-ZaKat fitraH SuCi Diri, Bantu Fakir MiskiN-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)



Zakat fitrah adalah zakat diri ke atas semua kaum Muslimin tanpa mengira kedudukan atau status mereka. Hadis riwayat Ibnu Umar telah berkata:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dengan kadar satu sha (2.4 kilogram ) makanan ruji iaitu tamar atau jagung atas semua orang Muslimin, hamba sahaya, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa. Beliau memerintahkan supaya diberikan kepada fakir miskin sebelum keluar melakukan solat Aidilfitri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuannya untuk menggembirakan fakir miskin pada hari raya serta menampung kekurangan ibadah puasa yang kita lakukan.

Hadis daripada Ibnu Umar berkata:

“Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih daripada perbuatan sia-sia bagi yang berpuasa, bersetubuh dan memberi makan pada fakir miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, ia diterima dan jika selepasnya ia sedekah. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih mengikut Al-Hakim)


Ketetapan waktu mengeluarkan zakat fitrah mengikut mazhab Syafie seperti berikut:

١- Waktu wajib: Bermula dari terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan.

٢- Waktu sunat: Pada hari raya selepas solat Subuh iaitu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

٣- Waktu harus: Sebaik saja masuknya Ramadan sehingga hari raya. Jadi sepanjang Ramadan adalah diharuskan.

٤- Waktu makruh: Selepas solat hari raya sebelum waktu Maghrib.

٥- Waktu haram: Sengaja melambatkan pembayaran sehingga masuk waktu Maghrib pada hari raya kecuali atas sebab yang dibenarkan seperti menunggu fakir miskin yang belum tiba.

Kadar zakat mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di tempat masing-masing dengan mengikut keperluan penduduk setempat.

wallahu'alam..

0 leave ur comment here: