SELEPAS sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu ‘madrasah’ atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.
Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.
Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat Tarawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi. Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri.
Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambut hari itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya.
Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika menyambutnya.
Dari segi bahasanya, Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali kepada fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Tatkala Aidilfitri, umat Islam suci daripada dosa kerana madrasah Ramadan membersih segala dosa kita. Namun, tidak kurang juga kita yang kecundang dan gagal mendapat pengiktirafan dari madrasah Ramadan ini apabila mereka kembali kepada fitrah iaitu sikap negatif yang diamalkan sebelum Ramadan.
Mereka kembali kepada kehidupan penuh dosa dan menindas golongan lemah, makan makanan yang tidak tentu halalnya dan dari sumber yang diragukan. Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.
Pada hari kemenangan ini, jangan dilupa golongan yang tidak bernasib baik. Semangat persaudaraan Islam mesti diutamakan di samping mengeratkan silaturahim sesama ummah. Golongan kurang bernasib baik ini juga berhak merayakan Aidilfitri seadanya.
Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi peraturan lalu lintas dan utamakan keselamatan. Moga-moga selepas berhari raya kita dapat kembali ke tempat kerja masing-masing dengan selamat. Agama Allah memerlukan kita meneruskan perjuangan menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini sesuai dengan peranan sebagai khalifah.
Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah. Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim, ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.
Ramai juga di kalangan umat Islam tidak mahu keluar rumah mengunjungi sanak saudara. Hal sedemikian seolah-olah menjadi budaya masyarakat Islam di Malaysia. Ia berlaku kerana umat Islam khususnya di kalangan muda mudi menumpukan perhatian kepada rancangan hiburan disediakan. Saya tidak mengatakan hiburan patut diharamkan pada hari raya, tetapi rancangan disajikan itu hendaklah tidak menghakis semangat Hari Raya itu sendiri.
Apatah lagi apabila rancangan itu pula disiarkan pada waktu prima oleh media arus perdana menarik perhatian segenap lapisan masyarakat. Seperti lazimnya, Syawal akan dipenuhi program rumah terbuka yang menyajikan pelbagai juadah dan makanan. Ada kalanya sehinggakan kita tidak dapat memenuhi jemputan yang datang.
Dari sudut pembaziran makanan pun sudah cukup menyedihkan kita, apatah lagi jika dikaji kesan produktiviti, betapa lama masa yang diluangkan menghadiri majlis berkenaan. Saya tidak berhasrat menyanggah apa yang dilakukan sekian lama atau menyarankan ia diberhentikan, tetapi biarlah dalam semua tindakan itu dibuat dengan berpada-pada dan tidak disifatkan sebagai suatu pembaziran.
Malah, oleh kerana terlalu banyak rumah terbuka meraikan Aidilfitri, ada kalanya kita tidak berkesempatan menunaikan tuntutan agama seperti berpuasa enam. Berpuasa enam hari pada Syawal amatlah dituntut dalam Islam.
Dalam keghairahan meraikan Aidilfitri, sewajarnya kita merenung sejenak apakah kita akan berjumpa lagi Ramadan akan datang? Apakah pula persiapan kita menemui Tuhan Maha Pencipta? Ramadan sudah pasti dirindui dan syahdunya menunggu Ramadan tahun hadapan. Tiada janji pasti kita akan bertemunya lagi. Segala-galanya terserah kepada qada’ dan qadar-Nya.
wallahu'alam..
3 leave ur comment here:
Salam Niesa yg sgt dikasihi kerana Allah....
Selamat kembali dik...
Cemburu akak pd Niesa wlu baru 2 hari kembali sudah post lapan entry.
Tahniah dik! Teruskan bermujahadah.. Akak suka baca entry adik. Byk maanfaat....
Moga Allah merahmatimu dan ditambahkan ilmu keatas mu dik...
Dan syukran jazilan krn sudi ziarah teratak sahabat usrah dan memberi komentar yg sgt bernas dan bermaafaat.
Jazakullah khayran...
Barakallahu feek...
salam kak lin..
yislamu kerana terus menyokong ana..
ana memang perlukan sokongan disaat ini..=)
sebenarnye artikel2 ni da lama da ana save kat drafs..tak berkesempatan nak publish kerana masalah2 yang tak dapat ana elakkan..disebabkan masa selalu mengejar ana,jadi ana publish la beberapa artikel dalam satu2 masa..kalau akak mahu,kongsikan la ilmu ni kepada sahabat2 usrah akak..sape tahu,mungkin bermanfaat untuk mereka juga..insyaALLAH..
ameen Allahumma ameen..=)
wa iyyak.. nad'ullah an nado' fi mizan amal solehah..ameen..
insyaAllah an najma'ana kulluh fi raudah min riyadil jannah fi akhirah..ameen ya Rabb..
masyarakat Malaysia,masyarakat melayu..
jelas sekali,semuanya berbalik kpd ilmu.Dek kerana tiada ilmu,maka hari raya yg sepatutnya menyaksikan kemenangan kita menjadi sebaliknya iaitu menjadi saksi ketewasan kita kpd nafsu.Mungkin pengertian Hari Raya kpd org MELAYu ialah kembali kpd FITNAH
Post a Comment