Rasulullah sendiri memperingatkan umat jangan keterlaluan menyanjungi serta memujinya
KEGIATAN kaki judi menjadikan kubur lama yang dianggap keramat dan ber-kuasa untuk menunaikan segala permintaan termasuk untuk mendapatkan nombor ekor, malah terdapat juga pihak tertentu menjadikan kubur sebagai tempat memohon disembuhkan penyakit. Sering kali kubur orang soleh seperti Nabi, sahabat Rasulullah SAW, ulama dan wali dianggap memiliki keramat akan dikunjungi masyarakat Islam bertujuan untuk beribadah dan dijadikan perantaraan bagi membuat permohonan tertentu kepada Allah.
Ada di antara kubur berkenaan dihiasi binaan indah, diterangi lampu bahkan ada juga sehingga didirikan masjid di atasnya.
Sikap berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sebegini menjadi asal munculnya amalan syirik yang terburuk di atas muka bumi ini iaitu penyembahan berhala. Firman Allah,
Menurut Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr adalah orang soleh daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan. Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan orang soleh.
Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk mendekat diri mereka kepada Allah.
Disebabkan kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang mengunjungi Kaabah.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan kepada umat manusia agar jangan berlebihan dalam menyanjungi serta memuji dirinya. Mengagungkan Rasulullah hanya akan tercapai dengan melaksanakan segala perintah dan larangannya seperti termaktub di dalam al-Quran serta sunnahnya. Baginda amat khuatir sekiranya umat Islam terjerumus melakukan kesilapan seperti umat lalu yang berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sehingga melakukan perbuatan syirik.
Ketika hayatnya baginda berkali-kali memperingatkan sahabat agar menghindari sikap melampaui batas golongan Yahudi dan Nasrani yang membangunkan tempat ibadah di atas kuburan orang soleh mereka. Amaran ini diulangi lagi ketika baginda sedang uzur bahkan menurut Aishah r.a. ketika baginda hampir wafat Rasulullah masih sempat bersabda:
Beginilah peringatan yang begitu keras daripada Rasulullah kepada umatnya agar tidak didirikan masjid di atas kuburan orang soleh dan jangan menjadikan kuburan mereka sebagai tempat beribadah seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyembelih haiwan korban, memohon doa serta pertolongan.
Solat menghadap kuburan adalah diharamkan sebagaimana sabdanya:
"Jangan kamu solat menghadap kubur dan jangan duduk di atas kubur." (Hadis riwayat Imam Muslim)
Baginda juga pernah bersabda:
Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Quran. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk beribadah seperti membaca al-Quran sebagaimana di rumah. Majoriti ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad dan imam lain melarang membaca al-Quran di kawasan perkuburan. Sebagai contoh Imam Abu Dawud berkata dalam kitab Masaa'il Imam Ahmad: "Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai membaca al-Quran di pemakaman? Beliau menjawab: "Tidak boleh". Menurut Ibnu Taimiyah di dalam Iqtidhaa' Shirathal Mustaqim: "Daripada al-Syafie sendiri tidak terdapat perkataan mengenai masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (baca al-Quran di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah. Imam Malik berkata:
Tindakan sesetengah pihak yang sanggup melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda:
Rasulullah juga mengharamkan kuburan ditinggikan atau dibangunkan binaan seperti kubah di atasnya seperti yang sering dilakukan terhadap kuburan orang yang dianggap soleh serta memiliki kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Ali r.a pernah berkata:
Bahkan dalam rangka untuk menutup segala ruang syirik yang mungkin timbul di kawasan perkuburan, Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu kuburan itu dari dikapurkan atau disimen sekelilingnya. Jabir r.a. berkata:
Rasulullah juga melarang menambah tanah selain daripada tanah kuburan tersebut dan membenarkan meletak batu yang tingginya tidak lebih daripada sejeng-kal sebagai tanda bahawa ia adalah sebuah kubur agar ia tidak dipijak atau dihina. Mungkin pandangan di atas ini dilihat sebagai melawan arus amalan kebiasaan masyarakat umat Islam di Malaysia. Namun ketahuilah bahawa ia adalah daripada mazhab sebenar Imam al-Syafie.
Menurut Imam al-Syafie di dalam al-Umm: "Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapurkan kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan Muhajirin dan Ansar (iaitu sahabat Nabi) yang dikapur."
Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu' menyatakan: "Imam al-Syafie dan sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama berfatwa."
5 leave ur comment here:
salam..renungan mendidik hati..
t'ingat mase kecik2 dulu..
kalo hari raya..
g bca Yasin kat kubur pas semayang raye..
mase tu kecik lg, duk bertenggek atas simen kubur tu..
sekarang da besar..
amalan2 tu da tak buat lagi..
budaya bca Yasin kat kubur pn dah lma ditinggalkan..
alhamdulillah..
salam..=)
syukran ziarah ke sini..
ambil la ibrah daripadanya,ye..
Larangan duduk di atas kubur dan bersandar pada nisannya berdasarkan Imam Asy-Syafi’i adalah makruh hukumnya..
Dalam fiqh Syafi’i, apa jua larangan yang tidak ada dalam al-Quran dan yang ada hanya larangan hadith yang bersimpang siur antara yang memboleh dan membenarkan, maka bila tiba keadaan begini, maka beliau akan menghukum sbg makruh bukan haram..
Dalam hal berziarah ke kubur nih bukanlah tidak dibolehkan ke atas kaum wanita..cuma hukumnya sunat..
Ini kerana ziarah ke kubur itu akan membuatkan kita sentiasa mengingati mati dan dapat memberikan keinsafan..
Wanita juga dinasihati agar tidak menangis terlalu kuat dan meratapi sesuatu kematian kerana hal itu ditakuti akan menyeksa mayat tersebut..
Dalam hadis riwayat Bukhari,
maksudnya: "Nabi saw pernah bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis dekat kuburan. Rasulullah mendengar wanita itu mengucapkan kata2 yang tidak baik ketika menangis. Maka Baginda bersabda, 'Takutlah kamu kepada ALLAH dan bersabarlah!' Tetapi Baginda tidak melarang wanita itu menziarahi kubur."
Wah, pada gila tuh para pencari nomor togel atau nombor ekor di kuburan... Syirk banget! Na'udzubillah..!!
Salam kenal yo....
Salam ziarah niesa'...
Teringat akak ada dikalangan masyarakat kita ketika musim kenduri lakukan amalan syirik iaitu baling baju atas bumbung rumah kononnya dpt mengelakkan musibah atau elakkan hujan lebat dan cuaca akan cerah pd keesokan hari kendurinya.
Pernah akak menegur sesorang yg lakukan perkara ini, dia berkata "Ramai org yg buat mcm tu menjadi tau. Alah hang tak tau apa-apa. Diam ja la."
Dan ada org lain yg juga turut setuju dgn perbuatan org itu.
Astqafirullahalazim....
(Maaf terpaksa berhenti, insyaAllah akan disambung lg)
to Bahauddin Amyasi:
salam kenal juga..
hmm..betul tu,akhi..menilik nasib itu syirik..menyamai dengan
menyekutukan ALLAH..bisa juga terkeluar dari Islam..Dan lagi,ianya tidak diampunkan oleh Allah sekiranya tidak sempat bertaubat kepadaNya..nauzubillahimin zalik..
to nur_islam:
owh,sampai macam tu skali?? Astagfirullahal'azim..
itu la,kak..masyarakat melayu Islam kita terutamanya sudah semakin tipis imannya, tidak lagi dapat membezakan yang Haram dan Halal secara jelas, atau mungkin juga buat-buat tak tahu tentang Hukum Halal wal Haram ini..
Semoga ALLAH swt memberi hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat..ameen..
Post a Comment