-SuraH at-TaubaH taNpa BisMiLLah-


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...

Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)


Ada pelbagai penjelasan ulama tafsir berhubung perkara ini. Sebagai contoh diperjelaskan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jamik Li ahkam al-Quran.

Pandangan pertama ialah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau memungkiri janji. Sikap pihak Quraisy memungkiri janji menyebabkan surah ini diturunkan tanpa dimulakan dengan al-Basmalah.

Pandangan kedua pula yang diriwayatkan al-Nasaei ahmad daripada Muhammad al-Muthanna bahawa Ibn Abbas pernah bertanyakan kepada Uthman Affan, mengapakah surah at-Taubah termasuk dalam kategori suah al-Mi`in digabungkan dengan al-Anfal yang sebahagian surah al-Mathani.

Jawapan Uthman adalah perkara itu ditetapkan Nabi SAW tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat. Uthman hanya berkata, kedua-dua surah itu mengandungi mesej hampir sama. Perkara ini juga diriwayatkan al-Tirmizi dalam jalan periwayatan.

Pandangan ketiga pula daripada Abu Ismah dan Kahrijah bahawa sahabat berselisih pandangan terhadap surah al-Anfal dan at-Taubah. Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza.

Apabila kedua-dua golongan itu tidak bersetuju, maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan surah at-Taubah tanpa dimulakan al-Basmalah bagi menerima pandangan yang mengatakan ia sebahagian surah al-Anfal. Pada masa yang sama, surah at-Taubah dimulakan dengan nombor pertama bagi menerima hujah pihak kedua yang mengatakan ia adalah surah berbeza.

Pandangan keempat yang menjadi pilihan kebanyakan ulama bersumberkan daripada Ibn Abbas yang mengatakan al-Basmalah yang diletakkan pada permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah at-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu amaran dan peperangan.

Surah ini menyampaikan pernyataan umum putusnya ikatan dan perjanjian antara Muslimin dengan Musyrikin, kecuali sebahagian perjanjian yang sudah ditetapkan ketika berlakunya hingga ke waktu tertentu. Itupun jika perjanjian itu tidak dilanggar atau dirosakkan. Musyrikin sengaja melakukan helah terhadap Muslimin seperti menjalin hubungan dengan Yahudi dan mengingkari ketetapan yang ditandatangani bersama.

Perkara ini mengakibatkan ikatan persefahaman yang dimeterai bersama dirungkai dan tiada lagi tanggungjawab moral terhadap pengkhianatan itu.

Islam mesti membuat perhitungan dengan mereka. Demikian latar belakang peristiwa berkaitan dengan turunnya surah at-Taubah atau dinamakan juga sebagai al-Bara`ah seperti yang diperjelaskan Ibn Jarir dalam tafsirnya. Inti pati peringatan daripada surah ini dapat difahami dengan jelas menerusi ayat pertama surah berkenaan iaitu: "(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap golongan kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)."

Menurut Sufyan Uyainah, al-Basmalah yang terletak pada awal surah mengandungi makna rahmat yang diperuntukkan untuk kalangan Mukminin. Ini berbeza terhadap golongan Musyrikin, munafik dan kafir yang menjadi penentang Islam. Mereka tidak layak mendapat jaminan itu.

Bagaimanapun, setiap penjelasan ini sebenarnya adalah pandangan ulama di kalangan sahabat dan tabi'in. Memadailah untuk kita mengatakan setiap perkara yang berhubung dengan al-Quran adalah ketetapan Allah SWT secara tawqifiy.

Apabila Nabi SAW memperdengarkan bacaan al-Anfal hingga ke penghujung, maka Baginda menyambung dengan surah al-Taubah tanpa membacakan al-Basmalaha..

wallahu a'lam.


2 leave ur comment here:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam dikk..
adik mmg ada bakat menulis ye.. teruskan perjuangan adik dlm jihad ni.. Allah ma'ak

♥Niesa' imana♥ said...

salam,kak norul..=)
syukran 'ala ziarah..
err,bakat menulis??aishh..ana xde la berbakat sgt,kak..hee..

ana cuma kongsikan apa yang ana dapat dan baca..mudah-mudahan ilmu ini tidak terhenti setakat itu sahaja..sekurang-kurangnya kita dapat mengambil ibrah daripadanya walaupun sedikit..insyaALLAH..
sebarkan ilmu untuk menggapai redha-NYA..^_^

Rasulullah SAW bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.

Orang yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Untuk memberi manfaat kepada orang lain, wasilah yang paling penting yang perlu kita ada ialah ilmu, tidak kira ilmu duniawi atau ukhrawi. Hal ini disebabkan dengan kedua-dua ilmu ini kita dapat memberi faedah kepada orang lain..betulkan,kak??

semoga kita tergolong dalam golongan yang dicintai ALLAH swt..ameen..

apa2 pun, selamat ber"thesis" ye,kak norul..
ana akan selalu doakan kejayaan akak..semoga ALLAH memudahkan segala urusan..insyaALLAH..
Allah Ywaslak be salame...ameen..

jazakillah khairan kathira..