-PerLakuaN BuruK uNdanG BerLaku BaLa, BenCana terHadaP MaNusia-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.

Firman Allah yang bermaksud,

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW:

"Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya."

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

#Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
#Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
#Zakat dijadikan hutang.
#Suami turut kehendak isteri.
#Anak derhaka kepada ibunya.
#Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
#Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
#Suara ditinggikan di dalam masjid.
#Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
#Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
#Arak diminum di merata tempat.
#Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
#Artis jadi pujaan.
#Muzik banyak dimainkan.
#Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

wallahu'alam..


4 leave ur comment here:

nur_islam said...

Salam ya ukhtie niesa'...

Musibah dan bala yg menimpa kita hari ini, masih ramai yg tidak mnyedari dan menginsafinya...

Malah masih ramai berterusan lalai dgn syurga duniawi yg sementara ini...

Entry yg sgt bermanfaat..!

Syukran diatas perkongsian dik...

Semoga Allah menambahi ilmu dan memberkatimu dik...

Barakallahu feek....

♥Niesa' imana♥ said...

salam,kak lin..=)

ameen Allahumma ameen..
wa iyyakum ya ukhti..^_^

betul tu,kak..ana setuju..
Sekarang kita tidak ada Nabi yang boleh beritahu bila azab Allah SWT akan datang. Macam dulu contohnya, Nabi Luth sudah beritahu kaumnya mengenai amaran Allah dan apa yang berlaku selepas itu adalah benar..

apa yang berlaku kepada saudara kita di Sumatera Barat hendaklah menjadi pengajaran bukan saja kepada masyarakat di sana malah kita juga kita di tempat lain, kerana kita tidak tahu bila Allah SWT akan mendatangkan azab-Nya..

Anonymous said...

salam ukhti niesa,
erk anak suka menjauhkan diri daripada ayah?T____T

kalau ayah jauhkan diri daripada anak?agak-agak bala apa yang datang?

emmm..

betul cakap kaklin,bukan semua yang terketuk sedar bencana neh satu peringatan.

kealpaan kita adalah kermurkaan Tuhan.
Allah sedang berbicara dalam kemarahan.

takut.
mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kelompok yang sentiasa beroleh petunjuk.

nice ukhti.
*senyum*

♥Niesa' imana♥ said...

salam,ya sadiqati..^_^

hmm,ana tak boleh agak la bala apa yang akan menimpa..

Walau bagaimanapun,hakikat itu boleh difahami daripada firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahulilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)

Yang pasti,fitrah dijanjikan Allah SWT didatangkan tanpa pengecualian kepada sesiapa pun sama ada yang melakukan kemungkaran atau beriman dengan suruhan Allah SWT.

yup..ana setuju dengan anti..
"kealpaan kita adalah kermurkaan Tuhan"..
setiap apa yang berlaku memang ada sebab musababnya dan semua dapat difahami dengan mengkaji ayat Allah SWT yang menjelaskan kejadian berlaku itu..rajin2kan la diri kita belek,baca dan fahami terjemahan Al-Quran ye..=)

syukran kerana drop something disini..hee..

insyaALLAH..ameen ya Rabb..
*pray*...(",)