah mengemukakan panduan yang wajar diambil berat oleh umat Islam iaitu:

# Berpegang teguh dengan Islam.

Hanya golongan mukmin yang benar-benar memahami aqidah Islam saja yang akan dapat menolak fitnah dajal. Contohnya mengenali sifat-sifat Allah SWT akan menyebabkan seseorang membezakan antara manusia yang hodoh ini dengan Allah SWT yang tidak dapat digambarkan dengan apa juga gambaran.

Memohon perlindungan daripada fitnah dajal. Nabi SAW menganjurkan kita mengamalkan doa perlindungan kepada Allah SWT dalam tasyahud akhir sebelum memberikan salam. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi SAW kerap berdoa dalam solat baginda, yang bermaksud:

"Ya Allah ku pohon perlindungan dari azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajal. Ya Allah, ku pohon perlindungan dari dosa dan hutang. (Ya Allah aku sudah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang). (HR al-Bukhari No 832 ,834, 6326, 7387, 7388 dan Muslim No 589, 2705).

# Menghafaz beberapa ayat dari surah al-Kahfi.

Sebagai contoh dalam hadis Nabi bersabda maksudnya:

Barang siapa yang bertemu dengan dajal itu maka bacakanlah olehmu permulaan surah al-Kahfi. (Riwayat Muslim)

# Menjauhi Dajjal.

Lebih utama daripada itu, kita digalakkan berada atau mendiami Makkah dan Madinah kerana Allah SWT mengharamkan Dajjal daripada memasuki ke dua-dua tempat ini. Seperti sudah dijelaskan, dajal mampu mempengaruhi sesiapa menyaksikan kehebatannya untuk mentaatinya. Maka wajarlah bagi setiap Muslim menghindari atau mendekati dajal ini.


Akhir sekali ana mencadangkan agar kita semua mengkaji peristiwa akhir zaman yang berlaku menerusi penjelasan Nabi SAW daripada kitab-kitab hadis contohnya Riyadhus Salihin susunan al-Imam al-Nawawi.

Tulisan Yusuf al-Wabil dalam kitab Asyratus Sa'ah juga adalah sebuah kajian amat baik menerusi penelitian dan susunan amat jelas juga akan membantu memahami peristiwa akhir zaman akan berlaku. Kedua-dua karya ini sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai Riyadhus Salihin dan Hari Kiamat Sudah Dekat, diterbitkan Pustaka Ibn Kathir.

wallahu'alam..

-PeNdiDikaN iMaN haruS DiteraPKaN-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


SETIAP perbuatan mestilah disertai dengan iman. Iman menjadi pagar dalam kehidupan. Setiap perbuatan yang disertai dengan iman akan diberkati oleh Allah SWT. Penyatuan antara ilmu dan iman adalah penting begitu juga ilmu dan amal.

Pendidikan keimanan mestilah berpandukan al-Quran dan Sunnah. Al-Quran adalah kitab petunjuk yang sentiasa memberi pendidikan dan pengajaran bagi manusia agar dapat membentuk keimanan yang sempurna.

Proses pendidikan iman manusia haruslah diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk iaitu pada peringkat kanak-kanak lagi.

Pendidikan iman juga harus diterapkan sejak manusia mengenal perkara yang baik dan buruk iaitu pada peringkat kanak-kanak lagi. Pendidikan keimanan bertujuan mengajar manusia mengenal dan meyakini adanya perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman, hari akhirat dan qada dan qadar serta syariat Islam.

Tujuan pendidikan keimanan adalah untuk memberi keyakinan bahawa manusia perlukan pertolongan Allah SWT dalam segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Hanya Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. Tunjukkanlah (hati) kami ke jalan lurus” (Al-Fatihah:5).


Selain itu, pendidikan iman juga untuk mengambil peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada azab neraka” (At-Tahrim: 6).

Pendidikan iman juga mendidik manusia supaya mencintai Allah SWT, Rasulullah SAW dan keluarganya serta membiasakan diri dengan membaca al-Quran. Ia juga mendidik manusia meyakini mengenai kekuasaan dan segala ciptaan-Nya, menanam keyakinan bahawa setiap amalan manusia akan mendapat balasan sewajarnya dari Allah SWT.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud;

“Iman yang paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana kamu berada” (Riwayat Ath Thabrani).


Tokoh Islam Abul Hasan an-Nadwi berkata, “Mereka yang tidak disertai iman adalah buta; hati yang tidak disertai iman adalah segumpal bangkai daging; manakala masyarakat yang tidak disertai iman adalah kumpulan binatang yang dihimpunkan.

Sementara itu, Dr ’Aidh Abdullah Al-Qarni berkata, nyanyian yang tidak disertai iman adalah kata-kata yang sia-sia; tulisan yang tidak disertai iman adalah kata-kata kosong; dan pidato yang tidak disertai iman adalah pekikan yang mendatangkan sebarang faedah.

Berkaitan dengan benteng iman Imam Muslim berwasiat yang bermaksud; “Iman mempunyai bentengnya seperti yakin, ikhlas, istiqamah, memperbanyak amalan sunat, khusyuk dan berakhlak mulia, Oleh itu, kuatkan benteng keimanan itu dengan meningkatkan kualiti ibadah”.

Sesungguhnya, melalui ibadah iaitu semakin banyak kita sembahyang kita akan dekat dan beriman kepada Allah SWT. Seperti janji kita dalam doa iftitah,

“Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Oleh itu, laksanakan apa yang kita ucapkan dari hati dengan penuh keimanan dalam kehidupan.

wallahu'alam..

-JaNji perLu dikotakaN BukaN SekaDar PeMaNis muLut-




In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



TTINDAK balas kita sebagai umat Islam apabila sesuatu situasi berlaku ada kala dilakukan dengan tujuan sebagai untuk menunjukkan keprihatinan semata-mata. Seolah-olah keikhlasan hanya perkara kedua dan tidak penting dalam mendasari sesuatu peristiwa. Apabila kita mendapat tahu berita kematian dari seseorang dengan pantas kita akan menyebut 'Innalillahiwainahillahirajiun' (dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali). Selepas itu sama ada si mati akan diziarahi atau tidak akan bergantung kepada sama ada si mati ada hubungan kekeluargaan, kawan rapat atau ada hubungan perniagaan dengan penerima berita berkenaan. Seolah kematian itu dekat dengan si arwah dan jauh dari kita.

Kata orang cara yang paling baik ialah cara yang selamat. Mungkin dengan hanya menyambut berita kematian dengan satu baris ayat yang menjadi perkara sunat dan sifat seorang Muslim sudah cukup untuk melepaskan tanggungjawab kita untuk mengetahui kebajikan si mati yang tidak mempunyai kepentingan wang ringgit kepada kita.

Kita lekas beranggapan akan ada orang yang akan mengafan dan mengebumikan jasad si mati dan kita akan segera berfikir secara logik apa perlu melawat orang meninggal dunia yang tiada kepentingan dan keuntungan langsung kepada diri kita. Lainlah kalau si mati itu majikan kita, klien kita, ibu bapa kita, saudara kita, guru kita, sahabat kita mungkin kita akan segera berziarah dan sama-sama membantu dalam urusan pengebumian.

Tabiat hanya memberi tindak balas tanpa melakukan amalan sepatutnya, mungkin kerana desakan hidup dan tiada keuntungan ekonomi kepada penerima berita. Selain itu kerap kali apabila berjanji, pemberi janji akan mengucapkan `insyaAllah` (jika diizinkan Allah), seolah-olah setiap perkara yang gagal dilakukan disebabkan Allah SWT tidak memberi restu dan memakbulkan usaha kita sedangkan usaha kita entah di mana dan ke mana hala tujunya.

Perkara ini ada kalanya amat menyedihkan kerana ia lazim dilakukan pemimpin yang banyak memberi janji itu dan ini kepada rakyat dan untuk melepaskan diri mereka menjadikan ucapan insyaallah sebagai insurans apabila ia gagal direalisasikan. Apabila gagal orang lain pula akan dijadikan `kambing hitam` seolah janji yang dibuat sekadar pemanis kata-kata yang mengandungi racun berbisa. Bagi pemimpin sebegini jangan jadikan ayat-ayat Allah sebagai pelapik kata kerana lidah yang berkata-kata perlu mempunyai bahu yang kuat untuk memikul tanggungjawab, jangan hanya menyebut insyaallah, alhamdullillah, subhanallah demi memukau orang yang mendengar. Dunia sekarang manusia ingin melihat bukti dan realiti bukan hanya janji yang tidak pasti dan khabar angin yang hanya sedap didengar namun jauh daripada kemampuan kita untuk melakukannya.

Maka berhati-hatilah dengan kata-kata kita sekadar memberi respons yang kita anggap sudah memadai untuk menunaikan tanggungjawab lebih tepat sebagai seorang Muslim yang saling bersaudara. Kita boleh berkata `insyaallah` jika kita yakin usaha kita kelak akan berhasil dan munasabah dilakukan. Jika kita hanya mampu berkata-kata sekadar menyedapkan hati orang lain dan kemudiannya melepaskan tanggungjawab kita, lebih baik kita usah memberi tindak balas langsung kelak kita dianggap sebagai manusia yang bersifat hipokrit dan terlebih keyakinan diri sedang usaha belum dibuat manifesto panjang berjela-jela.

Manifestasinya manusia yang rasional akan memandang rendah kepada kita sebagai sama ada pemimpin atau seorang profesional. Adalah lebih baik apabila menerima sama ada menerima berita kematian atau berjanji untuk berusaha sama ada melawat si mati atas dasar sesama Muslim dan hanya berjanji jika kata itu mampu dikotakan.

wallahu a'lam..


-PuaSa SuNat yanG MeNjaDi aMaLan RasuLuLLah-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Puasa adalah ibadat yang berkesan sekali dalam mengendalikan hawa nafsu sekaligus dapat menyinari hati dan mendidik seluruh anggota sehingga ke martabat taqwa, kerana puasa yang sebenar-benarnya megekang pancaindera daripada melakukan perkara2 dosa dan haram.

Dari segi ganjaran puasa, bahawa tidak ada satu amal ibadat pun yang tidak ditentukan dan dibataskan ganjaran pahalanya selain dari ibadat puasa. Sesungguhnya pahala orang yang melakukan ibadat puasa tidak ditetapkan satu jumlah dan tidak pula dihadkan dengan satu had tertentu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'ANHU daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

"Segala amal kebajikan anak adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kalii ganda. Allah berfirman:"Kecuali puaasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku".(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan bahawa segala amalan manusia itu dihadkan atau dibatasi oleh ALLAH ganjarannya daripada sepuluh sampai 700 kali ganda, tetapi tentang puasa tidaklah sedemikian. Dalam erti kata lain tidak dibataskan ganjarannya oleh angka atau jumlah yang tertentu, bahkan terserah kepada ALLAH yang Maha Kaya memberikan pembalasan yang setimpal dengannya. Ini tidak lain tidak bukan adalah menggambarkan bahawa betapa besarnya dan istimewanya ibadat puasa di sisi ALLAH..

Lebih daripada itu lagi, ALLAH swt menyediakan sebuah pintu di dalam syurga yang dikhususkan NYA bagi orang yang berpuasa untuk memasukinya di hari Kiamat nati sebagaimana diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda"

"Sesungguhnya didalam syurga terdapat pintu disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri(untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk daripadanya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

maksudnya:"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."[Hadis Riwayat Bukhari]

BERTANYA seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW.

Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari).


Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

“Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217).


Firman Allah:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6).


Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.


١- Puasa enam hari pada Syawal

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”.

Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173).

Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56).

Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).


٢- Puasa Muharam

- Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.


٣- Puasa Hari-Hari Putih

- Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari).

Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177)

Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim).

Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud,

“Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

٤- Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah

- Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa.

Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah).

Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari.

Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).

٥- Puasa hari Asyura (10 Muharam)

- Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”.

Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi.

Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.

٦- Puasa Isnin dan Khamis

- Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi).

Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)

٧- Puasa Nabi Daud AS

- Rasulullah SAW bersabda:

“ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari).

Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda:

“Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).

Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

wallahu'alam..

-PuaSa Qada tiDak WajiB diLakSana BertuRut-turut-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


QADA puasa Ramadan, wajib dilaksanakan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. Ini jelas firman Allah yang bermaksud:

“(iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”. (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Ada dua pendapat mengenai wajib tidaknya qada puasa dilakukan sebanyak hari yang ditinggalkan. Pendapat pertama menyatakan jika hari puasa yang ditinggalkannya berurutan, maka qada harus dilaksanakan secara berurutan pula, lantaran qada pengganti puasa yang ditinggalkan, sehingga wajib dilakukan secara sepadan.

Pendapat kedua menyatakan bahawa pelaksanaan qada puasa tidak harus dilakukan secara berurutan, lantaran tidak ada dalil menyatakan qada puasa harus berurutan. Surah al-Baqarah diatas hanya menegaskan qada puasa, wajib dilaksanakan sebanyak jumlah hari yang ditinggalkan itu saja.

Pendapat kedua ini didukung oleh pernyataan dari hadis tegas , sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Qada Ramadan itu, jika ia berkehendak, maka ia boleh melakukannya terpisah. Dan jika ia berkehendak, maka ia boleh melakukannya berurutan.” - (Hadis Daruquthni).

Pendapat kedua dikira lebih baik, lantaran ia didukung oleh hadis yang sahih.

Dengan demikian, qada puasa tidak wajib dilakukan secara berurutan dan dilakukan pada bila-bila masa saja. Ia boleh dilakukan secara berurutan dan boleh juga secara terpisah. Jika jumlah hari yang harus ganti puasa itu tidak diketahui lagi, misalnya lantaran sudah terlalu lama, atau memang sulit diketahui jumlah harinya, maka alangkah bijak jika kita tentukan saja jumlah hari yang paling maksimum.

Waktu dan kesempatan untuk melaksanakan qada puasa Ramadhan panjang, sebelum sampai Ramadhan berikutnya. Sebaiknya qada puasa dilaksanakan dengan segera bimbang gagal dilaksanakan. Ia disebabkan ada halangan, sering sakit, bersikap kurang berhati-hati atau sengaja mengabaikannya.

Penangguhan atau penundaan pelaksanaan qada puasa Ramadan sampai tiba Ramadan berikutnya (tanpa halangan yang sah), maka hukumnya haram dan berdosa. Jika penangguhan itu kerana uzur maka ia tidaklah berdosa.

Orang yang meninggal dunia sebelum memenuhi kewajipan qada puasa Ramadan, mempunyai tunggakan hutang kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, pihak keluarga wajib memenuhinya. Hutang puasa Ramadan bagi orang yang meninggal dapat diganti dengan fidyah, iaitu memberi makan sejumlah 600 gram bahan makanan asas kepada seorang miskin untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya.

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Siapa saja meninggal dunia dan mempunyai kewajipan puasa, maka ia dapat digantikan dengan memberi makan kepada seorang miskin pada tiap hari yang ditinggalkannya.” - (Hadis Tirmidzi)


Ada juga pendapat kedua menyatakan bahawa jika orang yang memiliki kewajipan qada puasa meninggal dunia, maka pihak keluarganya wajib melaksanakan qada puasa itu sebagai gantinya, dan tidak boleh dengan fidyah. Sedangkan dalam praktiknya, pelaksanaan qada puasa boleh dilakukan orang lain, dengan izin atau atas perintah keluarganya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Siapa saja meninggal dunia dan mempunyai kewajipan qada puasa, maka walinya (keluarganya) berpuasa menggantikannya.” -(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Pendapat kedua ini dikira lebih kuat lantaran hadis sahih. Sementara pendapat pertama dinilai lemah kerana hadis marfu', gharib atau mauquf, dan tidak dapat dijadikan landasan hukum.

wallahu'alam..


*kepada akhawat yang ada hutang dengan ALLAH, cepat2 la bayar ye..=)

apa2 pun,"selamat melangsaikan hutang"..

......wassalam........


-MaSa DiharaMkaN SyaraK PuaSa SuNat-

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


BAGI yang sering berpuasa akan bertembung dengan hari-hari yang diharamkan berpuasa dan hari yang dimakruhkan.

Puasa yang diharamkan syarak ialah:

١- Dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Sebuah hadis daripada Abu Ubaid bahawa beliau pernah berhari raya bersama Saidina Umar di mana Umar berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berkhutbah lalu berkata:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Adapun Aidilfitri kamu berbuka kerana selesai Ramadan, manakala Aidiladha kamu memakan sembelihan korban yang kamu lakukan. (HR Abu Daud).


٢- Tiga hari selepas Aidiladha atau hari Tashrik (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Daripada Abi Murrah maula Ummu Hani’ ketika dia bersama Abdullah Bin Amr RA bertemu bapanya Amr Bin Al-As lalu dihidangkan kepada kami makanan dan Abdulah berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Lalu jawab Amr: Makanlah, sesungguhnya Nabi SAW menyuruh kami berbuka pada beberapa hari ini dan melarang kami berpuasa padanya. Imam Malik berkata: Hari-hari itu ialah hari Tashrik.

٣- Berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW:

Jangan kamu mendahului puasa Ramadan sehari atau dua hari melainkan bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sunat.

Namun ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal demikian. Berikut adalah pendapat ulama muktabar sebagai maklumat tambahan pembaca.

Menurut Imam Syafie haram berpuasa pada tiga hari selepas Aidiladha termasuk jemaah haji pada tahun berkenaan.

Imam Malik tidak mengharamkan berpuasa pada hari ketiga. Beliau juga berpendapat, jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattu’ dan Qiran boleh berpuasa pada hari raya kedua dan ketiga.

Imam Hambali mengharamkan kita berpuasa tiga hari selepas Aidiladha kecuali jemaah Haji Tamattu’ dan Qiran.

Imam Hanafi berpendapat berpuasa pada dua hari raya dan tiga hari selepas Aidiladha adalah haram kecuali bagi jemaah haji saja.

٤- Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya.

Dari abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak halal bagi wanita bersuami ketika suami di sisinya sehinggalah mendapat keizinan suaminya. Janganlah seorang isteri mengizinkan seseorang masuk ke rumah melainkan dengan izin suaminya. (HR Bukhari dan Muslim).

Imam Ahmad dalam musnadnya menambah perkataan: Melainkan pada Ramadan.

Di dalam hadis lain Rasul SAW bersabda:

Seorang isteri tidak boleh berpuasa ketika suaminya hadir, selain puasa Ramadan kecuali dengan izin suaminya. (HR Tarmizi).

Oleh yang demikian ulama Syafie, Maliki dan Hambali mengharamkan puasa seorang wanita yang bersuami, berpuasa tanpa izin suaminya kecuali suami tidak memerlukan hubungan jima’ dengannya atau suaminya bermusafir atau sedang ihram atau beriktikaf atau sakit. Imam Hanafi berpendapat hukumnya makruh.

Puasa yang makruh pula antaranya ialah:

١- Berpuasa pada hari Jumaat saja tanpa disusuli puasa sehari selepas atau sebelumnya. Begitu juga berpuasa pada hari Sabtu atau Ahad saja kecuali bersebab seperti nazar dan sebagainya mengikut Imam Syafie’ RA

Jumaat adalah hari raya kaum Muslimin. Ia adalah hari yang patut diperbanyakkan ibadat. Maka sesetengah daripada ibadat yang afdal ialah puasa tetapi hendaklah didahului satu hari sebelum atau selepasnya iaitu Khamis atau Sabtu.

wallahu'alam..

-Hayati SoLat Baru Dapat kHusyuK-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Khusyuk diterjemahkan dalam kamus Arab, contohnya dalam Mufradat Alfaz al-Quran sebagai tunduk, patuh, tertib dan sopan. Ia merujuk kepada pelaksanaan anggota. Ini berbeza daripada Khudu' yang merujuk kepada ketertiban hati dan fokusnya perasaan ketika melakukan sesuatu.

Allah SWT memuji golongan beriman dengan deskripsi kejayaan dan syarat utamanya adalah penumpuan terhadap solat. Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat kedua:

"Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."

Menurut Ibn Jarir dalam tafsirnya, dalam pentafsiran Ibn Abbas, khusyuk yang dimaksudkan itu adalah ketakutan kepada Allah SWT, ketenangan, merendah diri kerana terbayangkan kehebatan Allah dan keagungan-Nya.

Menurut al-Sabuni dalam Safwatut Tafasir, khusyuk adalah praktikal kepada kefahaman yang merangkumi iman yang ada dalam diri. Ia adalah bukti dan kayu ukur kepada amal salih yang melayakkan seseorang itu dinilai sebagai orang berjaya dunia dan akhirat.

Hubung kait antara khu-syuk dan khuduk dapat dilihat menerusi pesanan Nabi SAW yang melihat seorang sahabat memegang janggutnya ketika solat, lalu Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Jika hatinya khusyuk tentulah anggotanya juga akan khusyuk. (Riwayat al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawadirul Usul, al-Hafiz al-Iraqiy menilai hadis ini sebagai daif dalam takhrij al-Ihyak).


Berpandukan hakikat di atas, kesimpulannya khu-syuk suatu perkara bersifat kualiti yang bertempat di hati, dan memberi kesan pada anggota.

Melanjutkan perbincangan ini, kalangan sahabat memiliki daya penumpuan amat mengagumkan dalam solat mereka. Contohnya Uqbah bin 'Amir dilaporkan tidak berasai kesakitan panah yang menikamnya ketika sedang solat malam. Demikian pula Ali yang tidak merasai serpihan panah dikeluarkan daripada betisnya ketika sedang duduk tahiyat sedangkan ia tidak boleh disentuh di luar solat kerana bisanya.

Demikian pula generasi tabi'in seperti Silah bin Usyaim yang tidak menyedari kehadiran singa ketika sedang solat tahajud. Perkara ini dapat kita baca dalam kitab mengenai kehidupan sahabat seperti yang ditulis oleh al-Kandahlawi dan Abu Nu'aim dalam al-Hilyat.

Antara kajian mengenai khusyuk yang boleh diusahakan adalah cadangan al-Imam al-Ghazali dalam Ihyak Ulumiddin. Beliau menerangkan khusyuk dapat dicapai apabila seseorang memenuhi syarat berikut iaitu:

1. Memahami bahasa Arab, sekurang-kurangnya pada apa yang dibaca;

2. Menghadirkan perasaan mengagungkan Allah SWT;.

3. Berasa bimbang bahawa amalannya belum tentu diterima Allah SWT;

4. Berasa malu atas kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan;

5. Menimbulkan perasaan takut terhadap-Nya (al-Khauf );

6. Meletakkan pengharapan yang tinggi kepada-Nya agar diterima solat yang dikerjakan ( al-Rajak).

Untuk mencapai darjat ini, saudaraku yang dikasihi fillah..hendaklah kita menghadirkan diri ke majlis ilmu secara istiqamah, bersahabat dengan sahabat yang baik, berdamping dengan ahli ilmu dan banyak memohon kepada Allah SWT petunjuk-Nya agar sentiasa mendapat bimbingan-Nya. Sebagai contoh, doa yang diajarkan Nabi SAW yang bermaksud: Ya Allah, aku memohon padaMu iman yang berterusan subur, hati yang khusyuk dan ilmu yang bermanfaat. (Riwayat al-Suyuti dalam Jamik al-Ahadis).

Bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan memikirkan mengenai suatu perkara yang penting yang diabaikan oleh kebanyakan yang lain orang. Bahkan yang amat membimbangkan kita adalah amaran yang disampaikan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis antara lain, bermaksud:

"Dari Jubair, beliau bertemu dengan Ubadah bin al-Samit bertanya mengenai berita yang disampaikan oleh Abu Dardak bahawa ilmu yang pertama yang akan diambil atau ditanggalkan dari umat ini ialah khusyuk dalam solat, hinggakan kamu memasuki masjid dan kamu tidak akan menemui seorang pun yang khusyuk dalam solatnya(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan dalam al-Majma').


wallahu'alam..

-Are MusLims aLLowed to KeeP dogs?-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Alhamdulillah, ana masih lagi kesempatan untuk menulis dan meng"update" blog. Walaupun akhir-akhir ni agak sibuk sedikit dengan hal-hal duniawi tapi hari ini ana akan cuba juga curi sedikit masa bagi merungkai pertanyaan dari sahabiah ana. Asif jiddan kerana sedikit terlambat untuk publish entry pasal ni,ye ukhti. Ana sempat save je. Baru hari ni berkesempatan untuk publish.

Are muslims allowed to keep dogs???

Tajuk entri ana kali ni akan membicarakan tentang memelihara anjing bagi orang Islam. Walaupun soalan ni agak remeh bagi sesetengah pihak TETAPI ramai musuh-musuh Islam mendalami agama Islam semata-mata untuk menimbulkan keraguan dalam bab hukum-hakam sekaligus menyesatkan umat Islam. Wallahu'lam. Namun, kadang-kadang keraguan juga berlaku apabila melihat rancangan-rancangan TV yang memaparkan orang Islam diluar negara begitu mesra dengan anjing peliharaan. Terdapat juga di kalangan orang Arab yang memelihara anjing dalam keadaan berjubah dan berserban. Jadi, mungkin timbul di benak pemikiran masyarakat kita, bagaimanakah kedudukan anjing sebenarnya di dalam Islam? Adakah ia binatang yang haram dipelihara ekoran najis mughallazahnya, ataupun sebaliknya? Jadi berhati-hati la dengan sebarang penghujahan yang tidak berfatwa. Ana akan cuba berusaha memberikan pandangan terbaik berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah..insyaALLAH..

Walaubagaimanapun ada sebuah laman web yang mengeluarkan statement macam nih, "ANJING HARAM??SIAPA KATA?? STOP THE FITNAH AND TOMAH..TERHADAP STATUS ANJING"..Mungkin ana tidak harus mengemukakan di sini laman web tersebut kerana ana merasakan laman web tersebut bakal mengelirukan umat Islam. Dan kerana itulah ana terpanggil untuk berbicara biarpun ana masih ketandusan ilmu, ana bukan la seorang yang terlalu pandai dalam ilmu agama, ana masih belajar, apa yang ana cuba sampaikan ni pun mungkin terdapat cacat celanya di mana-mana. Moga ilmu yang dizakatkan ini akan memberi berkat dan menambah hingga menjadi ladunni dan wahbi. Harap dibetulkan mana-mana statement yang salah, terutamanya berkaitan dengan hadis..wallahu'alam..

i-Kedudukan anjing dalam Islam

- Anjing adalah ciptaan ALLAH, dan ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah ALLAH menciptakan anjing untuk dipandang hina oleh umatnya?? Sebenarnya, anjing merupakan binatang yang dikategorikan dan dianggap najis, ini termaktub di dalam hadis yang sahih. Menurut jumhur fuqahak, anjing membawa najis mughallazah(najis berat). Dalam kata lain, segala perkara yang ada hubungan dengan binatang ini seperti tahi, kencing, daging, kulit dan sebagainya dikira sebagai najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah saw agar membasuh bekas yang dijilat anjing sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang bercampur dengan tanah. Sabda Nabi saw yang bermaksud,

" Sucikan bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah."
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Mungkin timbul persoalan mengapa Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan tanah untuk menyucikan bekas yang dijilat anjing? Hikmah yang sebenarnya, hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam air liur anjing terdapat bakteria yang hanya dapat dimatikan oleh tanah yang dicampurkan dengan air.

Walaupun Rasulullah saw mengarahkan agar mambasuh bekas jilatan anjing sebanyak tujuh kali, namun ini tidak bermakna Islam menganggap anjing makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi.Ini kerana Islam mengajar kita supaya mempunyai sifat rahmat dan kasih sayang sesama makhluk, termasuk kepada binatang. Walau apa pun pandangan manusia terhadap anjing, ia merupakan salah satu makhluk yang diciptakan ALLAH diatas muka bumi ini. Sekiranya seseorang itu melakukan kebaikan padan mana-mana makhluk ALLAH, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH swt.

Seperti mana yang diceritakan di dalam sebuah hadis bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda maksudnya:

" ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana terlalu dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasutnya yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas perigi tersebut. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas ALLAH mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab: "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberikan pahala." (Hadis riwayat al-Bukhari)

ii-memelihara anjing tanpa ada keperluan atau sebagai haiwan peliharaan

-Islam telah menetapkan beberapa peraturan berkaitan dengan anjing ini, apatah lagi apabila ia termasuk dalam najis mughallazah. Contohnya ialah masalah memelihara anjing, adakah ia dibenarkan oleh syara' atau tidak? Oleh itu, hendaklah dilihat maksud pemeliharaan itu sama ada untuk menjaga kemaslahatan manusia atau tidak. Jika ya, maka hukumnya boleh, dan apabila tidak, maka hukumnya haram.

Termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Banyak yang telah kita ketahui, ada sesetengah orang yang berlebih-lebihan dalam memberikan makan anjingnya, sedangkan kepada manusia mereka sangat kedekut. Ada sesetengahnya pula tidak cukup untuk membiayai anjingnya itu dengan hartanya untuk melatih anjing, bahkan seluruh hartanya dicurahkan kepada anjingnya itu. Sekiranya terdapat anjing -dalam rumah seorang muslim, ini dikhuatiri akan terdapatnya najis pada bekas-bekas seperti perabot, peralatan-peralatan lain, dan sebagainya akibat daripada jilatan anjing tersebut.

Menurut Prof Dr Yusof al-Qardhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda:

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing".(Hadis Riwayat Muslim)

Anjing yang dilarang dalam hadis diatas ini hanyalah anjing yang dipelihara tanpa ada keperluan kerana Islam merupakan agama yang mencintai kebersihan. Kita sendiri melihat bagaimana anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Tentulah menjijikkan kalau kita kemudiannya melihat tuan punya anjing berkenaan mencium mulut anjing tersebut setelah berlakunya insiden berkenaan seolah-olah tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Fikirkanlah berapa banyak kuman yang mungkin tersembunyi di dalam mulut mereka (mulut anjing dan mulut pemelihara yang mencium anjing itu).

Nabi s.a.w mengingatkan kita supaya tidak dicemari kotoran seperti itu apabila baginda memerintahkan supaya kita menghindari air liur anjing.

iii-malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing

- Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda Nabi:

"Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalmnya anjing dan gambar"
(Muttafaq 'alaih)

Sabda Baginda lagi,

"Malaikat Jibril datang kepadaku, kemudian ia berkara kepadaku sebagai berikut: Malam tadi aku datang kepadamu, tidak ada satupun yang menghalang aku untuk masuk kecuali kerana di pintu rumahmu ada patung dan didalmnya ada langsir yang bergambar, dan di dalam rumah itu ada pula anjing. Oleh kerana itu perintahkanlah supaya kepada patung itu dipotong untuk dijadikan seperti keadaan pohon dan perintahkanlah pula supaya langsir itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang diduduki dan perintahkanlah supaya anjing itu supaya dikeluarkan (Riwayat Abu Daud, Nasa'i ,Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Daripada Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa malaikat Jibril a.s berjanji akan datang menemui asulullah saw. Setelah sekian lama menanti, Jibril a.s tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan mereka dengan berkata:

" Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Menurut Abdul Qadir Ahmad 'Ata menerusi bukunya Haza Halal wa Haza Haram, antara sebab malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing ialah anjing merupakan binatang yang banyak makan benda-benda kotor serta mempunyai bau yang kurang menyenangkan yang tidak disukai oleh para malaikat.

Imam al-Qurthubi berkata: "Telah terjadi ikhtilaf di antara para ulama' tentang sebab-sebab Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing. Sebahagian ulama' mengatakan bahawa anjing itu najis, dan ada pula yang mengatakan bahawa ada anjing yang menyerupai syaitan. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing itu ialah malaikat tertentu sahaja seperti Malaikat Jibril dan Malaikat Rahmat. Manakala malaikat-malaikat lain tetap akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing. Ini kerana terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana-mana bersama anak Adam, khususnya Raqib dan A'tid yang mencatat segala amalan manusi. Apatah lagi malaikat maut, akan masuk mana-mana rumah untuk mencabut nyawa penghuninya yang sudah sampai waktu ajalnya.

Manakala Ibnu Hajar dalam al-Fath al-Bari pula berkata: "Ungkapan malaikat tidak akan memasuki rumah....." menunjukkan malaikat secara umum (malaikat rahmat, malaikat hafazah, dan malaikat lainnya)". Akan tetapi pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Wadhah, Imam al-Khathabi, dan yang lainnya mengatakan: "Kecuali melaikat hafazah, mereka tetap memasuki rumah setiap orang kerana tugas mereka ialah mendampingi manusia sehingga tidak pernah berpisah sedetik pun dengan manusia. Sedangkan yang dimaksudkan dengan malaikat (yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing) ialah malaikat rahmat (yang suka memohon keampunan untuk manusia) bukan malaikat hafazah yang menjaga manusia. [lihat syarah Shahih Muslim 14/94].

iv-memelihara anjing pemburu dan penjaga, hukumnya mubah

-Menurut Prof Dr Yusof al-Qardhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, adapun anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan, misalnya untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang dan sebagainya dapat dikecualikan dari hukum ini. Ini kerana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain[inilah juga pendapat majoriti mazhab, antaranya syafi'i,Hambali, Maliki, Zahiri(alMajmuu', IX/234)] , Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa memelihara anjing, selain anjing pemburu atau penjaga tanaman dan binatang, maka pahalanya akan berkurangan setiap hari dengan satu qirat"

*Qirat adalah kadar yang diketahui disisi ALLAH swt (Imam Nawawi)

Berdasarkan hadis tersebut, sebahagian ahli fiqh berpendapat bahawa larangan memelihara anjing itu hanya makruh, bukan haram. Apabila berkurang pahalanya satu qirat bererti ianya berdosa kerana hilangnya pahala seperti mendapat dosa, keduanya menunjukkan haramnya. Ini kerana sesuatu yang haram sama sekali tidak boleh diambil/dikerjakan baik pahalanya itu berkurang atau tidak.

Menurut al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha' mengatakan haram, bukan bererti Islam bersikap keras terhadap anjing atau kita diperintah untuk membunuhnya. Rasulullah saw telah bersabda:

"Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, nescaya aku perintahkan untuk dibunuh".(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi, dinilai sahih oleh al-bani dalam Ghayatul Haram)

Dengan hadis tersebut Nabi mengisyaratkan kepada suatu pengertian yang besar seperti halnya yang ditegaskan juga oleh al-Quran:

"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayap, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)

Rasulullah saw pernah juga mengisahkan kepada para sahabatnya tentang seorang lelaki yang menjumpai anjing di padang pasir, anjing itu menyalak-nyalak sambil makan debu kerana kehausan. Lantas lelaki tersebut menuju ke sebuah sumur dan melepaskan sepatunya kemudian memenuhinya dengan air, lantas minumlah anjing tersebut dengan sepuas-puasnya.

Setelah itu, Nabi bersabda:

"Kerana itu ALLAH berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya."(Riwayat Bukhari)

v-Anjing boleh dibela untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1-Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu. Harus diingat, Ialam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

2-Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta dan mungkin orang itu perlu memelihara anjing untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Dalam hal itu, orang itu dibenarkan memelihara anjing di dalam rumah apabila anjing itu talah dilatih untuk menjalankan khidmat berkenaan, tetapi masih tetap disyorkan supaya anjing itu ditempatkan di tempatnya sendiri/secara berasingan daripada tuannya.

3-Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas kepolisian
4-Anjing terlatih untuk menjaga rumah atau harta
5-Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak'peladang untuk kerja-kerja mengembala kambing/lembu.

vi-Hikmah larangan pemeliharaan anjing

-Sebahagian ulama' ada berpendapat, bahawa hikmah dilarang memelihara anjing di rumah ialah, sekiranya anjing itu menyalak, ia dapat menakutkan tetamu yang berkunjung ke rumah dan mengganggu orang yang sedang berjalan.

Antara alasan-alasan fuqaha' seperti Ibn Hajar ialah:
1-Ia menakutkan jiran-jiran dan orang yang lalu-lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya
2-berkurangnya pahala kepada pemeliharaannya
3-keengganan malaikat masuk rumah yang ada anjing
4-Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya.
5-Ada anjing yang menjadi jelmaan anjing (anjing hitam pekat)

Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa memelihara anjing hanya dibenarkan apabila wujud keperluan untuk menjaga maslahah manusia. Namun begitu, sekiranya tidak didasarkan kepada apa-apa keperluan, maka pemeliharaan anjing adalah haram dan dilarang. Ini berikutan "najis mughallazah" yang terdapat pada anjing tersebut dan kesan pemeliharaan tersebut menyebabkan malaikat rahmat tidak memasuki rumah penghuni. Justeru, apabila kita melihat kebanyakan anggota masyarakat dalam negara kita. didapati bahawa anjing tidaklah merupakan suatu keperluan untuk dipelihara. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh Rasulullah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya. Jadi, tidak sewajarnya kita memandang remeh dalam soal ini dan tidak sewajarnya kita terpengaruh dengan perlakuan orang lain.






Rujukan:
1-Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani
2-Syarh sahih Mslim olen Imam Nawawi
3-Mausuah Feqhiah Kuwaitiah
4-Al-Halal wal Haram fi Islam oleh Syekh Muhammag Yusuf al-Qardhawi
5-Panel Kemusykilan agama, JAKIM
6-kitab al-Fatwa Asy-Syar'iyyah fi al-Masa'il al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad al-Haram, penyusun Khalid al-Juraisiy, Edisi Indonesia Fatwa-fatwa terkini, Penerbit Darul Haq.



Renungan sejenak:_

*Berkatalah pada diri, apakah yang halal itu bisa diharamkan, dan yang haram itu bisa dihalalkan??Mengapa kita perlu mencari dan terus mencari kebenaran yang menjerumuskan kita ke dalam kebatilan sedangkan Sunnah terlalu berpegang kuat kepada al-Quran?

"Sesungguhnya orang yang memperdebatkan ayat-ayat ALLAH tanpa alasan (bukti) yang sampai kepada mereka, yang ada dalam dada mereka hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang tidak akan mereka capai, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat".(al-Mu'min:56)

Andai al-Quran dan Sunnah Rasulullah dipisahkan, maka berkecailah iman kita yang kecil ini. Ambillah kedua-duanya tanpa tinggal salah satu. Kerana, kata-kata ALLAH itu sesungguhnya dibenarkan dan disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis-hadisnya.

"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran". (Riwayat at-Tirmizi)

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku". (Khutbah Terakhir Rasulullah)



wallahu'alam..

-JahiL aGama PunCa MuDah terjeBak aMaLan syiriK-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Rasulullah sendiri memperingatkan umat jangan keterlaluan menyanjungi serta memujinya


KEGIATAN kaki judi menjadikan kubur lama yang dianggap keramat dan ber-kuasa untuk menunaikan segala permintaan termasuk untuk mendapatkan nombor ekor, malah terdapat juga pihak tertentu menjadikan kubur sebagai tempat memohon disembuhkan penyakit. Sering kali kubur orang soleh seperti Nabi, sahabat Rasulullah SAW, ulama dan wali dianggap memiliki keramat akan dikunjungi masyarakat Islam bertujuan untuk beribadah dan dijadikan perantaraan bagi membuat permohonan tertentu kepada Allah.

Ada di antara kubur berkenaan dihiasi binaan indah, diterangi lampu bahkan ada juga sehingga didirikan masjid di atasnya.

Sikap berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sebegini menjadi asal munculnya amalan syirik yang terburuk di atas muka bumi ini iaitu penyembahan berhala. Firman Allah,

"Dan mereka berkata jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan kamu dan jangan pula kamu tinggalkan Wadd, dan jangan pula Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr." (Nuh: 23).

Menurut Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr adalah orang soleh daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan. Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan orang soleh.

Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk mendekat diri mereka kepada Allah.

Disebabkan kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang mengunjungi Kaabah.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan kepada umat manusia agar jangan berlebihan dalam menyanjungi serta memuji dirinya. Mengagungkan Rasulullah hanya akan tercapai dengan melaksanakan segala perintah dan larangannya seperti termaktub di dalam al-Quran serta sunnahnya. Baginda amat khuatir sekiranya umat Islam terjerumus melakukan kesilapan seperti umat lalu yang berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sehingga melakukan perbuatan syirik.

Ketika hayatnya baginda berkali-kali memperingatkan sahabat agar menghindari sikap melampaui batas golongan Yahudi dan Nasrani yang membangunkan tempat ibadah di atas kuburan orang soleh mereka. Amaran ini diulangi lagi ketika baginda sedang uzur bahkan menurut Aishah r.a. ketika baginda hampir wafat Rasulullah masih sempat bersabda:

"Semoga laknat Allah ditimpakan kepada orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai tempat ibadah (masjid)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).


Beginilah peringatan yang begitu keras daripada Rasulullah kepada umatnya agar tidak didirikan masjid di atas kuburan orang soleh dan jangan menjadikan kuburan mereka sebagai tempat beribadah seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyembelih haiwan korban, memohon doa serta pertolongan.

Solat menghadap kuburan adalah diharamkan sebagaimana sabdanya:

"Jangan kamu solat menghadap kubur dan jangan duduk di atas kubur." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Baginda juga pernah bersabda:

"Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat al-Baqarah." (Hadis riwayat Imam Muslim).


Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Quran. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk beribadah seperti membaca al-Quran sebagaimana di rumah. Majoriti ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad dan imam lain melarang membaca al-Quran di kawasan perkuburan. Sebagai contoh Imam Abu Dawud berkata dalam kitab Masaa'il Imam Ahmad: "Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai membaca al-Quran di pemakaman? Beliau menjawab: "Tidak boleh". Menurut Ibnu Taimiyah di dalam Iqtidhaa' Shirathal Mustaqim: "Daripada al-Syafie sendiri tidak terdapat perkataan mengenai masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (baca al-Quran di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah. Imam Malik berkata:

"Tidak aku dapati seorang pun daripada sahabat dan tabi'in yang melakukan hal itu."


Tindakan sesetengah pihak yang sanggup melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda:

"Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidilharam (di Makkah), Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Rasulullah juga mengharamkan kuburan ditinggikan atau dibangunkan binaan seperti kubah di atasnya seperti yang sering dilakukan terhadap kuburan orang yang dianggap soleh serta memiliki kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Ali r.a pernah berkata:

"Mahukah kamu saya utuskan suatu tugas yang dulu pernah Nabi mengutuskan untukku tugas itu? Iaitu janganlah kamu biarkan satu patung kecuali sudah kamu hancurkan dan jangan pula ada kuburan yang tinggi melainkan kamu ratakan." (Hadis riwayat Muslim).


Bahkan dalam rangka untuk menutup segala ruang syirik yang mungkin timbul di kawasan perkuburan, Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu kuburan itu dari dikapurkan atau disimen sekelilingnya. Jabir r.a. berkata:

"Rasulullah SAW melarang menyimen kuburan dan duduk di atasnya serta mendirikan bangunan di atasnya." (Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah juga melarang menambah tanah selain daripada tanah kuburan tersebut dan membenarkan meletak batu yang tingginya tidak lebih daripada sejeng-kal sebagai tanda bahawa ia adalah sebuah kubur agar ia tidak dipijak atau dihina. Mungkin pandangan di atas ini dilihat sebagai melawan arus amalan kebiasaan masyarakat umat Islam di Malaysia. Namun ketahuilah bahawa ia adalah daripada mazhab sebenar Imam al-Syafie.

Menurut Imam al-Syafie di dalam al-Umm: "Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapurkan kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan Muhajirin dan Ansar (iaitu sahabat Nabi) yang dikapur."

Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu' menyatakan: "Imam al-Syafie dan sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama berfatwa."

wallahu'alam..